Isnin, 7 November 2016

1.1.1 TUJUAN PERNIAGAAN



Objektif standard pembelajaran ialah:
Murid boleh1.1.1 Menerangkan tujuan perniagaan.



1.1.1  TUJUAN PERNIAGAAN

1.     Definisi Perniagaan ialah:

  • Aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan
  • Antara pihak penjual dan pembeli
  • Bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
  • Melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan.
2.     Tujuan Perniagaan ialah:
  •  Memaksimumkan untung.
  • Menawarkan perkhidmatan secara percuma.
  • Menawarkan barang atau perkhidmatan di bawah kos.
  •   Menawarkan barang atau perkhidmatan pada harga kos.


EMPAT KONSEP ASAS PERNIAGAAN IALAH:

1.     Barangan dan perkhidmatan:

1. Barangan
·         adalah produk fizikal
·         seperti kenderaan,makanan,pakaian dan sebagainya.
Perkhidmatan
1.    merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan
2.    seperti perkhidmatan pengangkutan, insurans, pelancongan dan sebagainya.

1. Barangan dan Perkhimatan
·         disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia.

2.         Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan:
 Keperluan merujuk kepada:
o    Barangan asas yang diperlukan
untuk kehidupan manusia
o    Seperti tempat tinggal, makanan, pakaian.
Kehendak merujuk kepada:
o  Penggunaan barangan yang tidak terhad
o  Untuk keselesaan hidup
o  Seperti hiburan, peralatan rumah.

3.         Untuk mencapai keuntungan:
·         Perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan
·         Dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.

4.         Pertukaran nilai
·         Merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan
·         Daripada perniagaan kepada pelanggan.
·         Barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga - biasanya dalam nilai wang.
·         Proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.

PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN

PERNIAGAAN
o    Bermotifkan keuntungan
o    Contoh perniagaan: Proton, KFC,Petronas, MAS, AirAsia

OBJEKTIF PERNIAGAAN
1.     Keuntungan
2.     Penakatan (survival)
·                  Untuk terus beroperasi di pasaran.
3.     Pertumbuhan
·                  Untuk memajukan / mengembangkan syarikat
·                  Seperti pembukaan beberapa cawangan.
4.     Tanggungjawab sosial
·                 komitmen oleh pihak syarikat  memberi perhatian kepada keperluan/kebajikan awam
·                  Seperti mengawal pencemaran persekitaran

BUKAN PERNIAGAAN
·         Organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka.
·         Dua kategori utama iaitu:
              I.        Agensi kerajaan
             II.        Badan sukarela.

·         Agensi Kerajaan :
  • Ditubuhkan oleh pihak kerajaan
  • Untuk menjaga kepentingan dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat
  • Seperti: hospital,sekolah, bomba

·         Badan Sukarela :
  •  Ditubuhkan oleh sekumpulan manusia
  • bertujuan untuk menjaga kepentingan ahli
  • Memberi perkhidmatan tertentu kepada ahli atau masyarakat umum
  • Seperti: FOMCA, PEMADAM, Greenpeace
PERBEZAAN PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN
Dimensi
Perniagaan
Bukan
Perniagaan
Matlamat utama
Keuntungan
Kebajikan ahli
kesejahteraan awam
Sumber kewangan
Keuntungan
modal
pinjaman
Yuran
bantuan
Aktiviti
Jual beli
Perkhidmatan masyarakat
Cukai
Dikenakan atas keuntungan
Dikecualikan

KEPENTINGAN BUKAN PERNIAGAAN:

1.     KEPADA PERNIAGAAN
·         Menyediakan kemudahan asas.
·         Menyediakan tapak perniagaan.
·         Memberi perlindungan dan keselamatan.
·         Mengurangkan masalah sosial.
·         Menyediakan maklumat-maklumat dan memberi khidmat masyarakat.

2.     KEPADA BUKAN PERNIAGAAN
·         Membiayai aktiviti bukan perniagaan seperti cukai, derma.
·         Menyediakan barangan dan perkhidmatan.
·         Membantu dalam menyediakan infrastruktur awam.
·         Menggunakan perkhidmatan bukan perniagaan.

PERNIAGAAN DAN UNTUNG

Keuntungan Perniagaan:
·         Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan.
·         Keuntungan adalah :
·         Hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan
·         Setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
·         Kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.
Untung:
·         Merupakan hasil bersih daripada aktiviti perniagaan
·         Setelah jumlah perbelanjaan ditolak daripada jumlah hasil.

·      Kepentingan Keuntungan Kepada Perniagaan:
o  Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko.
o  Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan perniagaan (survival)-pelaburan semula keuntungan.
o    Tahap keuntungan melambangkan imej/kecemerlangan syarikat.
o    Matlamat dan hala tuju -ukuran kepada prestasi perniagaan.
o    Keyakinan/dorongan kepada pelabur.
o    Menyumbang kepada pembangunan kawasan setempat.

PERNIAGAAN DAN EKONOMI

Kepentingan Aktiviti Perniagaan Terhadap Ekonomi:
·         Mewujudkan peluang perniagaan dan mengurangkan kadar pengangguran.
·         Memberi pendapatan kepada negara-melalui sebarang cukai perniagaan.
·         Mewujudkan dan mengembangkan industri sokongan.
Mewujudkan penempatan baru atau Bandar baru.
Menstabilkan harga barang.
Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur, pengangkutan dan perhubungan.

Keadaan ekonomi yang dapat merangsang perkembangan sesebuah perniagaan:
·         Ekonomi yang stabil melalui politik dalam Negara yang stabil.
·         Sistem kewangan /perbankkan yang liberal - kadar faedah pinjaman yang rendah.
·         Kuasa beli pengguna tinggi - menjamin permintaan sentiasa tinggi.
·         Nilai mata wang stabil - tidak perlu menanggung kos yang tinggi bila mengimport barangan daripada luar.
·         Penawaran pelbagai insentif bagi mempromosikan aktiviti pelaburan seperti taraf perintis.

PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT

Peranan Perniagaan Terhadap Masyarakat:
·         Menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
·         Memberi pendapatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat - menyediakan peluang pekerjaan.
·         Melibatkan dalam aktiviti sosial seperti derma dan penajaan.
·         Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, perhubungan, taman rekreasi.
·         Menjaga alam sekitar daripada terjejas akibat aktiviti perniagaan.

PERNIAGAAN DAN KERAJAAN

Kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan
·         Mengeluarkan lesen perniagaan- perniagaan beroperasi.
·         Menyediakan infrastruktur untuk kemudahan perniagaan- jalan raya, pelabuhan
·         Menyediakan kawasan industri dan lokasi perniagaan- zon perdagangan, tapak kilang
·         Menyediakan sumber kewangan untuk membiayai perniagaan- MARA, bank pertanian
·         Menyediakan dasar, peraturan dan prosedur- persaingan yang sihat.
·         Menbangunkan teknologi dan penyelidikan- MARDI, SIRIM, universiti.


Kepentingan Perniagaan Kepada Kerajaan.
·         Mendapat cukai-aktiviti pembangunan negara.
·         Peluang pekerjaan dan mengurangkan pengganguran.
·         Menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada kerajaan-kenderaan.
·         Menstabilkan dan meningkatkan ekonomi negara.
·         Membina imej dan daya saing negara-aktiviti ekspot, barangan berkualiti.

FAKTOR PENGELUARAN

1.     1. Tanah
·         Digunakan untuk tapak perniagaan
·         Mendapatkan bahan mentah.

2.     2. Buruh
Individu yang menyumbangkan masa,tenaga dan kemahiran dalam aktiviti perniagaan
3.     3. Modal
·         Sebarang bentuk kekayaan
·         Digunakan untuk menambahkan kekayaan dalam aktiviti perniagaan.
·         Wang atau aset.

4.     4. Usahawan
·         Individu yang berani mengambil risiko
·         Berpandangan jauh dalam perniagaan.

5.     5. Teknologi
·         Kaedah menjalankan aktiviti perniagaan
·         Mengikut perkembangan semasa.

PROSES PERNIAGAAN
·         Adalah aktiviti tambah nilai dalam proses tranformasi terhadap input-input pengeluaran
·         Bagi menghasilkan output untuk diagihkan di pasaran
·         Dengan tujuan mendapatkan keuntungan.

1.   Input:
·         Faktor-faktor pengeluran yang akan digunakan oleh kilang
·         Untuk mengeluarkan barangan.
 2.    Proses tranformasi:
·         Proses pertukaran dan tambah nilai input organisasi
·         Dengan menggunakan pengurusan dan teknologi
·         Bagi menghasilkan output.
3.     Output
·         Barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan
·         Hasil akhir organisasi.

PERINGKAT DALAM PROSES PERNIAGAAN

Terdapat 3 peringkat:

1.     Membangunkan keluaran
·         Mengenalpasti terhadap keluaran yang akan dikeluarkan.
·         Hendaklah mengambil kira kepuasan dan keperluan pengguna.
·         Terdapat dua kaedah untuk pembangunan keluaran:

i. Inovasi
·         Perubahan keluaran yang sedia ada
·         Penambahan fungsi kegunaan,peningkatan mutu keluaran,bentuk  keluaran
·         Menambahkan kecekapan dan keberkesanan terhadap sesuatu keluaran.

ii.  Penciptaan barang baru
·         Melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
·      mencipta barang baru.
·         melakukan penyelidikan pemasaran
·      memastikan keluaran memenuhi keperluan pengguna.

2.     Menguruskan permintaan
·         Menarik minat bakal pembeli - untuk mencuba dan membeli keluaran.
·         Mewujudkan permintaan terhadap keluaran baru dan mengekalkan permintaan keluaran sedia ada.
·         Aktiviti yang dilakukan pada peringkat ini:
·   Membuat penyelidikan pasaran
·   Menjalankan promosi dan pengiklanan
·   Melakukan aktiviti penjualan yang efektif.

3.     Memenuhi pesanan
·         Untuk memastikan pembeli mendapat barangan yang dipesan:
·         Tepat pada masa dan kuantiti serta kualiti yang dijanjikan.
·         Merangkumi aktiviti:
·         Mendapatkan bahan mentah,
·         Mengendalikan proses pengeluaran,
·         Pemasangan,
·         Penyimpanan,
·         Penghantaran barang ke pengguna.
·         Penjadualan pengeluaran tepat
·         Supaya pesanan tak tergendala.
·         Khidmat selepas jualan perlu disediakan.
·         Kaedah pemasangan barangan juga disediakan.
·         Saluran agihan yang sesuai ditentukan.

Memenuhi Keperluan Dengan Sumber Terhad ialtu:
Usahawan perlu mengusai ilmu pengurusan perniagaan supaya pengurusan lebih cekap.
Kaedah pengeluaran yang paling cekap- samada memilih kaedah berintensifkan buruh atau berintensifkan modal.
Strategi pemasaran yang sesuai dalam mengagihkan keluaran kepada pengguna berpotensi.
Memberi keutamaan kepada pengeluaran yang dijangka dapat memberikan pulangan yang banyak.
Menabung untuk kegunaan masa depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan