Isnin, 7 November 2016

1.1.2 PEMILIKAN PERNIAGAAN



Objektif stadard pembelajaran ialah:
Murid boleh1.1.2 Menghuraikan bentuk pemilikan perniagaan.


1.1      1.     MILIKAN TUNGGAL (Sole Proprietor / Trader)
·                 Sebuah organisasi perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik / seorang individu sahaja.
  
CIRI-CIRI MILIKAN TUNGGAL
·         Modal :
o  Diperoleh daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada saudara mara rakan, dan institusi kewangan.
·         Penubuhan:
o  Mudah ditubuhkan kerana tidak melibatkan banyak syarat yang perlu dipatuhi.
·         Pengurusan:
o  Pemilik bertanggungjawab mengurus dan mentadbir perniagaan secara persendirian
·         Cukai: 
o  Dikenakan adalah cukai pendapatan perseorangan.

KELEBIHAN MILIKAN TUNGGAL:
·         Perniagaan mudah diurus.
·         Mudah ditubuhkan kerana tiada prosedur penubuhan yang rumit.
·         Hanya memerlukan modal yang kecil untuk memulakan perniagaan
·         Pemilik bebas membuat keputusan dan perlaksanaan.
·         Keuntungan adalah kepunyaan pemilik sepenuhnya.

KELEMAHAN MILIKAN TUNGGAL:
·         Kesukaran untuk mendapat modal yang besar.
·         Sukar mendapat kredit atau pinjaman.
·         Modal yang terhad menghalang perkembangan perniagaan.
·         Menanggung beban yang banyak dalam menguruskan perniagaan.
·         Kemahiran pemilik terhad dalam mengurus perniagaan.
-      ·         Jangka hayat perniagaan pendek / tiada jaminan akan berterusan.

2.     PERKONGSIAN (Partnerships)
·         Entiti perniagaan yang dimiliki 2 -20 orang pemilik.
·         butir-butir yang terdapat dalam perjanjian:
1.     Nama dan alamat ahli perkongsian.
2.     Nama dan jenis perniagaan
3.     Jumlah modal bagi setiap ahli.
4.     Nisbah pembahagian untung rugi.
5.     Tempoh perkongsian
6.     Tanggungjawab dan kuasa setiap ahli
7.     Syarat penamatan perkongsian.
·         Syarat-syarat perkongsian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
·         Untung dan rugi diagih sama rata.
·         Urusan atau operasi perniagaan dijalankan bersama
·         Ahli-ahli perkongsian tidak berhak dibayar gaji
·         Modal yang disumbangkan tidak akan dibayar faedah.
·         Faedah 5% dikenakan kepada ahli yang meminjam.
·         Penyelesaian masalah berdasarkan undi majoriti.

DUA JENIS PERKONGSIAN :

1     .     Perkongsian Biasa
o    Menguruskan perniagaan.
o    Bertanggungjawab terhadap semua tanggungan perniagaan
o    Liabiliti syarikat secara tidak terhad - menjelaskan hutang kepada perniagaan.

2     .     Perkongsian Terhad
o    Melaburkan modal dan mendapatkan pulangan ke atas modal.
o    Tidak terlibat dalam pengurusan dan operasi perniagaan.
o    Liabiliti adalah terhad / tanggung kerugian terhadap modal yang dilaburkan saja.

 
TIGA JENIS RAKAN KONGSI PERNIAGAAN:

1.     Rakan Kongsi Umum
  • Mempunyai liabiliti yang tidak terhad
  • Sangat aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
  • Menyumbangkan modal
 2.     Rakan Kongsi Terhad
·         Mempunyai liabiliti terhad
·         Tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
·         Menyumbangkan modal

3.     Rakan Kongsi Lelap / Tidur (Sleeping Partners)
·         Menyumbangkan modal
·         Berhak menerima keuntungan
·         Tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan

4.     Rakan Kongsi Nominal
·         Tidak menyumbangkan modal
·         Membenarkan nama digunakan
·         Orang yang berpengaruh / mempunyai tahap kredibiliti yang tinggi
·         Turut menanggung segala liabiliti perkongsian

KELEBIHAN PERKONGSIAN
·         Prosedur penubuhan agak mudah
·         Sumber modal lebih baik kerana sumbangan daripada ahli-ahli.
·         Lebih mudah untuk mendapat kredit / pinjaman.
·         Risiko perniagaan dapat disebarkan di kalangan ahli-ahli.
Berkongsi kepakaran, pengetahuan, idea dan kebolehan ahli-ahli.

KELEMAHAN PERKONGSIAN
·         Liabiliti / tanggungan tidak terhad - melibatkan harta peribadi.
·         Berlaku salah faham dan pertelingkahan antara ahli.
·         Persetujuan semua rakan kongsi perlu sebelum sebarang keputusan dibuat.
·         Maklumat perniagaan tidak dapat dirahsiakan daripada pengetahuan rakan kongsi.
·         Jangka hayat perniagaan pendek kerana kematian, bankrap, tak siuman ahli-perkongsian terbubar.


3.     SYARIKAT BERHAD
·         Liabiliti / tanggungan terhad, jika berlaku kerugian segala tanggungan hanya ke atas jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan.

DUA JENIS SYARIKAT BERHAD:

1.     SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
(SDN BHD)
·         Pemilik 2- 50 orang
·         Syer tidak bebas pindah milik
·         Laporan kewangan tidak perlu diwartakan kepada orang ramai.
·         Cukai syarikat dikenakan.
·         Didaftar dibawah Akta Syarikat 1993
·         Liabiliti terhad

2.     SYARIKAT BERHAD
(BHD)
·         Tiada had pemilikan
·         Syer bebas pindah milik di pasaran saham.
·         Laporan kewangan perlu diwartakan kepada orang ramai.
·         Cukai syarikat dikenakan.
·         Didaftar dibawah Akta Syarikat 1993
·         Liabiliti terhad

KELEBIHAN SYARIKAT BERHAD

1.     Modal besar
·         Syarikat mudah untuk mengumpul  modal yang besar
·         sama ada melalui pinjaman bank atau orang awam dengan cara menerbitkan syer

2.     Jangka hayat perniagaan yang panjang
·         Jangka hayat perniagaan terus kekal
·         Walaupun terdapat penukaran hak milik syer atau kematian pemegang syer.
·         lni kerana perniagaan ini merupakan entiti yang berasingan daripada pemilik

3.     Liabiliti perniagaan terhad
·         Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal syer yang dilaburkan sahaja

4.     Mudah berkembang
·         Syarikat mudah berkembang kerana memiliki modal yang besar


KELEMAHAN SYARIKAT BERHAD

1.     Penubuhan yang rumit
·         Pembentukan  syarikat adalah rumit
·         Melibatkan prosedur yang banyak berdasarkan Akta Syarikat 1965

2.     Saiznya besar dan banyak cawangan
·         Ia merumitkan pengurusan
·         Banyak masalah yang timbul dalam kalangan pihak pengurusan dan pekerja.

3.     Kos penubuhan syarikat adalah tinggi
·         Kos penubuhan adalah tinggi berbanding dengan milikan tunggal
·         Kerana melibatkan kos penyediaan dokumen, bayaran  khidmat guaman, dan khidmat akauntan

4.     Pemisahan pemilikan dan pengurusan
·         Menyebabkan kecekapan perniagaan hanya bergantung kepada kebolehan lembaga pengarah dan bukannya pemegang syer.
·         lni membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa

PERBEZAAN YARIKAT AWAM BERHAD DAN PERBADANAN AWAM

Krirteria
Syarikat Awam berhad
Perbadanan Awam
Pemili-kan
·  orang ramai dengan membeli syer syarikat.
·  Sepenuh oleh kerajaan
Modal
·  melalui penjualan syer dan bon kepada orang awam.
·  Daripada kerajaan melalui Peruntukan kementerian
Penubu-han
·  tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965
·  Akta Parlimen & Enekmen negeri
Liabiliti
·  Terhad - atas jumlah modal yang dilaburkan dalam syarikat.
·  Kerajaan yang menanggung semua liabiliti.

PROSES PENUBUHAN SYARIKAT:
·         Daftar - dengan Pendaftar  Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia
·         Membayar yuran - pendaftaran syarikat berasaskan modal dibenar
·         Carian nama syarikat - dengan menggunakan Borang 13A

·         Mendaftarkan perniagaan dengan mengemukakan:
1.     Tatawujud syarikat - dokumen tentang fakta penubuhan syarikat
2.     Tataurus syarikat - dokumen tentang peraturan dan prosedur pengurusan dalam syarikat
3.     Borang 6 - Perakuan Pematuhan
4.     Borang 48A - Akuan berkanun  perlantikan pengarah/penaja 
5.     Borang 48F - Pengakuan sebelum  perlantikan sebagai  setiausaha
6.     Menyerahkan dokumen
7.     Mendapat sijil perakuan pemerbadanan syarikat (Borang 9) dan mempamerkannya di premis perniagaan

Tatawujud syarikat:
·         Dokumen  - maklumat tentang penubuhan syarikat 
·         Mempunyai  maklumat seperti yang berikut:
1.     Nama dan alamat syarikat
2.     Objektif dan jenis syarikat
3.     Maklumat pengarah
4.     Modal nominal syarikat berdaftar
5.     Pernyataan tentang liabiliti pemegang syer

Tataurus syarikat:
·         Dokumen - peraturan dan prosedur pengurusan syarikat
·         Mempunyai  maklumat seperti yang berikut:
1.     Cara mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan
2.     Perlantikan, tanggungjawab, dan kuasa pengarah
3.     Jenis syer dan prosedur syer diterbitkan, pindah milik, dan lucut hak
4.     Agihan untung syarikat

Prospektus:
·         Dokumen yang diterbitkan oleh syarikat awam berhad
·         Untuk menjemput orang awam bagi membeli syer yang ditawarkan 
·         Disiarkan  dalam  surat khabar
·         Mempunyai maklumat tentang:
1.     Prestasi syarikat
2.     Latar belakang syarikat


4.     KOPERASI
·                 Sebuah organisasi sosioekonomi yang dianggotai oleh sekumpulan individu secara sukarela
·                Tujuan - untuk memberi kebajikan dan melindungi kepentingan ahli-ahlinya.

PROSES PENUBUHAN KOPERASI:
·         Menghubungi pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
·         Mengemukakan permohonan kepada ketua pengarah SKM negeri.
·         Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja.
·         Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi.
·         Menyerahkan dokumen kepada Ketua Pendaftar SKM tidak lewat dari tujuh hari selepas Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi.
·         Menerima sijil perakuan pendaftaran perniagaan.

KELEBIHAN KOPERASI:
  • Keuntungan dan kebajikan kepada ahli koperasi.
  • Liabiliti kepada ahli adalah terhad kepada modal yang dilaburkan.
  • Koperasi mempunyai pelanggan tetap yang terdiri daripada ahlinya.
  • Mewujudkan semangat kerjasama dan bantu-membantu antara ahli.
  • Bersifat lebih demokratik.

KELEMAHAN KOPERASI:
  • Diuruskan oleh ahli yang mungkin kurang pengalaman.
  • Dikuasai oleh golongan minoriti yang aktif dalam mengambil bahagian dalam koperasi.
  • Sebahagian kecil sahaja ahli yang aktif.
  • Modal bergantung sepenuhnya kepada yuran dan keuntungan yang kecil.
  • Kurang daya saing kerana ditadbir oleh bukan profesional dan modal terhad.
  • Operasi adalah mengikut akta koperasi dan dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.
 5.     FRANCAIS
Definisi:
·         Syarikat induk (francaisor) memberi lesen atau hak kepada individu atau syarikat lain (francaisi)
·         Untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang berlandaskan suatu kaedah tertentu,
·         Di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dan dalam jangka masa yang ditentukan.
·         Bentuk perniagaan yang berkontrak di antara francaisor dan francaisi
·         mengariskan tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak,
·         Membenarkan fungsi-fungsi pemasaran produk dipiawai dan diselaraskan tanpa penduaan dan peniruan (duplication).

HUBUNGAN FRANCAISOR DAN FRANCAISI:

·         Pemilik francais (Francaisor):
o  Memberi lesen / kebenaran dan hak kepada individu atau syarikat lain
o  Untuk mengeluar dan menjual produknya, menggunakan jenama atau simbolnya,
o  Mengamalkan kaedahnya dan lain-lain yang berkaitan
·         Francaisi:
o  Syarikat atau individu yang mendapat lesen / kebenaran dan hak
o  Untuk mengeluar dan menjual produk, menggunakan jenama atau simbol,
o  Mengamalkan kaedah dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan francaisor.
·         Pihak francaisor dan pihak francaisi
o  Diikat oleh kontrak / perjanjian francais yang telah dipersetujui bersama.
o  Francaisor - mengizinkan francaisi menjalankan perniagaan yang serupa dengannya dari semua aspek.
o  Francaisi - perlu membayar royalti setiap tahun kepada francaisor.

KELEBIHAN PERNIAGAAN FRANCAIS:

KEPADA FRANCAISOR
·         Sistem pengurusan dan modal perniagaan cawangan diurus di atas tanggungjawab francaisi.
·         Memudahkan pihak francaisor memperluaskan pasaran untuk produknya.
·         Terma bayaran royalti yang tetap, bayaran asas, caj perkhidmatan pengurusan
·         Menambahkan keuntungan perniagaan francaisor.

KEPADA FRANCAISI
·         Risiko perniagaan yang rendah.
·         Sistem yang lengkap dan terbukti berdaya maju / keberkesanannya.
·         Contoh: Pihak francaisi akan menggunakan jenama produk, bahan mentah untuk mengeluarkan produk serta prosedur pengurusan perniagaan sebagaimana yang telah ditetap dan diamalkan oleh francaisor.
·         Mendapat bantuan kewangan, khidmat sokongan dan latihan daripada francaisor
·         Tujuan membangunkan struktur pengurusan dan premis perniagaan francaisi.

KELEMAHAN PERNIAGAAN FRANCAIS:

KEPADA FRANCAISOR
·         Francaisor - bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan dan daya saing perniagaan francaisi.
·         Bantuan kewangan dan khidmat sokongan kepada pihak francaisi
·         Jika francaisi gagal untuk mematuhi segala prosedur perniagaan - nilai nama atau reputasi francaisor akan terjejas.
·         Menghadapi kesukaran untuk menangani masalah penipuan
·         Bayaran royalti, bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk.
·         Kegagalan francaisor menangani masalah sedemikian boleh mengakibatkan kemusnahan ikatan pemfrancaisan.

KEPADA FRANCAISI
·         Tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan
·         Menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi.
·         Pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar
·         -         Menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi dan  
             memasuki pasaran seperti ini.
·        -         Mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak.

6.     USAHASAMA (Joint Venture)
·         Merupakan suatu jenis perniagaan perkongsian - bersifat sementara
·         Tujuan:
o  Menyempurnakan sesuatu kerja, projek atau tugas khas
o  Dalam jangka masa tertentu
o  Seperti musim perayaan.
·         Apabila kerja, projek atau tugas khas itu selesai:
o  Maka jenis perniagaan perkongsian ini akan dibubarkan.
·         Jangka hayat perniagaan secara usahasama bergantung kepada:
o  Pelaksanaan sesuatu kerja, projek atau tugas khas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan