Isnin, 7 November 2016

1.1.3 KLASIFIKASI PERNIAGAAN



Objektif standard pembelajaran ialah:
Murid boleh:    1.1.3 Mengklasifikasikan sektor perniagaan.


1.1.3     KLASIFIKASI PERNIAGAAN

(A)    Kelompok Sektor:
       (i)     Sektor utama - perladangan, perikanan, perhutanan.
       (ii)    Sektor kedua - pembuatan, perkilangan, pembinaan, kejuruteraan.
(     (iii)   Sektor ketiga - perkhidmatan swasta, perkhidmatan awam, perkhidmatan sukarela tidak berasaskan 
                                        keuntungan.

TAHAP PERNIAGAAN:

Terbahagi kepada 3:

Tahap Perniagaan Primer, Sekunder dan Tertiar
·         Perniagaan juga boleh dikategorikan kepada tahap primer, sekunder atau tertiar.

1.     TAHAP UTAMA (Primer)
·         Perniagaan yang menjalankan aktiviti mengeluarkan barang-barang yang akan digunakan sebagai input
·         Untuk pengeluaran yang seterusnya atau mengeluarkan barang-barang yang boleh digunakan terus oleh pengguna
·         Dikenali sebagai perniagaan tahap primer.
·         Contoh: Industri yang berasaskan pertanian atau ekstraktif seperti perlombongan galian dan bahan api.

2.     TAHAP KEDUA (Sekunder)
·         Perniagaan tahap sekunder merupakan perniagaan yang menjalankan aktiviti mengeluarkan barang-barang yang diterbitkan pada tahap primer kepada barangan siap atau separuh siap
·         Diperlukan oleh aktiviti pemprosesan seterusnya.
·         Contoh: Bijih besi ditukarkan kepada kepingan besi, paip besi dan sebagainya.

 3.     TAHAP KETIGA (Tertiar)
·         Perniagaan tahap tertiar terdiri daripada perniagaan yang menghasilkan barangan yang tidak ketara.
·         Perniagaan pada peringkat ini lebih tertumpu kepada pemberian perkhidmatan yang terbaik.
·         Contoh: Perkhidmatan yang ditawarkan oleh doktor, akauntan, bank dan sebagainya.

PERBEZAAN ANTARA SEKTOR UTAMA, KEDUA DAN KETIGA

Primer
(utama)
Sekunder (kedua)
Tertiar
(ketiga)
·   Pengeluaran sumber semulajadi
·   Bahan mentah dari perut bumi
·   Tanpa mengubah bentuk asalnya.
·   Aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan mentah yang didapati daripada aktiviti primer
·   Menukarkan kepada barang siap/separuh siap.
·   Aktiviti perkhidmatan yang dijalankan selepas sesuatu barangan dihasilkan
·   Membantu melancarkan perjalanan aktiviti perniagaan.
Contoh aktiviti
·   Pembalakan,
·   Perlombon-gan
·   Perikanan
·   Penternakan.
Contoh aktiviti:
·   Pemprosesan buah kelapa sawit menjadi minyak kelapa sawit.
·   Getah cair dijadikan getah kering.
·   barang separuh siap
Contoh aktiviti Perkhidmatan:
·   Pengangku-tan,
·   Insurans,
·   pergudangan






























 Tahap Perniagaan (Sektor)
1.     Perniagaan Huluan dan Hiliran
·         Entiti perniagaan adalah sesuatu organisasi yang amat dinamik.
·         Ia sentiasa mengalami perkembangan dan pertumbuhan.
·         Pertumbuhan entiti perniagaan boleh diukur mengikut peringkat penggunaan input.

 Antaranya ialah:

I.      Perniagaan Huluan (Up-stream Business)
·         Bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan aktiviti yang berasaskan sumber-sumber asli / semula jadi
·         Seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan sebagainya.
·         Contoh: Syarikat Ayamas yang membekalkan ayam sebagai input untuk ayam goreng restoran KFC
·         Dikatakan menjalankan perniagaan pada peringkat huluan.

II.    Perniagaan Hiliran (Down-stream Business)
·      bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang dikembangkan daripada perniagaan lain
·      seperti: pemprosesan, pembuatan, pengilangan, perkhidmatan dan sebagainya.
·      Contoh: Restoran KFC, ayam goreng KFC yang dijual adalah hasil pemprosesan ayam segar yang dibekalkan oleh Syarikat Ayamas.
·      Entiti perniagaan juga boleh dikenalpasti melalui fokus pasaran dan aktiviti pembuatannya
·      iaitu sama ada domestik (tempatan) ataupun antarabangsa.

Perniagaan  Huluan
Perniagaan Hiliran
·   Melibatkan aktiviti primer
·   Berasaskan sumber semulajadi.
·   Aktiviti perniagaan yang berlaku dahulu sebelum perniagaan lain dapat dilakukan.
·   Perniagaan yang wujud selepas aktiviti perniagaan huluan.
·   Memproses bahan mentah menjadi barang siap untuk dipasarkan.
Contoh:
·   Syarikat Petronas
·   Menjalankan aktiviti cari gali minyak.
Contoh:
·   Aktiviti primer mengeluarkan kayu balak mewujudkan aktiviti huluan
·   Menghasilkan perabot.

2.     Perniagaan Domestik (Tempatan) dan Antarabangsa

I.      Perniagaan Domestik (Tempatan)
·         Perniagaan ini hanya beroperasi di dalam sesebuah negara,
·         Bermula dengan pengeluaran dan diikuti dengan pemasaran dan jualan.
·         Keluaran perniagaan domestik bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan.
·         Perniagaan domestik pula banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan memperkukuhkan lagi struktur asas industri negara.

II.    Perniagaan Antarabangsa (Luar Negara)
·         Perniagaan antarabangsa merupakan perniagaan yang menjalankan operasi perniagaannya di dua atau lebih negara asing.
·         Operasi perniagaan itu berbentuk sama ada satu hala, dua hala ataupun pelbagai hala.
·         Perniagaan antarabangsa lazimnya berkembang daripada perniagaan domestik
·         Menjalankan aktiviti eksport sama ada di peringkat serantau atau di peringkat global.

Perniagaan Domestik
Perniagaan Antarabangsa
·   Aktiviti perniagaan yg dijalankan dalam negara
·   Untuk pasaran tempatan
·   Aktiviti perniagaan yg dijalankan dengan negara luar
·   Samada import/eksport
·   Tidak melibatkan pertukaran mata asing
·   Satu jenis matawang 
·   Melibatkan pertukaran wang asing
·   Pelbagai jenis matawang
·   Melibatkan dokumen yang sedikit
·   Melibatkan dokumen yang banyak dan rumit
·   Pasaran sempit
·   Pasaran luas




Tiada ulasan:

Catat Ulasan