Jelaskan peranan utama bahagian
fungsian ICT dalam sesebuah organisasi perniagaan. [ 6 markah]
jawapan
Peranan bahagian fungsian ICT adalah seperti yang berikut:
1.memastikan keselamatan sistem pada
setiap masa
2.sentiasa memantau untuk memastikan bahawa hanya pengguna yang dibenarkan sahaja
mengakses sistem
3.mewujudkan dan mengendalikan sistem
simpanan bagi data kritikal dalam keadaan kecemasan
4.membantu dan melatih staf
menyelesaikan masalah penggunaan perisian baharu
5.memantau dan mensyorkan kepada pihak
pengurusan sistem dan perisian terkini mengikut perkembangan
dan pemakaian semasa yang dapat membantu
operasi perniagaan;
6. membantu pengguna
dalam organisasi berhadapan dengan asalah dan aplikasi komputer.
BAHAGIAN B
CONTOH SOALAN
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Osman.
Encik Osman adalah seorang bekas
guru. Selepas bersara, beliau memulakan restoran kerana minat dalam bidang
memasak. Sejak membuka restoran dua
tahun yang lepas, beliau telah
mengalami kerugian hampir RM100 000. Beliau gagal menarik pelanggan
untuk berkunjung ke restorannya kerana persaingan daripada beberapa restoran
berdekatan. Beliau tidak bijak melatih pekerja dari segi kekemasan dan cara
melayan pelanggan. Malah, beliau kurang arif dari segi kewangan dan penyimpanan
a.Nyatakan bentuk perniagaan yang dicadangkan oleh isteri Encik Osman. [1 markah]
b.Pendapat pendapat anda, patutkah Encik Osman menerima cadangan isterinya? [ 6 markah]
JAWAPAN
Jawapan
(a)
• Bentuk perniagaan ialah - Francais
1
Jawapan
(b)
·Ya -
Encik Osman menerima cadangan isterinya
·memulakan
perniagaan francais - menikmati
kelebihan seperti memiliki
dan menjalankan perniagaan yang
sistematik
·francaisor
melatih francaisi - cara-cara menguruskan perniagaan dengan sistematik
·contohnya cara
menyediakan rekod kewangan
·jenama
D'Best Satay sudah terkenal
·Encik Osman
tidak perlu bersaing dengan restoran lain untuk mendapatkan pelanggan
·Tidak
perlu banyak pengalaman dalam perniagaan
·francaisor akan
membantu Encik Osman melatih
pekerjanya
Arahan: Soalan wajib, Sila baca kes dengan
teliti dan jawab semua soalan
Rubberex PLC, United Kingdom
merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan
sarung tangan getah khas yang digunakan dalam bidang perubatan sejak 2005.
Keluaran syarikat dianggap paling bermutu di dunia dan dijual pada harga
yang mahal berbanding dengan keluaran para pesaing lain. Kejayaan syarikat
menghasilkan sarung tangan bermutu tinggi disumbangkan oleh bahagian
penyelidikan dan pembangunan (R & D) yang sentiasa melaksanakan
penyelidikan untuk mencari kaedah baharu untuk meningkatkan mutu hasil
keluaran. Justeru , hasil jualan dan keuntungan syarikat terus meningkat
dari tahun ke tahun.Selain peranan bahagian R & D, kejayaan syarikat
juga disumbangkan oleh tenaga pekerjanya yang mahir dan pakar.
Syarikat sentiasa menyediakan pelbagai
latihan dalaman dan luaran untuk meningkatkan kemahiran pekerja. Pihak
pengurusan juga menjalin hubungan yang baik dengan pekerja. Pekerja
diberikan kebebasan untuk meluahkan idea dan pandangan masing-masing. Hal
ini merupakan salah satu sebab pekerja sentiasa bermotivasi tinggi dan cuba
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Selain menggunakan pekerja dalam
syarikat, syarikat mengambil pekerja baharu yang berpengalaman dari luar
negara yang membawa idea baharu. Hal ini telah membantu syarikat meningkatkan
daya pengeluaran.
Beberapa tahun belakangan ini,
kemelesetan ekonomi dunia telah menyebabkan para pelanggan syarikat
mengambillangkah mengurangkan kos perbelanjaan perniagaan. Mereka mula
mengurangkan pembelian produk syarikat dan mengalihkan tempahan kepada
pengeluar lain yang menjual pada harga yang lebih murah. Jualan dan
keuntungan syarikat mula merosot mulai tahun 2010. Hal ini menyebabkan
syarikat mengambil keputusan bagi mencari jalan untuk mengeluarkan produk
pada kos yang lebih rendah tanpa menjejaskan mutu agar dapat menjual hasil
keluaran pada harga yang lebih kompetitif.
Syarikat Rubberex PLC, UK telah
menghubungi sebuah syarikat tempatan Malaysia, iaitu Syarikat Supermaks
Berhad, sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai jenis sarung tangan
getah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa Pada tahun 2011, kedua-dua
syarikat bersetuju untuk memperbadankan satu syarikat baharu yang dikenal
sebagai Superglove Sendirian Berhad dengan pejabat dan kilang di Kawasan
Perindustrian Temerloh, Pahang.
Syarikat Supermaks Berhad
mengeluarkan modal untuk membina kilang, menyediakan tenaga kerja, dan
mendapatkan bahan mentah. Sementara itu, Syarikat Rubberex PLC, UK akan
menyumbangkan teknologi dan tenaga pakar dalam proses pengeluaran serta
penyelidikan dan pembangunan. Untung atau rugi dikongsi pada kadar nisbah
54 : 49 antara Syarikat Supermaks Berhad dan Rubberex PLC, UK
masing-masing. Superglove Sendirian Berhad telah berkembang maju dalam masa
beberapa tahun penubuhannya . Pada masa ini, syarikat mempunyai bilangan
pekerja tetap seramai 250 orang. Pada tahun 2016, nilai jualan syarikat
adalah sebanyak RM150 juta.
Berdasarkan
kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
(a)Jelaskan tiga
faktor dalaman perniagaan yang membawa kepada kejayaan Rubberex PLC, UK.[7
markah]
(b)Terangkan satu
faktor luaran perniagaan yang menyebabkan jualan dan keuntungan Rubberex PLC, UK merosot mulai
tahun 2010. [3 markah]
(c)i. Nyatakan
bentuk usaha niaga
antara Syarikat Rubberex
PLC, UK dan
Syarikat
Supermaks Berhad melalui penubuhan
Syarikat Superglove Sendirian Berhad . [1
markah]
ii. Terangkan tiga kelebihan usaha niaga ini
kepada Syarikat Rubberex PLC, UK.
[6 markah]
(d)Jelaskan saiz
perniagaan Syarikat Superglove Sendirian Berhad. [3 markah]
JAWAPAN:
Jawapan
BAHAGIAN C – KAJIAN KES (20 MARKAH)
MARKAH
(a)
Faktor
dalaman perniagaan yang membawa
kepada kejayaan Rubberex PLC, UK
1.Gaya
pengurusan
·mengamalkan
gaya pengurusan demokratik
·di
mana pekerja bebas meluabkan idea dan pandangan
·pekerja
bermotivasi untuk mencapai matlamat
2.Sumber
manusia
·syarikat
mempunyai tenaga pekerjanya yang mahir dan pakar
·sentiasa
menyediakan pelbagai latihan
dalaman dan luaran
untuk meningkatkan kemahiran pekerja
·mengambil
pekerja baru yang berpengalaman dari luar yang membawa idea baharu.
3.Penyelidikan
dan pembangunan (R&D)
·sentiasa
melaksimakan penyelidikan untuk mencari kaedah baru untuk meningkatkan mutu
basil keluaran
·dapat
mengbasilkan sarung tangan getah khas bermutu paling tinggi di dunia
·Justeru,
hasil jualan dan keuntungan syarikat terus meningkat dari tahun ke tahun
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
Maks: 7m
(b)
Faktor luaran yang menyebabkan jualan dan
keuntungan Rubberex PLC, UK merosot
mulai 2010 ialah:
1.ekonomi
·kemelesetan
ekonomi dunia menjejaskan kuasa beli pelanggan syarikat
·pelanggan
mengurangkan pembelian produk syarikat dan sebaliknya membeli produk pesaing
yang lebib murah
1
1
1
Maks: 3m
(c)(i)
(c)(ii)
·usaha sama
Kelebihan usaha
sama kepada Rubberex PLC, UK
·Boleh menjalankan perniagaan di
tempat yang belum pernah diterokai
osyarikat
dapat menjalankan operasi pengeluaran produk di Malaysia
·Dapat meningkatkan modal dan tenaga kerja
osyarikat
dapat berkongsi modal dan tenaga kerja yang disumbangkan oleh Syarikat
Supermaks Berhad
·Risiko dalam perniagaan dapat
dikongsi
okedua-dua
Syarikat Supermaks Berhad dan Rubberex PLC, UK akan berkongsi untung rugi
pada kadar 51 : 49 masing-masing
1m
1
1
1
1
1
1
Maks:6m
(d)
Perniagaan Syarikat Superglove Sendirian Berhad ialah :
VIDEO : TITIK PULANG MODAL (TPM) Video 1: Pengenalan Kepada Titik Pulang Modal
Video 2: Mengira Titik Pulang Modal (TPM)
Video 3: Penentuan Titik Pulang Modal Dengan Lakaran Graf Titik Pulang Modal
Kegunaan Titik Pulang Modal
1. Menentukan tahap volum jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelak kerugian.
2. Mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian pada tahap pengeluaran tertentu.
3. Merancang pengeluaran untuk memperoleh untung yang disasarkan.
4. Merancang pengeluaran dan jualan dengan mengkaji kesan ke atas titik pulang modal jika perubahan dibuat ke atas kos tetap, kos berubah seunit atau harga jualan seunit.
Merendahkan titik pulang modal dengan;
i. Meningkatkan harga jualan.
ii. Mengurangkan kos tetap.
iii. Mengurangkan kos berubah seunit.
Merancang Pengeluaran dengan Menggunakan Titik Pulang Modal
a. Kesan ke atas TPM jika;
i. Kos tetap berubah
· Kos tetap bertambah, TPM bertambah dan sebaliknya.
· TPM berubah secara langsung dengan kos tetap.
ii. Kos berubah seunit berubah
· Kos berubah seunit bertambah, margin caruman seunit akan berkurang dan TPM akan bertambah dan sebaliknya.
iii. Harga jualan seunit berubah
· Harga jualan seunit bertambah, margin caruman seunit akan bertambah dan TPM akan berkurang dan sebaliknya.
b. Menentukan kuantiti jualan bagi mencapai sasaran untung yang dikehendaki.
· Dengan menggunakan rumus;
Kuantiti Jualan = Kos Tetap + Untung Sasaran
Margin Caruman Seunit
a) Titik Pulang Modal (TPM)
·Merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung.
·Pada titik ini, perniagaan balik modal, iaitu tidak mendapat untung dan juga tidak rugi.
·TPM penting kerana dapat membantu perniagaan mengetahui sama ada perniagaan dapat terus beroperasi atau tidak serta kebolehan perniagaan untuk terus kekal dalam pasaran.
Formula TPM:
TPM = ___________Kos tetap (KT)____________
Harga juaIan seunit (H) - Kos berubah seunit (KB)
Contoh 1:
·Syarikat Pasu Bunga Sendirian Berhad mengeluarkan pasu bunga untuk pasaran seluruh negara.
·Kos tetap (KT)yang ditanggung syarikat ialah RM300 000.
·Harga jualan (H)setiap pasu ialah RM5 dan kos berubah seunit (KB)ialah RM3.
Berapakah kuantiti yang perlu dikeluarkan oleh syarikat agar balik modal?
TPM = __________Kos tetap____________
Harga juaIan seunit - Kos berubah seunit
TPM = RM300 000
RM5 – RM3
= 150 000 unit
Contoh 2:
Fahmi merupakan pemilik Z’F Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain) untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Fahmi telah memperoleh satu kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah Fahmi perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema berkenaan dengan sewa tahunan RM6000. Fahmi tidak memerlukan sebarang alatan tetapi beliau perlu membeli bahan-bahan seperti gegelung plastic berharga 20 sen seunit, klip berharga 10 sen seunit dan kertas photo berharga 10 sen seunit. Fahmi bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun.
Hitungkan:
a)Titik Pulang Modal
b)Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
c)Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci
a. Titik pulang modal (TPM)
Titik pulang modal : = Kos tetap
harga - kos berubah
Kos tetap
·sewa kedai : RM6 000
Kos berubah
·Gegelung plastik : RM 0.20
·Klip : RM 0.10
·Kertas foto : RM 0.10
: RM 0.40
Harga jualan seunit : RM 8.00
Titik pulang modal (TPM) = RM 6000_____
RM 8.00 – RM 0.40
= 789.47 atau 789 unit
b. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
Keuntungan = Jumlah Hasil - Jumlah Kos
= (QxH) – (KT+KB)
(1000 X RM 8.00) – RM 6 000 + (1000 X RM0.40)
= RM1 600
c. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci
(2 500X RM 8.00) - (RM 6 000 + 2 500X RM 0.40)
= RM13 000
Contoh 3:
Kos tetap
•Sewa sebulan : rm15,000
•Gaji tetap : rm50,000
Kos berubah:
•bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
•bagi sepasang kasut : RM100
i.TPM = ___RM15000 + RM50000___
RM100 – RM50
= __RM65000___
RM50
= 1300 pasang
Jumlah kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun 2017 ialah:
= 1300 pasang x 12 bulan = 15,600 pasang
ii.Peningkatan 20% kos berubah pengeluaran kasut:
Kos berubah bagi - sepasang kasut
= (20 % x RM50) + RM50
= RM 60
TPM = __RM65000__
RM100-RM60
= __RM65000
RM40
= 1625 pasang
Contoh 4:
Formula
TPM = _______kos tetap_________
Harga – kos berubah seunit
Kos tetap
•Sewa sebulan : rm10,000
•Gaji tetap
: rm24,000
Kos berubah:
•bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
•bagi sepasang kasut : RM100
i.TPM = ___RM10,000 + RM24000___
RM100 – RM50
= __RM34000___ = 680 pasang
RM50
Contoh 5:
•Kos tetap: RM50 000
•Kos berubah: RM60 seunit
•Harga seunit: RM100
Hitungkan:
i. Titik pulang modal
TPM = ______Kos tetap____
Harga – kos berubah
=
___RM50 000__ = 1250 unit
RM100 - RM60
** Kalau dalam bentuk nilai, jawapannya RM12,5000
(1250 x RM100)
ii.
Jumlah kos pada titik pulang modal (TPM)
Jumlah kos (JK) =
Kos tetap (KT) + kos berubah (KB)
= RM50 000 + (1250 x RM60)
= RM125 000
Iii
Keuntungan atau kerugian yang diperoleh
jika menjual 3 000 unit
Untung =
Jumlah Hasil – Jumlah Kos
=
(Harga x Kuantiti) - (Kos Tetap + Kos Berubah)
=
(RM100 x 3 000) - (RM50,000 + (3000 x RM60)
= 300,000 - RM230 000
= RM70,000.00 CONTOH 6:
CONTOH SEPERTI DI BAWAH:
·Harga Jualan (per unit) : RM 55
·Kos Berubah (per unit) : RM 30
·Kos Tetap : RM 3000
PENGIRAAN ADALAH SEPERTI DI
BAWAH:
TPM = ______Kos tetap____
Harga – kos berubah
= ___RM 3 000__= 137 unit
RM 55 - RM 35
Maka Titik Pulang Modal bagi produk anda adalah 137 Unit jika produk tersebut dijual dengan
harga RM 55.
Jika anda menjual melebihi 137 unit bermakna anda telah membuat
keuntungan untuk produk tersebut.
Andai kata harga jualan diletakkan lebih tinggi dari RM 55
maka Titik Pulang Modal akan menjadi lebih rendah untuk anda.
* Formula Titik Pulang Modal
digunapakai jika anda mengeluarkan hanya satu produk
sahaja.
Jika anda mengeluarkan lebih dari satu produk formula titik
pulang modal yang lain akan diguna pakai.