Isnin, 8 Oktober 2018

penting / Contoh Jawapan Bahagian A (50 markah) / Bab 3



BAB 3: PENETAPAN VMO

MAKSUD VISI
         penetapan perancangan
         fokus dan perancangan jangka masa panjang
         panduan untuk membuat keputusan dan tindakan
         memastikan hala tuju perniagaan berada di landasan yang tepat

MAKSUD MISI
         satu pernyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan
         menjadi satu ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan untuk mencapai matlamat

MAKSUD OBJEKTIF    
         pembentukan maklumat yang lebih khusus
         Sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi

LIMA CIRI OBJEKTIF YANG DIWAKILI OLEH “SMART”
1.     Specific (Spesifik)                           - khusus
2.     Measureable (Boleh Diukur)             - angka/nilai
3.     Attainable (Boleh  Dicapai)               - sasaran
4.     Realistic (Munasabah)                      - kemampuan
5.     Time Frame (Jangka Masa)              - tempoh

TUJUAN PENETAPAN VISI
         komponen pengurusan strategik dan proses
         lebih daripada 5 tahun (jangka panjang).
         mencapai matlamat - melebihi 5 tahun.
         mendorong semua pihak - memahami & bekerjasama
         bentuk tindakan terhadap setiap pekerja - berdasarkan tanggungjawab dan peranan masing-masing (bahagian/fungsian).

TUJUAN PENETAPAN MISI
         garis panduan - menilai keperluan setiap unit dan bahagian organisasi.
         pengagihan sumber manusia & fizikal - secara tepat.
         sumber - digunakan secara cekap dan berkesan.
         asas dalam penyataan objektif sesebuah organisasi perniagaan

TUJUAN PENETAPAN OBJEKTIF
         objektif hendaklah selaras dengan penyataan misi .
         mempunyai sekurang-kurangnya satu objektif & mempunyai ciri SMART
         sasaran yang ingin dicapai secara spesifik dan khusus.
         memudahkan kefahaman semua pihak organisasi perniagaan
         untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN SEBAGAI PANDUAN PERNIAGAAN (MENGHASILKAN VMO):
1.     Titik Pulang Modal (TPM)
2.     Pertumbuhan Perniagaan
3.     Memaksimumkan Keuntungan
4.     Daya Saing
5.     Syer Pasaran
6.     Jualan
7.     Penyeliaan Perkhidmatan

1. TITIK PULANG MODAL (TPM)
         satu kaedah atau teknik - untuk merancang dan mengetahui hasil bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung : (JH = JK).
 
2.     PERTUMBUHAN PERNIAGAAN

PERANCANGAN BAGI MENINGKATKAN HASIL JUALAN SEPERTI BERIKUT:
1.     Merancang membuka CAWANGAN yang banyak
         KEUNTUNGAN / Rizab (modal pelaburan / pusingan) - membuka cawangan perniagaan.
         jangka masa panjang (lebih 5 thn) - meningkatkan keuntungan boleh menaikkan nilai perniagaan dalam industri.
2.     MEMBESARKAN perniagaan sedia ada
1.     keyakinan yang tinggi untuk terus melaburkan modal.
2.     untuk mendapat pulangan tinggi melalui peningkatan keuntungan

3.     MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN
  • 3.     konsep kecekapan - kemampuan  MEMAKSIMUMKAN HASIL dengan MEMINIMUMKAN KOS.
  • 4.     PERBEZAAN memaksimumkan hasil dengan meminimumkan kos - memberikan keuntungan yang  tertinggi kepada perniagaan

 4.     DAYA SAING
  • .     KEMAMPUAN sesebuah perniagaan untuk mengekalkan operasi perniagaannya dalam industri.



FAKTOR KEMAMPUAN PERNIAGAAN BERTAHAN DALAM INDUSTRI
  • 1.     Kewangan,
  • 2.     Sumber Manusia
  • 3.     Teknologi
  • 4.     Pemasaran
  • 5.     Jaringan


5. SYER PASARAN
  •          peratus (%) penguasaan jumlah pengguna yang membeli  barang dan perkhidmatan - dalam pasaran berbanding dengan pesaing.
  •          syer pasaran terbesar

·      pendapatan yang tinggi hasil daripada jualan
·      menjadi pemimpin dalam pasaran .
·      mempengaruhi tindakan pesaing lain.
·      perniagaan - kekal dan meraih keuntungan yang besar.

6.   JUALAN
  •          transaksi jual beli - antara penjual dan pembeli
  •          memberi faedah kepada kedua-dua pihak
  •          perniagaan - mendapat keuntungan
  •          pembeli - mendapat kepuasan


STRATEGI PROMOSI JUALAN
1.     Jualan murah
2.     Diskaun harga
3.     Sampel
4.     Peraduan

7.   PENYELIAAN PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang disediakan:
  •          pembelian dalam talian
  •          penghantaran barang ke rumah
  •          kemudahan pembayaran
  •          membaik pulih jika barang mengalami kerosakan


Proses perkhidmatan penghantaran disediakan:
  •          Membuat tempahan dan pembelian
  •          Menerima tempahan
  •          Membawa tempahan ke lokasi
  •          Menghantar tempahan kepada pembeli


KESAN KEPADA PERNIAGAAN AKIBAT KEGAGALAN
MENCAPAI MATLAMAT DAN OBJEKTIF
1.     Jualan MEROSOT
2.     Tidak Mampu Membayar KOS Perniagaan
3.     GagaI dalam PERSAINGAN
4.     IMEJ Perniagaan Terjejas
5.     Tidak Mampu MENGEMBANGKAN Perniagaan

KOS TETAP                
         kos yang TIDAK DIPENGARUHI oleh kuantiti dalam sesuatu pengeluaran
         kos yang ditanggung SAMA tanpa perlu mengikut jumlah kuantiti pengeluaran
         Cth: kos bangunan, insurans, Gaji pekerja (cth: pengurus), Kos kilang dan jentera

KOS BERUBAH           
         kos yang DIPENGARUHI oleh kuantiti dalam sesuatu pengeluaran
         kos yang ditanggung bergantung PADA KUANTITI produk yang dikeluarkan
         Cth: kos bahan mentah, upah (buruh), kos air, kos elektrik, kos telefon

LANGKAH PENYELESAIAN APABILA GAGAL MENCAPAI SESUATU MATLAMAT PERNIAGAAN
         mengurangkan KOS,
         menurunkan HARGA PRODUK,
         mempelbagaikan BARANG atau perkhidmatan yang ditawarkan,
         mengurangkan jumlah atau kadar PEMBAYARAN DIVIDEN kepada pemegang saham,
         menggunakan kaedah atau TEKNOLOGI BAHARU dalam pengeluaran
         menyemak semula MATLAMAT perniagaan.

KRITERIA PENILAIAN YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI MENILAI PENCAPAIAN (VMO) IALAH:
1.  Titik Pulang Modal (TPM)
     teknik untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung
2.  Pertumbuhan Perniagaan
     hasil yang meningkat dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat perniagaan
3.  Memaksimumkan Keuntungan
     peningkatan  pelaburan dan peningkatan  keuntungan
4.  Daya Saing
     kemampuan sesebuah perniagaan untuk mengekalkan operasi perniagaannya dalam industri.
5.  Syer Pasaran
     mendapat sokongan daripada pihak kerajaan dan sambutan pengguna.
6.  Jualan 
     transaksi jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli
7.  Penyediaan Perkhidmatan
     memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pengguna

2 ulasan:

  1. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda mahu pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam masa kurang dari 48 jam. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Jadikan kenalan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia seorang lelaki yang jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394-3740

    BalasPadam
  2. Faktor kemampuan perniagaan bertahan dalam industri

    BalasPadam