| Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya: | |
| Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya. | |
| Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan menderita. | |
| Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad dengki. | |
| Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup. | |
| Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat | |
| menimbulkan perpaduan. | |
| Menanamkan semangat sama rata dan menjauhkan sifat membeza-bezakan di antara kaya miskin, hina mulia, | |
| raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung peritah Allah. | |
| Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peaturan dan menghargai masa kerana puasa mempunyai batas-batas | |
| waktu yang tertentu. | |
| Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh badan dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang | |
| bekerja sepanjang tahun. | |
| Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh badan - terutamanya alat pengisar makanan yang | |
| bekerja sepanjang tahun. | |
| Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan | |
| yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan Sembahyang Tarawih. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan