Tetapi, ada juga yang membaca tetapi, tidak berjaya mengaplikasikan apa yang di baca. Mungkin kerana terlupa atau tidak menggunakan teknik yang betul dalam menambahkan pemahaman ketika membaca.
Satu tip mudah apabila membaca buku, ambil pen dan conteng pada buku tersebut
- Garis perkataan atau nota yang penting
- Letak bintang di bahagian margin sekiranya terdapat sesuatu yang anda ingin laksanakan
- Tulis di bahagian margin nota-nota anda sendiri dan bagaimana anda boleh aplikasikan apa yang di ajar
Contoh salah satu buku yang kena conteng… semua page lebih kurang camni
Tambahan: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah juga pernah Bercerita, beliau juga “berinteraksi” dengan buku yang dibaca dengan menulis pada buku itu sama ada bersetuju… atau tidak setuju… atau sama ada pembaikan yang boleh ditambahkan pada buku yang di baca.Sayang pada buku sebab taknak kena conteng?
Haa… patut kita sayang pada buku, atau sayang pada ilmu yang kita terlupa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan