Solat
Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat
atau ketika berada dalam kesulitan. Pada kebiasaannya dilakukan secara
bersendirian, kadang-kala dilakukan secara berjemaah sekiranya
berhadapan kesulitan umum seperti kemarau.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
1. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
2. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
3. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat
hajat ini diriwayatkan oleh Tirmidhi dan Ibn Maja. Hadith ini agak
lemah tetapi sedikit sahaja: hadith sedemikian dilakukan bagi ibadat
(fada’il al-a`mal) melalui persetujuan umum oleh ulamak mazahab
Sunni][1]
Kaedah Menunaikan Solat Hajat
Jika ada suatu hajat atau maksud yang penting bolehlah dikerjakan solat Hajat pada waktu lepas tengah malam yang sunyi. Solat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada malam atau siang dengan pakaian yang bersih, dengan hati yang tenang serta khusyu‘ ke hadrat Allah s.w.t. Terdapat pelbagai kaedah mengerjakan solat Hajat. Antaranya seperti berikut:1. Lafaz niatnya:
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Hajat dua raka‘at kerana Allah Ta‘ala.
2. Surah yang dibaca:
* Selepas Fatihah pada raka‘at yang pertama dibaca surah al-Kafirun 10 kali.
* Selepas Fatihah pada raka‘at yang kedua dibaca surah al-Ikhlas 10 kali.
3. Sebelum memberi salam semasa dalam sujud membaca:
* Selawat ke atas Nabi dan keluarganya 10 kali.
* Tasbih 10 kali.
* Membaca ayat di bawah 10 kali.
* Selepas ini terus berniat apa-apa yang dihajatinya setelah selesai barulah bangun daripada sujud lalu membaca tahiyyat akhir dan salam serta baca doa.
4. Satu cara lain yang lebih ringkas iaitu di dalam sujud akhir sebelum duduk membaca tahiyat akhir dibaca sebanyak empat puluh satu kali tasbih berikut:
Maksudnya: Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Maha Suci Engkau (Ya Allah) sesungguhnya aku adalah daripada orang yang melakukan kezaliman.
*Kemudian selepas selesai membaca tasbih di atas terus memohon sebarang hajat di dalam hati sebelum duduk membaca tahiyyat akhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan