RAWATAN PENYAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Pada suatu ketika pada zaman sahabat Nabi SAW, ada
seorang pesakit yang telah puas berikhtiar dan telah diubat oleh ramai para
tukang ubat, termasuk para sahabat Nabi SAW yang terkenal, tetapi tidak juga
sembuh penyakitnya itu, hingga menjadikannya bergitu putus asa. Pada suatu hari
dia telah diziarahi oleh seorang 'alim sufi yang mengetahui ilmu perubatan.
Bila diberitahu mengenai dirinya, ahli sufi itu berkata :
Di manakah kamu tentang syat-ayat Syifa' dalam Al Quran
Lalu diajarlah pesakit tadi akan ayat-ayat Syifa' yang
enam itu, yang akhirnya ia sembuh apabila diubati dengan doa tadi. Bersempena
dengan peristiwa tersebut doa ini digunakan bagi mengubati sakit tertentu bagi
pesakit yang bergitu teruk penyakitnya serta sukar pula untuk sembuh setelah
menjalani berbagai-bagai jenis rawatan, samada secara prubatan tradisional mahupun
kedoktoran.
Untuk mengubatinya, perawat dengan penuh khusu' dan
tawadhu' serta keyakinan kehadhrat Allah SWT, ikutilah susunan doa yang
diperlukan seperti berikut :
AYAT SYIFA' - At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )
قَاتِلُوهُمْ
يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ | 14
وَيُذْهِبْ
غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ | 15
[14] Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa
mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta
menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang
beriman.
[15] Dan dia juga akan menghapuskan kemarahan hati
orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang
dikehendakinya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahuinya, lagi Maha Bijaksana.
AYAT SYIFA' - Yunus ( surah 10 : ayat 57 )
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ
وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ | 57
[57] Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada
kamu Al-Quran yang menjadi nasihat dan pengajaran dari Tuhan kamu yang jadi
penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga
menjadi hidayat, petunjuk dan keselamatan, serta membawa rahmat bagi
orang-orang yang beriman.
AYAT SYIFA' - An Nahl ( surah 16 : ayat 67-69 )
وَمِن ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالأَعْنَابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ
سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ | 67
وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ
بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ | 68
ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ
ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ
إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ | 69
[67] Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan
daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya
pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah)
bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.
[68] Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah
engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu dan juga di
bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
[69] Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan
dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan
Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah
dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi
penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang
demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang
yang mahu berfikir.
AYAT SYIFA' - Al Isra' ( surah 17 : ayat 82 )
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا | 82
[82] Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari
Al-Quran Ayat-Ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang
yang beriman kepadaNya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang
yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
AYAT SYIFA' - Asy Syu'ra' ( surah 26 : ayat 80 )
قَالَ أَفَرَأَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ |75
أَنتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ |76
فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ |77
الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ |78
وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ |79
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ |80
[75] Nabi Ibrahim berkata: “Sudahkah kamu berfikir
sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu?
[76] (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek
kamu yang dahulu?
[77] (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya
berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan
sekalian alam.
[78] Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada),
maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku.
[79] Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan
memberi minum.
[80] Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan
penyakitku.
AYAT SYIFA' - Al Fushilat ( surah 41 : ayat 44 )
وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا لَوْلَا
فُصِّلَتْ آيَاتُهُ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى
وَشِفَاء وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى
أُوْلَئِكَ يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍ بَعِيدٍ | 44
[44] Dan kalaulah Al-Quran itu kami jadikan (bacaan)
dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata : Mengapa tidak dijelaskan
ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah kitab itu berbahasa
asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad)
: Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang
beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi
sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga
merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang
menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran,
tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan
mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).
AYAT-AYAT SYIFA' - FAEDAH & CARA-CARA MENGGUNAKANNYA
Rasullullah SAW pernah bersabda yang ertinya :
"Hendaklah kamu mendapatkan dua penawar yakni madu
dan Al-Quran."
Dengan hadith itu, dapatlah kita mengambil kesimpulan
bahawa kedua-dua ini merupakan penawar yang besar, tetapi masih ramai di
kalangan kita yang masih belum mengetahuinya.
Apa sahaja bentuk sakit, malahan sakit lahir dapat
dirawat dengan madu, terutama yang dibacakannya ayat-ayat Al-Quran dengan cara
diminum atau disapu pada tempat yang bermasalah.
Cara-Cara Menggunakan Ayatus Syifa'
# Dibacakan pada air kemudian diminum dan dijirus pada
pesakit
# Dibacakan pada madu dengan dilekatkan mulut pada botol
atau bekas, lalu diminum beberapa kali sehari.
# Ditulis dengan tinta suci dan bersih kemudian
dilarutkan pada air kemudian dijiruskan pada pesakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan