Isnin, 22 Oktober 2012

ASAS RUQYAH 1 (AL-FATIHAH 1-7)

Keterangan Surah Al-Fatihah Ayat 1-7:
Rahsia Surah Al-Fatihah di dalam rawatan. Ini adalah surah/amalan terpenting di dalam rawatan. Sekiranya kita tidak dapat mengamalkan mana-mana ayat lain, sudah memadai dengan mengamalkan surah ini. Juga… Surah Al-Fatihah hendaklah dibaca sebagai pembuka kepada semua amalan-amalan rawatan/ayat yang lain.

(A) Pengenalan
Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran.Ia dinamakan ‘Ummul Quran” (yang bermaksud induk Al-Quran) atau “Ummul Kitab” (yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari daripada kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.

(B) Jawapan Allah apabila kita membaca Surah Al-Fatihah
Perbanyakkanlah bacaan surah Al-Fatihah. Ini kerana Rasulullah saw telah bersabda (diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra.):

“Jika seorang hamba berkata ALHAMUDLILLAHI RABBIL ‘AALAMIIN, Allah berfirman, ‘Demi keagunganKu dan kebesaranKu, Aku curahkan kepadamu nikmatKu di dunia dan akhirat.’ Jika ia berkata ARRAHMAANIRRAHIIM, Allah berfirman, ‘RahmatKu bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika dia berkata, ‘MAALIKI YAUMIDDIIN, Allah berfirman, ‘AnugerahKu bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika dia berkata, ‘IYYAAKA NA’BUDU WA IYYAKA NASTA’IIN, Allah berfirman, ‘PertolonganKu bagimu di dunia dan akhirat.’ “Jika ia berkata IHDINASH-SHIRAATHAL-MUSTAQIIM, Allah berfirman, ‘PetunjukKu bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika ia berkata,’ SHIRAATHALADZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM, Allah berfirman, ‘Syafaat kekasihKu bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika ia berkata, ‘GHAIRIL-MAGHDIUBI ‘ALAIHIM, Allah berfirman, ‘ Demi keagunganKu dan KebesaranKu, Aku akan dekatkan diriKu kepadamu di dunia dan akhirat.’ Jika dia berkata, ‘WALADH-DHAALLIIN, Allah berfirman, ‘Demi keagunganKu, KebesaranKu, KemuliaanKu, KetinggianKu, Aku tetapkan namamu dalam daftar orang-orang yang berbahagia, dan Aku hapuskan namamu dari daftar orang-orang yang celaka.”

Jadi sama-samalah kita memperbanyakkan membaca Al Fatihah di setiap masa; baik masa senang mahupun masa susah, baik masa sihat mahupun masa sakit, baik masa lapang mahupun masa sibuk, baik masa berehat maupun masa berkerja….Bacalah Al Fatihah dan sedekahlah pada ahli keluarga terutama kedua IBUBAPA kita…ianya tidak mengurangkan pahala kita…malah memberi manfaat kepada mereka dengan bacaan yang kita sedekahkan kepada mereka.

(C) Cara memasang niat semasa membaca Surah Al-Fatihah bagi tujuan rawatan
Membaca mana-mana surah atau ayat dengan ikhlas tanpa memasang niat membolehkan kita mendapatkan kerahmatan Allah dan pahala daripadaNya. Walaubagaimanapun, di dalam rawatan, kita perlu memasang niat yang khusus supaya ikhtiar kita akan berkesan, dengan izin Allah. Paling afdal kiranya kita dapat membaca setiap ayat di dalam Surah Al-Fatihah ini dengan 6 harakat, maksudnya kita mengakhiri setiap ayat (iaitu ayat 1 hingga 7) dengan 6 harakat. Sebagai contoh dan panduan bersama, diberikan di bawah beberapa cara untuk berniat:

Semasa membaca Ayat 1 “BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM”:
Niat: Melakukan semua amalan ini adalah semata-mata untuk mendapatkan kerahmatan Allah

Semasa membaca Ayat 2 “ALHAMUDLILLAHI RABBIL ‘AALAMIIN”:
Niat: Memberi peringatan kepada jin yang mengganggu tentang keagungan dan kebesaran Allah yang mentadbir sekalian alam semesta. Ini boleh menyebabkan jin tunduk atau terbakar.

Semasa membaca Ayat 3 “ARRAHMAANIRRAHIIM”:
Niat: Memohon kepada Allah untuk mengurniakan kerahmatanNya lantas memperkenankan doa dan tujuan amalan.

Semasa membaca Ayat 4 “MAALIKI YAUMIDDIIN”:
Niat: Memberi peringatan kepada jin yang mengganggu bahawa mereka juga akan kembali kepada Allah. Ini boleh menyebabkan jin tunduk atau terbakar.

Semasa membaca Ayat 5 “IYYAAKA NA’BUDU WA IYYAKA NASTA’IIN”:
Niat: Memohon kepada Allah untuk menyembuhkan dengan penyembuhan segala penyakit, samada penyakit yang ghaib (iaitu sakit angkara jin & syaitan) ataupun yang nyata (iaitu sakit berkaitan medical). Juga boleh memohon Allah mengusir/membakar jin yg mengganggu.

Semasa membaca Ayat 6 “IHDINASH-SHIRAATHAL-MUSTAQIIM”:
Niat: Memohon petunjuk daripada Allah tentang tindakan/ikhtiar yang harus diambil atau ayat lain yang harus dibaca bagi tujuan penyembuhan atau pengusiran jin. Juga untuk memohon kepada Allah untuk memberi petunjuk samada terdapat jin di dalam tubuh atau lokasi barang sihir.

Semasa membaca Ayat 7 “SHIRAATHALADZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM GHAIRIL-MAGHDIUBI ‘ALAIHIM WALADH-DHAALLIIN”:
Niat: Memohon kepada Allah agar dijauhkan daripada unsur-unsur syirik dan kekufuran semasa rawatan

(D) Contoh-Contoh Amalan Surah Al-Fatihah
Berikut adalah cara-cara mengamalkan Surah Al-Fatihah bagi tujuan rawatan:

1) Untuk membuat seseorang (suami/isteri, anak-anak) agar sentiasa mengingati kita (dengan niat yang baik sahaja)
Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.

2) Untuk demam panas
Baca Surah Al-Fatihah 7 kali terus kepada pesakit atau tiup ke dalam air (untuk minum, lap, mandi)

3) Untuk penyakit yang sukar sembuh atau serius
Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandi dengan menggunakan air tersebut.

4) Untuk penyakit mental.
Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut
pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.

5) Bila di dalam kesakitan yang amat sangat,
Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.
Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yang
sakit itu.

6) Untuk bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam.
Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala bayi itu.

7) Untuk kecederaan seperti luka, disengat lebah, berdarah, jari tersepit pintu.
Baca Surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan ambil air liur dari
“langit-langit” dan sapu pada bahagian yang cedera itu.

8 )  Untuk pelbagai faedah atau niat
Sesiapa yang mengekalkan membaca Surah Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:
i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.

9) Untuk mengembalikan pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula. Hendaklah ia membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). InsyaAllah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi.

10) Untuk mendapat zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan membaca Surah Al-Fatihah 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. InsyaAllah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.

11) Untuk sakit mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Surah Al-Fatihah 41 kali selama 40 hari di antara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.

12) Untuk luka atau kudis
Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin Allah.

13) Wirid Surah Al-Fatihah
Sesiapa yang membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari (iaitu pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali), ia akan:
i) Dimurahkan rezekinya
ii ) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
x) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan

14) Untuk pendinding semasa Tidur
Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad – 3 kali
Qul A’uzubirabbil falaq – 1 kali
Qul A’uzubirabbin Nas – 1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan