Sabtu, 26 Januari 2013

Apa yang ada dalam Luh Mahfuz dan siapa yang telah melihatnya


Soalan : 
  1. Apakah makna Luh Mahfuz?
  2. Adakah benar Allah Taala memberikan keizinan kepada wali-wali Nya untuk melihat dan memasuki Luh Mahfuz?
  3. Adakah benar Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah telah masuk ke dalam Luh Mahfuz?

Jawapan :
 
    Luh Mahfuz ialah sebuah kitab yang Allah tulis di dalamnya qadha qadar semua makhluk sebelum Allah jadikan mereka.

    Ini dapat dibuktikan daripada firman Allah dalam surah Al Haj ayat 70 :
أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاء وَالأَرْضِ إِنَّ ذَلِكَ فِيْ كِتَابٍ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللهِ يَسِيْرٌ. (سورة الحج أية 70).
yang bermaksud :
Terjemahan Indonesia : 70. Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.
Terjemahan Ar Rahman : 70. Bukankah Engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya Yang demikian itu ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz); Sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.

    Berkatalah Ibnu Atiyyah (ابن عطية) : Kitab itu ialah Luh Mahfuz.

    Dalam ayat lain pula Allah Taala berfirman dalam surah Al Hadid ayat 22 :
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيْبَةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِيْ أَنْفُسِكُمْ إِلاَّ فِيْ كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللهِ يَسِيْرٌ. (سورة الحديد أية 22).
yang bermaksud :Terjemahan Indonesia : 22. Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Terjemahan Ar Rahman : 22. Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

    Berkatalah Imam Al Qurtubi (الإمام القرطبي) : Kitab di sini bermakna Luh Mahfuz.

    Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari (الإمام البخاري), daripada Imran Ibnu Husain (عمران بن حصين), dalam satu hadith yang panjang, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :
عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا ... قَالَ : كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَىْءٌ غَيْرُهُ، وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ، وَكَتَبَ فِي الذِّكْرِ كُلَّ شَىْءٍ، وَخَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ‏‏ ... (صحيح البخاري حديث 3191).
yang bermaksud :
adalah Allah dan tidak ada bersama-sama Allah sesuatu pun melainkan Allah Taala sahaja yang ada pada masa itu, dan adalah arasy Allah (عرش) berada di atas air, dan Allah Taala menulis pada Az Zikr (الذكر) kesemuanya, dan Allah menciptakan langit dan bumi.

    Berkatalah Ibnu Hajar (ابن حجر) : yang dimaksudkan dengan Az Zikri (الذكر) ialah Luh Mahfuz.

    Disebutkan dalam kitab-kitab tafsir satu kata-kata daripada Ibnu Abbas (ابن عباس) : Luh Mahfuz itu diperbuat daripada yaqut merah, atasnya terikat pada arasy manakala bawahnya di pangkuan malaikat-malaikat, tulisannya cahaya, dan penanya cahaya, Allah melihat kepada Luh Mahfuz setiap hari sebanyak 360 kali, setiap kali Allah melihat kepada Luh Mahfuz Allah akan berbuat apa yang dia kehendaki, Allah akan mengangkat darjat orang yang hina, Allah akan merendahkan orang yang tinggi darjat, iaitu Allah mengkayakan yang miskin dan memiskinkan yang kaya, Allah menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup, Allah berbuat apa yang Allah kehendaki, tiada tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Dia.

    Daripada Ibnu Abbas lagi : Allah menciptakan Luh Mahfuz dalam tempoh seribu tahun, maka Allah berkata kepada pena sebelum Allah ciptakan makhluk-makhluk Allah : tulislah ilmu Ku pada makhluk-makhluk Ku, maka berlakulah apa yang hendak berlaku hingga ke hari kiamat.

    Adapun melihat Luh Mahfuz, maka tidak ada satu pun dalil yang boleh diyakini bahawa Allah pernah memberikan keizinan kepada mana-mana manusia yang Allah kehendaki. Kalau perkara itu mungkin, maka sudah tentu Allah akan memberikan keizinan kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam melihat Luh Mahfuz, yang mana Nabi Muhammad telah sampai kepada penghujung ciptaan Allah sedangkan malaikat Jibril sendiri pun tidak pernah sampai ke situ. Kisah itu berlaku pada malam Lailatul Qadar.

    Adapun melihat beberapa perkara ghaib yang terkandung di dalam Luh MAhfuz, maka harus dicapai oleh sesiapa yang Allah kehendaki, maka sesungguhnya para nabi melihat sebahagian daripada kandungan Luh Mahfuz melalui jalan wahyu.

    Ianya juga berlaku kepada beberapa orang soleh dengan jalan kasyaf dan ilham daripada Allah Taala.

    Dalam satu hadith Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam

yang bermaksud :

Perhatian

    Di sini hendaklah diperhatikan beberapa perkara :

    Pertama : hendaklah setiap orang Islam dapat membezakan antara ilham yang datang dari Allah dan ilham yang datang dari syaitan supaya tidak terjatuh ke dalam syirik yang membatalkan syahadah. Ilham daripada Allah dapat dicapai oleh mereka yang lurus zahir dan batinnya atas syariat Allah, samada pada iktikadnya, perkataannya dan perbuatannya. Manakala ilham daripada syaitan maka ia dicapai oleh golongan zindiq, pembuat bidaah yang tergelincir dan sesat.

    Kedua : Mereka yang mendapat kasyaf dan ilham daripada Allah tidak bermakna mereka lebih afdhal daripada mereka yang tidak mencapai kasyaf dan ilham dari Allah. Kadang-kadang kita akan dapati orang yang tidak mencapai kasyaf dan ilham dari Allah lebih tinggi darjatnya dan lebih afhal daripada mereka yang mendapat kasyaf dan ilham daripada Allah.

    Ketiga : Untuk mencapai hukum syarak, tidak ada jalan lain melainkan daripada Al Quran dan As Sunnah mengikut fahaman salaf soleh. Adapun kasyaf dan ilham daripada Allah maka ianya tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk hukum syarak dan dalil agama.

    Tentang cerita mengatakan Ibnu Taimiyyah pernah mencapai kasyaf, maka ada riwayat-riwayat yang mengatakan begitu, antaranya IbnuTaimiyyah memberitahu bala tentera Tartar akan mengalami kekalahan walaupun berita kedatangan tentera Tartar belum kedatangan lagi, dan Ibnu Taimiyyah pernah bersumpah tentang perkhabaran itu. Cerita ini dapat kita anggapkan sebagai Ibnu Taimiyyah adalah di antara mereka yang lurus zahirnya dan batinnya, perkataannya, amalannya dan iktikadnya.

    
وفي الصحيحين أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "قد كان فيما مضى قبلكم من الأمم ناس مُحدَّثون، فإن يكن في أمتي أحد منهم فهو عمر". والمحدثون الملهمون الذين يجري الله تعالى على ألسنتهم بعضاً من المغيبات. كأنما حدثوا بها.
كذلك الرؤيا الصادقة، فإن المرء يرى رؤيا تتضمن الإخبار عن أمر مستقبل فيحصل الأمر كما رأى الرائي وهذا كثير معروف، وفي الصحيحين أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:" رؤيا المؤمن جزء من ستة وأربعين جزءاً من النبوة".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan