Khamis, 14 Mac 2013

IMPLIKASI SURAT PEKELILING IKHTISAS KPM KE ATAS PELAKSANAAN SISTEM PENDIDIKAN DAN KUALITI PENDIDIKAN




Tujuan Pekeliling Ikhtisas
  • Garis panduan dan maklumat kepada warga pendidik melaksanakan tugas.
  • Memperjelaskan peraturan sedia ada berkaitan pengurusan kurikulum, aspek profesional lain berhubung pengurusan pendidikan dan keguruan.
  • Membantu pengurusan sekolah membuat keputusan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/69, 6/1985 dan 7/2001 Pakaian Guru di Sekolah.
  • Pakaian yang berpatutan - kemas, bersih dan sopan.
  • Rambut kemas
  • Perhiasan muka tidak melampau
  • Tidak boleh pakai jubah
  • Seluar panjang dan baju kemeja(tali leher digalakkan) atau baju melayu.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959
  • Guru Besar diberi kuasa mengenakan hukuman dera (Corporal Punishment) terhadap murid-murid lelaki dengan menggunakan rotan kecil atas tapak tangan atau punggung yang ada pakaian.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1974 : Keselamatan Dalam Makmal
  • Guru Besar diminta mengambil tindakan- tindakan tertentu supaya keselamatan murid di makmal terjamin.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977 :Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah
  • Guru biasa boleh dipanggil bertugas dalam masa cuti penggal dengan syarat jumlah hari bertugas dalam masa cuti penggal itu tidak melebihi separuh (1/2) daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun.
  • Bagaimanapun Guru Besar hendaklah merancang dan menggunakan budi bicara/kebijaksanaan supaya tidak memanggil guru-guru di pertengahan cuti sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1977 : Pengelolaan Walkaton Di Sekolah-Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 7/1983)
  • Pengelolaan Walkaton adalah dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu, iaitu tidak di waktu persekolahan, mendapat persetujuan ibu bapa dan jaminan keselamatan murid.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1978: Pengajaran di Kelas-kelas Peperiksaan
  • Guru Besar hendaklah mengutamakan guru terlatih mengajar di kelas-kelas peperiksaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1978 : Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah
  • Latihan kawad kecemasan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam satu penggal persekolahan.
  • Notis-notis kebakaran hendaklah dipasang di beberapa tempat strategik.
  • Notis larangan merokok atau pintu kecemasan hendaklah dipamerkan dengan terang.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1978 : Hari Kelepasan Peristiwa. 326/62
  • Sekolah dibenarkan mengambil hari kelepasan peristiwa tidak lebih dari 4 hari dalam mana-mana satu tahun.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 : Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru
  • Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1983 : Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 7/1977)
  • Guru Besar diminta mematuhi garis panduan ini.
  • Murid-murid berumur 16 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan terlibat dalam pungutan derma.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 :Perhimpunan Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 4/ 1984 (Tambahan)
  • Guru Besar hendaklah akur dengan masa dan aturcara perhimpunan.
  • Sekolah tidak dibenar menggunakan perhimpunan sebagai tempat untuk menjalankan hukuman kepada murid, mencaci atau memalukan murid.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1985 :Logo/Lencana dan Lagu Sekolah
  • Sekolah boleh mengadakan Lencana/Logo dan lagu sekolahnya.
  • Bagaimanapun kelulusan daripada Pendaftar Sekolah hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Logo/Lencana dan Lagu Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1985 : Siaran Maklumat Untuk media Massa
  • Guru Besar/Pengetua/Guru/Kakitangan Sekolah tidak boleh membuat sebarang kenyataan/penjelasan atau ulasan melalui akhbar atau media massa mengenai dasar, peraturan pentadbiran, pelaksanaan dan rancangan masa depan Kementerian/ Sekolah/Pendidikan Negara

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2001 :Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Di Sekolah
  • Tujuan PIBG ditubuhkan ialah untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru sekolah.
  • PIBG tidak dibenarkan mempengaruhi dan menggugat sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat.
  • PIBG tidak boleh jadi jentera untuk menyelesaikan pertikaian antara persatuan dengan pihak sekolah.


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 :Panitia Mata Pelajaran
  • Pihak sekolah dikehendaki menubuhkan panitia mata pelajaran dan menjalankan aktiviti-aktivitinya.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 :Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran Oleh Guru Besar/Pengetua
  • Guru Besar/Pengetua diperingatkan supaya menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1988: Panduan Tajaan Oleh Syarikat/Badan Perniagaan Di Sekolah
  • Setiap tajaan perlu mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri.
  • Setiap penajaan hendaklah dikenalpasti supaya tidak bercanggah dengan matlamat pendidikan negara dan dasar kerajaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988 :Penyertaan Pelajar Dalam Persatuan Sukan Luar
  • Hendaklah mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri terlebih dahulu.
  • Hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 : Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
  • Sekolah hendaklah sensitif dengan keselamatan pelajar.
  • Garis panduan keselamatan pelajar hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Keselamatan pelajar adalah tanggungjawab sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1988 : Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah
  • Guru Besar TIDAK BOLEH memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat untuk membuat jualan terus/ promosi/ demostrasi/pameran barang-barang.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1988 : Pendaftaran Murid/Pelajar Baru dan Hari Pertama Persekolahan (Hendaklah dibaca bersama dengan Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1989 dan 10/1998)
  • Pendaftaran murid baru hendaklah dibuat sehari sebelum sekolah dibuka.
  • Hari pertama persekolahan hendaklah berjalan seperti hari biasa yang lengkap dengan pengajaran dan pembelajaran.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 15/1988 : (Penyenggaraan dan Keceriaan Sekolah) (Hendaklah dibaca bersama Bil. 5/1988
  • Tindakan boleh dikenakan ke atas Guru Besar / Pengetua jika terus mengabaikan tanggungjawab penyenggaraan dan keceriaan sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989: Kutipan Yuran PIBG
  • Sekolah tidak dibenarkan memungut yuran PIBG atau yuran tahunan PIBG.

Surat Pekeliling Ikhtisas bil 5/1999: Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti Kerajaan
  • Semua staf dilarang melibatkan diri dalam kegiatan politik anti-kerajaan
  • Sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah (Govt. of the day)
  • Kegiatan berunsur politik dilarang di kawasan sekolah spt mempengaruhi pemikiran murid dengan politik anti-kerajaan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1991 : Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah
  • Penggunaan buku kerja di sekolah rendah dibenarkan untuk mata pelajaran
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bagaimanapun penggunaannya hendaklah di luar waktu mengajar.
  • Bil / 2000 (termasuk Sains) dan (hanya tahap 2 sahaja)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/1991 : Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah (KP.BT. 8772/1990/SP/(22)5 Januari 1990
  • Guru tidak dibenar menggunakan buku kerja semasa waktu mengajar dalam kelas.
  • Buku kerja tidak boleh disenaraikan dalam senarai buku-buku yang perlu dibeli oleh murid.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 : Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum
  • Pada setiap masa keselamatan murid hendaklah menjadi pertimbangan utama
  • Tugas guru tentang keselamatan murid hendaklah diperjelaskan.
  • Keselamatan murid adalah tanggungjawab sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1995 : (Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Pelajar)
  • Guru Besar hendaklah membaca dengan teliti tentang proses membuat tuntutan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997 : Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
  • Guru Besar hendaklah mengambil tindakan seperti yang ditetapkan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000: Menangani Masalah Keselamatan, Dadah dan Gengster
  • Guru Besar/Pengetua hendaklah mengambil langkah-langkah yang proaktif supaya sekolah bebas dari insiden yang tidak diingini spt murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dengan dadah, kegiatan gengster atau triad society .

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000: Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid Sekolah
  • Sekolah perlu membanteras salah laku disiplin diperingkat awal dan tidak tunggu sehingga keadaan menjadi serius
  • Semua kes salah laku murid tidak dirahsiakan untuk menjaga kredibiliti Guru Besar/Pengetua atau imej dan reputasi sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 20/1998 : Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam
  • Guru Besar/Pengetua hendaklah dengan segera mengambil tindakan ke atas apa-apa pengaduan awam.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 23/1998 : Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam
  • Guru Besar/Pengetua tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambil peperiksaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 : Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah mata pelajaran yang wajib diajar mengikut peruntukaan Akta Pendidikan 1996.

Surat Pekeliling KPPM/5:22 Jun 1998 :
Guru Besar/Pengetua dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu.
  • PK dan Penyelia Petang diperlukan mengajar sekurang-kurang 12 waktu seminggu dan bantu GB
  • Guru Perpustakaan, S/U Sukan dan Guru Media hendaklah mengajar 18 waktu seminggu dan jalan tugas yang ditetapkan
  • Guru Panduan diperlukan mengajar 12 waktu seminggu dan menjalankan kerja-kerja panduan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1999 : Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah
  • Jika sekolah ingin menggunakan khidmat pakar motivasi dari luar, kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 : Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
       Mengandungi :
          1. Rancangan Pelajaran Tahunan
          2. Rancangan Pelajaran Harian
       Objektif
         - Bagaimanakah cara untuk mencapai objektif
         - Sejauh manakah objektif itu tercapai


Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 Penggunaan Budi Bicara ketika Mengambil Tindakan.
  • Pertimbangan dan perhatian diperlukan semasa membuat keputusan.
  • Bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan.
  • Perundingan dengan hemah, berdiplomasi dalam suasana harmonis.

IMPLIKASINYA TERHADAP SISTEM DAN KUALITI PENDIDIKAN
  • Memudahkan melaksanakan tugas harian
  • Memudahkan membuat keputusan
  • Memudahkan membuat perancangan
  • Membantu pengurusan menjadi cekap dan berkesan
  • Menyumbang ke arah pendidikan berkualiti bertaraf dunia.

2 ulasan:

  1. ADA X PEKELILING TENTANG KUTIPAN YURAN TUISYEN? DIBENARKAN ATAU TIDAK KUTIP YURAN TISYEN TANPA PENGETAHUAN PIHAK SEKOLAH?

    BalasPadam
  2. ADA X PEKELILING TENTANG KUTIPAN YURAN TUISYEN? DIBENARKAN ATAU TIDAK KUTIP YURAN TISYEN TANPA PENGETAHUAN PIHAK SEKOLAH?

    BalasPadam