Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2015
MYsumber yakin pastinya guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2015 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian
Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi tertentu di dalam atau luar negara
Manfaatkan Cuti Sekolah
Bagi Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk anak-anak di musim cuti sekolah tahun 2015, MYsumber cadangkan bawa anak anda ke pusat penyelidikan atau konservasi berkaitan alam sekitar atau pertanian
Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan hutan mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan untuk simpanan peribadi
Dengan pendedahan tersebut secara tidak langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu memulihara alam sekitar dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna
CUTI SEKOLAH 2015 KALENDAR TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN MALAYSIA
Berikut MYsumber sertakan lampiran perincian takwim persekolahan sesi 2014 di seluruh negeri. Menurut lampiran yang dikeluarkan, perincian ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu
Kumpulan A : Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu | |
Cuti Pertengahan Penggal 1 | 13 Mac hingga 21 Mac |
Cuti Pertengahan Tahun | 29 Mei hingga 13 Jun |
Cuti Pertengahan Penggal 2 | 18 September hingga 26 September |
Cuti Akhir tahun | 20 November hingga 2 Januari 2016 |
Jumlah Hari Cuti Penggal : 85 |
Kumpulan B : Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya | |
Cuti Pertengahan Penggal 1 | 14 Mac hingga 22 Mac |
Cuti Pertengahan Tahun | 30 Mei hingga 14 Jun |
Cuti Pertengahan Penggal 2 | 19 September hingga 27 September |
Cuti Akhir tahun | 21 November hingga 3 Januari 2016 |
Jumlah Hari Cuti Penggal : 85 |
INFO – Panduan Percutian | |
Bincang destinasi pilihan bersama ahli keluarga | |
Pilih pakaian sesuai dan mencukupi | |
Rujuk cuaca tempatan sekiranya bercuti di negara empat musim | |
Bawa bekalan perubatan mencukupi | |
Kamera penting untuk merakam perjalanan anda | |
Sekiranya perlu, bawa buku catatan | |
Simpan semua resit pembelian dan tiket percutian | |
Jangan bawa barang yang menyalahi undang-undang seperti benda tajam dan peralatan lain yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang sekeliling | |
Minum banyak air bagi menjamin kesihatan yang baik | |
Sebaik-baiknya gunakan kasut yang boleh menutup kaki anda daripada habuk dan debu ketika melancong atau bercuti |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan