Jumaat, 14 November 2014

TIP MENGHAFAL DENGAN PANTAS DAN BERKESAN

Teknik menghafal dengan berkesan. Menghafal perlukan daya ingatan yang kuat. Jadi untuk kita menghafal dengan baik kita perlu melatih daya ingatan kita agar jadi lebih kuat. Nampak mudah tapi susah juga kan, tapi tiada perkara yang susah selagi kita berusaha dengan tekun.
Perkara yang selalu kita terapkan dalam menghafal adalah faham. Kita perlu faham terlebih dahulu apa yang sahaja subjek yang ingin kita hafal. Ini akan membuatkan kita lebih senang untuk mengingati setiap fakta yang kita hafal.
Elemen dalam menghafal adalah input -> simpan -> output. Input adalah nota atau apa sahaja subjek yang ingin kita hafal, jadi cara input adalah membaca. Selepas menbaca kita akan simpan di dalam kotak memori kita di dalam otak kita. Dan akhir sekali adalah output, dimana kita perlu keluarkan balik apa yang kita baca tadi semula.

Teknik Menghafal Berkesan

Teknik yang kita guna adalah baca, ingat, gambarkan dan tulis.
1. Baca dengan kuat sehingga kita dapat dengar. Disini peringkat input, deria yang kita boleh guna sekarang adalah mata dan telinga. Jadi input kita lebih besar jika menggunakan dua deria untuk di muat naik ke dalam kotak memori kita.
2. Baca dan hafal. Cuba fahamkan apa yang kita baca. Baca dan ingat setiap patah perkataan. Buat sedikit demi sedikit, cuba hafal cuma satu baris ayat terlebih dahulu. 
3. Pejam mata atau tutup nota tadi dan cuba ulangan balik apa yang kita hafal. Jika kita terlupa, buka balik nota dan hafal semula. 
4. Semasa pejam mata cuba bayangkan nota atau ayat yang kita baca tadi, ini juga salah satu teknik menghafal yang berkesan. Sebab ingatan kita lebih kuat di dalam bentuk gambar.
5. Selepas kita berasa yakin, tutup nota dan cuba tulis semula apa yang kita hafal tadi. Jika masih ada nota yang kita terlupa, buka balik nota dan hafal balik. Dan akhir sekali cuba tulis semula apa yang kita hafal. Disini kita akan melatih otak kita untuk membuat recall balik terhadap apa yang kita baca dan hafal.

Selain itu kita juga boleh amalkan banyak tip dan cara untuk kuatkan ingatan. Baik dari segi permakanan dan juga teknik melatih otak kita untuk menguatkan daya ingatan.

Insyallah ... Semoga kita semua mendapat manfaat..AMIN.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan