Isnin, 4 September 2017

TAHAP PENGUASAAN (TP) PERNIAGAAN T4



TAHAP PEMIKIRAN DALAM KBAT
1.     Mengaplikasi
·         Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara
2.     Menganalisis
·         Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan
3.     Menilai
·         Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
4.     Mencipta
·         Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif

JADUAL TAHAP PENGUASAAN 

TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1
·      Murid mengingat pengetahuan asas dan kemahiran dalam MPEI Perniagaan.
2
·      Murid memahami dan dapat menterjemahkan pengetahuan perniagaan yang telah dipelajari.
3
·      Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan  kefahaman  tentang  kemahiran  asas dalam perniagaan
4
·      Murid menganalisis hasil kajian dalam perniagaan mengikut prosedur yang betul dan sistematik.
5
·      Murid menilai setiap hasil kajian atau situasi baharu mengikut prosedur, sistematik, tekal dan positif.
6
·      Murid  mampu  mencipta  idea  yang  kreatif dan  inovatif,  mempunyai  keupayaan membuat  keputusan  dalam  pengurusan perniagaan serta  dapat  menyampaikan maklumat  menggunakan  komunikasi  yang berkesan secara bertatasusila  dan menjadi contoh secara tekal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan