BAB 2: TREND SEMASA DALAM
PERNIAGAAN
1. Peranan Kerajaan dalam Menangani lsu-isu
Tempatan, Negara, dan Serantau
·
Kerajaan memainkan peranan yang penting untuk
membantu perniagaan bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa melalui
beberapa kementerian dan agensi.
·
Antara
agensi tersebut ialah:
o
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
lndustri (MITI);
o
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK);
o
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(MATRADE);
o
Bank Negara Malaysia (BNM).
Peranan Kerajaan Pusat,
Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan
1. Peranan kerajaan pusat
·
Aspek
perundangan
o
kerajaan pusat bertanggungjawab menggubal undang-undang
berkaitan dengan pendaftaran dan
peraturan perniagaan, perlindungan
pengguna, dan pelepasan cukai.
·
Aspek
kewangan
o
kerajaan pusat membantu peniaga mendapatkan
pelbagai sumber kewangan
o
untuk memulakan dan memajukan perniagaan.
o
Tumpuan khas diberikan kepada peniaga kecil
kecilan dan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
o
melalui
agensi pembiaya seperti :
§
Majlis Amanah Rakyat (MARA),
§
Bank Pembangunan dan lnfrastruktur Malaysia
Berhad (BPIMB),
§
Amanah lkhtiar Malaysia,
§
Credit Guarantee Corporation Malaysia
Berhad (CGC).
·
Aspek perkembangan
aktiviti perniagaan
o
iaitu aktiviti perniagaan ditumpukan kepada
aktiviti promosi, latihan dan pembangunan,
o
serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
2. Peranan kerajaan negeri
·
Mewujudkan kawasan industri;
·
Menjalin kerjasama dengan sektor swasta;
·
Menarik pelabur tempatan dan asing;
·
Membentuk syarikat berkepentingan kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri (PKEN);
·
Menyediakan skim galakan kepada sektor swasta
untuk mengusahakan sesuatu jenis pertanian.
3. Peranan Kerajaan
Tempatan/Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT)
·
Menyediakan kemudahan infrastruktur;
·
Mewujudkan pusat-pusat perniagaan dan
perdagangan;
·
Mengawal kesihatan dan keselamatan awam;
·
Melaksanakan tanggungjawab sosial, terutama
dalam penyediaan kemudahan awam
seperti taman rekreasi.
4. Peranan kerajaan dari aspek
pertumbuhan ekonomi
·
Terdapat pelbagai inisiatif yang telah
dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan
kegiatan ekonomi dan antaranya ialah:
o
Program Transformasi Kerajaan (GTP)
o
Program Transformasi Ekonomi (ETP).
·
Untuk memajukan ekonomi,
o
kerajaan membantu pertumbuhan ekonomi setempat,
memperkukuh ekonomi melalui pelaksanaan:
§
dasar
fiskal
§
dasar kewangan
§
menggalakkan perniagaan eksport dengan
menyediakan pelbagai galakan - contohnya : elaun eksport.
5. Peranan kerajaan dari aspek guna tenaga
·
Guna tenaga penuh:
o
bermakna: - kadar pengangguran kurang
daripada 4 %.
·
Terdapat empat jenis pengangguran, iaitu:
1.
pengangguran bermusim,
2.
pengangguran teknologi,
3.
pengangguran kitaran,
4.
pengangguran struktur.
·
Cara
kerajaan mengatasi pengangguran:
1.
pengangguran bermusim
o
memberi insentif kepada pihak perniagaan
o
seperti pengecualian cukai
o
untuk membenarkan pekerja terus bekerja;
2.
pengangguran teknologi
o
membenarkan penggunaan mesin-mesin moden
o
hanya untuk proses tertentu
o
yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh;
3.
pengangguran kitaran
o
melaksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk
mengatasi ke melesetan ekonomi;
4.
pengangguran struktur
o
membuat perancangan ekonomi
o
sesuai dengan trend perubahan ekonomi
dan perniagaan global.
6. Peranan kerajaan dari aspek ekonomi
1. lnflasi
o
satu keadaan kenaikan harga barang dan
perkhidmatan secara berterusan
o
disebabkan oleh permintaan yang melebihi penawaran
di pasaran;
o
inflasi
tolakan kos :
§
lnflasi yang berlaku disebabkan oleh kenaikan pengeluaran kos
barang dan perkhidmatan
Kerajaan memainkan
peranan mengawal inflasi dengan cara :
·
galakan
pelaburan - untuk meningkatkan jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan;
·
memberi
subsidi kepada pengeluar -supaya tidak berlaku peningkatan kos pengeluaran
;
·
meningkatkan kadar faedah
·
melaksanakan dasar kerajaan - seperti mengutip duti eksport terhadap barang eksport.
(b) Deflasi
·
suatu keadaan kejatuhan harga barang dan
perkhidmatan secara berterusan
·
disebabkan oleh kejatuhan dalam permintaan oleh
pengguna
·
yang tidak mampu membeli barang di pasaran ;
·
kesannya
ialah:
o
kuasa
beli penduduk menurun
o
kerana kehilangan pekerjaan dan
o
ini seterusnya akan membantutkan aktiviti perniagaan;
kerajaan memainkan peranan mengatasi masalah deflasi
dengan cara :
1.
menurunkan
kadar cukai;
2.
memberi khidmat nasihat dan mengadakan
perundangan -untuk membantu peniaga menggunakan
sumber secara optimum;
3.
menurunkan
kadar faedah;
4.
melaksanakan dasar fiskal.
Trend Persekitaran
Perniagaan
·
bermaksud :
o
suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan
o
yang dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor
luaran perniagaan .
·
Pasaran :
·
merupakan
suatu keadaan berlakunya
urus niaga antara penjual dengan pembeli
·
pada suatu tingkat harga dan masa
·
yang dipersetujui oleh keduadua pihak.
Pasaran terdiri daripada:
·
pasaran
untuk semua (mass market) ;
·
pasaran produk;
·
pasaran
kewangan.
Apabila ekonomi berkembang, permintaan daripada pengguna dari dalam dan
luar negara akan meningkat dan membawa kepada trend yang berikut dalam negara:
1.
guna
tenaga - dalam semua sektor (akan meningkat), iaitu :
·
sektor utama,
·
sektor kedua,
·
sektor ketiga
2.
pendapatan perniagaan - akan meningkat
·
kerana hasil jualan dan keuntungan akan meningkat;
3. negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi
·
kerana pembayaran cukai oleh perniagaan akan
digunakan oleh kerajaan
·
untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan
masyarakat dan ekonomi.
Undang-undang yang berkaitan
dengan perniagaan
·
Digubal dan dilaksanakan dengan tujuan:
o
untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan
dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
·
Boleh memberikan kesan terhadap aspek
persekitaran
o
seperti
kesihatan dan keselamatan, pekerjaan, maklumat,
perancangan, perlindungan
pengguna, persaingan, pengiklanan, undang undang syarikat, serta persekitaran.
·
Antara
akta berkaitan dengan
aspek-aspek berkenaan ialah:
1.
Akta
Kontrak 1950;
2.
Akta
Jualan Barangan 1957;
3.
Akta
Sewa Beli 1967;
4.
Akta Perkongsian
1961;
5.
Akta Syarikat 1965;
6.
Akta
Pekerjaan 1955;
7.
Akta
Perhubungan lndustri 1967;
8.
Akta Hak Cipta 1987.
Analisis Faktor-faktor yang
Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan
·
Para peniaga perlu peka kepada perubahan dalam
persekitaran yang melibatkan faktor
dalaman dan faktor luaran.
·
Kedua-dua faktor ini boleh dikaji dengan melakukan
analisis kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses), peluang (opportunities),
dan ancaman (threats) (SWOT) yang
dihadapi oleh organisasi.
·
Analisis SWOT dapat digunakan untuk menggubal
strategi perniagaan untuk merealisasikan visi, misi, dan objektif perniagaan.
Faktor dalaman
·
merujuk kepada faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat
·
boleh memberi kekuatan (S) dan kelemahan (W) kepada sesebuah organisasi.
FAKTOR DALAMAN
|
Huraian
|
|
G
|
Gaya pengurusan
|
·
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengurus atau majikan
·
untuk
mempengaruhi gelagat pekerjanya.
· Antaranya ialah gaya pengurusan laissez-faire,
gaya pengurusan sokongan, gaya pengurusan sederhana, gaya pengurusan
autokratik, dan gaya pengurusan
demokratik.
|
S
|
Sumber manusia
|
· Sumber
manusia yang mencukupi dan berkemahiran tinggi akan
menjadikan perniagaan menjadi lebih berdaya saing.
· Sumber manusia boleh dibahagikan kepada sumber manusia dalaman dan sumber
manusia luaran.
|
T
|
Teknologi maklumat
|
· Sistem teknologi maklumat yang cekap dan berkesan
· membolehkan
organisasi menjalankan urusan
perniagaan dengan pembekal dan pelanggan dengan segera dan tepat.
· Keputusan perniagaan dapat dibuat dengan
serta-merta.
|
P
|
Pemasaran
|
· Strategi pemasaran yang baik dan kukuh
dapat mempengaruhi permintaan pengguna terhadap barang dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh organisasi.
· Hal ini melibatkan elemen-elemen campuran
pemasaran, iaitu produk, pengedaran, promosi, dan
harga.
|
P
|
Pengeluaran
|
· Barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan adalah bermutu dan dapat memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna.
|
P
|
Penyelidikan dan pembangunan
|
· Dengan adanya penyelidikan dan pembangunan,
perniagaan dapat meningkatkan mutu keluaran dan memperkenalkan keluaran
baharu di pasaran.
· Melalui penyelidikan pemasaran, perniagaan
dapat mengetahui cita rasa pengguna dan trend pasaran.
|
K
|
Kewangan
|
· Struktur kewangan organisasi yang kukuh
· membolehkan sumber kewangan digunakan
secara optimum untuk memajukan perniagaan.
|
(b) Faktor luaran
·
merujuk kepada faktor-faktor
yang boleh memberi
peluang (O) dan ancaman (T) kepada sesebuah syarikat.
FAKTOR LUARAN
|
Huraian
|
|
U
|
Undang-undang
|
· Peraturan dan undang-undang untuk melindungi
pengguna, masyarakat, dan alam sekitar
· boleh memberi kesan kepada cara perniagaan
diuruskan, kos operasi dan peletakan harga, serta cara promosi produk.
|
S
|
Sosiobudaya
|
· Cara hidup pengguna yang dipengaruhi oleh
budaya dan agama serta umur dan
jantina
· boleh memberi kesan kepada permintaan
sesuatu barang yang dikeluarkan
oleh perniagaan.
|
E
|
Ekologi
|
· Melibatkan isu alam sekitar serta kekurangan
sumber-sumber
· seperti bahan mentah dan tenaga yang
diperlukan dalam proses pengeluaran.
|
P
|
Politik
|
· Dasar dan polisi kerajaan
dilaksanakan melalui undang-undang yang
· boleh membawa kesan
positif atau negatif kepaaa perniagaan.
|
E
|
Ekonomi
|
· Keadaan ekonomi yang
meningkat
· dapat meningkatkan
prestasi perniagaan dan begitulah sebaliknya.
|
T
|
Teknologi
|
· Perkembangan dan perubahan teknologi
· membolehkan perniagaan meningkatkan mutu dan jenis keluaran dan
· hal ini seterusnya dapat meningkatkan peluang pasaran.
|
3. Analisis faktor dalaman dan
faktor luaran
·
Analisis dalaman dan luaran terhadap sesebuah
organisasi perniagaan boleh dilakukan dengan
menggunakan analisis SWOT.
·
Analisis
SWOT bertujuan:
o
menilai kesan perubahan persekitaran dalaman (GSTPPPK) dan luaran(USEPET)
o
mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan.
·
Kekuatan
(S) dan kelemahan (W):
o
merupakan komponen untuk menganalisis faktor dalaman (GSTPPPK)
·
Peluang
(O) dan ancaman (T):
o
merupakan
komponen untuk menganalisis faktor luaran (USEPET)
Faktor dalaman (GSTPPPK)
·
melibatkan kekuatan
(S) dan kelemahan (W) organisasi .
·
Contoh
kekuatan (S) ialah:
o
jenama yang sedia terkenal,
o
sumber kewangan yang kukuh dan sebagainya
·
Contoh
kelemahan (W) ialah:
o
pekerja yang kurang mahir dan teknologi yang
rendah.
Faktor luaran (USEPET)
·
melibatkan
peluang (O) dan
ancaman (T).
·
Contoh
peluang (O) ialah:
o
perkembangan ekonomi dan bantuan kerajaan.
·
Contoh
ancaman (T) ialah:
o
muncul pesaing baharu,
o
perundangan dan peraturan baharu kerajaan
o
mungkin memberi kesan negatif kepada kos pengeluaran
Penggunaan Matriks SWOT
STRATEGI
|
HURAIAN
|
Kekuatan - Peluang
( S - O)
|
·
Kekuatan (S) merujuk kepada kelebihan
(S-O) dalam organisasi
·
seperti teknologi unik yang dibangunkan oleh
organisasi
·
boleh digunakan untuk merebut peluang (O) yang wujud
·
akibat perkembangan dalam faktor
luaran (USEPET).
|
Kelemahan - Peluang
( W - O)
|
·
Kelemahan (W) merujuk kepada kekurangan(W-T)
dalam organisasi
·
seperti kekurangan sumber
kewangan (F. Dalaman)
·
akan menyebabkan perniagaan tidak dapat
meningkatkan pengeluaran
·
apabila wujud perkembangan daripada faktor luaran (USEPET),
·
contohnya: pertambahan
permintaan global akibat
perkembangan ekonomi.
|
Kekuatan - Ancaman
( S - T)
|
·
Kekuatan (s) organisasi perniagaan
·
Seperti: produk (Faktor Dalaman) yang unik digunakan dalam menghadapi ancaman (T) yang wujud akibat
perkembangan faktor luaran (usepet)
·
Seperti: bilangan pesaing (F. luaran) yang
meningkat dalam industri.
|
Kelemahan - Ancaman
( W - T )
|
·
Kekurangan (WT) yang dihadapi oleh perniagaan
·
Seperti: kos pengeluaran seunit (faktor dalaman) yang tinggi
·
tidak dapat menyaingi pesaing (T) yang sanggup menurunkan
harga jualan akibat kejatuhan
dalam permintaan
·
akibat kemelesetan ekonomi global (faktor luaran).
|
Kesan Perubahan Persekitaran
Terhadap Organisasi Perniagaan
1 . Pasaran
kesan terhadap pasaran boleh dilihat dari
aspek:
·
cita rasa, fesyen, dan gaya hidup menyebabkan
·
barang lama hilang permintaan di pasaran;
·
kemasukan barang import yang lebih murah
bersaing dengan produk tempatan;
·
pembangunan teknologi yang menyebabkan barang
lama hilang permintaan.
2. Trend
kesan perubahan dari aspek trend meliputi:
·
guna
tenaga
o
iaitu penurunan dalam guna tenaga
o
akan menyebabkan kadar pengangguran yang meningkat
o
seterusnya menyebabkan pengurangan kutipan cukai
pendapatan oleh kerajaan;
·
pendapatan
o
jumlah pendapatan boleh guna yang bertambah
o
akan meningkatkan permintaan terhadap barang dan
perkhidmatan
o
hal ini akan merancakkan ekonomi.
·
pertumbuhan
ekonomi
o
trend pertumbuhan yang semakin meningkat
o
akan memberi kesan positifterhadap perniagaan,
o
contohnya: peningkatan dalam permintaan - akan
meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.
3. Undang-undang
kesan perubahan dari aspek undang-undang
adalah seperti yang berikut:
1. melindungi perniagaan daripada sebarang
penipuan
o
contohnya: Akta Kontrak 1950 dan Akta Jualan Barangan
1957
o
melindungi peniaga daripada penipuan dalam urus
niaga seharian yang boleh merugikannya jika peruntukan dalam sesuatu perjanjian
dilanggar oleh satu pihak yang lain.
2. mewujudkan
sistem perniagaan secara
adil
o
contohnya: Akta Persaingan 2010
·
bertujuan mewujudkan keadaan di mana perniagaan
bersaing secara adil dalam pasaran
·
syarikat dilarang menyalahgunakan kedudukan
dominan di pasaran untuk mendapat kelebihan persaingan yang menindas syarikat
yang lemah.
3. melindungi hak semua pihak di dalam
perniagaan
o
contohnya:
Akta
Hak Cipta 1987
·
digubal oleh kerajaan bertujuan memberi
perlindungan terhadap pemilik karya-karya
·
berkaitan sastera, muzik, dan seni terhadap
perlanggaran hak oleh pihak lain
· di mana akan merugikan pemilik hak berkenaan.
· di mana akan merugikan pemilik hak berkenaan.
info tambahan
SILA KLIK (MODUL MELETOP PDPC 2 PERNIAGAAN : EDISI 2018) UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT
Sngt senang dn mudah tuk mmbuat krja sekolah
BalasPadamTerima kasih banyak banyak this help me a lot thank u I appreciate it❤️
BalasPadam