BAB 3: PENETAPAN VISI, MISI DAN
OBJEKTIF PERNIAGAAN
Maksud Visi, Misi, dan Objektif
Perniagaan
·        
Setiap  
organisasi    perniagaan    perlu   
mempunyai visi, misi, dan objektif yang selari dengan jenis perniagaan.
·        
Visi,
misi, dan objektif (VMO) 
o  
merupakan unsur utama perancangan  strategik 
yang  menetapkan  hala tuju organisasi 
o  
untuk mencapai 
kejayaan  dan  memacukan kelangsungan perniagaan dalam
jangka panjang.
o  
Ketiga-tiga
unsur perancangan (VMO):
§ 
 ini
dijadikan  panduan dalam   pengurusan  
organisasi   dalam   membuat keputusan dan tindakan perniagaan.
o  
Unsur
perancangan strategik :
UNSUR PERANCANGAN 
STRATEGIK 
 | 
  
KETERANGAN 
 | 
 |
(a) 
 | 
  
Visi 
 | 
  
•  
  Merupakan falsafah  pengwujudan
  organisasi 
•  
  Melibatkan fokus  masa hadapan dan
  perancangan jangka  panjang 
Penting  untuk 
  membuat   keputusan   dan 
  tindakan   bagi   memastikan   hala 
  tuju perniagaan berada dalam landasan yang tepat 
•  
  Contoh : visi  sebuah  suatu 
  syarikat  pengeluar  buku 
  ialah  'Kami beraspirasi
  untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan
  tinggi' 
 | 
 
(b) 
 | 
  
Misi 
 | 
  
•  
  Merupakan satu pernyataan ringkas tentang matlamat utama penubuhan
  organisasi 
•  
  Dibentuk  sebagai  ketetapan  dalam 
  melakukan  aktiviti  perniagaan 
  untuk  mencapai matlamat 
Contoh :
  misi bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan berusaha secara 
berterusan   untuk 
  menjadi  penerbit   buku 
  terulung   dalam  negara 
  dan  memenuhi 
permintaan
  semua lapisan masyarakat di Malaysia ' 
 | 
 
(c) 
 | 
  
Objektif 
 | 
  
•  
  Merupakan  pernyataan khusus tentang  bagaimana visi dan misi akan dicapai 
•  
  Membantu organisasi mencapai matlamat dalam jangka  masa pendek dan juga 
jangka  masa panjang 
•  
  Contoh : objektif bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan
  menerbitkan sekurang-kurangnya 75 judul buku ilmiah dan 720 judul buku bukan
  ilmiah setiap tahun untuk lima tahun bermula dari tahun 2017 hingga
  2027 ' 
 | 
 
Perbandingan Visi,  Misi, dan Objektif  Perniagaan yang  Berbeza
·        
Visi,
misi, dan objektif (VMO) organisasi bermotif untung (OBU) 
o  
adalah berbeza daripada VMO organisasi bukan
bermotif untung (OBBU) dan pertubuhan sukarela .
·        
OBU
o  
biasanya ditubuh dan dikawal oleh pihak swasta 
o  
untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan 
o  
untuk memenuhi keperluan dan kehendak  pengguna. 
o  
VMO organisasi jenis ini bertujuan memaksimumkan
keuntungan bagi pemilik.
o  
OBU didaftarkan 
di bawah Pendaftar  Perniagaan dan
Suruhanjaya  Syarikat  Malaysia 
(SSM).
·        
OBBU 
o  
terdiri daripada persatuan, kelab,
pertubuhan,dan yayasan 
o  
yang menjalankan perniagaan dengan matlamat
utama 
o  
untuk menjaga 
kebajikan ahli, masyarakat, dan memberikan perkhidmatan kepada orang
ramai.
o  
OBBU 
didaftarkan   dengan   Pendaftaran  
Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah berbeza dengan pertubuhan sukarela. 
o  
Pertubuhan sukarela merupakan organisasi yang
menjalankan aktiviti secara sukarela dengan masyarakat menjadi pelanggan utama.
·        
Ciri-ciri
Objektif Sesebuah Perniagaan
o  
Objektif sesebuah organisasi sama ada berbentuk
perniagaan atau  bukan perniagaan boleh 
dibahagikan kepada dua, iaitu:                       ·
1.      
objektif jangka 
pendek;
2.      
objektif jangka panjang.
o  
Setiap  
objektif   ini  perlu 
memenuhi seperti yang berikut.
UNSUR 
 | 
  
KETERANGAN 
 | 
 |
(a) 
 | 
  
Spesifik 
(Specific)  
(S) 
 | 
  
·      Pernyataan objektif hendaklah dinyatakan
  secara khusus dan  
·      boleh diukur secara kuantitatif,  
·      iaitu dalarn bentuk angka, nombor, masa, dan
  wang ringgit. 
 | 
 
(b) 
 | 
  
Boleh diukur 
(Measurable) (M) 
 | 
  
·      Objektif yang ditetapkan boleh diukur secara
  kuantitatif dan kualitatif  
·      serta boleh dibandingkan dengan pencapaian
  pada sebelum dan selepas sesuatu aktiviti perniagaan dilaksanakan . 
 | 
 
(c) 
 | 
  
Boleh dicapai 
(Attainable)  (A) 
 | 
  
·      Sesuatu objektif yang
  ditetapkan hendaklah berdasarkan sasaran yang boleh dicapai. 
 | 
 
(d) 
 | 
  
Munasabah 
(Realistic) 
(R) 
 | 
  
·      Sesuatu objektif yang ditetapkan haruslah
  munasabah dan  
·      perlu mengambil kira beberapa faktor  
·      seperti sumber manusia dan kewangan dalam
  organisasi.  
·      Justeru, objektif yang ditetapkan itu tidak mustahil  untuk 
  dicapai. 
 | 
 
(e) 
 | 
  
Jangka  masa 
(Time frame) 
(T) 
 | 
  
·      Penentuan objektif perlu ada penetapan
  jangka masa yang perlu dicapai.  
·      Contohnya, setahun, tiga tahun, atau lima
  tahun. 
 | 
 
Tujuan  Penetapan Visi,  Misi, dan Objektif Perniagaan  sebagai 
Panduan  Perniagaan
·        
Visi dan
misi 
o  
dapat membantu sesebuah organisasi mencapai
matlamat penubuhannya 
o  
dalam jangka panjang. 
·        
penetapan
objektif 
o  
jangka pendek dan jangka panjang 
o  
yang selari dengan visi dan misi 
o  
membantu dalam mencapai perancangan strategik
organisasi.
·        
Visi 
o  
merupakan komponen pengurusan  strategik dan untuk mencapainya 
o  
mengambil masa sekurangkurangnya lima tahun.
o  
Hal ini boleh mendorong semua pihak yang terlibat
memahami dan bekerjasama 
o  
serta bertindak berdasarkan tanggungjawab dan
peranan  masing-masing.
·        
Misi 
o  
pula dibentuk selepas penetapan visi  
o  
merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh
organisasi perniagaan pada masa ini. 
o  
bertujuan memudahkan pihak pengurusan
mengagihkan sumber 
o  
seperti bahan mentah, sumber manusia, dan
kewangan secara cekap dan berkesan kepada bahagian  dan unit perniagaan 
o  
agar mencapai matlamat yang ditetapkan.
·        
Pernyataan
objektif 
o  
akan menjelaskan perkara yang perlu dicapai dan
o  
ia perlu selaras dengan  pembentukan visi dan misi organisasi . 
·        
Objektif 
o  
merupakan asas kepada pencapaian visi dan misi. 
o  
Sesuatu objektif mestilah - SMART:
§ 
spesifik, 
§ 
boleh diukur, 
§ 
boleh dicapai, munasabah, 
§ 
ada jangka masa.
o  
lndikator yang boleh digunakan untuk mengukur
prestasi perniagaan
(a) Titik Pulang Modal (TPM)
·        
Merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan
untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos
yang ditanggung.  
·        
Pada titik ini, perniagaan balik modal, iaitu
tidak mendapat untung dan juga tidak rugi.
·        
TPM penting 
kerana  dapat  membantu perniagaan  mengetahui 
sama  ada  perniagaan dapat   terus  
beroperasi    atau   tidak  
serta kebolehan perniagaan untuk terus kekal dalam pasaran.
Formula
TPM:  
TPM =  ___________Kos tetap (KT)____________
                                         Harga juaIan seunit (H) - Kos
berubah seunit (KB)
Contoh 1:
·        
Syarikat Pasu Bunga Sendirian Berhad mengeluarkan
pasu bunga untuk pasaran seluruh negara. 
·        
Kos tetap (KT) yang
ditanggung syarikat ialah RM300 000. 
·        
Harga jualan (H) setiap
pasu ialah RM5 dan kos berubah seunit (KB) ialah RM3.
Berapakah kuantiti yang 
perlu  dikeluarkan  oleh syarikat 
agar  balik 
modal?
TPM       =             __________Kos
tetap____________
                                                                Harga
juaIan seunit - Kos berubah seunit
                                TPM       =             RM300
000
                                                                RM5
– RM3
=             150
000 unit
Contoh 2: 
Fahmi
merupakan pemilik Z’F Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key
chain) untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Fahmi telah
memperoleh satu kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk
menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah
sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah
Fahmi perlu menyewa sebuah lot gerai di taman
tema berkenaan  dengan sewa tahunan RM6000. Fahmi
tidak memerlukan sebarang  alatan tetapi beliau perlu membeli bahan-bahan
seperti gegelung plastic berharga 20 sen  seunit,
klip berharga 10 sen seunit dan kertas photo berharga 10 sen seunit. Fahmi
bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM8 seunit
dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit
setahun. 
Hitungkan:
a)    
Titik Pulang Modal
b)   
Keuntungan
yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit
rantai kunci
c)    
Keuntungan
yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit
rantai kunci        
a. Titik pulang modal (TPM)
Titik pulang modal : = 
             Kos
tetap
                                   
      harga - kos berubah
Kos tetap 
·        
sewa kedai                    : RM6 000
Kos berubah
·        
Gegelung plastik           : RM 0.20
·        
Klip                              : RM 0.10
·        
Kertas foto                   : RM 0.10
: RM 0.40
Harga jualan seunit                  : RM 8.00
Titik pulang modal (TPM)  
  =          RM 6000_____
                                                     RM 8.00 – RM 0.40
         
                     
                =  789.47 atau 789 unit
b. Keuntungan yang diperoleh jika
mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
           
Keuntungan   = Jumlah Hasil -
Jumlah Kos 
                                    = (QxH) –
(KT+KB)
         
           
                 (1000 X
RM 8.00) – RM 6 000 + (1000 X RM0.40)
         
           
             
= RM1 600
c. Keuntungan yang diperoleh jika
mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci  
     
     
                             
(2 500 X RM 8.00) - (RM 6 000 + 2 500 X
RM 0.40)
         
         
               
= RM13 000
Contoh 3:
Kos tetap
•       
Sewa sebulan : rm15,000
•       
Gaji tetap       
: rm50,000
Kos berubah: 
•       
bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
•       
bagi sepasang kasut : RM100
i.                    
TPM             = ___RM15000 + RM50000___
                                       RM100 – RM50
                        = __RM65000___                                                 
                                    RM50
                        = 1300 pasang
Jumlah kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun 2017 ialah:
                             =
1300 pasang x 12 bulan = 15,600
pasang
ii.                 
Peningkatan
20% kos berubah pengeluaran kasut:
Kos berubah bagi - sepasang
kasut 
               = (20 % x RM50) + RM50 
               = RM 60
TPM       = __RM65000__
                   RM100-RM60
                =
__RM65000                    
                         RM40    
                = 1625 pasang   
Contoh 4:
Formula
TPM = _______kos tetap_________
            Harga – kos berubah seunit
Kos tetap
•       
Sewa sebulan : rm10,000
•       
Gaji tetap       
: rm24,000
Kos berubah: 
•       
bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
•       
bagi sepasang kasut : RM100
i.                    
TPM = ___RM10,000 + RM24000___
                                           RM100 – RM50
                        = __RM34000___                  = 680 pasang
                                    
RM50 
     Contoh 5:
| 
   
•        
  Kos tetap: RM50 000 
•        
  Kos berubah: RM60 seunit 
•        
  Harga seunit: RM100 
 | 
 
Hitungkan: 
i.         Titik pulang modal
            TPM    =  ______Kos tetap____
                       
    Harga – kos berubah
                       =
 ___RM50 000__             = 1250 unit  
 
                     
     RM100 - RM60
** Kalau dalam bentuk nilai, jawapannya RM12,5000 (1250 x RM100)
ii.        
Jumlah kos pada titik pulang modal (TPM)
            Jumlah kos (JK)   =
         Kos tetap (KT) + kos berubah (KB)
                     
                    
=          RM50 000 + (1250 x RM60)
                   
                      
=          RM125 000
Iii         
Keuntungan atau kerugian yang diperoleh
jika menjual 3 000 unit 
            Untung  =
 Jumlah Hasil – Jumlah Kos
                          =
(Harga x Kuantiti) - (Kos Tetap + Kos Berubah)
                          =
(RM100 x 3 000) - (RM50,000 + (3000 x RM60)
                         
= 300,000 - RM230 000
                        = RM70,000.00
Pertumbuhan perniagaan
•   merujuk
kepada hasil yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan 
•   seterusnya
mendatangkan keuntungan perniagaan . 
•   Untung
ini boleh digunakan untuk membuka cawangan baharu dan 
•   membesarkan
perniagaan sedia ada.
Pemaksimuman keuntungan
organisasi 
•   berupaya
mengunakan sumber-sumber perniagaan 
•   seperti
bahan mentah, modal, modal insan, dan teknologi dengan cekap. 
•   Penggunaan
sumber dengan cekap dapat meminimumkan pembaziran serta kos pengeluaran  dan 
•   hal  ini dapat memaksimumkan keuntungan dalam
jangka panjang.
(d) Daya saing
•   merujuk
kepada kemampuan perniagaan terus kekal dalam industri berbanding dengan para
saing. 
•   Antara
faktor yang menentukan daya saing dan kemampuan bertahan organisasi perniagaan
dalam sesuatu industri ialah:
•                   
kewangan;
•                   
jaringan;
•                   
sumber 
manusia;
•                   
pemasaran;
•                   
teknologi.
(e) Syer pasaran 
·        
merujuk kepada bahagian atau peratus penguasaan
jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding dengan pesaing dalam industri yang
sama, 
·        
contohnya
industri kereta. 
o  
Jika menguasai syer pasaran, 
o  
maka perniagaan berkenaan boleh menjadi pemimpin
dan berkemampuan 
o  
untuk terus kekal dan  meraih keuntungan yang lebih besar dalam
jangka masa panjang.
(f) Jualan 
·        
melalui urus niaga jual beli antara penjual
dengan  pembeli,  penjual 
akan  memperoleh keuntungan 
·        
sementara pembeli mendapat kepuasan daripada
penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan. 
·        
Penjual boleh menggunakan pelbagai campuran
promosi seperti jualan murah, diskaun harga, sampel, dan peraduan untuk menarik
dan memujuk pengguna membeli barang dan perkhidmatannya .
(g) Penyediaan perkhidmatan
·        
untuk menarik minat pengguna agar membeli barang
dan perkhidmatan, 
·        
perniagaan pada masa kini menawarkan pelbagai
perkhidmatan  seperti:
1.      
pembelian atas talian;
2.      
penghantaran barang ke rumah;
3.      
kemudahan  
pembayaran;
4.      
membaik pulih barang rosak.
Kesan kepada Perniagaan Akibat
Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif
·        
Keadaan persekitaran dalaman dan luaran
perniagaan yang sentiasa berubah boleh mempengaruhi pencapaian matlamat dan
objektif perniagaan. 
1. Kegagalan mencapai matlamat
dan objektif boleh memberi kesan negatif kepada perniagaan, iaitu:
·        
jualan merosot ;
·        
tidak 
mampu membayar  kos perniagaan;
·        
gagal dalam persaingan;
·        
imej perniagaan terjejas;
·        
tidak mampu mengembangkan perniagaan.
2. Antara  langkah-langkah yang boleh digunakan oleh
sesebuah perniagaan untuk mengatasi masalah  
kegagalan mencapai matlamat dan objektif ini ialah:
·        
mengurangkan 
kos;
·        
menurunkan harga produk;
·        
mempelbagaikan produk yang ditawarkan;
·        
mengurangkan    
pembayaran     dividen     kepada pemegang saham;
·        
menggunakan   
kaedah   atau   teknologi   
baharu dalam pengeluaran;
·        
menyemak semula 
matlamat perniagaan.
Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi,
Misi, dan Objektif Perniagaan
1. Faktor yang
mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan terdiri daripada:
(a) faktor  dalaman (GSTPPPK);
(b) faktor luaran
(USEPET).
2.  Jadual  
yang   berikut   menunjukkan dalaman dan faktor luaran.
perkara 
 | 
  
Faktor
  Dalaman 
 | 
  
Faktor
  Luaran 
 | 
 
Maksud 
 | 
  
·        
  Merupakan sumber  unik  
·        
  yang 
  dimiliki oleh perniagaan 
 | 
  
·        
  Merupakan persekitaran luaran  
·        
  yang merangkumi persekitaran umum perniagaan 
 | 
 
Aplikasi
  SWOT 
 | 
  
·        
  Kekuatan (S) (+) 
·        
  Kelemahan (W) (-) 
 | 
  
·        
  Peluang (O) (+) 
·        
  Ancaman (T) (-) 
 | 
 
Ringkasan / hafalan 
 | 
  
G,S,T,P,P,P,K 
 | 
  
U,S,E,P,E,T 
 | 
 
Unsur-unsur 
 | 
  
·        
  Gaya pengurusan 
·        
  Sumber  manusia 
·        
  Teknologi
  maklumat 
·        
  Pemasaran 
·        
  Pengeluaran 
·        
  Penyelidikan
  dan pembangunan 
·        
  Kewangan 
 | 
  
·        
  Undang-undang 
·        
  Sosiobudaya 
·        
  Ekologi 
·        
  Politik 
·        
  Ekonomi 
·        
  Teknologi 
 | 
 
Faktor Positif / kelebihan 
 | 
  
Faktor Negatif / kekurangan 
 | 
 |
Faktor Dalaman 
(GSTPPPK) 
 | 
  
Kekuatan  
(S) 
 | 
  
Kelemahan  
(W) 
 | 
 
Faktor luaran 
(USEPET) 
 | 
  
Peluang  
(O) 
 | 
  
Ancaman  
(T) 
 | 
 
info tambahan
SILA KLIK (MODUL MELETOP PDPC 2 PERNIAGAAN : EDISI 2018) UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT


This is confusing
BalasPadamYa me too
PadamKos yang ditanggung sama tanpa perlu mengikut jumlah kuantiti pengeluaran
BalasPadamThankssss
BalasPadamWelcome
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamThankssss
BalasPadamNota Ini Bantu Saya Utk Perniagaan
BalasPadamRasa kekukarangan banyak tu
PadamGagal dalam persaingan please..
BalasPadamGagal dlm peperiksaan.
BalasPadamJena belajar well
PadamBantu saya untuk perniagaan
BalasPadamWawa guru saya
BalasPadamGagal dlm perniagaan tkdk ke?
BalasPadamPersaingan*
BalasPadamSusah la perniagaan ni...x yg bwrna ka...susah ou mw pham..
BalasPadamini macam dunia boleh jatuh
BalasPadamTiada
BalasPadamGood revision
BalasPadamGood revision
BalasPadamAdakah anda mengalami masalah kewangan atau anda mahu memenuhi impian anda dengan dana?
BalasPadamAdakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Pemberi Pinjaman atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi?
Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
Mendapatkan kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
JENIS PINJAMAN KAMI
Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.
Data pemohon:
1) Nama Penuh:
2) Negara
3) Alamat:
4) Seks:
5) Kerja:
6) Nombor telefon:
7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
8 Pendapatan bulanan:
9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
10) Tempoh pinjaman:
11) Adakah anda memohon sebelum:
12) Tarikh Lahir:
Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel:
{gloriasloancompany@gmail.com} atau
WhatsApp Nombor: +1 (815) 427-9002
Selamat sejahtera
Terbaik...
BalasPadambuto buat slide kat daun
BalasPadamApakah objektif perniagaan syarikat 7 eleven
BalasPadamTolol skali everybody
BalasPadamBerdasarkan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan, huraikan kemampuan perniagaan tersebut untuk mencapai matlamat perniagaan, iaitu memaksimumkan keuntungan.
BalasPadamApa kepentingan visi kepada perniagaan?
BalasPadamApakah 5 kesan jika tidak mencapai VMO perniagaan?
BalasPadamKontol
BalasPadamOoo
Padam