BAB 2: INSURANS
ISTILAH DALAM INSURANS
- Insurer - Syarikat insurans yang memberi perlindungan
- Insured - Orang yang membili polisi insurans
- Premium - Bayaran yang dijelaskan oleh insured untuk Dapatkan perlindungan
- Polisi - Perjanjian antara insurer dan insured
- Pampasan - gantirugi yang dibayar jika berlaku risiko
PERANAN INSURANS
Kepada Peniaga
- Melindungi dari risiko
- Dapat pampas an jika risiko berlaku
- Lebih yakin untuk majukan perniagaan
Kepada Individu
- Melindungi individu dan keluarga dari risiko
- Jaminan masa depan
- Dapat pampasan jika berlaku risiko
- Satu cara menabung
- Jika mati – waris dapat pampasan
Kepada negara
- Membangunkan ekonimi negara
- Wang premium dilabur untuk bangunkan ekonimi
- Atau untuk beli bon
- Memberi peluang pekerjaan
- Taraf hidup rakyat meningkat
SYARIKAT INSURANS BOLEH BAYAR GANTI RUGI BESAR WALAUPUN PREMIUM RENDAH KERANA:
- Individu yang mungkin alami risiko yang sama berkumpul
- Untuk menabung dalam satu dana
- Jika berlaku risiko, sebahagian wang dari dana
- Dikeluarkan untuk bayar pampasan
- Lebihan wang dana dilabur
- Bukan semua individu akan kena risiko
- Yang ramai membantu yang sedikit
BEZA RISIKO BOLEH INSURANS DAN RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS
RISIKO BOLEH INSURANS
|
RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS
|
|
|
|
|
|
|
PRINSIP-PRINSIP INSURANS
- Kepentingan boleh diinsurans
- Hanya boleh insuranskan nyawa/harta yang akan sebabkan kerugian jika berlaku risiko
- Tidak boleh insuranskan hak orang lain
- Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain
- Penuh Percaya Mutlak
- Insured mesti memberi maklumat benar
- Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas
- Jika ada penipuan
- Polisi terbatal
- Indemniti
- Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan
- Gantirugi dibayar setakat kerugian akibat risiko
- Bukan untuk dapat untung
3 perkara yang diambilkira dalam indemniti:
a. Sumbangan
· Jika Insured ada 2 atau lebih polisi
· Bila risiko berlaku – gantirugi dibahagi sama rata antara syarikat insurans
b. Subrogasi
· Selepas terima gantirugi
· Aset adalah milik insurer
· Insured tidak boleh tuntut lagi
c. Doktrin punca hampiran
· Gantirugi hanya dibayar
· Jika risiko disebabkan secara langsung oleh
· Risiko yang diinsuranskan
JENIS INSURANS
INSURANS AM
- Insurans Kemalangan
- Insurans kebakaran
- Insurans marin/penerbangan/Perkapalan
- Insurans lain
INSURANS HAYAT
- Insurans hayat seumur Hidup
- Insurans hayat sementara
- Insurans endowmen
JENIS INSURANS KEMALANGAN
- Insurans Kenderaan Bermotor
Dibahagi kepada 2 jenis:
i) Insurans motor pihak ketiga
· Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga
· Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya
· Insured tidak boleh menuntut ganti rugi
· Premium murah
· Semua kenderaan wajib sekurang-kurangnya polisi ini
ii) Insurans Motor Komprehensif
· Melindungi insured dan pihak ketiga
· Premium lebih mahal
· Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini
- Insurans Kemalangan Peribadi
- Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan lain contohnya ditempat kerja.
- Insurans Liabiliti Am
- Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam
- Jika risiko berlaku dipremis
- Insurans Liabiliti Produk – melindungi pengeluar produk
- Insurans Liabiliti Profesional- melindungi dari tuntutan orang awam
- Insurans Liabiliti Majikan
- Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja
- Premium dibayar oleh majikan
- Majikan mencarum dalam Perkeso
- Skim Pencen Ilat – perlindungan pekerja hilang upaya yang bukan disebabkan pekerjaan
- Skim bencana pekerjaan- kemalangan tempat kerja
- Insurans Kebakaran
- Melindungi peniaga dari risiko kebakaran
- Premium bergantung kepada:
- Jenis bangunan
- Kedudukan bangunan
- Kegunaan bangunan
- Kemudahan keselamatan disediakan
- Tempoh lindungan
Insurans Hayat
Tujuan:
- Menyediakan pendapatan kepada waris
- Cara menabung untuk masa depan
- Dapat balik simpanan dan bonus pada tarikh matang
- Dapat pampasan jika risiko berlaku
- Boleh buat pinjaman setelah beberapa tahun
JENIS POLISI INSURANS HAYAT
- Insurans Hayat Seumur Hidup
- Premium dibayar seumur hidup atau ada had tertentu
- Pampasan dibayar kepada waris jika insured mati
- Jika insured hilang upaya/kritikal – pampasan akan diberi
- Beri perlindungan kepada waris
- Insurans Endowmen
- Bayar premium untuk tempoh tertentu
- Jika tidak mati – wang dan bonus dapat balim pada tarikh matang
- Jika mati awal pampasan dibayar pada waris
- Satu cara menabung
- Insurans hayat Sementara
- Beri perlindungan mengikut tempoh
- Jika mati waris dapat pampasan
- Jika masih hidup premium hilang
- Bukan satu cara menabung
- Premium murah
Insurans Penerbangan
- Beri perlindungan kepada kapal terbang /muatan/anak kapal dari risiko
- Diambil untuk satu penerbangan atau satu tempoh tertentu
- Untuk penumpang ada insurans berkelompok
Insurans Marin
- Beri perlindungan kepada kapal/muatan/anak kapal dari risiko
- Diambil untuk satu pelayaran atau satu tempoh tertentu
Jenis Insurans Lain:
- Insurans Kecurian - melindungi dari kecurian wang/harta
- Ins. Jaminan Setia – melindungi majikan dari pekerja tidak amanah
- Insurans kesihatan – perlindungan dari kos hospital
- Insurans pendidikan – membiayai belanja pendidikan anak
- Insurans Gadaian – untuk orang yang buat pinjaman
INSURANS SECARA ISLAM
KONSEP TAKAFUL:
- Diuruskan berdasarkan hokum syariah
- Guna 3 prinsip insurans biasa, ditambah:
a. Mudharabah – Perkongsian untung
b. Tabaruk – derma dengan ikhlas/wujud dana bersama
- Dijalankan dengan asas:
- Tiada Gharar – ketidakpastian
- Tiada Maisir – perjudian
- Tiada Riba – faedah
PRODUK SKIM TAKAFUL:
- Takaful keluarga - seperti insurans hayat
- Takaful Am – perlindungan kepada risiko lain spt kebakaran, kecurian, kemalangan
TATACARA MEMBELI INSURANS:
- Hubungi ejen
- Dapatkan maklumat tentang polisi dan syarat
- Dapatkan borang, Isi dengan ‘Prinsip Penuh Percaya Mutlak’
- Turunkan tanda tangan setelah persetujuan dicapai
- Bayar premium
- Dapatkan nota lindungan
- dapatkan polisi asal ( Dalam masa 1 bulan)
TATACARA MEMBUAT TUNTUTAN:
- Bila risiko berlaku:
- buat laporan polis, bomba/hospital
- dapatkan dokumentasi sebagai bukti
- Dapatkan borang tuntutan dari insurer. Isikan butir:
- Bila / Bagaimana berlaku
- Jumlah kerugian
- Hantar borang kepada insurer berserta:
- Polisi / dokumen hak milik/geran
- dokumen bukti / gambar –jika ada
- Insurer buat siasatan samada:
- Jumlah tuntutan benar
- Syarat dalam polisi dipatuhi
- Wujud unsure pengkhinatan
- Jika semua OK , pampasan dibayar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan