50 KOLEKSI TEKA TEKI MUDAH
Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut
merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan
hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah….
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa
belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir
tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku.
Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing
kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu
menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah…
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita
baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal
tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?
Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang,
ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati
juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat
sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama.
Apakah perkara itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan
dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami
tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi
semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi
tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah.
Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur
pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang
pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara
pun tak ada….
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di
bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau
ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak
tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya
dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya
pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan
nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui
ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan
Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu
bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu
aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?
Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam,
seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan
kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di
lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu
yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki
itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh
melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal
besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang
besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba
berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa
masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4
ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.
senang la sangat.susah je.
BalasPadamMemang senang.. tapi nak jawab susah
BalasPadamYe ke
Padammana soalan satu ?
BalasPadambetul soalan satu gak ada sih ajaib bangak
PadamJom cuba teka teki di TekaTeki.org
BalasPadamJALAPOKER , ADU Q , BANDAR Q , DOMINO , CAPSA SUSUN , SAKONG ONLINE
BalasPadamhttp://jalapoker.com/app/img/images/slider/slider01.jpg
AGEN POKER JALAPOKER.COM
Agen Judi Online Paling Aman dan Terpercaya
Tersedia games Poker, Adu Q, Bandar Q, Domino, Capsa Susun, Sakong
BONUS ROLLINGAN : 0.5%
BONUS REFFERAL : 20% SEUMUR HIDUP
Minimal Deposit 20rb
Minimal Withdraw 20rb
Proses deposit dan Withdraw SUPER CEPAT
Pelayanan CS 24 Jam
PIN BBM : DE2F17FA
Line : jalapoker
WA : +855966568952
WeChat : jalapoker
Pendaftaran : http://jalapoker.com/Register.aspx?ref=porteclefs1
JALAPOKER , ADU Q , BANDAR Q , DOMINO , CAPSA SUSUN , SAKONG ONLINE
BalasPadamhttp://jalapoker.com/app/img/images/slider/slider01.jpg
AGEN POKER JALAPOKER.COM
Agen Judi Online Paling Aman dan Terpercaya
Tersedia games Poker, Adu Q, Bandar Q, Domino, Capsa Susun, Sakong
BONUS ROLLINGAN : 0.5%
BONUS REFFERAL : 20% SEUMUR HIDUP
Minimal Deposit 20rb
Minimal Withdraw 20rb
Proses deposit dan Withdraw SUPER CEPAT
Pelayanan CS 24 Jam
PIN BBM : DE2F17FA
Line : jalapoker
WA : +855966568952
WeChat : jalapoker
Pendaftaran : http://jalapoker.com/Register.aspx?ref=porteclefs1
Teka teki tahun 5
BalasPadamKetahui tentang haiwan yang berbeza Teka-teki Haiwan Mudah.
BalasPadamIni adalah beberapa yang terbaik teka teki lucu dan rumit membaca dan belajar daripada mereka.
BalasPadamHaiwan paling suka makan ulat tangan panjang pandai menyepit ada di laut ada di darat badan bulat matanya sepet.
BalasPadamtak tahu
Padamtaktahu
PadamKetam.. (suka hati ak la)😆😆😆😆😆😆
BalasPadamSenang sangat
BalasPadamsoalan nombor satu tak ada cuma ada soalan 2-50 lain kali kalau nak buat teka teki kena semua tapi ada yang senang ada juga yang susah
BalasPadamKenapa kasut tidak dipakai di kepala? Sila teka.
BalasPadamSebab kasut pakai kat kaki
Padam