Rabu, 29 Ogos 2012

Kata-Kata Hikmat Al-Ghazali

  • Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.
  • Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!
  • Jika berjumpa dengan kanak-kanak – bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
  • Apabila bertemu dengan orang tua – bahawa dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
  •  Jika berjumpa dengan orang alim – dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
  •  Apabila melihat orang jahil – mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
  •  Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
  • Ku letakkan arwah ku dihadapan Allah dan tanamkanlah jasad ku dilipat bumi yang sunyi senyap. Nama ku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir ummat manusia di masa depan.
  • Ilmu yang pertama disebut  ilham dan hembusan dalam hati, ilmu yang kedua  disebut wahyu dan khusus untuk para Nabi.
  • Kita tidak dapat mengakui bahawa setiap orang yang mengaku beragama itu pasti mempunyai segala sifat-sifat yang baik.
  • Ibu segala akhlak ialah tempat kebijaksanaan, keberanian, kesucian diri dan keadilan.
  • Nasehat itu mudah, yang musykil ialah menerimanya kerana ia pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu, sebab barang yang terlarang sangat disukainya.
  • Jadikanlah “kemahuan yang bersungguh-sungguh” itu menjadi mahkota roh, “kekalahan” menjadi belenggu nafsu dan “mati” menjadi pakaian badan, kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur, dan ahli kubur setiap saat menunggu, bilakah engkau akan sampai kepada mereka.
  • Pati ilmu yang sebenar ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa erti taat dan ibadat.
  • Lidah yang lepas dan hati yang tertutup dan penuh dengan kelalaian itu alamat kemalangan besar
  • Jika nafsu itu tiddak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh, maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan bur ma’rifat.
  • Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja telah memadai  bagimu, dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi : “Apakah ada yang memohon? Apakah ada yang meminta ampun? Dan apakah ada yang bertaubat?” itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.
  • Janganlah engkau meyimpan harta benda melebihi dari apa yang dibutuhkan. Rasulullah saw. bersabda: “Ya Allah, jadikanlah rizki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi kebutuhan”
  • Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia.

Kata-Kata Hikmah Dari Nabi Muhammad S.A.W dan Para Khalifah



  • Jauhilah dengki, kerana dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.

  • Yang terbaik di antara kamu adalah mereka yang berakhlak paling mulia.


  • Makanlah Sebelum Lapar dan Berhenti Sebelum Kenyang.

  • Tiga sifat manusia yang merosakkan adalah, kikir yang dituruti, hawanafsu yang diikuti, serta sifat mengagumi diri sendiri yang berlebihan.

  • Pahlawan bukanlah orang yang berani meletakkan pedangnya ke pundak lawan, tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya dikala ia marah.

  • Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kamu, tapi Dia melihat hati dan amal kamu.

  • Cinta kepada Allah adalah puncaknya cinta. Lembahnya cinta adalah cinta kepada sesama.

  • Keluhuran budi pekerti akan tampak pada ucapan dan tindakan.

  • Orang yang berjiwa besar teguh pendiriannya, tetapi tidak keras kepala.

  • Hulurkan cintamu kerana Tuhanmu dan tariklah cintamu kerana Tuhanmu, anda tentu tak akan kecewa.

  • Cinta indah seperti bertepuk dua tangan, tak akan indah jika hanya sebelah sahaja.

  • Naluri berbicara kita akan mencintai yang memuja kita, tetapi tidak semestinya mencintai yang kita puja.

  • Seseorang yang optimis akan melihat adanya peluang dalam setiap malapetaka, sedangkan orang pesimis melihat malapetaka dalam setiap kesempatan.

  • Ingat, boleh jadi manusia itu mencintai sesuatu yang membahayakan dirinya atau membenci sesuatu yang bermanfaat baginya. Mohonlah petunjuk-Nya.

  • Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda.

  • Bekerja atas dorongan cinta akan terasa senang tiada jemu dan lelah.

  • Orang besar menempuh jalan kearah tujuan melalui rintangan dan kesukaran yang hebat.

  • Berbuat baiklah kepada orang lain seperti berbuat baik kepada diri sendiri.

  • Orang besar bukan orang yang otaknya sempurna tetapi orang yang mengambil sebaik-baiknya dari otak yang tidak sempurna.

  • Memperbaiki diri adalah alat yang ampuh untuk memperbaiki orang lain.

  • Jika seseorang tidak mencintai anda janganlah dia anda benci, kerana mungkin akan tumbuh benih cinta kembali.

  • Cinta akan menggilas setiap orang yang mengikuti geraknya, tetapi tanpa gilasan cinta, hidup tiada terasa indah.

  • Bukan kecerdasan anda, melainkan sikap andalah yang akan mengangkat anda dalam kehidupan.

  • Perjuangan seseorang akan banyak bererti jika bermula dari diri sendiri.

  • Jika rasa cinta terbalas, maka bersyukurlah kerana Allah telah memberikan hidup lebih berharga dengan belas Kasih-Nya.

  • Dalam perkataan, tidak mengapa anda merendahkan diri, tetapi dalam aktiviti tunjukkan kemampuan anda.

  • Tegas berbeza jauh dengan kejam. Tegas itu mantap dalam kebijaksana sedangkan kejam itu keras dalam kesewenang-wenangan.

  • Jika rasa cinta itu tak terbalas maka bersukurlah, kerana anda akan dipilihkan Allah yang lebih baik.

  • Watak keras belum tentu boleh tegas, tetapi lemah lembut jarang boleh tegas.

  • Sifat orang yang berlilmu tinggi adalah merendahkan hati kepada manusia dan takut kepada Tuhan.

TEKNIK TARIK JIN KELUAR & SEMBELIH JIN

Isnin, 27 Ogos 2012

SEBAB & CARA JIN MASUK DALAM TUBUH MANUSIA

Sebab-Sebab Masuknya Jin ke dalam Tubuh Manusia

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. 


Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.  

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya.

Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.


Cara-Cara Masuknya Jin ke dalam Tubuh Manusia

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. 


Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.  

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. 

Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. 

Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa  jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN

Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur


  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.
Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar Atau Jaga


  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
Macam-Macam Gangguan Jin


  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
Diantara Penyebab Gangguan jin :


  1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

AYAT-AYAT RUQYAH SYARIAH (PETIKAN AYAT ALQURAN)

MENGENALI JIN - ALAM GHAIB & KERAJAANNYA

Beriman Kepada Yang Ghaib

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.

 
Apakah itu Jin?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

Awal Penciptaan Jin

Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

 
Bagaimana Jin Dan Syaitan Hidup

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan
mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah,
ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

 
Tempat Tinggal Jin

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia. Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas
maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)


Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang." (HR. An-Nas'i)
Kerajaan Iblis

Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :

  • Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
  • Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.
  • Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.
  • Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
  • Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.
Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :

Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.
Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."

Ayat Ruqyah Syariah -Mengusir Gangguan Jin & Syaitan


PERUBATAN ISLAM 

PENGERTIAN RUQYAH:
Ruqyah secara biasa adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i ( Ruqyah Syar'iyah ) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

RUQYAH TERBAHAGI KEPADA 2:
Pertama : Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.
Kedua    : Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam, iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-   bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik."
( HR. Muslim )

SYARAT RUQYAH SYAR'IYAH
 Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;
  1. Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
  2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
  3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.
KETENTUAN MERUQYAH:

Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan berikut ;
  • Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
  • Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
  • Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukan telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai sarban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
  • Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
  • Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
  • Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.
KEUTAMAAN ALQURAN & SUNNAH RASULULLAH SAW
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan juga ubat penawarnya.
 
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim ) Dan yakinlah bahwa tidka ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepatm efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. 

Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :
Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar." ( QS. Fushshilat : 44 )
"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )
Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah mencontohkan pengubatan dengan mempergunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

BEBERAPA ALASAN RUQYAH BERDASARKAN HADITHS-HADITHS YANG SAHIH

Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mau tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR. Al-Bukhari )

Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, "Seseorang di antara kami disengat kalajenking. Kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah." ( HR. Muslim )
Aisyah r.a. juga mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan padaku agar aku minta ruqyah dari pengaruh 'ain ( mata yang dengki )." ( HR. Muslim )

Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a., Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, "Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril ( meruqyahnya ), "Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin au 'aini hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika"
( "Dengan nam Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") 

( HR. Muslim )

Aisyah r.a. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit." ( HR. Muslim )
Uthman Bin Abil 'Ash r.a. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian
 

Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah; "Bismillahi" ( dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah; "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim )

Ayat Ruqyah Syariah -
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Baqarah (Ayat 1 - 5)
3. Surah Al-Baqarah (Ayat 102)
4. Surah Al-Baqarah (Ayat 163 - 164)
5. Surah Al-Baqarah (Ayat 255)
6. Surah Al-Baqarah (Ayat 256 - 257)
7. Surah Al-Baqarah (Ayat 285 - 286)
8. Surah Al-Imran (Ayat 18 - 19)
9. Surah Al-A'raf (Ayat 54 - 56)
10. Surah Al-A'raf (Ayat 117 - 122)
11. Surah Yunus (Ayat 81 - 82)
12. Surah Taha (Ayat 69)
13. Surah Al-Mukminum (Ayat 115 - 118)
14. Surah Al-Soffat (Ayat 1 - 10)
15. Surah Al-Ahqaf (Ayat 28 - 32)
16. Surah Al-Rahman (Ayat 33 - 36)
17. Surah Al-Hisyr (Ayat 21 - 24)
18. Surah Al-Jin (Ayat 1 - 10)
19. Surah Al-Ikhlas
20.Surah Al-Falaq
21.Surah An-Nas

Ahad, 26 Ogos 2012

TEKNIK MENJAWAB SPM PERDAGANGAN KERTAS 1


PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PREDAGANGAN
“KENAL-KUNCI-KEHENDAK-KAJI-TEPAT”
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM
KERTAS 1 ( 3755/1 )
SENARAI SUKATAN BARU MULAI TAHUN 2004
BAB 1- ASAS KEPADA PERDAGANGAN
BAB 2-UNSUR PERDAGANGAN
BAB 3- PERNIAGAAN DALAM NEGERI( RUNCIT,BORONG,DOKUMEN PERNIAGAAN,KAEDAH JUALAN )
BAB 4- PERNIAGAAN ANTARABANGSA
BAB 5- INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
BAB 6- PEMILIKAN PERNIAGAAN
BAB 7- PELABURAN
BAB 8- PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN YANG LAIN
BAB 9- INSURANS
BAB 10- PENGANGKUTAN
BAB  11- KOMUNIKASI
BAB  12- PERGUDANGAN
BAB 13- PROMOSI
BAB 14-PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN
BAB 15- KONSUMERISME

FORMAT SPM KERTAS 1

·         TERDIRI DARI 40 SOALAN OBJEKTIF ( ANEKA PILIHAN )
·         JAWAB SEMUA SOALAN
·         MASA MENJAWAB: 1 JAM 15 MINIT
·         CADANGAN MASA : 1 SOALAN = 1.875 MINIT SATU SOALAN
·         MERANGKUMI SEMUA TAJUK  TINGKATAN 4 DAN 5
·         SOALAN 1-20: BAB TINGKATAN 4 ( 7 BAB )
·         SOALAN 21-40 BAB TINGKATAN 5 ( 8 BAB )
·         SOALAN MENGIKUT ARAS KESUKARAN 5:3:2 ( 20 SOALAN ARAS RENDAH, 12 SOALAN ARAS SEDERHANA DAN 8 SOALAN  ARAS TINGGI )
·         60% PENGETAHUA N & KEFAHAMAN, 40% KEMAHIRAN
·         MENYUMBANGKAN 40% DARI KESELURUHAN MARKAH




STRATEGI KERTAS 1

·         ANALISIS SOALAN- HALUSI KEHENDAK SOALAN:
·         STRATEGI “KENAL-KUNCI-KEHENDAK-KAJI-TEPAT”

1.       KENALPASTI TOPIK SOALAN
2.       KENALPASTI KUNCI SOALAN/KATA TUGAS SOALAN
3.       KENALPASTI KEHENDAK SOALAN
4.       KAJI “PENGACAU JAWAPAN”
5.       TEPATKAN JAWAPAN

·         BAHAGIKAN KEPADA 3 PUSINGAN JAWAPAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KERTAS 1

·         SOALAN MUDAH
·         SOALAN PERNYATAAN/KES
·         SOALAN ANEKA GABUNGAN
DUA PILIHAN JAWAPAN DAN TIGA PILIHAN JAWAPAN
·         SOALAN BERGAMBAR
·         SOALAN PENGIRAAN


CONTOH STRATEGI MENJAWAB SOALAN KERTAS 1 PERDAGANGAN MELALUI STRATEGI
“KENAL-KUNCI-KEHENDAK-KAJI-TEPAT” 

Contoh soalan:

1.Pernyataan yang manakah menerangkan ciri peniaga……………………Topik: Bab 1
                                                                                                                                            Kata kunci:ciri peniaga
                                                                                                                                            Kehendak soalan:menerangkan
                                                                                                                                            Ciri peniaga


A             Mengembangkan pernigaan secara kreatif…………………………..…….Kaji pengacau: ciri usahawan
B             Mementingkan khidmat kepada masyarakat………………………...……Kaji pengacau: ciri usahawan
C             Memiliki wawasan untuk memajukan perniagaan………………………Kaji pengacau: ciri usahawan
D             Melakukan aktiviti jual beli untuk mendapatkan keuntungan……..Kaji & tepatkan jawapan: ciri
                                                                                                                                       peniaga


contoh soalan:

2. Pernyataan manakah merupakan fungsi peruncit?............................Topik: Bab 3
                                                                                                                                                Kata kunci: fungsi peruncit
                                                                                                                                                Kehendak soalan:merupakan 
                                                                                                                                  fungsi peruncit


I               Menjual pelbagai jenis barang……………………………………………………Kaji jawapan:fungsi peruncit
II             Membiayai modal pemborong……………………………………………………Kaji pengacau:fungsi 
                                                                                                                                       pemborong
III            Menstabilkan harga barang………………………………………………………..Kaji pengacau:fungsi .           
                                                                                                                                      pemborong
IV            Memberi perkhidmatan selepas jualan……………………………………….Kaji jawapan:fungsi peruncit

A             I dan II
B             I dan IV……………………………………………………………………………………….Tepatkan pilihan jawapan:
                                                                                                                                                     Fungsi peruncit
C             II dan IV
D             III dan IV




STRATEGI MENJAWAB KERTAS 1 MELALUI 3 PUSINGAN


TABURAN JAWAPAN
PUSINGAN 1
YAKIN 100%
BETUL
BAKI BELUM JAWAB
( A-B)
PUSINGAN 2
BAKI BELUM JAWAB
( C-D )
PUSINGAN 3
BAKI
E-F
A
B
C
D
E
F
G

A=10
7
3
2
1
0
0

B=10
8
2
2
0
0
0

C=10
5
5
3
2
2
0

D=10
6
4
2
2
2
0

JUMLAH=40
26
14
9
5
4
0


Contoh soalan:

1.Antara berikut yang manakah menjelaskan proses pengeluaran langsung?

A.      Aktiviti untuk menghasilkan barang.
B.      Aktiviti menambah nilai faeadah sesuatu barang
C.      Aktiviti menghasilkan keluaran untuk jualan langsung
D.     Aktiviti menghasilkan keluaran untuk keperluan sendiri

2.Pernyataan yang manakah merupakan ciri gudang yang baik?

A.      Lokasi di pusat Bandar
B.      Hiasan dalam yang menarik
C.      Ruang simpanan yang luas
D.     Buruh banyak digunakan

3.Antara yang berikut, yang manakah faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah jualan prabayar?

I           Saiz pasaran
II          Aliran tunai meningkat
III         Penjual berhak menarik balik barang
IV         Barang yang dijual tidak dapat dipulangkan

A.      I dan II
B.      II dan III
C.      III dan IV
D.     I dan IV

4.Pernyataan berikut berkaitan kilang papan lapis di Sungai Petani, Kedah.

Encik Lim adalah pengusaha kilang papan lapis di Sungai Petani, Kedah. Beliau menjual papan lapis kepada pengusaha perabot di Ipoh dan Kangar

Apakah jenis nilai faedah yang terlibat?

A.      Nilai faedah bentuk
B.      Nilai faedah bentuk dan tempat
C.      Nilai faedah bentuk,tempat dan milikan
D.     Nilai faedah bentuk,tempat, milikan dan masa

5.Antara yang berikut yang manakah faktor perkembangan jualan langsung?

I           Kesesakan lalu lintas
II          Pengguna semakin sibuk
III         Kos pengiklanan semakin mahal
IV         Peningkatan kos pengangkutan awam

A.      I,II dan III
B.      I,II dan IV
C.      I,III dan IV
D.     II,III dan IV