PANDUAN GURU TINGKATAN
- Membentuk organisasi, kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan Dan AJK Keceriaan. Memastikan AJK mengagihkan tugas kepada pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, memasang langsir untuk kelas.
- Memastikan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas
- Jadual Tugas
- Jadual Waktu
- Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar, kerusi meja guru dan papan kenyataan.
- Moto Kelas
- Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pemungut sampah.
- Memastikan kawalan elektrik, kipas angin dan lampu berada dalam keadaan selamat digunakan.
- Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.
- Membimbing organisasi kelas yang telah dilantik menjalankan tugas.
- Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kepada budi bicara pelajar. Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
- Keceriaan kelas
- Kebajikan pelajar
Jadual Kedatangan Pelajar
- Menandakan kedatangan pelajar harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat sekolah.
- Memastikan semua butiran yang dikehendaki ditulis di dalam buku daftar kedatangan.
- Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua yang diselenggara seperti yang ditetapkan (Pejabat Pengetua).
- Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
- Menjamin keselamatan buku tersebut.
Laporan Pelajar, Sijil Berhenti, Surat Akuan dan Kad 001
- Memastikan setiap pelajar mempunyai Kad Kemajuan Pelajar
- Mengisi markah dan membuat laporan akademik, kurikulum dan fizikal dalam kad kemajuan pelajar setiap penggal.
- Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa.
- Mengambil Kad 001 dari Penyelaras Kad 001.
- Menyediakan dan mengisi
- ‘Mark Sheet’ bagi setiap peperiksaan sekolah
- Kad 001
- Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan bagi pelajar yang meneruskan persekolahan ke tempat lain.
Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin
- Memberikan galakan, motivasi bagi merangsang minat pelajar terhadap akademik.
- Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika perlu).
- Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
- Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran dikalangan pelajar.
- Melaporkan kepada guru kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.
- Mengambil tindakan serta melaporkan kepada guru disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah.
- Melaporkan kes ponteng sekolah mengikut prosedur yang berikut:
- Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang ‘Melanggar Peraturan Sekolah’ yang dapat diperolehi Penolong Kanan HEM.
- Menghantar satu salinan tersebut kepada ibu bapa.
Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan
- Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
- Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
- Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT.
- Mengenalpasti pelajar yang layak menerima bentuk bantuan lain dan melaporkan kepada Guru Penolong Kanan HEM.
- Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajar yang menerima bantuan.
Kutipan Yuran dan Sumbangan
- Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar yuran kesemua yuran sekaligus.
- Mengutip sumbangan PIBG.
- Mengutip yuran peperiksaan bagi kelas yang menduduki peperiksaan.
- Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang telah dibuat.
- Menyerahkan kutipan sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan yuran kepada Pembantu Tadbir (Kewangan ) dengan segera.
- Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG dengan segera.
Pendaftaran Murid Baru
- Menerima kemasukan pelajar baru daripada Pengetua/ Penolong Kanan/ Penolong Kanan HEM.
- Mendaftar pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru daripada Buku Daftar Sekolah.
- Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.
- Biasiswa dan melaporkannya kepada Guru Biasiswa.
- Menentukan menerima kad kemajuan pelajar dan kad 001 dari sekolah terdahulu.
- Menentukan rumah sukan.
- Mengambil butir-butir dan salinan fotostat kad pengenalan/ surat beranak dan lain-lain bagi pelajar berkenaan.
Murid Keluar
- Menentukan borang SPBT, Kad Kemajuan Pelajar dan Kad 001 dihantar ke pejabat.
- Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5.
- Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
- Menentukan buku teks telah dipulangkan.
- Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat sekolah.
Pendaftaran Sukan, Persatuan dan Lain-lain
- Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.
- Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan borang kemasukan pelajar kepada penyelaras kokurikulum.
Garis Panduan Ujian
- Kad Ujian Bulanan mesti dilengkapi bagi setiap orang pelajar, bagi setiap ujian bulan yang dijalankan mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
- Kedudukan kelas bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 mengikut syarat:-
- Lulus / Gagal
- Purata Gred
- Peratusan keputusan
- Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 wajib lulus Bahasa Melayu.
- Kedudukan kelas bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 mengikut purata gred / peratus keputusan.
- Penggredan markah.
GRED MARKAH SPM
TINGKATAN 1,2 DAN 3
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
80 - 100
|
: A
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
65 - 79
|
: B
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
50 - 64
|
: C
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
40 - 49
|
: D
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
00 - 39
|
: E
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||