Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada Jun 2013 telah membuatkan
sesetengah kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100,
yang dianggap tidak sihat
Sesetengah kawasan di negeri Johor, Melaka dan Selangor adalah antara yang mengalami nilai status IPU melebihi 100
Pihak yang terlibat, telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang
ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya
mengelakkan aktiviti luar
Jerebu di Malaysia
Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos
Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup
kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa
hujan di daratan, oleh itu jerebu jarang kelihatan
Selain itu, negara jiran Singapura turut dilanda jerebu tebal yang
memenuhi ruang udara negara itu ekoran kesan kebakaran hutan di
Sumatera, Indonesia
Maklumat semasa dan terkini indeks pencemaran udara Malaysia (APIMS)
Orang ramai boleh mengikut laporan mengenai bacaan indeks jerebu
dikawasan yang terjejas dengan melayari laman sesawang rasmi Jabatan
Alam sekitar, klik pada pautan url http://www.doe.gov.my/webportal
Tarikh
malam Nisfu Syaaban 2013 di Malaysia mengikut kalendar islam. Nisfu
Syaaban merupakan pertengahan bulan atau 15 Syaaban dalam kalender
Hijrah. Dalam Kaledar islam, 10 Jun 2013 merupakan bermulanya awal bulan
Syaaban iaitu 1 Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24
Jun adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H.
Manakala malam Nisfu Syaaban pada 23 Jun selepas waktu Maghrib.
Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013
1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)
Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib
Pengertian Bulan Syaaban
Nisfu
Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam
bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu
Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan
lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w.
menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf
sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur
atau lalai.
Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban
1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya. 2. Melakukan Qiamullail. 3. Berpuasa pada siang harinya.
1. Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima dalam bulan ini, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya: Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Parasalafussoleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia
bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah
masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya:
Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan,
keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu
melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.
2. Bersyukurlah dan memuji Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan
bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya
keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji
Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagunganNya.”
Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang
hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan
ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat
wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk
syukur.
3.Bergembiralahdengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah SAW selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan. “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh
berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan
itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.”
(HR. Ahmad).
Salafussoleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat
gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar
selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan
dan rahmat.
4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkindaripada bulan Ramadhan.
Ramadhan sangat singkat. Justeru isilah setiap detiknya dengan amalan
yang berharga, yang dapat membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada
Allah seperti tadarus Al-Quran, zikir, solat sunat, bersedeqah, menjamu
orang berbuka puasa, solat terawih dan solat malam.
5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan.
Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam
melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan
aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]
6.Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah dalam bulan Ramadan.
Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib
mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa
kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” [Q.S. Al-Anbiyaa(21): 7]
7.Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar daripada segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]
8.Siapkan jiwa dan ruh kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs.
Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah
puasa sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan
pada bulan Ramadhan.
9.Hiasilah rumah dan diri. Marilah kita menghiasi rumah kita agar nampak kegembiraan kita menyambut Ramadhan seperti menggantung banner “Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak” dan
lampu warna- warni. Hiasilah diri dengan pakaian yang baik dan wangian
yang segar ketika beribadah kepada Allah contohnya seperti ketika
menunaikan solat terawih. Berbelanjalah sedikit untuk kegembiraan kita
menjelang Ramadhan.
10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
Kepada Allah, dengan taubat nashuha
Kepada Rasulullah SAW, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya.
Kepada orang tua, isteri-isteri, anak-anak, dan sahabat-sahabat serta kaum kerabat, dengan mengeratkan hubungan silaturrahim
Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi
mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah paling bermanfaat bagi
orang lain.
Ketika
Syaaban, Saidatina Aisyah r.a. menyatakan Rasulullah SAW banyak
berpuasa dan memperbanyakkan amal kebajikan dan ibadat kerana dalam
bulan Syaaban adalah sebagai latihan melawan nafsu untuk menuju kepada
ujian yang lebih besar iaitu bulan Ramadan.
Berikut ana catatkan ringkasan
amalan-amalan dan puasa sunat yang boleh dilakukan dalam bulan Syaaban.
Sesamalah kita sedaya upaya cuba mengamalkannya..
.
Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban
.
Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Berpuasa sunat.
Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
Perbanyakkan amalan takwa.
Solat lima waktu secara berjemaah.
Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
Melakukan amal kebajikan.
Memohon keampunan ibu bapa.
Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.
.
.
Puasa Syaaban Dan Fadilatnya
.
Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa
Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada
Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat
suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)
.
Berpuasa dalam bulan Syaaban selain
menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan
Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, antaranya:
.
1. Berpuasa sehari.
a. Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b. Dimasuk syurga
c. Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d. Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s, dan Nabi Daud a.s.
.
2. Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a. Mendapat pahala 70 orang nabi,
b. Seperti orang beribadah 70 tahun .
c. Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.
.
3. Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a. Di ampunkan oleh Allah.
b. Diberkatikan rezeki.
c. Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.
.
4. Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a. Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b. Akan dimasukkan ke dalam syurga.
.
5. Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT
.
6. Berpuasa sebulan.
a. Dimudahkan Allah akan saat mati,
b. Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c. Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d. Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e. Diwajibkan masuk ke syurga.
.
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan
Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan
inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan
pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan
amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana
keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredaan Allah SWT.
.
.
والله أعلم بالصواب Wallahu A’lam bishowab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang
berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah
Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid
Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.
Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah
Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW
iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi
Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid
Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis,
Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat
Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang
perjalanan itu:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka,
apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum
lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad
“Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda
bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah
(tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang
dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu
mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali
dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan
dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan.
Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan
yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing
mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat
fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan
daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan)
orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq.
Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan
rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat
Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu
lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat
pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda
akan menjadi sesat.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat
Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang
perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke
atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke
langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat
melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat
orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk.
Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga
langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa AS dan Nabi
Yahya AS.
3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit
kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi
oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit
kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu
dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail)
lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000
orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit
kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang
sedang bersandar di Baitul-Ma’mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi
Ibrahim AS bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha’if, maka berdoalah
untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa
la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS
bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga
itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah,
iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu
akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi
orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok
dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib.
Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan
mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di
Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” pada dahan pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada
pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah
warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh
manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai
Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke
syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam
nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir,
hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus
dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata
kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian,
Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat
Islam.
Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan
kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada
Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang
itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu),
akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari
semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan
seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang
ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini
baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi
(bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu
riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18
bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah
kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa
yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di
sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan
menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang
memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya
memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan
takut akan kekuasaan-Nya.
Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada
peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri
kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan
berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah
oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam
bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak
mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda
sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam
ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj
baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk
akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan
teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh
baginda SAW.
Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan
pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW
berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat
Jirail AS dan sebagainya