CONTOH 1: BAHAGIAN C (20 MARKAH)
Arahan: Soalan wajib, Sila baca kes dengan
teliti dan jawab semua soalan
Rubberex PLC, United Kingdom
merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan
sarung tangan getah khas yang digunakan dalam bidang perubatan sejak 2005.
Keluaran syarikat dianggap paling bermutu di dunia dan dijual pada harga
yang mahal berbanding dengan keluaran para pesaing lain. Kejayaan syarikat
menghasilkan sarung tangan bermutu tinggi disumbangkan oleh bahagian
penyelidikan dan pembangunan (R & D) yang sentiasa melaksanakan
penyelidikan untuk mencari kaedah baharu untuk meningkatkan mutu hasil
keluaran. Justeru , hasil jualan dan keuntungan syarikat terus meningkat
dari tahun ke tahun.Selain peranan bahagian R & D, kejayaan syarikat
juga disumbangkan oleh tenaga pekerjanya yang mahir dan pakar.
Syarikat sentiasa menyediakan pelbagai
latihan dalaman dan luaran untuk meningkatkan kemahiran pekerja. Pihak
pengurusan juga menjalin hubungan yang baik dengan pekerja. Pekerja
diberikan kebebasan untuk meluahkan idea dan pandangan masing-masing. Hal
ini merupakan salah satu sebab pekerja sentiasa bermotivasi tinggi dan cuba
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Selain menggunakan pekerja dalam
syarikat, syarikat mengambil pekerja baharu yang berpengalaman dari luar
negara yang membawa idea baharu. Hal ini telah membantu syarikat meningkatkan
daya pengeluaran.
Beberapa tahun belakangan ini,
kemelesetan ekonomi dunia telah menyebabkan para pelanggan syarikat
mengambillangkah mengurangkan kos perbelanjaan perniagaan. Mereka mula
mengurangkan pembelian produk syarikat dan mengalihkan tempahan kepada
pengeluar lain yang menjual pada harga yang lebih murah. Jualan dan
keuntungan syarikat mula merosot mulai tahun 2010. Hal ini menyebabkan
syarikat mengambil keputusan bagi mencari jalan untuk mengeluarkan produk
pada kos yang lebih rendah tanpa menjejaskan mutu agar dapat menjual hasil
keluaran pada harga yang lebih kompetitif.
Syarikat Rubberex PLC, UK telah
menghubungi sebuah syarikat tempatan Malaysia, iaitu Syarikat Supermaks
Berhad, sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai jenis sarung tangan
getah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa Pada tahun 2011, kedua-dua
syarikat bersetuju untuk memperbadankan satu syarikat baharu yang dikenal
sebagai Superglove Sendirian Berhad dengan pejabat dan kilang di Kawasan
Perindustrian Temerloh, Pahang.
Syarikat Supermaks Berhad
mengeluarkan modal untuk membina kilang, menyediakan tenaga kerja, dan
mendapatkan bahan mentah. Sementara itu, Syarikat Rubberex PLC, UK akan
menyumbangkan teknologi dan tenaga pakar dalam proses pengeluaran serta
penyelidikan dan pembangunan. Untung atau rugi dikongsi pada kadar nisbah
54 : 49 antara Syarikat Supermaks Berhad dan Rubberex PLC, UK
masing-masing. Superglove Sendirian Berhad telah berkembang maju dalam masa
beberapa tahun penubuhannya . Pada masa ini, syarikat mempunyai bilangan
pekerja tetap seramai 250 orang. Pada tahun 2016, nilai jualan syarikat
adalah sebanyak RM150 juta.
|
Berdasarkan
kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
(a)
Jelaskan tiga
faktor dalaman perniagaan yang membawa kepada kejayaan Rubberex PLC, UK.[7
markah]
(b)
Terangkan satu
faktor luaran perniagaan yang menyebabkan jualan dan keuntungan Rubberex PLC, UK merosot mulai
tahun 2010. [3 markah]
(c)
i. Nyatakan
bentuk usaha niaga
antara Syarikat Rubberex
PLC, UK dan
Syarikat
Supermaks Berhad melalui penubuhan
Syarikat Superglove Sendirian Berhad . [1
markah]
ii. Terangkan tiga kelebihan usaha niaga ini
kepada Syarikat Rubberex PLC, UK.
[6 markah]
(d)
Jelaskan saiz
perniagaan Syarikat Superglove Sendirian Berhad. [3 markah]
JAWAPAN:
Jawapan
|
BAHAGIAN C – KAJIAN KES (20 MARKAH)
|
MARKAH
|
(a)
|
Faktor
dalaman perniagaan yang membawa
kepada kejayaan Rubberex PLC, UK
1. Gaya
pengurusan
·
mengamalkan
gaya pengurusan demokratik
·
di
mana pekerja bebas meluabkan idea dan pandangan
·
pekerja
bermotivasi untuk mencapai matlamat
2. Sumber
manusia
·
syarikat
mempunyai tenaga pekerjanya yang mahir dan pakar
·
sentiasa
menyediakan pelbagai latihan
dalaman dan luaran
untuk meningkatkan kemahiran pekerja
·
mengambil
pekerja baru yang berpengalaman dari luar yang membawa idea baharu.
3. Penyelidikan
dan pembangunan (R&D)
·
sentiasa
melaksimakan penyelidikan untuk mencari kaedah baru untuk meningkatkan mutu
basil keluaran
·
dapat
mengbasilkan sarung tangan getah khas bermutu paling tinggi di dunia
·
Justeru,
hasil jualan dan keuntungan syarikat terus meningkat dari tahun ke tahun
|
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
Maks: 7m
|
(b)
|
Faktor luaran yang menyebabkan jualan dan
keuntungan Rubberex PLC, UK merosot
mulai 2010 ialah:
1. ekonomi
·
kemelesetan
ekonomi dunia menjejaskan kuasa beli pelanggan syarikat
·
pelanggan
mengurangkan pembelian produk syarikat dan sebaliknya membeli produk pesaing
yang lebib murah
|
1
1
1
Maks: 3m
|
(c)(i)
(c)(ii)
|
·
usaha sama
Kelebihan usaha
sama kepada Rubberex PLC, UK
·
Boleh menjalankan perniagaan di
tempat yang belum pernah diterokai
o
syarikat
dapat menjalankan operasi pengeluaran produk di Malaysia
·
Dapat meningkatkan modal dan tenaga kerja
o
syarikat
dapat berkongsi modal dan tenaga kerja yang disumbangkan oleh Syarikat
Supermaks Berhad
·
Risiko dalam perniagaan dapat
dikongsi
o
kedua-dua
Syarikat Supermaks Berhad dan Rubberex PLC, UK akan berkongsi untung rugi
pada kadar 51 : 49 masing-masing
|
1m
1
1
1
1
1
1
Maks:6m
|
(d)
|
Perniagaan Syarikat Superglove Sendirian Berhad ialah :
·
bersaiz besar
o
jualan
tahunan melebihi RM50 juta
o
mempunyai
bilangan pekerja melebihi 200 orang
|
1
1
1
Maks: 3m
|
Daftarkan Diri Anda Sekarang Juga Di www.bolacasino88.com Agen Judi Online Terpercaya Di Asia.
BalasPadamPelayanan Yang Professional Dan Ramah
Di Jamin 100% Tidak Adanya BOT Dan ADMIN.
- Minimal Deposit 20.000
- Minimal Withdraw 50.000
Dapatkan Hot Promo Kami Seperti :
- Bonus Refferal Seumur Hidup
- Bonus Sportsbook 100%
- Cashback Sportbook 5% - 15%
- Bonus Deposit Games 10%
- Cashback Games 5%
- Bonus Komisi Casino 0,8%
NB : Syarat Dan Ketentuan Berlaku
Nikmati 7 Permainan Dalam 1 Web Seperti:
- Sports
- Live Casino
- Togel
- Poker
- Slot Games
- Nomor
- Financial
Untuk Informasi Lebih Lengkap Silahkan Hubungi Customer Service Kami :
- Live Chat 24 Jam Online
- No Tlp ( +855962671826 )
- BBM ( 2BF2F87E )
- Yahoo ( cs_bolacasino88 )
- Skype ( bola casino88 )
- Facebook ( bolacasino88 Official )
Hot News :
http://prediksitogelgoyangasoi.blogspot.com/2017/11/jose-mourinho-diincar-psg-manchester.html
http://prediksitogelgoyangasoi.blogspot.com/2017/11/vladimir-vujovic-tidak-akan.html