PERDAGANGAN: CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA
Nama
seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed
Mokhtar Al Bukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukansahaja di
Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham.
.
Tidak
banyak yang diketahui mengenai latar belakang beliau.Kekayaan beliau
dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempatketujuh di dalam senarai 40
orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004.
.
Tan
Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau bermula
sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap
rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan
sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya.
.
Sekitar
tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang
telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat
bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah seorang yang bertanggungjawab
menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam
tempoh singkat.
.
Tan
Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah
membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala
Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya
sekitar Negeri Kedah dan Perak.
.
Kegigihan
Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat
bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed
Mokhtar AlBukhari. Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah
mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan
yang dilakukan.
.
Seorang
yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan
pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau
seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum
membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan.
.
Tan
Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari
perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak
gemarkan publisiti.
Syed Mokhtar Al-Bukhary
Born 1952 Kedah, Malaysia
Occupation Founder, Albukhary Foundation
Net worth US$2.5bn(2011)[1]
Religion Islam
Spouse Puan Sri Sharifah Zarah Al-Bukhary
Children 5 children
Tiada ulasan:
Catat Ulasan