·
Semua pelajar lepasan SPM yang berjaya sedang berkira-kira dan
memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi.
·
Ikuti serba sedikit maklumat yang berkaitan pemilihan pusat
pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.
Matrikulasi KPM
·
Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program
Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat,
Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal.
·
Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun 2009.
·
Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka
kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
·
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma
RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan.
·
Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
·
Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima
elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
·
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti
Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah.
·
Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang
lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati.
·
Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program
pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.
Asasi IPTA
·
Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di
bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
·
Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta
mengambil masa antara satu hingga dua tahun.
·
Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada
program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi
tersebut.
·
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu
o
Asasi Sains Hayat,
o
Asasi Sains Fizikal,
o
Asasi Alam Bina,
o
Asasi Pendidikan Islam,
o
Asasi Syariah,
o
Asasi Usuluddin
o
dan Asasi Pengajian Islam
Dengan Sains
·
ManakalaUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
mempunyai 15 program asasi iaitu:
o
Asasi Sains Hayat,
o
Asasi Sains Fizikal,
o
Asasi Sains Kesihatan Bersekutu,
o
Asasi Kejururawatan,
o
Asasi Farmasi,
o
Asasi Pergigian,
o
Asasi Perubatan,
o
Asasi Sains Kemanusian,
o
Asasi Bahasa Inggeris,
o
Asasi Bahasa Arab,
o
Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan,
o
Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar,
o
Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer
o
Asasi Undang-Undang.
·
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah:
o
Universiti Teknologi MARA (UiTM),
o
Universiti Putra Malaysia (UPM),
o
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
o
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
·
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung
kepada jurusan dan universiti yang berkenaan.
·
Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh
pelajar.
·
Para pelajar asasi akan ditawarkan :
o
pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester,
o
yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester
o
yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
·
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon
melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka
akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka.
·
Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke
program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan
kelayakan yang ditetapkan.
Diploma IPTA
·
Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak
universiti.
·
Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama
3 tahun.
·
Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah
dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu.
·
Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian
diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
·
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat
diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
·
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah
bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan.
·
Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh
pelajar.
·
Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain
seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
·
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau
menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.
·
Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program
peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus
lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan
yang ditetapkan.
Pilihan Anda
·
Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon
yang berbeza.
·
Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan
yang tersendiri.
·
Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun
merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan
program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula
bekerja lebih awal di usia yang muda.
·
Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang
singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui
proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar.
·
Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu
fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.
·
Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan
kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.
·
Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang
belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti
kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka.
·
Manakala program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti
apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin
dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang
tertentu.
·
Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi
dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian.
·
Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun
jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat.
·
Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk
membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk
asasi dan matrikulasi setahun.
·
Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan
diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula
bekerja.
·
Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam
kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa
pengajian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan