Pertanyaan pastinya bagi calon yang inginkan kepastian adakah keputusan yang diterima mampu melayakkan diri untuk sekurangnya dinilai bertanding dengan calon lain dalam menentukan tempat diterima ke matrikulasi.
Apa yang pasti, pertanyaan syarat minimum ini adalah bagi mereka yang sudah pasti mempunyai keputusan sederhana baik dan mempunyai pengharapan untuk diterima ke matrikulasi.
Syarat minimum ialah satu ketetapan bagi melayakkan permohonan di proses atau dinilai bagi dimeritkan mengikut kekosongan serta kelayakan pemohon ditempatkan ke mana-mana institusi.
Hal ini bermakna, calon yang mempunyai keputusan mengatasi syarat minimum adalah berpeluang cerah untuk permohonannya dinilai bersama permohonan yang lain. Namun demikian, memenuhi syarat minimum bukanlah satu tiket untuk membuat kesimpulan “ mesti dapat “ kerana ia perlu dinilai bersama yang lebih cemerlang lain.
Memenuhi syarat minimum bukanlah satu tiket untuk membuat kesimpulan “ mesti dapat “ kerana ia perlu dinilai bersama yang lebih cemerlang lainSelain itu juga, tidak melepasi syarat minimum juga tidak juga boleh dikatakan tidak berjaya.
Hal ini kerana kemungkinan ia bergantung kepada kekosongan serta jumlah cemerlang yang memohon pada tahun bekenaan.
Namun demikian, bagi mereka yang tidak melepasi syarat minimum pasti mempunyai peluang yang sangat sedikit untuk diterima ke matrikulasi.
Syarat minimum ke matrikulasi bagi tahun 2012/2012 ini boleh dikategorikan kepada 3 jurusan yang ditawarkan di kolej matrikulasi kini.
Jurusan berikut adalah termasuk jurusan sains, teknikal dan perakaunan.
Syarat Minimum Kemasukan Matrikulasi KPM 2012/2013
Jurusan Sains- Bahasa Melayu ( C )
- Bahasa Inggeris ( C )
- Matematik ( B )
- Kimia ( C )
- Matematik Tambahan ( C )
- Gred ( C ) Dalam mana-mana satu (1) yang berikut: 1) Fizik 2) Biologi
- Bahasa Melayu ( C )
- Bahasa Inggeris ( C )
- Matematik ( B )
- Kimia ( C )
- Matematik Tambahan ( C )
- Fizik ( C )
- PKA/PKE/PKM/TK ( C )
- Kimia ( E )
- Bahasa Melayu ( C )
- Bahasa Inggeris ( C )
- Matematik ( C )
- Gred ( C ) dalam mana-mana dua (2) yang berikut:
- 1) Perakaunan
- 2) Ekonomi Asas
- 3) Perdagangan
- 4) Sains Tambahan
- 5) Peng. Keusahawanan
- 6) Sains
- 7) Fizik
- 8) Biologi
- 9) Kimia
- 10) PKA/PKE/PKM/TK/LK
- Matematik Tambahan ( E )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan