Selasa, 2 Oktober 2012

WANITA YANG HARAM DINIKAHI

Perempuan yang tidak boleh dinikahi menurut secara agama Islam, keterangannya itu sebagaimana yang tersebut di bawah ini :

Dan janganlah kamu menikah kepada isteri-isteri yang telah dikawin oleh bapa-bapa kamu, melainkan apa yang telah lalu, karena hal itu adalah keji dan dibenci dan jelek perjalanan. Diharamkan atas kamu ibu kamu, dan anak kamu, dan saudara kamu, dan saudara bapa kamu, dan saudara ibu kamu, dan anak saudara laki-laki kamu, dan anak saudara perempuan kamu, dan ibu (susu) yang pernah menyusui kamu, dan saudara kamu yang sesusuan, dan ibu isteri kamu, dan anak tiri kamu yang pada pe­meliharaan kamu yang dari isteri kamu yang telah kamu campuri ; tetapi apabila belum kamu campuri, maka tiada ada halangan bagi kamu, dan isteri anak kamu yang dari turunan kamu, dan di haramkan kamu mengumpulkan di antara dua saudara perem­puan (ya’ni : mengawin kedua-duanya) melainkan yang telah lalu, sesungguhnya Allah itu adalah Pengampun dan Penyayang.
  (Q. An-Nisa’, 22-23).

 Dengan firman ini kita boleh mengetahui, bahawa perempuan yang tidak boleh dinikahi oleh orang Islam itu ada empat belas macam, iaitu :

   1.      Bekas isteri bapanya.
   2.      Ibunya yang melahirkan dia.
   3.      Anaknya sendiri.
   4.      Saudaranya sendiri.
   5.      Saudara bapanya.
   6.      Saudara ibunya.
   7.      Anak dari saudaranya laki.
   8.      Anak dari saudaranya perempuan.
   9.      Perempuan yang pernah menyusui akan dia.
  10      Saudara sesusu.
  11      Ibu isterinya.
  12      Anak tirinya yang ibunya sudah dicampuri (disetubuhi) olehnya.
  13      Isteri anaknya sendiri.
  14      Saudara isterinya jika dia masih hidup.


Perempuan Yang Haram Dinikahi

Islam telah menetapkan beberapa kategori wanita atau perempuan yang haram dinikahi oleh lelaki. Antara wanita atau perempuan yang dilarang untuk dinikahi dalam Islam adalah yang mempunyai ciri-ciri di bawah:

• Keluarga
• Menyusu
• Semenda
• Permaduan
• Kafir
• Isteri orang
• Di dalam iddah

Perempuan yang haram dinikahi sebab keluarga:
• Ibu
• Anak perempuan
• Saudara perempuan
• Adik perempuan sebelah emak
• Adik perempuan bapa
• Anak perempuan abang
• Anak perempuan adik
___________________________________________________________________________________
 

Perempuan yang haram dinikahi sebab susuan:
• Ibu susuan
• Anak perempuan susuan
• Anak kandung lelaki / perempuan
• Adik perempuan emak susuan
• Adik perempuan bapa
• Anak perempuan saudara susuan

Perempuan yang haram dinikahi sebab semenda (mempunyai talian kekeluargaan):
• Mertua perempuan
• Ibu tiri
• Menantu perempuan
• Anak perempuan tiri

Perempuan yang haram dinikahi sebab persemaduan:
• Saudara perempuan isteri (adik/kakak ipar)
• Saudara perempuan sebelah bapa isteri (mak saudara)
• Saudara perempuan sebelah ibu (emak isteri)

Perempuan yang haram dinikahi sebab kafir/isteri orang/isteri di dalam iddah:
• Orang lelaki Islam haram nikah dengan perempuan kafir kecuali kafir kitabiah.
• Orang perempuan Islam haram nikah dengan lelaki kafir sekalipun kitabiah.
• Haram nikah isteri orang sekalipun telah diceraikan jika belum tamat iddahnya


___________________________________________________________________________________

7 jenis perempuan yang haram dinikahi disebabkan oleh keturunan:-

a.Ibu - Termasuk dalam hukum ibu ialah ibu bagi ibu(nenek), ibu bagi bapa(nenek), dan seterusnya hingga ke atas.

b. Anak perempuan - Termasuk hukum anak perempuan ialah cucu perempuan,cicit perempuan dan seterusnya hingga ke bawah.

c. Saudara perempuan - Termasuk hukum saudara perempuan ialah saudara seibu sebapa, saudara sebapa, dan saudara seibu.

d. Saudara perempuan bagi ibu.

e. Saudara perempuan bagi bapa.

f.  Anak perempuan bagi saudara lelaki

g. Anak perempuan bagi saudara perempuan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan