Isnin, 1 April 2013

PBS Tingkatan 1 Online Tidak Berkesan & Lambat Kerana Sikap Guru Yang Suka Bertangguh!!

PBS Tingkatan 1 KSSR

Kami menerima banyak emel rungutan dan aduan disebalik pelaksanaan PBS Tingkatan 1 (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini contohnya, Akibat daripada pelaksanaan PBS Tingkatan 1 ini kalangan guru dikatakan terpaksa bangun pagi-pagi untuk membuat key-in itu dengan harapan mendapat akses yang lebih stabil tanpa sebarang masalah ketika itu. Dan masalah bertambah teruk apabila…

Ada kalangan guru yang berjaya akses masuk ke sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) itu tanpa sebarang masalah. tetapi masalah mula timbul apabila guru klik-klik bagi mendapatkan  pelajar yang perlu dikemaksini, kerapkali ia akan “logout” dengan sendiri. Bersusah payah masukkan data, kemudian secara tiba-tiba sistem automatik log-out. Kena login & ulang semula proses itu. Itu baru satu orang pelajar, jikalau 30 orang pelajar terpaksa berhadapan dengan masalah seperti ini?
  • Seorang pelajar sekurang-kurang perlu ada 30 evidence secara anggaran, jikalau satu kelas ada seramai 30-40 orang pelajar? Itu baru satu kelas…
  • Semua kena masuk fail. Kemudian perlu dimasukkan pula dalam sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini. Sayangnya sistem….
pbs tingkatan 1 

Seperti biasa, di Malaysia setiap kali bertukar Menteri Pelajaran sistem pendidikan turut akan berubah mengikut impian dan visinya. Contohnya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS Tingkatan 1) ini yang dibangunkan dilihat penting kerana ia bertujuan untuk memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak hanya tertumpu pada peperiksaan semata.

Sedang kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan kalangan guru supaya menggunakan sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini,  malangnya sistem yang disediakan tidak mampu menampung “trafik yang tinggi” pada satu-satu masa sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Sama juga masalah yang dihadapi pada sistem HRMIS.
 
Masalah sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini telah di bawa ke Parlimen dengan harapan mendapat tindakan segera daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Soalan di Dewan Rakyat : Masalah PBS Tingkatan 1

PBS Tingkatan 1

Jawapan Menteri Di Dewan Rakyat  Bagi Masalah Sistem PBS Tingkatan 1 KSSR?

Kami tidak rasakan pemberian elaun adalah adalah jalan penyelesaian terbaik. Apa yang kalangan guru mahukan adalah, sila naiktraf prestasi server yang setimpal dengan jumlah guru yang ada ketika ini setanding dengan peruntukan berbilion-bilion yang diperoleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) setiap tahun…

Walaubagaimanapun nampaknya Kemnterian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk memperbaiki sistem perkhidmatan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ada sekarang ini dengan cara :
  1. Menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS Tingkatan 1) & Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). yang menarik dengan jawapan menteri adalah proses naiktaraf telah pun selesai pada akhir Sepetember 2012 dan dikatakan lebih stabil dan mudah diakses. Benarkah? Apa kata guru-guru yang menggunakan sistem PBS Tingkatan 1 online contohnya sekarang ini?
  2. Memperluaskan perkhidmatan capaian Internet melalui projek 1Bestari yang secara berperingkat-peringkatan sehingga Mac 2013 bagi menggantikan SchoolNet dis emua sekolah dengan kelajuan antara 4Mbps hingga 20Mbbs. Penganugerahan projek ini kepada YTL cukup kontroversi. Semak laporan yang kami sediakan di sini bertajuk : “1Bestarinet Milik YTL Communications Sdn Bhd. YTL Menang Tender RM1.5 Bilion Kalahkan TM-TIME
pbs tingkatan 1 online
PBS Tingkatan 1 KSSR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan