Selasa, 18 Mac 2014

NOTA RINGKAS PERDAGANGAN TINGKATAN 4

BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN

Keperluan Dan Kehendak Manusia
Maksud keperluan
  • Barang atau perkhidmatan yang membolehkan manusia hidup 
  • pada tahap keselesaan yang minimum
3 keperluan asas yang diperlukan oleh manusia:
a) Makanan                           
b) Pakaian
c) tempat tinggal

Maksud kehendak                                    


  • Keinginan memiliki barang dan perkhidmatan 
  • untuk kehidupan yang lebih mewah, selesa serta menyeronokan.


Hierarki Keperluan Maslow
1. Keperluan Sempurna Kendiri - rohani
2. Keperluan Penghargaan - sosial
3. Keperluan Kasih Sayang - s0sial
4. Keperluan Keselamatan - fisiologi
5. Keperluan Asas - fisiologi

Faktor Pengeluaran

Maksud:
  • Sebarang aktiviti yang menghasilakan barang dan perkhidmatan 
  • yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak.

Jenis-Jenis Pengeluaran :
1. Pengeluaran Langsung
2. Pengeluaran Tak Langsung

Faktor Pengeluaran :
1. Tanah
2. Buruh
3. Modal
4. Usahawan

Pengkhususan

Maksud Pengkhususan:
  • Menumpukan aktiviti produktif kepada bidang-bidang tertentu ( ekstraktif, perkilangan, pembinaan, perdagangan dan perkhidmatan langsung) 
  • berdasarkan minat kebolehan dan kemahiran sesorang individu.
Sistem Barter
  • Sistem tukar menukar barang antara satu sama lain
  • Satu bentuk perniagaan di zaman dahulu. 
  • bentuk terwal perniagaan.
                                                      



BAB 2 UNSUR PERDAGANGAN

Maksud Perdagangan
  • Kegiatan yang berkaitan dengan pembelian, penjualan dan pengagihan barang-barang dan perkhidmatan daripada pengeluar sehinggalah kepada pengguna akhir.
Maksud Perniagaan:
  • Aktiviti membeli dan menjual barang-barang dan perkhidmatan 
  • dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.
Bantuan Perniagaan
1. Perbankan
2. Insuran
3. Pengangkutan
4. komunikasi
5. Pergudangan
6. Promosi
BAB 3 PERNIAGAAN DALAM NEGERI : SALURAN AGIHAN DAN PERNIAGAAN RUNCIT

Maksud Perniagaan Dalam Negeri:
  • Aktiviti membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan 
  • yang dijalankan di kalanagn penduduk di dalam sesebuah negara.
Saluran Agihan
  • Maksud: Suatu proses pengagihan barangan atau perkhidmatan daripada pengeluaran asal kepada pengguna akhir.
Jenis Saluran Agihan
1. Pengguna -Pemborang-Peruncit- Pengguna : barangan dapur
2. Pengeluar-Ejen-Peruncit-Pengguna : majalah / buku
3. Pengeluar-Pemborong-Pengguna : bahan binaan / simen / batu bata
4. Pengeluar-Peruncit-Pengguna : petroleum / barangan elektrik
5. Pengguna-Ejen-Pengguna : insurans / kosmetik / kereta
6. Pengeluar-Pengguna : barang cepat rosak / tempahan khas

Perniagaan Runcit
Maksud:
  • Perniagaan dalam negeri . 
  • Urusan jual beli barang kuantiti yang kecil. 
 Perniagaan Runcit Besar-Besaran:
  • Perniagaan runcit besara-besaran terdiri daripada pasar raya, gedung aneka jabatan, pasar raya besar, kedai sejaras dan koperasi runcit
Bentuk Lain Peruncitan
1. Mesin Peruncitan Automatik
2. Pesanan Mel
3. Francais
4. Jualan Langsung                      
5. E-dagang
6. Televisyen Interaktif (TV)
7. Kedai Katalog

 BAB 4 PERNIAGAAN DALAM NEGERI II: PERNIAGAAN BORONG

Maksud Perniagaan Borong

  • Merupakan kegiatan membeli barangan secara pukal 
  • daripada pengeluar dan menjual dalam kuantiti yang dikehendaki.

Fungsi Pemborong Dalam Saluran Agihan

# Perkhidmatan Pemborong Kepada Pengeluar
1. Membeli secara pukal serta memecahkan pukal
2. Membiayai pengeluaran
3. Melakukan kerja-kerja akhir
4. Menyampaikan maklumat pasaran
5. Mengadakan kemudahan perdagangan
6. Menjalankan kempen promosi serta meluaskan pasaran

#Perkhidmatan Pemborong Kepada Peruncit

1. Menjual dalam kuantiti yang kecil
2. Menjual beraneka jenis barang
3. Memberi kemudahan kredit
4. Mengadakan kemudahan pengangkutan
5. Mengadaka kemudahan pergudangan
6. Memberi nasihat

#Perkhidmatan Pemborong Kepada Pengguna

1. Mengedarkan pelbagai jenis barang
2. Menyampaikan maklumat tentang cita pengguna
3. memstabilkan harga barang-barang
4. Menyediakan bekalan barang yang berterusan

Jenis Pemborong
1. Pemborong saudagar
2. Ejen

Pemborong saudagar:
Membeli pelbagai jenis barang daripada pelbagai pengeluar dan
menjual kepada peruncit. ia mendapat keuntungan atas usahanya itu.

Ejen: 
Adalah orang tengah yang dilantik dan diberi kuasa untuk melaksanakan tugas bagi pihak pengeluar atau pengilang dan penjual yang dikenali sebagai prinsipal

BAB 5 PERNIAGAAN DALAM NEGERI : DOKUMAN PERNIAGAAN DAN KAEDAH JUALAN

Maksud dokumen dalam negeri 
  • merupakan cacatan atau rekod perniagaan dalam bentuk bertulis 
  • yang menyenaraikan segala urusan yang dijalankan 
  • dokumen perniagaan ini digolongkan kepada tiga peringkat iaitu 
a) peringkat sebelum urus niaga 
b) peringkat semasa urus niaga
c) peringkat selepas urus niaga


Kaedah Jualan
Perniaga boleh mengunakan beberapa kaedah jualan dalam perniagaanya. 
Antaranya ialah:
1) Jualan tunai
2) Jualan kredit 
3) Jualan prabayar
4) Jualan konsainan

BAB 6 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Maksud
  • Perniagaan yang berlaku antara sesebuah negara dengan negara lain.

Faktor wujudnya perniagaan antarabangsa 
1) Perbezaan sumber alam semula jadi
2) Tingkat teknologi dan kemahiran yang berbeza 
3) Perbezaan kos pengeluaran
4) Hubungan antarabangsa

Perniagaan Import, Eksport dan Enterpot

Maksud Perniagaan Eskport
  • Kegiatan menjual barang-barang dan perhidmatan oleh sesebuah negara kepada negara lain.
  Maksud Perniagaan Import : Kegiatan membeli barang-barang dan perhidmatan oleh sesebuah negaradari negara-negara lain.

Maksud Perniagaan Entrepot : Kegiatan import barang-barang dan kemudian mengeksport kembali.
Dokuman Perniagaan Antarabangsa 
1) Inden 
2) Invois eksport
3) Invois konsular
4) Sijil asal usul                                                     



BAB 7 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Maksud jumlah bilangan perkerja , nilai modal berbayar , nilai modal tetap ,nilai keluaran , juga jumlah jualan .

Ciri-ciri IKS 
1) Jenis keluaran seperti : kraf tangan
2) Organisasi: mudah ditubuhkan
3) Modal : modal yang tehad
4) Lokasi disemua tempat
5) Ciri umum pekerja
6) Teknologi pergeluaran :berintensifkan buruh


Kepentingan (IKS)
1) Peluang menceburi bidang perusahaan 
2) Peluang mengunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti
3) Mewujudkan peluang pekerjaan 
4) Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
5) Mengurangkan penganguran
6) Mengukuhkan struktur asas industri negara 
7) Mengurangkan barangan pengunaan

BAB 8 PEMILIKAN PERNIAGAAN

Cara memulakan perniagaan :
1) Memulakan sendiri
2) Mengambil alih
3) Menwarisi perniagaan 

4) Francais                                                                                   
5) Diundang
                                            
Jenis Pemilikan Perniagaan
1) Milikan tunggal
2) Perkongsian
3) Syarikat sendirian berhad
4) Syarikat Awam Berhad
5) Koperasi
6) Perbadanan Awam
7) Pengswastaan
    Maksud ;Permindahan milik sesuatu perbadanan awam kepada sektor swasta




BAB 9 PELABURAN 


Maksud :Perbelanjaan yang dibuat pada masa sekarang untuk mendapatkan keuntungan ataupun ulangan pada masa hadapan


Jenis-jenis Pelaburan:
1) Akaun simpanan tetap atau akaun perlaburan
2) Harta tanah 
3) Saham
4) Unit Amanah
                                                                    
                                                            Contoh pelaburan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan