Panduan Solat Sunat Aidiladha
Takbiratul ihram /Niat solat:
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي
” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala” (untuk solat seorang diri).
” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala” (jika ikut imam – menjadi makmum).
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ اماما ِللهِ تَعَالَي
” Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala” (jika jadi imam).
-
Membaca doa iftitah.
-
Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.
Membaca fatihah dan surah al Akla.
Rukuk dan sujud seperti biasa.
Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselang-selikan dengan tasbih 4 kali.
Membaca fatihah dan surah al Ghasyiyah.
Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.
Memberi salam.
Disunatkan takbir dan doa,
Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjemaah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan