Selasa, 27 Mac 2018

PANDUAN MEMBUAT RANCANGAN PERNIAGAAN (RP) 3766/3 SPM

Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

RANCANGAN PERNIAGAAN
 
Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?
  1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
  2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
  3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.
  4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
  5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.
Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan
  • Nama perniagaan/projek
  • Tujuan rancangan perniagaan
  • Nama syarikat, alamat dan lain-lain
  • Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan
2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan
  1. Pengenalan & Ringkasan Eksekutif
  2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja
  3. Latarbelakang perniagaan
  4. Latarbelakang ahli kongsi
  5. Kedudukan Projek
  6. Objektif Projek
  7. Rancangan Pentadbiran
  8. Rancangan Operasi
  9. Rancangan Pemasaran
  10. Rancangan Kewangan
  11. Penutup
  12. Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan

Bahagian 1 - Pengenalan

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-
  1. Nama Syarikat
  2. Jenis perniagaan yang diceburi
  3. Nama dan lokasi/alamat perniagaan
  4. Status dan saiz projek
  5. Produk
  6. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
  7. Anggaran kos projek
Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;
  1. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.
  2. Merancang perlaksanaan projek.
  3. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
  4. Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.
  5. Lain-lain.
Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

  1. Alamat
    Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
  2. Bentuk perniagaan
    Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.
  3. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.
    Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.
  4. Modal Permulaan
    Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.
  5. Bank
    Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.
Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham
  1. Nama penuh
  2. No. kad pengenalan
  3. Tarikh lahir
  4. Umur
  5. Alamat Tetap
  6. No telefon
  7. Taraf perkahwinan
  8. Kelulusan akedemik
  9. Kursus yang pernah dihadiri
  10. Kemahiran
  11. Pengalaman
  12. Pekerjaan sekarang
  13. Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 – Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 – Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.

Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran


  1. Pentadbiran
  2. Carta Organisasi
  3. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
  4. Spesifikasi Tugas
  5. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
  6. Senarai Keperluan Pejabat
  7. Perbelanjaan Pentadbiran
  1. Perbelanjaan aset
  2. Perbelanjaan bulanan
  3. Lain-lain perbelanjaan
Bahagian 8 - Rancangan Operasi

  1. Carta aliran Proses
    Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.
  2. Unit pengeluaran / jam operasi
    Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
  3. Keperluan bahan
    Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.
  4. Tenaga Kerja
    Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.
  5. Mesin dan peralatan
    Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.
  6. Susun atur Ruang Operasi
    Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.
  7. Lokasi
    Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.
  8. Overhead operasi
    Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.
  9. Perbelanjaan Operasi
    Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.
Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran
  1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
    Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan
  2. Sasaran Pasaran
    Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
  3. Saiz Pasaran
    Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.
  4. Pesaing-pesaing utama
    Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.
  5. Kekuatan dan kelemahan pesaing
    Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
  6. Syer pasaran
    Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.
  7. Ramalan Jualan
    Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.
  8. Strategi Pemasaran
  1. Strategi Barangan
    Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej. Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.
  2. Strategi Promosi
    Bentuk Promosi yang dicadangkan
  3. Strategi harga
    Harga seunit yang dicadangkan.
  4. Strategi edaran
    Corak pengedaran yang dicadangkan. Kenderaan atau kakitangan pemasaran.
Bahagian 10 - Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:
  1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek
  2. Penyata-penyata kewangan:
    1. Aliran wang tunai
    2. Penyata pendapatan
    3. Kunci kira-kira
    4. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
    5. Kos pelaksanaan Projek
    6. Pelaburan aset tetap:
      Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.
    7. Modal Pusingan:
      Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi
    8. Lain-lain perbelanjaan:
      Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)
  3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
    1. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.
    2. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.
    3. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)
  4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
    1. Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.
  5. Prestasi Penyata Pendapatan
    1. Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.
  6. Prestasi Kunci kira-kira
    1. Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.
  7. Analisis Daya Maju Kewangan
    1. Nilai kini bersih
    2. Kadar Pulangan dalaman
    3. Nisbah faedah kos
    4. Tempoh pulang modal
Nilai kini bersih
Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman
Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos
Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.
Tempoh Pulang Modal
Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .


Contoh-Contoh Jadual
Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja.
BilJawatanBil pekerja
1Pengurus1
2Kerani kewangan2
3Pekerja Ladang4

Contoh jadual Spesifikasi Tugas
JawatanTanggungjawab
Pengurus
  1. Menyelia operasi ladang.
  2. Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.
Kerani Kewangan
  1. Pembayaran gaji pekerja
  2. Merekod wang masuk dan keluar.

Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran
Jawatan
Bil. Pekerja
Gaji Bulanan
KWSP
PERKESO
JUMLAH
Pengurus13500.00350.00150.003900.00
Kerani2750.0075.0050.00875.00

Keperluan Pejabat
Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat
JENISBILANGANJumlah RM
1.Perabut Pejabat1 set1000.00
2. Komputer2 unit5000.00

Perbelanjaan Pentadbiran
ButirPerbelanjaan Harta
(RM)
Perbelanjaan(bulanan)
RM
Lain-lain Perbelanjaan
(RM)
1. Perabut Pejabat1000.00  
2. Komputer5000.00  
3.Gaji dan caruman 4775.00 
4. Pendaftaran dan kertas kerja  2500.00

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama
 123456789101112Jumlah
Ramalan
Jualan




























Jadual Perbelanjaan Pemasaran
ButirPerbelanjaan harta
(RM)
Perbelanjaan Bulanan
(RM)
Lain-lain Perbelanjaan
RM)
1.Kenderaaan (van)40000.00

 
2. Promosi 100.00 
3. Insuran dan cukai jalan  500.00

Jadual Keperluan Bahan Mentah
Jenis BahanKuantiti DigunakanStok simpananHarga seunitJumlah belian
1. Jagung100 kg100 kg0.4080.00
2. soya    

Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi
JawatanBil. PekerjaGaji BulananKWSPPERKESOJUMLAH
Penyelia23000.00300.00150.003450.00
Pekerja42400.00240.00100.002740.00

Jadual mesin dan peralatan
JenisHargaBilanganJumlah Harga
1. Chopper5000.0015000.00
2. Otomatik drinker12000.00112000.00

Perbelanjaan Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi
ButirPerbelanjaan Harta (RM)
Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain Perbelanjaan (RM)
1. Chopper5000.00  
2.otomatik drinker12000.00  
3.Gaji dan caruman 6190.00 
4.   
Contoh Kos Perlaksanaan Projek
1. Perbelanjaan harta - (Pelaburan Aset Tetap ) ----------------------
2. Perbelanjaan Bulanan - (modal pusingan) ----------------------
3. Lain-lain perbelanjaan ----------------------
4. Belanja Luar Jangka ----------------------
Jumlah Kos Projek ----------------------

Sumber Pembiayaan Projek

1. Modal sendiri ----------------------
2. Pinjaman ---------------------
3. Sewa beli ----------------------
4. Lain-lain (termasuk geran kerajaan) ----------------------
Jumlah sumber Pembiayaan ----------------------
Contoh : Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABC
Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun)
 2002200320042005
Hasil    
Jualan100,000100,000100,000100,000
- kos Barang dijual70,00070,00070,00070,000
     
Untung kasar30,00030,00030,00030,000
- Belanja-belanja    
Pentadbiran5,0005,0005,0005,000
Pemasaran3,0003,0003,0003,000
Kewangan1,0001,0001,0001,000
Jumlah Belanja9,0009,0009,0009,000
Untung Bersih21,00021,00021,00021,000
Contoh Prestasi Kunci kira-kira
Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan Pada setiap tahun yang berakhir pada :
Tahun2002200320042005
Aset Tetap    
Kenderaan50,00045,00040,00035,000
susut nilai5,0005,0005,0005,000
Jumlah45,00040,00035,00030,000
Perlalatan5000045,00040,00035,000
-susut nilai5,0005,0005,0005,000
Jumlah45,00040,00035,00030,000
Aset Semasa    
Tunai15,00020,00025,00030,000
Si berhutang10,00010,00010,00010,000
Stok bahan mentah5,0005,0005,0005,000
Stok akhir10,00010,00010,00010,000
Jumlah40,00040,00040,00040,000
JUMLAH ASET130,000130,000130,000130,000
     
Ekuiti    
Modal sendiri10,00010,00010,00010,000
Untung Bersih21,00021,00021,00021,000
Jumlah    
     
Liabiliti    
Baki Pinjaman90,00090,00090,00090,000
Pemiutang9,0009,0009,0009,000
Jumlah    
     
JUMLAH EKUITI dan LIABILITI130,000130,000130,000130,000

Bahagian 11 - Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.
Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.

Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan) Contohnya:-
  1. Surat sebutharga
  2. Sijil kursus
  3. Surat sokongan pihak tertentu
  4. Surat dapat tender
  5. Sijil pendaftaran syarikat
  6. Salinan permit/lesen
  7. Surat-surat kepujian
  8. Bukti modal sendiri
  9. Salinan surat Cagaran
  10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)


KERJA KURSUS PERNIAGAAN SPM 3766/3 TAHUN 2018


1. Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek
2. Kerja Kursus Perniagaan 3766/3

CONTOH KERTAS KERJA / RANCANGAN PERNIAGAAN (RP) : TUJUAN MENDAPATKAN PINJAMAN DARIPADA INSTITUSI KEWANGAN ATAU AGENSI KERAJAAN.

20 kertas kerja rancangan perniagaan atau business plan yang berjaya mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan di Malaysia terutamanya SME Bank (Bank Pembangunan), PUNB, MARA dan sebagainya. 

Kertas kerja ni saya dapatkan dari pelbagai sumber seperti internet, kursus-kursus keusahawanan dan lain-lain.

Dan diharap melalui perkongsian percuma saya ini, tetap membuat anda lebih bersemangat untuk memulakan Kertas Kerja perniagaan anda. Sila muat-turun melalui pautan-pautan di bawah.

1. Kertas Kerja Telekomunikasi
2. Kertas Kerja Salon Kecantikan
3. Kertas Kerja Catering
4. Kertas Kerja Restoran
5. Kertas Kerja Lembu
6. Kertas Kerja Percetakan
7. Kertas Kerja Koperasi
8. Kertas Kerja Kambing
9. Kertas Kerja Burung Puyuh
10. Kertas Kerja Cendawan
11. Kertas Kerja Ladang Sayuran
12. Kertas Kerja Frozen Food
13. Kertas Kerja Makanan Ringan
14. Kertas Kerja Dobi
15. Kertas Kerja Buah Naga
16. Kertas Kerja Ikan Keli
17. Kertas Kerja Jahitan
18. Kertas Kerja Bakeri
19. Kertas Kerja Cybercafe
20. Kertas Kerja Cacing