Sabtu, 7 Oktober 2017

NOTA BAB 1 : TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN

BAB 1 : TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN

Pengenalan
·         Perniagaan merujuk kepada aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan
·         antara penjual yang mendapat keuntungan  dan  pembeli untuk  memenuhi  keperluan dan  kehendak.
·         Konsep asas perniagaan melibatkan  enam  komponen, iaitu:
1.       barang dan perkhidmatan;
2.       memuaskan  keperluan  dan  kehendak  pengguna;
3.       pertukaran nilai;
4.       keuntungan  perniagaan;
5.       penjual dan pembeli;
6.       kontrak perniagaan .

Aktiviti  perniagaan  dapat  dibahagikan  kepada  dua, iaitu:
1    .       aktiviti berasaskan barang;
2    .       aktiviti berasaskan perkhidmatan.

1.       Organisasi  Bermotif  Untung (OBU)  ialah:
o   organisasi yang   mengeluar kan   serta    menjual    barang   dan perkhidmatan 
o   dengan bermotifkan  keuntungan.

2.       Organisasi Bukan Bermotif Untung (OBBU):
o   merupakan organisasi seperti persatuan, kelab, dan  badan amal
o   ditubuhkan untuk memenuhi keperluan awam
o   seperti yatim piatu, golongan kurang  berkemampuan,  dan warga tua.

BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN

1.       MILIKAN TUNGGAL
·         sejenis    perniagaan    yang d1tubuhkan , dimiliki, dan dikawal  sepenuhnya  oleh  seorang individu.

Proses pe daftaran perniagaan milikan tunggal yang mempunyai premis tetap adalah seperti yang berikut:
            (a)    mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan


 (b) mendapatkan   lesen   perniagaan   daripada   Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) .

Kelebihan milikan tunggal ialah:
  • ·         memerlukan modal yang kecil;
  • ·         mudah ditubuhkan, dikawal, dan diuruskan ;
  • ·         pemilik bebas mentadbir perniagaan;
  • ·         keuntungan  dikenakan  cukai  pen9apatan  individu;
  • ·         mempunyai insentif untuk bekerja keras;
  • ·         boleh meletakkan perniagaan berhampiran dengan rumah pelanggan;
  • ·         mernpunyai hubungan rapat dengan pelanggan;
  • ·         memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan.


Kekurangan milikan tunggal ialah:
  • ·         pemilik menanggung liabiliti yang tidak terhad;
  • ·         modal  yang  terhad   menyekat   perkembangan perniagaan ;
  • ·         tiada  pembahagian  dan pengkhususan  kerja;
  • ·         perniagaan  mungkin tidak  berterusan;
  • ·         pemilik menanggung beban kerja yang banyak.


2.       PERKONGSIAN
  • ·         Perkongsian ialah milikan yang ditubuhkan melalui kerja_sama antara dua  atau lebih individu
  • ·         bagi menJalankan sesuatu perniagaan.
  • ·         Perkongsian  ditubuhkan  di  bawah  peruntukan  Akta Perkongsian   1961  dan  didaftarkan  di  bawah  Akta Pendaftaran Perniagaan  1956.
  • ·         Bilangan  rakan  kongsi  adalah  antara  2  hingga 20 orang. Namun, bagi perkongsian yang melibatkan profesion
  • ·         seperti peguam, jumlah maksimum rakan kongsi tidak  boleh melebihi  50 orang.


Jenis  rakan  kongsi  yang  wujud  dalam  perniagaan perkongsian:
  1. ·         rakan kongsi berhad;
  2. ·         rakan kongsi lelap;
  3. ·         rakan kongsi biasa;
  4. ·         rakan kongsi aktif;
  5. ·         rakan kongsi nominal (namaan).


Jenis-jenis perkongsian :
  • 1.       perkongsian  biasa
  • 2.       perkongsian  berhad;
  • 3.       perkongsian liabiliti terhad (PLT).


Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT):
  • ·         entiti berasingan;
  • ·         liabiliti terhad;
  • ·         hayat berterusan.


Kelebihan perniagaan perkongsian ialah:
  • ·         mudah ditubuhkan;
  • ·         dapat   mengumpul   modal  yang   lebih   banyak
  • ·         berbanding perniagaan  milikan tunggal
  • ·         Risiko perniagaan dapat disebarkan dalam kalangan rakan kongsi;


Saiz Perniagaan

Yang berikut adalah  klasifikasi  perniagaan  berdasarkan  saiz  di Malaysia  seperti yangditetapkan  oleh  Perbadanan Enterpris Kecil dan Sederhana  (Smecorp).



JUMLAH JUALAN TAHUNAN (RM):

Klasifikasi           : Perkilangan
Jualan                   : RM 300k___________< RM15j____________< RM50j___________
Saiz                        :                        Kecil                               Sederhana                        Besar

Klasifikasi           : Perkhidmatan
Jualan                   : RM300k____________< RM3j____________< RM20j___________
Saiz                        :                        Kecil                               sederhana                        besar




BILANGAN PEKERJA TETAP (ORANG):

Klasifikasi           : Perkilangan
Pekerja                                : 5___________________< 75________________< 200___________
Saiz                        :                        Kecil                               sederhana                        besar

Klasifikasi           : Perkhidmatan
Pekerja                                : 5___________________< 30________________< 75____________
Saiz                        :                        Kecil                               sederhana                        besar


Kelebihan perniagaan bersaiz kecil:
·         kos overhed yang rendah;
·         cepat  menyelesaikan  rungutan  pelanggan;
·         fleksibel dari segi membuat perubahan dan kos upah yang  rendah.

Kekurangan perniagaan bersaiz kecil:
·         menanggung kos pengeluaran yang tinggi;
·         kurang berdaya saing;
·         sukar   untuk  menarik  pekerja  yang  mahir  serta berpengalaman  dan masalah sumber  kewangan.

Cabaran  yang   dihadapi   oleh   perniagaan   bersaiz kecil:
·         pemilik  menanggung  bebanan  kerja yang berat;
·         strategi  untuk  mengekalkan  pelanggan  lama  dan mendapatkan  pelanggan  baharu;
·         cabaran untuk memastikan pekerja sentiasa bermotivasi dan mengawal kos overhed yang mungkin  menjadi  berlebihan.

Kelebihan perniagaan bersaiz sederhana:
·         mudah ditubuhkan  berbanding perniagaan bersaiz besar;
·         fleksibel  dari  segi  membuat  perubahan;
·         (c) semangat  bekerja dalam pasukan  kuat dan kedudukan kewangan dapat dirahsiakan.

Kekurangan perniagaan bersaiz sederhana:
·         sukar untuk melatih pekerja menghadapi cabaran ;
·         tidak dapat menawarkan peluang kerjaya yang menarik untuk pekerja dan wujud jurang hubungan
antara majikan dengan pekerja.
Cabaran   yang  dihadapi   oleh   perniagaan   bersaiz sederhana:
·         untuk  meningkatkan  hasil  berbanding  perniagaan bersaiz kecil dan besar;
·         persaingan  dengan  perniagaan  besar  untuk mendapatkan pekerja yang pakar dan berpengalaman;
·         menghadapi pelbagai peraturan dan perundangan kerajaan.

Kelebihan perniagaan bersaiz besar:
·         menikmati ekonomi bidangan di mana kos seunit keluaran dapat diminimumkan;
·         dapat menguasai  pasaran;
·         dapat mengamalkan pengkhususan dengan mengupah tenaga pekerja yang pakar dan berpengalaman.

Kekurangan perniagaan bersaiz besar:
·         komunikasi kurang berkesan kerana terdapat pelbagai hierarki dalam pengurusan;
·         birokrasi kerana wujud polisi dan pelbagai peraturan dalam organisasi;
·         risiko kerugian kerana pengaruh ekonomi dan politik.

Cabaran yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz besar:
·         ketidakpastian pasaran  kerana perubahan yang kerap dalam ekonomi global, politik, teknologi,
dan perundangan;
·         menghadapi persaingan dalam mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman;
·         menghadapi cabaran dalam meningkatkan keuntungan serta perundangan;
·         peraturan kerajaan untuk melindungi hak pelbagai pihak.


Sektor Perniagaan
·         Sektor perniagaan dapat digolongkan seperti yang berikut:
Skala Perniagaan

Skala perniagaan boleh digolongkan kepada :
·         pasaran  domestik 
o   melibatkan penjualan  barang dan perkhidmatan  dalam  negara,
o   iaitu secara  tempatan  yang melibatkan  penduduk tempatan.
o   Ia melibatkan perniagaan  runcit dan borong.
·         pasaran  antarabangsa 
o   melibatkan  penjualan  dan  pembelian  barang yang  merentasi  sempadan  negara,
o   iaitu antara satu negara dengan negara lain.
o   Ia melibatkan kegiatan import, eksport, dan entrepot.

Skala  perniagaan  domestik  dan  antarabangsa  adalah  seperti  yang  berikut:


Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi, dan Skala Perniagaan

·         Sesebuah perniagaan boleh menawarkan barang, perkhidmatan atau kedua-duanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
·         Saiz serta jenis produk yang ditawarkan boleh mempengaruhi bentuk pemilikan perniagaan yang
ditubuhkan oleh peniaga sama ada milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad, atau koperasi.
·         Peniaga  yang  ingin  menjalankan  perniagaan  secara kecil-kecilan biasanya memilih untuk menubuhkan milikan tunggal atau perkongsian.
·         Apabila perniagaan semakin berkembang dengan saiz pasaran yang semakin luas, pemilikan perniagaan tersebut boleh diubah kepada syarikat berhad.
·         Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala, iaitu:
o   domestik  dan  antarabangsa. 
·         Dengan perkembangan teknologi
o   seperti internet, skala perniagaan tidak lagi dipengaruhi oleh saiz perniagaan.
o   Perniagaan yang bersaiz kecil juga boleh menembusi pasaran global dengan menjual produk melalui internet.
o   Justeru, meningkatkan hasil dan keuntungan.
·         Terdapat  tiga  sektor  dalam  perniagaan,  iaitu 
1.       Sektor utama (primer),
2.       sektor kedua (sekunder),
3.       sektor ketiga (tertier) .

Hasil   sektor   utama:
o   seperti   bahan-bahan   mentah
o   untuk memenuhi pasaran domestik,
o   biasanya dijual kepada para pengilang tempatan
o   untuk diproses menjadi barang siap dan separuh siap.
Hasil sektor kedua dan ketiga,
o   iaitu perkilangan dan perkhidmatan
o   dapat memenuhi kedua-dua pasaran tempatan dan antarabangsa .

Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia
o   Sektor perniagaan di Malaysia dapat dibahagikan kepada:
o    sektor utama, sektor kedua, dan sektor  ketiga.

o   Corak perkembangan sektor perniagaan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang
berikut.


info tambahan 
SILA KLIK (MODUL MELETOP PDPC 2 PERNIAGAAN : EDISI 2018) UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT


84 ulasan:

  1. Balasan
    1. - merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan.
      - barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga biasanya dalam nilai wang.
      - proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.

      Padam
    2. aktiviti perniagaan yang melibatkan penjual dan pembeli dan urusniaga barang dan perkhidmatan

      Padam
    3. Utk memenuhi kehendak pengguna

      Padam
  2. Balasan
    1. Organisasi bermotifkan untung ialah mempunyai objektif utk memaksimumkan keuntungan supaya dpt memuaskan kehendak pemilik perniagaan.

      Padam
  3. Kelebihan perniagaan usaha sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Membantu perniagaan untuk memperluas asas perniagaan

      Padam
    2. Selain itu , dapat berkongsi kepakaran . Modal yang besar dan mudah ditubuhkan

      Padam
    3. Hubungkait antara saiz skala dan juga sektor?

      Padam
  4. Kalau perniagaan makanan kategori apa ya utk penentuan saiz ? Pengilangan atau perkhidmatan ?

    BalasPadam
  5. jenis syarikat bagi obu dan obbu ape ye? dan ape visi ,misi dan objektif bagi jenis syarikat OBU Dan OBBU

    BalasPadam
    Balasan
    1. OBU contohnya seperti jakel . OBBU pula seperti kelab dan badan amal yang menawarkan perkhidmatan kepada orang awam seperti yatim piatu dan warga emas .

      Padam
  6. Bentuk pemilikan perniagaan tu kurang lah...
    Sepatutnya ada 4 tapi itu ada 2 jeerr..
    Koperasi dan syarikat berhad..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Bagaimanakah overdraft membantu usahawan yang menghadapi masalah kewangan?

      Padam
  8. Boleh jelaskan pasal pasaran domestik dan antarabangsa berdasarkan tahap

    Domestik-
    Tempatan
    Negeri
    Kebangsaan

    Antarabangsa-
    Zon
    Global

    BalasPadam
    Balasan
    1. Domestik kira mcm tempatan .Mean dia jual dkat kwsan yg trtntu je .
      Negeri pulak dia mcm jual kat negeri jela satu negeri mcm dia duk Selangor so dia jual kt slangor je kt terengganu ke dia x jual .
      Antarabangsa pulak dia kira jual scara dlm dunia kira org luar ngra pon bole beli

      Padam
  9. Pebezaan antara perniagaan bersqiz kecil dan besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kasi tiga je
      -perniagaan brsaiz kecil lebih mudah berkomunikasi brbnding perniagaan brsaiz bsr .
      -perniagaan brsaiz kecil lebih mudah ditubuhkan brbnding besar
      -perniagaan brsaiz kecil memerlukan modal yg rendah brbnding bsr memerlukan modal yg lebih bnyk
      Dia mcm klebihan n kekuranagn milikan tunggal&perkongsian

      Padam
  10. Apakah bezaan penjual dan pembeli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penjual untuk menawarkan barang dan perkhidmatan manakala pwmbeli untuk memuaskan keperluan dan kehendaknya

      Padam
  11. apa jenis perniagaan kalau pasaraya eh ? macam maslee

    BalasPadam
  12. Hello nota nie tak lengkap sorry bukan tak suka just nak bgitau nota nie tak lengkap sbb tiada Syarikat Berhad,Koperasi,bentuk bentuk perniagaan lain 1.3.1 (Francais) ....SAYA HARAP NOTA AWAK DAPAT DI KEMASKINI DAN TERIMA KASIH SBB BERKONGSIKAN NOTA .....TQ.

    BalasPadam
  13. Terima kasih utk nota yg dikongsi di sini👍👍

    BalasPadam
  14. Apakah maksud perniagaan berskala domestik?

    BalasPadam
  15. Apakah maksud perniagaan berskala domestik?

    BalasPadam
  16. Terima kasih bro tulis ni walaupun tak lengkap.Dia sedikit sebannyak dapat membantu orang yg perlukan nota

    BalasPadam
  17. Terima kasih tapi tak lengkap

    BalasPadam
  18. Terima kasih tapi tak lengkap

    BalasPadam
  19. Mengapa perniagaan bersaiz kecil dan sederhana(PKS) penting kpd pembanguna ekonomi di malaysia ?

    BalasPadam
  20. Balasan
    1. Merahsiakan hal ehwal perniagaan

      Padam
    2. -menjaga kepentingan rakan kongsi lain
      -melindungi rahsia perniagaan termasuk rahsia kewangan, maklumat perniagaan dan akaun perniagaan

      Padam
  21. Ciri-ciri perniagaan bersaiz sederhana

    BalasPadam
  22. Ciri-ciri klasifikasi perniagaan?

    BalasPadam
  23. 3jh334j3h333j3hhh3h33j3h33h3333j3333j3h3

    BalasPadam
  24. Bagaimanakah Perniagaan bersaiz kecil menyumbang ekonomi kepada negara?

    BalasPadam
  25. Sebab perniagaan saiz kecil terus popular dan mampu bersaing dengan perniagaan saiz besar?

    BalasPadam
  26. Proses penubuhan syarikat persendirian sdn bhd Dan perkongsian??

    BalasPadam
  27. Kaedah organisasi bukan bermotif untung

    BalasPadam
  28. Saiz perniagaan yg mempunyai pekerja tetap 60 org bagi sektor perniagaan?

    BalasPadam
  29. Maksud skala perniagaan besar dan ciri tersebut?

    BalasPadam
  30. Apakah perbezaan unicef dengan tealife

    BalasPadam
  31. Macam mana nak besarkan perniagaan ke tempatan ke kebangsaan

    BalasPadam
  32. Kelemahan perniagaan dalam penetapan objektif. ASAP

    BalasPadam
  33. 𝓼𝓪𝔂𝓪 𝓶𝓮𝓶𝓪𝓱𝓪𝓶𝓲 𝓼𝓮𝓶𝓾𝓪𝓷𝔂𝓪...𝓽𝓮𝓻𝓲𝓶𝓪 𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓪𝓽𝓪𝓼 𝓲𝓷𝓯𝓸 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓲𝓫𝓮𝓻𝓲😊

    BalasPadam
  34. Tanggungjawab perniagaan ada berapa??

    BalasPadam
  35. mengapak peniaga mementingkan keuntungan dalam perniagaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepentingan keuntungan

      -untuk mengembangkan & memastikan kelangsungan perniagaan
      -meningkatkan imej perniagaan agar mudah pemilik untuk menarik pelaburan baharu
      -mengukur tahap prestasi & hala tuju sesebuah perniagaan
      -manjalankan tanggungjawab sosial dengan menyumbangkan keuntungan semula kepada masyarakat
      Cth:membina tempat rekreasi

      Harap saya dapat menjawab soalan awk tu ye ��

      Padam
  36. Macam mana nk jawab soalan perkaitan.

    BalasPadam
  37. Apakah persamaan antara perniagaan bersaiz kecil Dan perniagaan bersaiz sederhana

    BalasPadam
  38. Terangkan sebab perniagaan bersaiz kecil terus popular dan mampu bersaing dengan perniagaan bersaiz besar.

    BalasPadam
  39. mengapa sesebuah perniagaan ingin meluaskan syer pasaran mereka?

    BalasPadam
  40. Apa faktor yg mmbolehkan sesuatu perniagaan mampu betahan dalam industri?

    BalasPadam
  41. Wajarkan perniagaan Yang mempunyai bilangan pekerja 20 orang Dan mempunyai modal simpanan sendiri Dan jumlah tahunan nya rm 500 000 dikategorikan sebagai perniagaan bersaiz kecil ?

    BalasPadam