Memaparkan catatan dengan label RINGKASAN PD T5. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RINGKASAN PD T5. Papar semua catatan

Khamis, 17 Januari 2013

RINGKASAN : PERDAGANGAN Tingkatan 5 Bab 2: Insurans


BAB 2: INSURANS

ISTILAH DALAM INSURANS

  • Insurer         -        Syarikat insurans yang memberi perlindungan
  • Insured         -        Orang yang membili polisi insurans
  • Premium       -        Bayaran yang dijelaskan oleh insured untuk Dapatkan perlindungan
  • Polisi            -        Perjanjian antara insurer dan insured
  • Pampasan     -        gantirugi yang dibayar jika berlaku risiko

PERANAN INSURANS

Kepada Peniaga
  • Melindungi dari risiko
  • Dapat pampas an jika risiko berlaku
  • Lebih yakin untuk majukan perniagaan
Kepada Individu
  • Melindungi individu dan keluarga dari risiko
  • Jaminan masa depan
  • Dapat pampasan jika berlaku risiko
  • Satu cara menabung
  • Jika mati – waris dapat pampasan
Kepada negara
  • Membangunkan ekonimi negara
  • Wang premium dilabur untuk bangunkan ekonimi
  • Atau untuk beli bon
  • Memberi peluang pekerjaan
  • Taraf hidup rakyat meningkat
SYARIKAT INSURANS BOLEH BAYAR GANTI RUGI BESAR WALAUPUN PREMIUM RENDAH KERANA:
  • Individu yang mungkin alami risiko yang sama berkumpul
  • Untuk menabung dalam satu dana
  • Jika berlaku risiko, sebahagian wang dari dana
  • Dikeluarkan untuk bayar pampasan
  • Lebihan wang dana dilabur
  • Bukan semua individu akan kena risiko
  • Yang ramai membantu yang sedikit

 BEZA RISIKO BOLEH INSURANS DAN RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS


RISIKO BOLEH INSURANS
RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS
  • Risiko boleh dikira secara statistik. Ada rekod kejadian lalu
  • Tidak doleh dikira. Tiada rekod kejadian
  • Kadar premium boleh ditetapkan
  • Kadar premium sukar ditetapkan
  • Cth: Kebakaran,kecurian
  • Cth: Perubahan fesyen, hutang lapuk

PRINSIP-PRINSIP INSURANS

  1. Kepentingan boleh diinsurans
    • Hanya boleh insuranskan nyawa/harta  yang akan sebabkan  kerugian jika berlaku risiko
    • Tidak boleh insuranskan hak orang lain
    • Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain
  1. Penuh Percaya Mutlak
  • Insured mesti memberi maklumat benar
  • Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas
  • Jika ada penipuan
  • Polisi terbatal
  1. Indemniti
  • Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan
  • Gantirugi dibayar setakat kerugian akibat risiko
  • Bukan untuk dapat untung
3 perkara yang diambilkira dalam indemniti:

a.           Sumbangan
·               Jika Insured ada 2 atau lebih polisi
·               Bila risiko berlaku – gantirugi dibahagi sama rata antara syarikat insurans
b.           Subrogasi
·               Selepas terima gantirugi
·               Aset adalah milik insurer
·               Insured tidak boleh tuntut lagi
c.            Doktrin punca hampiran
·               Gantirugi hanya dibayar
·               Jika risiko disebabkan secara langsung oleh
·               Risiko yang diinsuranskan

JENIS INSURANS

INSURANS AM
 
  • Insurans Kemalangan
  • Insurans kebakaran
  • Insurans marin/penerbangan/Perkapalan
  • Insurans lain

INSURANS HAYAT

  • Insurans hayat seumur Hidup
  • Insurans hayat sementara
  • Insurans endowmen

JENIS INSURANS KEMALANGAN

  1. Insurans Kenderaan Bermotor
           Dibahagi kepada 2 jenis:

i)            Insurans motor pihak ketiga
·         Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga
·         Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya
·         Insured tidak boleh menuntut ganti rugi
·         Premium murah
·         Semua kenderaan wajib sekurang-kurangnya polisi ini

ii)           Insurans Motor Komprehensif
·         Melindungi insured dan pihak ketiga
·         Premium lebih mahal
·         Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini

  1. Insurans Kemalangan Peribadi
  •          Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan lain contohnya ditempat kerja.

  1. Insurans Liabiliti Am
  • Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam
  • Jika risiko berlaku dipremis
  • Insurans Liabiliti Produk – melindungi pengeluar produk
  • Insurans Liabiliti Profesional- melindungi  dari tuntutan orang awam

  1. Insurans Liabiliti Majikan
  • Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja
  • Premium dibayar oleh majikan
  • Majikan mencarum dalam Perkeso
  • Skim Pencen Ilat – perlindungan  pekerja hilang upaya yang bukan disebabkan pekerjaan
  • Skim bencana pekerjaan-  kemalangan tempat kerja
  1. Insurans Kebakaran
  • Melindungi peniaga dari  risiko kebakaran
  • Premium bergantung kepada:
  • Jenis bangunan
  • Kedudukan bangunan
  • Kegunaan bangunan
  • Kemudahan  keselamatan disediakan
  • Tempoh lindungan

Insurans Hayat

Tujuan:
  • Menyediakan pendapatan kepada waris
  • Cara menabung untuk masa depan
  • Dapat balik simpanan dan bonus pada tarikh matang
  • Dapat pampasan jika risiko berlaku
  • Boleh buat pinjaman setelah beberapa tahun

JENIS POLISI INSURANS HAYAT

  1. Insurans Hayat Seumur Hidup
    • Premium dibayar seumur hidup atau ada had tertentu
    • Pampasan dibayar kepada waris jika insured mati
    • Jika insured hilang upaya/kritikal – pampasan akan diberi
    • Beri perlindungan kepada waris
  1. Insurans Endowmen
  • Bayar premium untuk tempoh tertentu
  • Jika tidak mati – wang dan bonus dapat balim pada tarikh matang
  • Jika mati awal pampasan dibayar pada waris
  • Satu cara menabung
  1. Insurans hayat Sementara
  • Beri perlindungan mengikut tempoh
  • Jika mati waris dapat pampasan
  • Jika masih hidup premium hilang
  • Bukan satu cara menabung
  • Premium murah

Insurans Penerbangan

  • Beri perlindungan kepada kapal terbang /muatan/anak kapal dari risiko
  • Diambil untuk satu penerbangan atau satu tempoh tertentu
  • Untuk penumpang ada insurans berkelompok

 Insurans Marin

  • Beri perlindungan kepada kapal/muatan/anak kapal dari risiko
  • Diambil untuk satu pelayaran atau satu tempoh tertentu
Jenis Insurans Lain:
  • Insurans Kecurian  - melindungi dari kecurian wang/harta
  • Ins. Jaminan Setia – melindungi majikan dari pekerja  tidak amanah
  • Insurans kesihatan – perlindungan dari kos hospital
  • Insurans pendidikan – membiayai belanja pendidikan anak
  • Insurans Gadaian – untuk  orang yang buat pinjaman

INSURANS SECARA ISLAM

KONSEP TAKAFUL:
  • Diuruskan berdasarkan hokum syariah
  • Guna 3 prinsip insurans biasa, ditambah:
a.       Mudharabah – Perkongsian untung
b.       Tabaruk – derma dengan ikhlas/wujud dana bersama
  •  Dijalankan dengan asas:
  • Tiada Gharar – ketidakpastian
  • Tiada Maisir – perjudian
  • Tiada Riba – faedah
PRODUK SKIM TAKAFUL:
  • Takaful keluarga -  seperti insurans hayat
  • Takaful Am – perlindungan kepada risiko lain spt kebakaran, kecurian, kemalangan

TATACARA MEMBELI INSURANS:
  1. Hubungi ejen
  2. Dapatkan maklumat tentang polisi dan syarat
  3. Dapatkan borang, Isi dengan ‘Prinsip Penuh Percaya Mutlak’
  4. Turunkan tanda tangan setelah persetujuan dicapai
  5. Bayar premium
  6. Dapatkan nota lindungan
  7. dapatkan polisi asal ( Dalam masa 1 bulan)

TATACARA MEMBUAT TUNTUTAN:
  1. Bila risiko berlaku:
-          buat laporan polis, bomba/hospital
-          dapatkan dokumentasi sebagai bukti
 
  1. Dapatkan borang tuntutan dari insurer. Isikan butir:
-          Bila / Bagaimana berlaku
-          Jumlah kerugian
 
  1. Hantar borang kepada insurer berserta:
-          Polisi / dokumen hak milik/geran
-          dokumen bukti / gambar –jika ada
 
  1. Insurer buat siasatan samada:
-          Jumlah tuntutan benar
-          Syarat dalam polisi dipatuhi
-          Wujud unsure pengkhinatan
 
  1. Jika semua OK , pampasan dibayar.

RINGKASAN : Perdagangan -Tingkatan 5 Bab1: PERBANKAN & ISTITUSI KEWANGAN LAIN






Sistem Perbankan
  1. Perbankan Konvensional
-                    mengamalkan sistem kapitalisme
-                    bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
-                    penyimpan dan pemimjam wang diberi atau dikenakan faedah
  1. Perbankan Islam
-                    berdasarkan hokum Islam , iaitu prinsip-prinsip syarak dan syariah
-                    bertertaskan keadilan sosial dan kebajikan masyarakat
-                    mengharam unsur-unsur gharar (ketidakpastian) , riba (faedah) , maisir (perjudian )
-                    mengamalkan pembahagian risiko antara pengusaha (peminjam) dengan pembiaya (bank)
  1. Perbezaan antara perbankan konvensional dengan perbankan Islam dapat dikesan dari segi :
-                    Dasar perniagaan
-                    Prinsip-prinsip perbankan
-                    Tujuan operasi perbankan
-                    Undang-undang perbankan
-                    Corak perlaburan

Jenis-jenis Bank

     1. Bank Pusat
-                    Matlamat bank pusat adalah untuk menjamin kestabilan ekonomi negara menerusi perlaksanaan dasar kewangan kerajaan
-                    Funsi bank pusat ialah mengawal dan mengeluar mata wang negara
  1. Bank Perdagangan
-                    Diuruskan oleh pihak swasta
-                    Menerima simpanan , memberi kemudahan pembiayaan dan pembayaran
-                    Ada dua jenis pemilikan , iaitu Bank perdaganan milikan tempatan dan asing .
-                    Kerajaan menggalakan pergabungan bank untuk membentuk sistem perbankan yang kukuh bagi menghadapi era globalisasi
-                    Bank Islam berlandaskan syariah Islam dan mengamalkan prinsip-prinsip Wadiah , Mudharabah dan Musyarakah .
-                    Pengurusan bank islam tidak menerima unsur perbankan konvensional seperti riba , maisir , dan gharar
-                    Contoh Bank Islam ialah Bank Muamalat , Bank Islam Malaysia Berhad dan operasi perbankan Islam di bank-bank perdagangan seperti di Bank Bumiputera Malaysia Berhad
  1. Bank koperasi
-                    Fungsi bank koperasi ialah menyediakan perkhidmatan simpanan dan pinjaman
-                    Contoh bank koperasi ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
  1. Bank Badan Berkanun
-                 Funsi Bank Badan Berkanun adalah memberi bantuan kewangan dalam bentuk modal pinjaman
-                 Tiga jenis bank badan berkanun di Malaysia :
1.                 Bank Simpanan Nasional
2.                 Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
3.                 Bank PertanianMalaysia

5. Bank Saudagar
-                 Fungsi bank saudagar adalah menerima deposi daripada orang ramai
-                 Contoh bank saudagar ialah Affin Merchant Bank Berhad , Utama Merchant Bank dan Amanah Chase Merchant Bank

Pekhidmatan Bank Perdagangan 
  1. Bank perdagangan merupakan institusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta .
  2. contohnya ialah Hong Leong Bank Berhad , Bank Bumipetera Commerce Berhad dan Maybank Berhad .
  3. Perkhidmatan bank perdagangan termasuklah :
a)      Menerima simpanan
-                    Akaun simpanan
-                    Akuaun semasa
-                    Akaun tetap
b)      Kemudahan pembayaran
-                    Pindahan kredit
-                    Arahan tetap untuk bayaran bulanan atau tahunan yang tetap seperti ansuran rumah dan premium insurans
-                    Cek jurubank
-                    Draf bank
-                    Pindahan telegraf
-                    Pindahan mel
-                    Perintah sedia ada
c)      Kemudahan pembiyaan
-                    Overdraf
-                    Pinjaman
-                    Mendiskaunkan bil
d)     Perkhidmatan lain
-                    Kad kredit
-                    Jaminan jurubank
-                    Peti simpanan malam
-                    Peti simpanan keselamatan
-                    Cek kembara
-                    E-banking
-                    Pertukaran mata wang asing
-                    Perbankan Islam
  1. Faktor-faktor yang dipertimbangkan semasa memohon pinjaman dan overdraf
-                    Tujuan pinjaman
-                    Kedudukan kewangan pemohon
-                    Nilai harta cagaran
-                    Dasar pusat
-                    Tempoh bayaran balik

CEK
  1. Pekhidmatan pembayaran dan penerimaan bayaran tanpa melibatkan wang tunai .
  2. Melibatkan tiga pihak , iaitu Bank berkenaan  , Penerima dan pemilik cek
  3. ada 3 jenis cek , iaitu Cek terbuka , Cek tertutup dan lain-lain .
  4. Sebab-sebab berlakunya cek tak layan
-          Berlakunya kesilapan dalam butiran cek seperti kesalahan tarikh , pertentangan angka dan perkataan
-          Perubahan cek yang tidak diendoskan
-          Tiada tandatangan penyuruh bayar
-          Tiada wang yang mencukupi dalam akaun penyuruh bayar cek
-          Cek terkoyak
  1. Faedah penggunaan cek :
-          Selamat kerana kehilangan cek mudah di kesan
-          Risiko kecurian yang rendah
-          Mudah dibawa yang dan boleh diposkan terus
-          Menjimatkan masa
  1. Kelemahan penggunaan cek
-          Cek tak layan mungkin akan berlaku
-          Bukan wang sah
-          Penipuan berlaku kerana senang ditiru
-          Caj bayaran dikenakan
-          Hanya dipakai oleh pemegang akaun semasa
-          Mesti ditunaikan di kaunter atau melalui akaun
  1. Biro Kredit
-          Ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1988
-          Mengawasi ketunian cek supaya tidak melakukan cek tak layan
-          Menyimpan maklumat peribadi perseorangan untuk dirujuk oleh pihak bank sebelum meluluskan pemohonan pinjaman
-          Menyenarai hitamkan pemegang akaun semasa yang selalu melakukan cek tak layan
-          Memastikan penerima cek dapat menunaikan cek di bank

Institusi Kewangan Lain

1. Syarikat Pemfaktoran
-          Merupakan anak syarikat kepada bank perdagangan
-          Contoh : Public Leasing dan Factoring Sdn. Bhd. dan Maybank Factoring Berhad
-          Cara pemfaktoran ialah penjual menjual secara kredit kepada pelanggan dengan tempoh bayaran tertentu
2.      Syarikat Pajakan
-          Membeli aset modal seperti mesen , jentera , dan premis untuk disewakan kepada peniaga
-          Sepanjang tempoh menyewa , aset mahal merupakan hak milik syarikat pajakan
-          Membantu peniaga menggunakan aset tanpa membayar harga penuh atau cagaran
-          Contoh : Austral Leasing Sdn. Bhd. , Bank Pertanian dan Bank Islam
3.      Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)
-          Membeli jaminan kepada pinjaman peniaga kecil atau usahawan Industi Kecil dan Sederhana (IKS)
-          Membantu peniaga yang kehendak memohon pinjaman tetapi tidak mempunyai sebarang cagaran
-          Dilantik oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan IKS
-          Contoh jaminan kredit yang ada termasuklah Skim Jaminan Usahawan Kecil , Skim Jaminan Laluan terus dan lain-lain
  1. Syarikat Kewangan
-          Merupakan syarikat kewangan berlesen yang tertakluk kepada Akta Bank dan institusi Kewangan 1989
-          Contoh : Maybank Finance berhad , Public Finance Berhad , RHD Delta Finance Berhad dan Asia Commercial Finance
-          Perkhidmatan yang disediakan ialah kemudahan pinjaman , kemudahan sewa beli , akaun simpanan dan simpanan tetap dan kemudahan pemajakan
-          Tidak memberi kemudahan akaun simpanan semasa