Ahad, 30 September 2012

SOALAN PD K2 PERCUBAAN PAHANG 2012

SOALAN PD K1 PERCUBAAN PAHANG 2012

PD PERCUBAAN K1, K2 PENANG 2012

RINGKASAN BAJET 2013

Bajet 2013 baru sahaja dibentangkan di parlimen petang tadi. Saya nak share ringkasan bajet 2013:
  • Bonus 1 bulan setengah diberikan kepada penjawat awam. Setengah bulan sudah dibayar semasa hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Setengah bulan akan dibayar pada bulan Disember nanti dan setengah lagi pada bulan Januari 2013. Bagi pesara pula pemberian @bonus juga mereka dapat sebanyak RM500.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi tabungan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (PTPTN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  • Diskaun 20% bagi pinjamaan PTPTN jika selesaikan hutang tersebut sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual bermula 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun akan diberikan.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi pendidikan tinggi anak-anak dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 setahun.
  • Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250. 
  • Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan dibayar mulai Januari 2013. 
  • Kadar cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak 1% bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000. Sebagai contoh, mereka yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan mendapat penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang. 
  • Bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Anyway ianya terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000. 
  • Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen per kg mulai 29 September 2012. So ini bermakna harga gula akan naik le sebanyak 20 sen.
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau BR1M 2.0 diberi lagi sebanyak RM500. Di samping itu ianya diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Bagi yang bujang pemberian adalah sebanyak RM250. Ianya akan dibayar mulai awal tahun 20013. 
  • Cukai keuntungan hartanah (RGPT) dinaikkan kepada 15% (sebelum ini 10%) bagi hartanah yang dijual dalam masa 2 tahun dan dinaikkan kepada 10% (sebelum ini 5%) bagi hartanah yang dijual dalam tempoh 2 hingga 5 tahun. So kalau jual hartanah selepas 5 tahun, tiada cukai yang dikenakan.
  • Skim Rumah Pertamaku, peningkatan had pendapatan peminjam perseorangan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri. Syarat keperluan simpanan 3 bulan deposit dan tempoh minima bekerja 6 bulan dimansuhkan.
  • SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat sebanyak 21,000 unit pada tahun 2013. Harga rumah adalah RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2%.
  • Telefon pintar @smart phone bagi melayari internet bagi golongan belia. Rebat RM200 akan diberikan secara one-off (sekali aja ya), bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ianya tertakluk kepada belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun dan berpendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah.
  • Wang proses bagi permohonan pinjaman perumahan penjawat awam ditetapkan pada kadar RM100 bagi setiap permohonan, tidak kira berapa jumlah permohonan. Sebelum ini caj adalah RM1 bagi setiap RM1,000 pinjaman bagi pinjaman pertama dan RM2 bagi pinjaman kedua. 
  • Skim pelindungan insurans berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat. Perlindungan maksimum sehingga RM15,000 dan ianya memberi kemudahan kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis.
  • Bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen, sumbangan RM1,000 secara one-off diberi kepada mereka.
  • Menyelaras elaun khidmat bertugas daripada RM4 sejam bagi anggota biasa kepada RM6 sejam dan bagi pegawai naik from RM5.80 kepada RM7.80.
  • Bayaran insentif khas diberi kepada semua pegawai dan anggota ATM sebanyak RM200 sebulan. 
  • Meningkatkan peluang kenaikan pangkat ATM melalui kaedah secara time-based bagi anggota prebat ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh 8 tahun dengan syarat-syarat serta prestasi yang memuaskan. 
  • Pesara Kerajaan yang telah berkhidmat at least 25 tahun, pencen dinaikkan minimum RM720 kepada RM820. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2012.
  • Caj bayaran pemprosesan pasport dikurangkan sebanyak 50% iaitu daripada RM300 to RM150 untuk pasport yang sah laku 5 tahun, bagi yang 2 tahun pula dikurangkan kepada RM80. Kanak-kanak di bawah 12 tahun pun dapat juga. Kadar ini bermula Januari 2013. 
  • Diskaun 50% kepada semua pengguna KTMB (warganegara Malaysia) yang mana gaji mereka tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Khamis, 27 September 2012

INSPIRASI - MELAWAN DIRI SENDIRI

INSPIRASI YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA

MEMBURU IMPIAN

MOTIVASI - JANGAN MENYERAH

RENUNGAN IBU - WAJIB TONTON

RENUNGAN - MUTIARA HATI

RENUNGAN - UNTUK HAMBA ILLAHI

RENUNGAN - PARA REMAJA KITA

RENUNGAN - UNTUK APA KITA HIDUP

RENUNGAN & MOTIVASI

JANGAN MENYERAH

LA TAHZAN JANGAN BERSEDIH

KATA MUTIARA

BELAJAR DARI KERSALAHAN

BANGKIT DARI KEGAGALAN

KATA-KATA SEMANGAT & PERANGSANG

TENGOK BALIK DIRI ANDA

MOTIVASI PELAJAR

Isnin, 24 September 2012

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN KERTAS SATU (OBJEKTIF) 3755/1 dan KERTAS 2 (ESEI) 3755/2


A. PENGENALAN
  • Kertas satu mempunyai 40 soalan
  • Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minit
  • Kertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdagangan
  • Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40 markah)
  • Untuk skor A+, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan ambil mudah kerana satu markah itu amat penting.
B. PEMILIHAN JAWAPAN
  • Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap
  • Hanya satu jawapan yang betul dan tiga yang lain distraktor.
  • Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:-
    • Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktor
    • Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawapan yang betul.
C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA

Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti
  • · mengingat kembali
  • · mengira
  • · mengidentifikasi
  • · mencari persamaan
  • · mengaplikasi
  • · mencari perbezaan
  • · mendeduksi
  • · membuat perbandingan
  • · menginterpretasi

Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.

Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.

D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
  • Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang masa jika mengambil masa yang lama.
  • Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab
  • Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu.
  • Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawapan yang paling mungkin sekali.
  • Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang salah.
  • Setelah mendapat jawapan bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawapan.
  • Pastikan jawapan yang dihitamkan sepadan dengan jawapan dipilih dalam kertas soalan dan nombor soalan
  • Semak semula jawapan yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .
E. CONTOH SOALAN OBJEKTIF

A. Aneka Pelengkap

1. Faktor yang membezakan usahawan dengan peniaga ialah usahawan berusaha
A. untuk mencari untung
B. meningkatkan taraf hidup
C. memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
D. mengatasi pesaing-pesaing dalam perniagaan

B. Aneka Pilihan

2. Mengapakah peniaga milikan tunggal lebih cenderung untuk menukarkan perniagaannya kepada perkongsian?
I. mengurangkan persaingan
II. mendapatkan lebih banyak modal
III. mengurangkan risiko kerugian
IV. menambahkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan

A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV

(Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang berada dalam jawapan. Dalam soalan di atas, Jika sukar untuk mencari jawapan tepat. maka tolak dahulu jawapan yang paling tidak tepat. Akhir sekali, jika terdapat 2 jawapan yang sukar dibezakan. Pilihlah yang anda rasa paling tepat dan kebarangkalian jawapan anda betul lebih tinggi.)

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI) 3755/2

1) PERUNTUKKAN MASA
  • Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei.
  • Ini bermakna anda hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan.
  • Anda mesti memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan.
  • Anda dinasihatkan bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang lebih susah kemudian.
  • Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu soalan yang tertentu sehingga tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain.
  • Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan, anda mesti tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain.
  • Anda boleh kembali semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua soalan-soalan yang lain
  • Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda
  • Jangan menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilangan markah.
  • Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang dikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah esei dan 15% markah keseluruhan. jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan.

2. PEMILIHAN SOALAN
  • Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian A dan
  • wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).
  • Sebelum memilih soalan, anda mesti membaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan perkataan-perkataan yang penting.
  • Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik dan dapat memberikan fakta yang banyak.
  • Anda mesti berhati-hati semasa memilih soalan supaya tidak memilih soalan yang salah.
  • Pemilihan soalan yang salah akan membuang masa anda untuk mencuba soalan yang lain.
  • Jika anda telah menjawab 4 soalan dan ada jawapan yang tidak memuaskan atau terlalu sedikit yang anda tahu, maka jika ada masa lagi cubalah jawab soalan lain bermakna
  • anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi jawapan yang anda
  • rasa tak memuaskan tadi.
Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksa akan memilih 4 jawapan anda yang terbaik.

3. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
  • Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan berbentuk esei / point esei (esei pendek)
  • Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang diperuntukkan.
  • Anda harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakan dan bukan berdasarkan panjang sesuatu esei.
  • Biar ringkas tetapi menepati kehendak soalan
  • Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikut kehendak soalan.
  • Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.
  • Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan. 
  • Semua fakta-fakta penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di dalam rangka jawapan
  • Rangka jawapan membantu anda mempersembahkan jawapan dengan fakta-fakta yang cukup dan mengikut susunan yang rapi.
  • Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan fakta-fakta yang lain.
  • Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan baik, jelas dan tepat.
  • Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. 
  • Mulakan setiap fakta dengan perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8 perenggan.
  • Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {Andakan satu point jawapan - satu markah ATAU FAKTA, HURAIAN, CONTOH}
  • Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta utamanya dijadikan sub-tajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan
  • Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
  • Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan baru. Elakkan menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.
  • Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang jelas, contoh yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.
  • Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual 'T'. Bezakan berdasarkan perkara yang sama.Untuk persamaan, tidak perlu jadual 'T'.
  • Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab mengikut kehendak soalan.
  • Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kes tersebut.

4. BENTUK-BENTUK SOALAN ESEI
1. Pengetahuan / fakta / terangkan
2. Buat nota ringkas
3. Perbezaan / Persamaan
4. Kajian kes
5. Kebaikan dan Keburukan
6. Fungsi / Peranan /Perkhidmatan

5. KEHENDAK SOALAN
  • Kehendak soalan merupakan idea utama dalam bentuk perkataan.
  • rangkai kata dan mesti diberikan perhatian.
  • Perkataan dan rangkai kata penting dalam sesuatu soalan. 
  • Beberapa perkataan dan maknanya telah diberikan dalam jadual di bawah.
a.Terangkan / Jelaskan
  • Memerlukan anda menerangkan sesuatu. 
  • Tujuannya ialah supaya pembaca mengerti atau faham tentang perkara yang diterangkan atau dijelaskan
  • Contohnya: “Insurans memerlukan kepentingan yang boleh diinsuranskan”.
  • Terangkan pernyataan ini dari segi insurans kebakaran

b. Huraikan
  • Bererti memberitahu segala yang anda tahu supaya pembaca boleh menggambarkan dengan jelas perkara yang dihuraikan .
  • Contohnya: Huraikan prosedur menubuhkan sebuah syarikat umum berhad

c. Bincangkan / Beri ulasan 
  • Mengkehendaki anda mempertmbangkan tajuk yang hendak dibincangkan dengan teliti dan melihat dari pelbagai sudut. 
  • Memerlukan pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan.
  • Contohnya: Usahawan adalah seorang peniaga tetapi peniaga tidak semestinya usahawan. Bincangkan.
d. Berikan / Namakan / Senaraikan 
  • Memerlukan anda memberikan fakta. 
  • Tidak memerlukan penjelasan yang lebih lanjut
  • Contohnya: Berikan sebab-sebab cek tak layan
e.Takrifkan
  • Menerangkan makna sesuatu konsep dengan tepat dan teliti.
  • Contohnya: Takrifkan pengkhususan
f. Nyatakan
  • Mengkehendaki anda menyatakan sesuatu perkara atau menjelaskan dengan teliti 
  • Contohnya: Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat

g.Bezakan
  • Memberikan perbezaan di antara dua perkara
  • Contohnya: Bezakan di antara perniagaan luar negeri dengan perniagaan dalam negeri

h. Buat Perbandingan
  • Mengkehendaki anda membandingkan dua atau lebih perkara untuk mencari perbezaannya
  • Contohnya: Buat Perbandingan di antara pengangkutan jalan raya dan pengangkutan kereta api

i.Tuliskan nota-nota ringkas
  • Memerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling penting tentang sesuatu perkara dengan ringkas dan jelas
  • Contohnya: Tuliskan nota-nota ringkas bagi empat perkara dibawah:
a. Cek Kembara
b. Invios Pro-forma
c. Poslaju
d. Kontenarisasi

j. Bagaimana / Dengan cara apakah 
  • Memerlukan anda membentangkan cara-cara melakukan sesuatu
  • Contohnya: Bagaimanakah perniagaan pesanan mel dijalankan

k. Mengapakah / Apakah sebab-sebab
  • Memerlukan anda memberikan alasan satu demi satu untuk menerangkan sesuatu
  • Contohnya: Mengapakah pengguna memerlukan perlindungan?
l. Apakah / Apakah yang dimaksudkan 
  • Menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan ringkas dalam satu atau dua perenggan sahaja
  • Contohnya: Apakah cek kosong?

  • JANGAN SIA-SIA MASA YANG TERLUANG DENGAN TIDUR.
  • MANFAAT MASA 2 JAM TERSEBUT SEBAIK MUNGKIN.

BEBERAPA KELEMAHAN JAWAPAN PERDAGANGAN KERTAS 2

1. Gagal memahami kehendak soalan,
  • Terutama soalan-soalan yang berbentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. 
  • Kehendak soalan tidak jelas di mana pelajar diminta untuk mencari sendiri kehendak soalan dripada petikan atau ransangan yang diberikan. 
  • Dalam hal ini. calon perlu memastikan kehendak terlebih dahulu supaya tidak tersalah tafsir dan terpesong. Hanya dengan kefahaman mendalam tentang tajuk tersebut membolehkan calon menjawab soalan tersebut.

2. Calon tidak mempersembahkan jawapan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan.
  • Jawapan kekurang fakta. Misalnya,15 markah diperuntukkan untuk satu soalan. 
  • Maka, 5 isi diperlukan (5 x 3 =15 m) sedangkan pelajar jawab kurang daripada sepatutnya. 
  • Terdapat calon menjawab terlalu panjang sampai 2 muka surat untuk markah yang kecil .
  • Misalnya 8 markah.Pelajar perlulah memastikan berapa isi bagi markah yang diperuntukkan.
  • (Misalnya; 8m = 4 isi x 2m atau 16 m=4 isi x 4m)

3. Calon tidak merancang masa mengikut peruntukan markah.
  • Misalnya, pelajar menjawab dengan panjang lebar bagi markah sedikit dan menjawab dengan ringkas bagi jawapan panjang.

4. Kurang mahir mengaitkan satu konsep dengan satu konsep yang lain.
  • Ramai pelajar tidak dapat mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain. 
  • Padahal pelajar tahu kedua-dua konsep tersebut 
  • Contoh. SPM 1999- Terangkan bagaimana keperluan dan kehendak mewujudkan aktiviti perdagangan.

5. Tidak merangka jawapan terlebih dahulu.
  • Ini menyebabkan fakta diulang-ulang beberapa kali.Fakta tidak tersusun dan mengelirukan. 
  • Oleh itu Calon perlu membaut rangka jawapan dalam tempoh 3 -5 minit 
  • supaya jawapan tersusun dan tidak berulang-ulang atau terlupa untuk dihuraikan.

6. Jawapan yang tidak teratur,tidak tersusun,tidak jelas dan tulisan sukar dibaca.
  • Terdapat jawapan di'rojak'kan semua dalam satu perenggan, tonggang langgang, dan sukar difahami

TEKNIK SKOR CEMERLANG PERDAGANGAN A+

1. Kuasai bab-bab penting
  • Mahirkan semua tajuk-tajuk dalam sesuatu bab yang penting.
  • Jadikan anda pakar dalam bab-bab tersebut.
  • Maknanya,apa sahaja soalan dari bab-bab berkenaan,anda boleh jawab. 
  • Selepas anda menguasai sesuatu bab, uji kefahaman anda dengan mengumpulkan semua soalan dari bab tesebut dan cuba jawab.
  • Kumpulkan soalan-soalan SPM sebenar tahun-tahun lepas untuk membiasakan diri dengan soalan-soalan SPM sebenar.

2. Beri penekanan pada tajuk-tajuk yang penting dan dah lama tak keluar
  • Bagi bab-bab lain, tumpukan kepada tajuk-tajuk yang sering keluar atau lama tak keluar. 
  • contohnya: Dokumen dalam negeri atau pemasaran

3. Buat nota ringkas bagi nota yang diberikan guru atau dari buku rujukan
  • Buat nota poket atau peta minda,yang mudah dibawa ke sana-sini 
  • Nota ini penting menjelang peperiksaan untuk dibaca sepintas lalu 
  • Pembacaan buku rujukan atau nota panjang pada saat akhir,hanya membuatkan anda panik malah boleh menghilangkan memori anda tentang sesuatu perkara.

4. Belajar secara berkumpulan
  • ini untuk mengelakkan boring belajar sendiri atau sering tertidur 
  • apa yang anda boleh buat:
  • 1. Buat nota ringkas atau bandingkan nota ringkas anda dengan kawan-kawan 
  • 2. Buat kuiz dan latih tubi Timbulkan persaingan antara satu sama lain.
  • 3. Kumpulkan soalan-soalan ikut bab dan cuba jawap .
  • Bandingkan jawapan anda dengan kawan-kawan anda.


KENAPA MESTI SKOR CEMERLANG DALAM MATAPELAJARAN PERDAGANGAN

1. Untuk memperbanyakkan bilangan A..terutama A+.

2. Menepati syarat kemasukan ke Matrikulasi / Asasi / Ekonomi / Pengurusan
  • Mengikut syarat-syarat kemasukan ke IPTA dalam buku panduan UPU , 
  • antara mata pelajaran yang diambil kira ke matrikuslasi ialah matapelajaran Perdagangan. 
  • Anda mesti skor A+, A-,B+, B atau C+. 
  • (Juga mesti kredit dengan baik dalam Matematik dan Bahasa Inggeris)

3. Asas pemilihan pelajaran subjek Pengurusan Perniagaan STPM
  • Bagi pelajar yang ke Tingkatan 6, mata pelajaran perdagangan membolehkan mereka memilih subjek Pengurusan Perniagaan STPM.


7. BAB-BAB PENTING.

1. Bab 1 & Bab 2 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
2. Bab 3 & Bab 4 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
3. Bab 7 - Perniagaan Luar Negeri.
4. Bab 9 - Bank dan Institusi Kewangan.
5. Bab 10 - Insurans.
6. Bab 11 - Promosi.
7. Bab 12 - Pengangkutan.
8. Bab 15 - Keusahawanan.
9. Bab 16 - Pelaburan.

Sukatan Matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4

BAB 1 Asas Kepada Perdagangan
1.1 Keperluan dan Kehendak Manusia
1.2 Pengeluaran
1.3 Faktor-faktor Pengeluaran
1.4 Pengkhususan
1.5 Sistem Barter

BAB 2 Unsur Perdagangan
2.1 Maksud Perdagangan

BAB 3 Perniagaan Dalam Negeri
3.1 Perniagaan Dalam Negeri
3.2 Saluran Agihan
3.3 Perniagaan runcit
3.4 Perniagaan Borong
3.5 Dokumen Perniagaan dalam negeri
3.6 Kaedah Jualan

BAB 4 Perniagaan Antarabangsa
4.1 Perniagaan Antarabanga
4.2 Perniagaan Import, ekspot dan entrepot
4.3 Dokumen perniagaan antarabangsa

BAB 5 Industri Kecil dan Sederhana
5.1 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

BAB 6 Pemilikan Perniagaan
6.1 Memulakan Perniagaan
6.2 Jenis Pemilikan Perniagaan
6.3 Penswastaan

BAB 7 Pelaburan
7.1 Pelaburan
7.2 Jenis Pelaburan
7.3 Panduan Am Melabur

Sukatan Matapelajaran Tingkatan 5

BAB 1 Perbankan Dan Institusi Kewangan Lain
1.1 Sistem Perbankan
1.2 Jenis-Jenis bank
1.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan
1.4 Cek
1.5 Institusi Kewangan Lain

BAB 2 Insurans
2.1 Konsep insurans
2.2 Prinsip-prinsip Insurans
2.3 Jenis Insurans
2.4 Takaful
2.5 Belian Polisi dan tuntutan Ganti rugi

BAB 3 Pengangkutan
3.1 Peranan Pengangkutan
3.2 Jenis Pengangkutan
3.3 Pengkontenaan
3.4 Pemilihan Jenis Pengangkutan

BAB 4 Komuniskasi
4.1 Peranan Komunikasi dan Perkhidmatan

BAB 5 Pergudangan
5.1 Peranan dan ciri-ciri gudang
5.2 Jenis-jenis Gudang

BAB 6 Promosi
6.1 Peranan Promosi
6.2 Jenis Promosi
6.3 Media Pengiklanan
6.4 Pemilihan Media Pengiklanan

BAB 7 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
7.1 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

BAB 8 Konsumerisme
8.1 Konsumerisme
8.2 Perlindungan Pengguna

  • PENEKANAN KEPADA TAJUK-TAJUK INI HANYA DIBUAT SETELAH SEMUA BAB TELAH DIFAHAMI DAN DIULANGKAJI. 
  • PENEKANAN HANYA UNTUK MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG. 
  • UNTUK LEBIH SELAMAT, BAB-BAB PENTING MESTI DIBACA KESELURUHANNYA
  • SEMOGA ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM SPM KEJAYAAN ANDA MATLAMAT KAMI………

TOPIK PENTING - SOALAN ESEI PERCUBAAN PERDAGANGAN - NEGERI-NEGERI LAIN 2012

\nya


TERENGGANU

BAHAGIAN  A:
1.       Maslow – Tahap tertinggi
Faktor Pengeluaran
Penkhususan Pengeluaran
Mengapa amalkan pengkususan
Nilai Faedah
Sumbangan usahawan – masyarakat
2.       Cabang pengeluaran – maksud perdagangan
Kepentingan – Perbankan & insurans kpda perniagaan
Faktor pertimbangan sebelum memilih salur agihan
Factor memulakan perniagaan
3.       Kira – Dividen, Bonus – Syer Biasa & Syer Keutamaan, jumlah pendapatan pelaburan
Kad kredit – kenapa pengguna berminat/kelebihan
Bank Negara Malaysia & Fungsi/peranan
Insuran -  Prinsip Insurans , Jenis Risiko
4.       Kelebihan – kapal kontena
Kelebihan – kapal karentan
Jenis perkhidmatan Mel - dokumen penting
Ciri Gudang yang baik
Jenis Gudang & Kelebihan/peranan Gudang Berbon
5.       Jenis media Elektronik dan kelebihan
Agensi Kerajaan – Mara / atasi masalah modal
       Akta Alam sekitar – atasi bau busuk
       Tanggugjawab pengeluar kepada masyarakat(penduduk)
       Amalan membeli dengan bijak

BAHAGIAN B:
6.       Fungsi peruncit kepada - Pelanggan, pemborong
Peruncit menadapat bekalan dari pemborong, kenapa.
Kaedah jualan – kedai Runcit (tunai/kredit)
       Alasan Bank menolak – permohonan pinjaman modal \
       Alasan tidak mahu tubuhkan perkongsian / kekalkan milikan tunggal
      (Kelebihan milikan tunggal / kelemahan perkongsian)

PERAK

BAHAGIAN A:
1.       Beza Keperluan dan Kehendak
Faktor pengeluaran - btmu
Kemudahan / Peranan perbankan dalam perniagaan
Proses penciptaan nilai faedah - btmm
2.       Dokumen Sebut harga
Kira – Jumlah diskaun niaga / diskaun tunai
Kaedah jualan dan kelebihannya – Jualan Tunai
Ciri-ciri Peruncit tanpa kedai / penjaja / kecilan
Salur agihan – kereta / Agen pengedar (pengeluar –agen –pengguna)
3.       Dokumen pengangkutan laut – Bil Muatan & kegunaanya.
Masalah IKS
Peranan Kerajaan – bantu IKS
Ciri Syarikat SDN BHD
Beza syer Biasa dan Syer keutamaan
4.       Beza S.Perbankan konvensional dan S.P Islam
Fungsi Bank Negara Malaysia
JPJ dan Perananya.
Perkhidmatan audiovisual – Sidang Video/video corferencing & kebaikannya
Jenis Iklan – Iklan mengingat & alasanya.
5.       Peranan – SIRIM, MPOB
Cara atasi kekurangan Kemahiran perniagaan –  Latihan(MARA, NPC, smidec)/Biaya(kpu, mara, PUNB)
Hak-hak pengguna
Tribunal tuntutan pengguna
Etika penjual –  tanggungjawab kepada (pekerja, pelanggan, alam sekitar, pembekal)

BAHAGIAN B:
6.       Ciri-ciri Usahawan
Faktor dipertimbangkan sebelum memulakan perniagaan
Kelebihan Syarikat Sdn Bhd
Kemudahan Pembayaran – Arahan tetap, pindahan elektonik pindahan mel,
Pengendalian perniagaan – pengurusan sumber manusia
Tanggungjawab pengeluar kepada pekerja.

JOHOR (BATU PAHAT)

BAHAGIAN A:
1.       Heirarki Maslow – Rohani
Jenis pengeluaran – Tak langsung & Ciri-ciri
Faktor pengeluaran – btmu
Peranan Usahawan kepada masyarakat
Faktor yang menyebabkan wujudnya Pengkhususan – PPKA
Fungsi pemborong kepada pengeluar
Francais & ciri-ciri
Keadaan Pengambilalihan Fungsi pemborong
2.       Nota Kredit & sebab dihantar
Kaedah prabayar & kelebihan kepada pengguna
3.       Kepentingan PAB kepada pengguna dan pengeluar
Cara memulakan perniagaan (SAWFU)
Cara pengendalian (P. Stok, pelanggan, risiko, kewangan, s. manusia, masa, maklumat)
Koperasi - Pengiraan: REBAT dan ciri-ciri koperasi
4.       Bank Negara Malaysia & Peranan
Overdraf
Syarikat pajakan
Prinsip Insurans – kepentingan boleh insurans
Peranan pengangkutan dlm perniagaan
Jenis pengakutan Udara/k.terbang & kelebihan
5.       Faktor yang dipertimbangkan dalam memilih jenis pengangkutan
Kurier
Ciri gudang yang baik

BAHAGIAN B
6.       Milikan Perkongsian & kelebihan
Peranan komunikasi
Gaya tarikan dalam pengiklanan
Kebaikan media elektronik
Perbezaan pengguna dan kepenggunaan
Perbezaan pengguna dan kepenggunaan(konsumerisme)


PENANG

BAHAGIAN A:
1.       Jenis Pengeluaran – Langsung
Perbezaan Pengeluaran Langsung & tak langsung
Ciri-ciri usahawan
Jenis/bentuk & pengkhususan - PPKA
Kebaikan/ kelebihan pengkhususan Antarabangsa
Perbezaan Keperluan & kehendak
2.       Salur agihan : pengeluar- pemborong – peruncit- pengguna
Peranan pemborong dalam saluran agihan di atas
Peruncit besar-besaran: Hypermarket dan kaedah jualan Tunai
Peranan bantuan perniagaan – insuran, pengangkutan, komunikasi bantu usahawan
       Nota Kredit & syarikat yang menghantar & kenapa ia di   hantar
        Maksud Diskaun Niaga
3.       Maksud perniagaan antarabangsa
Ciri-ciri IKS
Masalah IKS
Ciri Pengendalian Perniagaan – Ciri-ciri Pengurusan . sumber manusia dan lain-lain.
Ciri Pemilikan Perkongsian & sendirian Bhd
4.       Peranan/fungsi Bank Negara Malaysia
Pembayaran – Peranan/kelebihan kad kredit
Prosedur / cara membeli polisi insuran
Peranan / kebaikan pengkontenaan
5.       Peranan komunikasi kepada usahawan
Ciri gudang yang baik
Strategi pemasaran – 4P’s(Produk, harga, promosi, agihan)
Persatuan Pengguna & peranan

Bahagian B
6.       Panduan am sebelum melabur
Jenis pelaburan selamat – wang tunai
Tiga jenis insuran – restoran (kecurian, kebakaran, jaminan setia)
Jenis risiko boleh insuran
   

PAHANG

BAHAGIAN A
1.       Maksud kehendak
Cabang Pengeluaran – P,P,KL
(E,P,P)
Ciri-ciri Usahawan berjaya
Kelebihan Pengkhususan – dalam pengeluaran
2.       Jenis Salur agihan – barangan harian pengguna
(pengeluar-pemborong-peruncit-pengguna)
Faktor pemilihan saluran agihan
Kelebihan pasaraya (Courts mammoth) – kepada peniaga / pelanggan
Jenis pemborong (Mydin) – besaran & ciri-cirinya
Kelebihan Kad Prabayar – kepada pelanggan & pekedai
3.       Jenis perniagaan Antarabangsa
Eksport &Import - nyata / tak nyata
Kepentingan PAB kepada Usahawan
Dokumen perniagaan  -  bil Muatan & Fungsinya
Cara memulakan Perniagaan – SAWFU
Jenis pulangan pelaburan – Saham & hartanah
4.       Kaedah pembayaran – kad kredit
Peranan / ciri-ciri Syarikat pajakan dan faedah kepada penyewa
Insuran untuk bangunan kedai –
Prinsip-prinsip insurans - (Tuntutan gantirugi )
penuh percaya mutlak
jenis insurans Hayat
5.       Faktor pemilihan - Pengangkutan laut
Jenis perkhidmatan penghantaran cepat - Kurier / pos laju
Ciri-ciri gudang yang baik
Campuran pemasaran – 4P’s (unsur –produk,harga,agihan,promosi)
Penyelewengan – amalan kurang etika penjual kepada pengguna

Bahagian B
6.       Media elektonik dan alasan
Jenis agensi kerajaan – promosi luar Negara & peranananya