Isnin, 9 Oktober 2017

NOTA BAB 3: PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

BAB 3: PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

Maksud Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan
·         Setiap   organisasi    perniagaan    perlu    mempunyai visi, misi, dan objektif yang selari dengan jenis perniagaan.
·         Visi, misi, dan objektif (VMO)
o   merupakan unsur utama perancangan  strategik  yang  menetapkan  hala tuju organisasi
o   untuk mencapai  kejayaan  dan  memacukan kelangsungan perniagaan dalam jangka panjang.
o   Ketiga-tiga unsur perancangan (VMO):
§   ini dijadikan  panduan dalam   pengurusan   organisasi   dalam   membuat keputusan dan tindakan perniagaan.
o   Unsur perancangan strategik :


UNSUR PERANCANGAN
STRATEGIK
KETERANGAN
(a)


Visi


•   Merupakan falsafah  pengwujudan organisasi
•   Melibatkan fokus  masa hadapan dan perancangan jangka  panjang
Penting  untuk  membuat   keputusan   dan  tindakan   bagi   memastikan   hala  tuju perniagaan berada dalam landasan yang tepat
•   Contoh : visi  sebuah  suatu  syarikat  pengeluar  buku  ialah  'Kami beraspirasi untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi'
(b)
Misi
•   Merupakan satu pernyataan ringkas tentang matlamat utama penubuhan organisasi
•   Dibentuk  sebagai  ketetapan  dalam  melakukan  aktiviti  perniagaan  untuk  mencapai matlamat
Contoh : misi bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan berusaha secara
berterusan   untuk  menjadi  penerbit   buku  terulung   dalam  negara  dan  memenuhi
permintaan semua lapisan masyarakat di Malaysia '
(c)


Objektif


•   Merupakan  pernyataan khusus tentang  bagaimana visi dan misi akan dicapai
•   Membantu organisasi mencapai matlamat dalam jangka  masa pendek dan juga
jangka  masa panjang
•   Contoh : objektif bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan menerbitkan sekurang-kurangnya 75 judul buku ilmiah dan 720 judul buku bukan ilmiah setiap tahun untuk lima tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2027 '



Perbandingan Visi,  Misi, dan Objektif  Perniagaan yang  Berbeza
·         Visi, misi, dan objektif (VMO) organisasi bermotif untung (OBU)
o   adalah berbeza daripada VMO organisasi bukan bermotif untung (OBBU) dan pertubuhan sukarela .
·         OBU
o   biasanya ditubuh dan dikawal oleh pihak swasta
o   untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
o   untuk memenuhi keperluan dan kehendak  pengguna.
o   VMO organisasi jenis ini bertujuan memaksimumkan keuntungan bagi pemilik.
o   OBU didaftarkan  di bawah Pendaftar  Perniagaan dan Suruhanjaya  Syarikat  Malaysia  (SSM).
·         OBBU
o   terdiri daripada persatuan, kelab, pertubuhan,dan yayasan
o   yang menjalankan perniagaan dengan matlamat utama
o   untuk menjaga  kebajikan ahli, masyarakat, dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.
o   OBBU  didaftarkan   dengan   Pendaftaran   Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah berbeza dengan pertubuhan sukarela.
o   Pertubuhan sukarela merupakan organisasi yang menjalankan aktiviti secara sukarela dengan masyarakat menjadi pelanggan utama.

·         Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan
o   Objektif sesebuah organisasi sama ada berbentuk perniagaan atau  bukan perniagaan boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu:                       ·
1.       objektif jangka  pendek;
2.       objektif jangka panjang.
o   Setiap   objektif   ini  perlu  memenuhi seperti yang berikut.

UNSUR
KETERANGAN
(a)
Spesifik
(Specific)
(S)
·      Pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus dan
·      boleh diukur secara kuantitatif,
·      iaitu dalarn bentuk angka, nombor, masa, dan wang ringgit.
(b)
Boleh diukur
(Measurable) (M)
·      Objektif yang ditetapkan boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif
·      serta boleh dibandingkan dengan pencapaian pada sebelum dan selepas sesuatu aktiviti perniagaan dilaksanakan .

(c)
Boleh dicapai
(Attainable)  (A)
·      Sesuatu objektif yang ditetapkan hendaklah berdasarkan sasaran yang boleh dicapai.
(d)
Munasabah
(Realistic)
(R)
·      Sesuatu objektif yang ditetapkan haruslah munasabah dan
·      perlu mengambil kira beberapa faktor
·      seperti sumber manusia dan kewangan dalam organisasi.
·      Justeru, objektif yang ditetapkan itu tidak mustahil  untuk  dicapai.
(e)
Jangka  masa
(Time frame)
(T)
·      Penentuan objektif perlu ada penetapan jangka masa yang perlu dicapai.
·      Contohnya, setahun, tiga tahun, atau lima tahun.

Tujuan  Penetapan Visi,  Misi, dan Objektif Perniagaan  sebagai  Panduan  Perniagaan
·         Visi dan misi
o   dapat membantu sesebuah organisasi mencapai matlamat penubuhannya
o   dalam jangka panjang.
·         penetapan objektif
o   jangka pendek dan jangka panjang
o   yang selari dengan visi dan misi
o   membantu dalam mencapai perancangan strategik organisasi.
·         Visi
o   merupakan komponen pengurusan  strategik dan untuk mencapainya
o   mengambil masa sekurang­kurangnya lima tahun.
o   Hal ini boleh mendorong semua pihak yang terlibat memahami dan bekerjasama
o   serta bertindak berdasarkan tanggungjawab dan peranan  masing-masing.
·         Misi
o   pula dibentuk selepas penetapan visi 
o   merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh organisasi perniagaan pada masa ini.
o   bertujuan memudahkan pihak pengurusan mengagihkan sumber
o   seperti bahan mentah, sumber manusia, dan kewangan secara cekap dan berkesan kepada bahagian  dan unit perniagaan
o   agar mencapai matlamat yang ditetapkan.

·         Pernyataan objektif
o   akan menjelaskan perkara yang perlu dicapai dan
o   ia perlu selaras dengan  pembentukan visi dan misi organisasi .
·         Objektif
o   merupakan asas kepada pencapaian visi dan misi.
o   Sesuatu objektif mestilah - SMART:
§  spesifik,
§  boleh diukur,
§  boleh dicapai, munasabah,
§  ada jangka masa.
o   lndikator yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi perniagaan

(a) Titik Pulang Modal (TPM)
·         Merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung. 
·         Pada titik ini, perniagaan balik modal, iaitu tidak mendapat untung dan juga tidak rugi.
·         TPM penting  kerana  dapat  membantu perniagaan  mengetahui  sama  ada  perniagaan dapat   terus   beroperasi    atau   tidak   serta kebolehan perniagaan untuk terus kekal dalam pasaran.

Formula TPM: 
TPM =  ___________Kos tetap (KT)____________
                                         Harga juaIan seunit (H) - Kos berubah seunit (KB)

Contoh 1:
·         Syarikat Pasu Bunga Sendirian Berhad mengeluarkan pasu bunga untuk pasaran seluruh negara.
·         Kos tetap (KT) yang ditanggung syarikat ialah RM300 000.
·         Harga jualan (H) setiap pasu ialah RM5 dan kos berubah seunit (KB) ialah RM3.

Berapakah kuantiti yang  perlu  dikeluarkan  oleh syarikat  agar  balik  modal?

TPM       =             __________Kos tetap____________
                                                                Harga juaIan seunit - Kos berubah seunit
                                TPM       =             RM300 000
                                                                RM5 – RM3
=             150 000 unit

Contoh 2:
Fahmi merupakan pemilik Z’F Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain) untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Fahmi telah memperoleh satu kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah Fahmi perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema berkenaan  dengan sewa tahunan RM6000. Fahmi tidak memerlukan sebarang  alatan tetapi beliau perlu membeli bahan-bahan seperti gegelung plastic berharga 20 sen  seunit, klip berharga 10 sen seunit dan kertas photo berharga 10 sen seunit. Fahmi bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun.

Hitungkan:
a)     Titik Pulang Modal
b)    Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
c)     Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci        

a. Titik pulang modal (TPM)


Titik pulang modal : =               Kos tetap
                                          harga - kos berubah

Kos tetap
·         sewa kedai                    : RM6 000
Kos berubah
·         Gegelung plastik           : RM 0.20
·         Klip                              : RM 0.10
·         Kertas foto                   : RM 0.10
: RM 0.40
Harga jualan seunit                  : RM 8.00


Titik pulang modal (TPM)     =          RM 6000_____
                                                     RM 8.00 – RM 0.40
                                                =  789.47 atau 789 unit

b. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci

            Keuntungan   = Jumlah Hasil - Jumlah Kos
                                    = (QxH) – (KT+KB)
                                       (1000 X RM 8.00) – RM 6 000 + (1000 X RM0.40)
                                    = RM1 600

c. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci        
                                    (2 500 X RM 8.00) - (RM 6 000 + 2 500 X RM 0.40)
                                    = RM13 000
Contoh 3:
 
Kos tetap
        Sewa sebulan : rm15,000
        Gaji tetap        : rm50,000
Kos berubah:
        bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
        bagi sepasang kasut : RM100

i.                     TPM             = ___RM15000 + RM50000___
                                       RM100 – RM50
                        = __RM65000___                                                 
                                    RM50
                        = 1300 pasang

Jumlah kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun 2017 ialah:
                             = 1300 pasang x 12 bulan = 15,600 pasang

ii.                  Peningkatan 20% kos berubah pengeluaran kasut:
Kos berubah bagi - sepasang kasut
               = (20 % x RM50) + RM50 
               = RM 60

TPM       = __RM65000__
                   RM100-RM60
                = __RM65000                    
                         RM40    
                = 1625 pasang   

Contoh 4:

Formula
TPM = _______kos tetap_________
            Harga – kos berubah seunit
  
Kos tetap
        Sewa sebulan : rm10,000
        Gaji tetap        : rm24,000
Kos berubah:
        bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
        bagi sepasang kasut : RM100

i.                     TPM = ___RM10,000 + RM24000___
                                           RM100 – RM50
                        = __RM34000___                  = 680 pasang
                                     RM50

     Contoh 5:
         Kos tetap: RM50 000
         Kos berubah: RM60 seunit
         Harga seunit: RM100




Hitungkan:

i.         Titik pulang modal
                      
            TPM    =  ______Kos tetap____
                            Harga – kos berubah
     
                       =  ___RM50 000__             = 1250 unit  
                             RM100 - RM60

** Kalau dalam bentuk nilai, jawapannya RM12,5000  (1250 x RM100)

ii.         Jumlah kos pada titik pulang modal (TPM)

            Jumlah kos (JK)   =          Kos tetap (KT) + kos berubah (KB)
                                           =          RM50 000 + (1250 x RM60)
                                           =          RM125 000


Iii          Keuntungan atau kerugian yang diperoleh jika menjual 3 000 unit

            Untung  =  Jumlah Hasil – Jumlah Kos
                          = (Harga x Kuantiti) - (Kos Tetap + Kos Berubah)
                          = (RM100 x 3 000) - (RM50,000 + (3000 x RM60)
                          = 300,000 - RM230 000
                        = RM70,000.00

Pertumbuhan perniagaan
   merujuk kepada hasil yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan
   seterusnya mendatangkan keuntungan perniagaan .
   Untung ini boleh digunakan untuk membuka cawangan baharu dan
   membesarkan perniagaan sedia ada.

Pemaksimuman keuntungan organisasi
   berupaya mengunakan sumber-sumber perniagaan
   seperti bahan mentah, modal, modal insan, dan teknologi dengan cekap.
   Penggunaan sumber dengan cekap dapat meminimumkan pembaziran serta kos pengeluaran  dan
   hal  ini dapat memaksimumkan keuntungan dalam jangka panjang.

(d) Daya saing
   merujuk kepada kemampuan perniagaan terus kekal dalam industri berbanding dengan para saing.
   Antara faktor yang menentukan daya saing dan kemampuan bertahan organisasi perniagaan dalam sesuatu industri ialah:
                    kewangan;
                    jaringan;
                    sumber  manusia;
                    pemasaran;
                    teknologi.

(e) Syer pasaran
·         merujuk kepada bahagian atau peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding dengan pesaing dalam industri yang sama,
·         contohnya industri kereta.
o   Jika menguasai syer pasaran,
o   maka perniagaan berkenaan boleh menjadi pemimpin dan berkemampuan
o   untuk terus kekal dan  meraih keuntungan yang lebih besar dalam jangka masa panjang.

(f) Jualan
·         melalui urus niaga jual beli antara penjual dengan  pembeli,  penjual  akan  memperoleh keuntungan
·         sementara pembeli mendapat kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.
·         Penjual boleh menggunakan pelbagai campuran promosi seperti jualan murah, diskaun harga, sampel, dan peraduan untuk menarik dan memujuk pengguna membeli barang dan perkhidmatannya .

(g) Penyediaan perkhidmatan
·         untuk menarik minat pengguna agar membeli barang dan perkhidmatan,
·         perniagaan pada masa kini menawarkan pelbagai perkhidmatan  seperti:
1.       pembelian atas talian;
2.       penghantaran barang ke rumah;
3.       kemudahan   pembayaran;
4.       membaik pulih barang rosak.

Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif
·         Keadaan persekitaran dalaman dan luaran perniagaan yang sentiasa berubah boleh mempengaruhi pencapaian matlamat dan objektif perniagaan.

1. Kegagalan mencapai matlamat dan objektif boleh memberi kesan negatif kepada perniagaan, iaitu:
·         jualan merosot ;
·         tidak  mampu membayar  kos perniagaan;
·         gagal dalam persaingan;
·         imej perniagaan terjejas;
·         tidak mampu mengembangkan perniagaan.

2. Antara  langkah-langkah yang boleh digunakan oleh sesebuah perniagaan untuk mengatasi masalah   kegagalan mencapai matlamat dan objektif ini ialah:
·         mengurangkan  kos;
·         menurunkan harga produk;
·         mempelbagaikan produk yang ditawarkan;
·         mengurangkan     pembayaran     dividen     kepada pemegang saham;
·         menggunakan    kaedah   atau   teknologi    baharu dalam pengeluaran;
·         menyemak semula  matlamat perniagaan.

Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan

1. Faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan terdiri daripada:
(a) faktor  dalaman (GSTPPPK);
(b) faktor luaran (USEPET).

2.  Jadual   yang   berikut   menunjukkan dalaman dan faktor luaran.





perkara
Faktor Dalaman
Faktor Luaran
Maksud
·         Merupakan sumber  unik
·         yang  dimiliki oleh perniagaan
·         Merupakan persekitaran luaran
·         yang merangkumi persekitaran umum perniagaan
Aplikasi SWOT
·         Kekuatan (S) (+)
·         Kelemahan (W) (-)
·         Peluang (O) (+)
·         Ancaman (T) (-)
Ringkasan / hafalan
G,S,T,P,P,P,K
U,S,E,P,E,T


Unsur-unsur
·         Gaya pengurusan
·         Sumber  manusia
·         Teknologi maklumat
·         Pemasaran
·         Pengeluaran
·         Penyelidikan dan pembangunan
·         Kewangan
·         Undang-undang
·         Sosiobudaya
·         Ekologi
·         Politik
·         Ekonomi
·         Teknologi


Faktor Positif / kelebihan
Faktor Negatif / kekurangan
Faktor Dalaman
(GSTPPPK)
Kekuatan
(S)
Kelemahan
(W)
Faktor luaran
(USEPET)
Peluang
(O)
Ancaman
(T)


info tambahan 
SILA KLIK (MODUL MELETOP PDPC 2 PERNIAGAAN : EDISI 2018) UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT


31 ulasan:

  1. Kos yang ditanggung sama tanpa perlu mengikut jumlah kuantiti pengeluaran

    BalasPadam
  2. Nota Ini Bantu Saya Utk Perniagaan

    BalasPadam
  3. Gagal dalam persaingan please..

    BalasPadam
  4. Susah la perniagaan ni...x yg bwrna ka...susah ou mw pham..

    BalasPadam
  5. Adakah anda mengalami masalah kewangan atau anda mahu memenuhi impian anda dengan dana?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
    Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Pemberi Pinjaman atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
    Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
    Mendapatkan kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
    JENIS PINJAMAN KAMI
    Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.

    Data pemohon:
    1) Nama Penuh:
    2) Negara
    3) Alamat:
    4) Seks:
    5) Kerja:
    6) Nombor telefon:
    7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
    8 Pendapatan bulanan:
    9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    10) Tempoh pinjaman:
    11) Adakah anda memohon sebelum:
    12) Tarikh Lahir:
    Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel:
    {gloriasloancompany@gmail.com} atau
    WhatsApp Nombor: +1 (815) 427-9002
    Selamat sejahtera

    BalasPadam
  6. Apakah objektif perniagaan syarikat 7 eleven

    BalasPadam
  7. Berdasarkan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan, huraikan kemampuan perniagaan tersebut untuk mencapai matlamat perniagaan, iaitu memaksimumkan keuntungan.

    BalasPadam
  8. Apa kepentingan visi kepada perniagaan?

    BalasPadam
  9. Apakah 5 kesan jika tidak mencapai VMO perniagaan?

    BalasPadam