Ahad, 8 Oktober 2017

NOTA BAB 2 TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN

BAB 2: TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN

1.       Peranan Kerajaan dalam Menangani lsu-isu Tempatan, Negara, dan Serantau
·         Kerajaan memainkan peranan yang penting untuk membantu perniagaan bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa melalui beberapa kementerian dan agensi.
·         Antara agensi tersebut  ialah:
o   Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri  (MITI);
o   Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  (KPDNKK);
o   Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE);
o   Bank Negara Malaysia  (BNM).

Peranan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan
1.  Peranan kerajaan pusat
·         Aspek perundangan
o   kerajaan pusat bertanggungjawab menggubal  undang-undang  berkaitan dengan  pendaftaran dan peraturan perniagaan, perlindungan  pengguna, dan  pelepasan  cukai.
·         Aspek kewangan
o   kerajaan pusat membantu peniaga mendapatkan pelbagai sumber kewangan
o   untuk memulakan dan memajukan perniagaan.
o   Tumpuan khas diberikan kepada peniaga kecil­ kecilan dan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana  (PKS) 
o   melalui  agensi   pembiaya seperti :
§  Majlis Amanah Rakyat (MARA),
§  Bank Pembangunan dan lnfrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB),
§  Amanah lkhtiar Malaysia,
§  Credit Guarantee Corporation  Malaysia  Berhad (CGC).
·         Aspek  perkembangan  aktiviti  perniagaan
o   iaitu aktiviti perniagaan ditumpukan kepada aktiviti promosi, latihan dan pembangunan,
o   serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

2.  Peranan kerajaan negeri
·         Mewujudkan kawasan industri;
·         Menjalin kerjasama dengan sektor swasta;
·         Menarik pelabur tempatan dan asing;
·         Membentuk syarikat  berkepentingan  kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN);
·         Menyediakan skim galakan kepada sektor swasta untuk mengusahakan  sesuatu jenis  pertanian.

3. Peranan    Kerajaan    Tempatan/Pihak    Berkuasa Tempatan (PBT)
·         Menyediakan kemudahan infrastruktur;
·         Mewujudkan pusat-pusat perniagaan dan perdagangan;
·         Mengawal kesihatan dan  keselamatan awam;
·         Melaksanakan tanggungjawab sosial, terutama dalam penyediaan  kemudahan  awam  seperti taman rekreasi.


4. Peranan kerajaan dari aspek pertumbuhan ekonomi
·         Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan
kegiatan ekonomi dan antaranya ialah:
o   Program Transformasi Kerajaan (GTP)
o   Program Transformasi Ekonomi (ETP).
·         Untuk memajukan ekonomi,
o   kerajaan membantu pertumbuhan ekonomi setempat, memperkukuh ekonomi melalui pelaksanaan:
§   dasar  fiskal
§  dasar kewangan
§  menggalakkan perniagaan eksport dengan menyediakan pelbagai galakan - contohnya : elaun  eksport.

5.  Peranan kerajaan dari aspek guna tenaga

·         Guna tenaga penuh:
o   bermakna: - kadar pengangguran kurang daripada  4 %.

·         Terdapat empat jenis pengangguran, iaitu:
1.       pengangguran bermusim,
2.       pengangguran teknologi,
3.       pengangguran kitaran,
4.       pengangguran struktur.

·         Cara kerajaan mengatasi pengangguran:
1.       pengangguran bermusim
o   memberi insentif kepada pihak perniagaan
o   seperti pengecualian cukai
o   untuk membenarkan pekerja terus bekerja;
2.       pengangguran teknologi
o   membenarkan penggunaan mesin-mesin moden
o   hanya untuk proses tertentu
o   yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh;
3.       pengangguran kitaran
o   melaksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk mengatasi ke­ melesetan  ekonomi;
4.       pengangguran struktur
o   membuat perancangan     ekonomi    
o   sesuai dengan trend perubahan  ekonomi  dan perniagaan  global.

6. Peranan kerajaan dari aspek ekonomi
1.       lnflasi
o   satu keadaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
o   disebabkan oleh permintaan yang melebihi  penawaran  di  pasaran;
o   inflasi tolakan kos :
§  lnflasi yang berlaku  disebabkan oleh kenaikan pengeluaran kos barang dan perkhidmatan


Kerajaan memainkan peranan  mengawal inflasi dengan cara :
·         galakan pelaburan - untuk meningkatkan jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan;
·         memberi subsidi kepada pengeluar -supaya tidak berlaku peningkatan kos pengeluaran ;
·         meningkatkan kadar faedah
·         melaksanakan dasar kerajaan - seperti mengutip duti eksport terhadap  barang eksport.

(b) Deflasi
·         suatu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
·         disebabkan oleh kejatuhan dalam permintaan oleh pengguna
·         yang tidak mampu membeli barang di pasaran ;
·         kesannya ialah:
o   kuasa beli penduduk menurun
o   kerana kehilangan pekerjaan dan
o   ini seterusnya akan membantutkan  aktiviti perniagaan;

kerajaan  memainkan peranan  mengatasi masalah  deflasi  dengan  cara :
1.       menurunkan  kadar cukai;
2.       memberi khidmat nasihat dan mengadakan perundangan -untuk membantu peniaga menggunakan  sumber  secara  optimum;
3.       menurunkan  kadar faedah;
4.       melaksanakan dasar fiskal.

Trend  Persekitaran  Perniagaan
·         bermaksud  :
o   suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan
o   yang dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran perniagaan .

·         Pasaran  :
·         merupakan  suatu  keadaan  berlakunya  urus niaga antara penjual dengan pembeli
·         pada suatu tingkat harga dan masa
·         yang dipersetujui oleh kedua­dua pihak.

Pasaran terdiri daripada:
·         pasaran  untuk semua  (mass market) ;
·         pasaran produk;
·         pasaran  kewangan.

Apabila ekonomi berkembang, permintaan daripada pengguna dari dalam dan luar negara akan meningkat dan membawa kepada trend yang berikut  dalam negara:
1.       guna tenaga - dalam semua sektor (akan meningkat), iaitu :
·         sektor utama,
·         sektor kedua,
·         sektor ketiga
2.       pendapatan  perniagaan - akan meningkat
·         kerana hasil jualan  dan keuntungan akan meningkat;
3.       negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi
·         kerana pembayaran cukai oleh perniagaan akan digunakan oleh kerajaan
·         untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan masyarakat dan ekonomi.

Undang-undang yang berkaitan dengan  perniagaan
·         Digubal dan dilaksanakan dengan tujuan:
o   untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
·         Boleh memberikan kesan terhadap aspek persekitaran 
o   seperti  kesihatan  dan  keselamatan, pekerjaan,  maklumat,  perancangan,  perlindungan pengguna,    persaingan,    pengiklanan,    undang­ undang syarikat, serta persekitaran.

·         Antara  akta    berkaitan dengan aspek-aspek berkenaan ialah:
1.       Akta  Kontrak  1950;
2.       Akta  Jualan  Barangan  1957;
3.       Akta  Sewa  Beli  1967;
4.       Akta Perkongsian  1961;
5.       Akta Syarikat 1965;
6.       Akta  Pekerjaan  1955;
7.       Akta  Perhubungan  lndustri  1967;
8.       Akta Hak Cipta 1987.


Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan
·         Para peniaga perlu peka kepada perubahan dalam persekitaran yang melibatkan faktor  dalaman  dan faktor luaran.
·         Kedua-dua faktor ini boleh dikaji dengan melakukan analisis kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses), peluang (opportunities), dan ancaman (threats)  (SWOT) yang dihadapi  oleh organisasi.
·         Analisis SWOT dapat digunakan untuk menggubal strategi perniagaan untuk merealisasikan visi, misi, dan objektif perniagaan.

Faktor dalaman
·         merujuk kepada faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat
·         boleh memberi kekuatan (S) dan kelemahan (W) kepada sesebuah organisasi.


FAKTOR DALAMAN
Huraian
G
Gaya pengurusan
·      Tingkah  laku yang ditunjukkan  oleh pengurus atau  majikan
·      untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya.
·      Antaranya ialah gaya pengurusan laissez-faire, gaya pengurusan sokongan, gaya pengurusan sederhana, gaya pengurusan autokratik, dan gaya pengurusan  demokratik.
S
Sumber  manusia
·      Sumber  manusia yang mencukupi dan berkemahiran tinggi  akan  menjadikan perniagaan menjadi lebih berdaya saing.
·      Sumber manusia boleh dibahagikan  kepada sumber manusia dalaman  dan sumber  manusia luaran.
T
Teknologi maklumat
·      Sistem teknologi  maklumat yang cekap dan berkesan 
·      membolehkan  organisasi menjalankan  urusan perniagaan dengan pembekal dan pelanggan dengan segera  dan tepat.
·      Keputusan perniagaan dapat dibuat dengan serta-merta.
P
Pemasaran
·      Strategi pemasaran yang baik dan kukuh dapat mempengaruhi permintaan pengguna terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
·      Hal ini melibatkan elemen-elemen campuran pemasaran, iaitu produk, pengedaran, promosi, dan harga.
P
Pengeluaran
·      Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan  adalah  bermutu dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
P
Penyelidikan dan pembangunan
·      Dengan adanya penyelidikan dan pembangunan, perniagaan dapat meningkatkan mutu keluaran dan memperkenalkan keluaran baharu di pasaran.
·      Melalui penyelidikan pemasaran, perniagaan dapat mengetahui cita rasa pengguna dan trend pasaran.
K
Kewangan
·      Struktur kewangan  organisasi yang kukuh
·      membolehkan sumber kewangan digunakan secara  optimum  untuk memajukan  perniagaan.


(b) Faktor  luaran
·         merujuk  kepada  faktor-faktor  yang  boleh  memberi  peluang (O) dan ancaman (T) kepada  sesebuah syarikat.


FAKTOR LUARAN
Huraian
U
Undang-undang
·   Peraturan dan undang-undang untuk melindungi pengguna, masyarakat, dan alam sekitar
·   boleh memberi kesan kepada cara perniagaan diuruskan, kos operasi dan peletakan harga, serta cara promosi produk.
S
Sosiobudaya
·   Cara hidup pengguna yang dipengaruhi oleh budaya dan agama  serta umur dan jantina 
·   boleh memberi kesan kepada permintaan sesuatu  barang yang dikeluarkan oleh  perniagaan.
E
Ekologi
·   Melibatkan isu alam sekitar serta kekurangan sumber-sumber
·   seperti bahan mentah dan tenaga yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
P
Politik
·   Dasar dan polisi kerajaan dilaksanakan melalui undang-undang yang
·   boleh membawa kesan positif atau negatif kepaaa perniagaan.
E
Ekonomi
·   Keadaan ekonomi yang meningkat
·   dapat meningkatkan prestasi perniagaan dan begitulah sebaliknya.
T
Teknologi
·   Perkembangan dan perubahan teknologi
·   membolehkan perniagaan  meningkatkan mutu dan jenis  keluaran dan
·   hal ini seterusnya dapat meningkatkan  peluang pasaran.

3. Analisis faktor dalaman dan faktor luaran
·         Analisis dalaman dan luaran terhadap sesebuah organisasi perniagaan boleh dilakukan dengan
menggunakan analisis SWOT.
·         Analisis SWOT bertujuan:
o   menilai kesan perubahan persekitaran dalaman (GSTPPPK) dan luaran(USEPET)
o   mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan.
·         Kekuatan (S) dan kelemahan (W):
o   merupakan komponen untuk menganalisis faktor dalaman (GSTPPPK)
·         Peluang (O) dan ancaman (T):
o   merupakan  komponen untuk menganalisis faktor  luaran (USEPET)

Faktor dalaman (GSTPPPK)
·         melibatkan kekuatan (S) dan kelemahan (W) organisasi .
·         Contoh kekuatan (S) ialah:
o   jenama yang sedia terkenal,
o   sumber kewangan yang kukuh dan sebagainya
·         Contoh kelemahan (W) ialah:
o   pekerja yang kurang mahir dan teknologi yang rendah.

Faktor  luaran (USEPET)
·         melibatkan  peluang (O)  dan  ancaman (T).
·         Contoh peluang (O) ialah:
o   perkembangan ekonomi dan bantuan kerajaan.
·         Contoh ancaman (T) ialah:
o   muncul pesaing baharu,
o   perundangan dan peraturan baharu kerajaan
o   mungkin memberi kesan negatif kepada kos pengeluaran
Penggunaan Matriks SWOT

STRATEGI
HURAIAN
Kekuatan - Peluang
( S - O)
·         Kekuatan (S) merujuk kepada kelebihan (S-O) dalam organisasi
·         seperti teknologi unik yang dibangunkan oleh organisasi
·         boleh digunakan untuk merebut peluang (O) yang wujud 
·         akibat  perkembangan  dalam faktor luaran (USEPET).
Kelemahan - Peluang
( W - O)
·         Kelemahan (W) merujuk kepada kekurangan(W-T) dalam organisasi
·         seperti kekurangan  sumber kewangan (F. Dalaman)
·         akan  menyebabkan perniagaan tidak dapat meningkatkan  pengeluaran
·         apabila wujud  perkembangan  daripada faktor  luaran (USEPET),
·         contohnya:  pertambahan permintaan  global  akibat  perkembangan  ekonomi.
Kekuatan - Ancaman
( S - T)
·         Kekuatan (s) organisasi perniagaan
·         Seperti: produk (Faktor Dalaman) yang unik digunakan dalam menghadapi ancaman (T) yang wujud akibat perkembangan faktor luaran (usepet)
·         Seperti: bilangan pesaing (F. luaran) yang meningkat dalam industri.
Kelemahan­ - Ancaman
( W - T )
·         Kekurangan (WT) yang dihadapi oleh perniagaan
·         Seperti: kos pengeluaran seunit (faktor dalaman) yang tinggi
·         tidak dapat menyaingi pesaing (T) yang sanggup menurunkan harga jualan  akibat kejatuhan dalam  permintaan 
·         akibat kemelesetan ekonomi global (faktor luaran).

Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap Organisasi Perniagaan
1 . Pasaran
     kesan terhadap pasaran boleh dilihat dari aspek:
·         cita rasa, fesyen, dan gaya hidup menyebabkan
·         barang lama hilang permintaan di pasaran;
·         kemasukan barang import yang lebih murah bersaing dengan produk tempatan;
·         pembangunan teknologi yang menyebabkan barang lama hilang permintaan.

2. Trend
    kesan perubahan dari aspek trend meliputi:
·         guna tenaga
o   iaitu penurunan dalam guna tenaga
o   akan menyebabkan kadar pengangguran yang meningkat
o   seterusnya menyebabkan pengurangan kutipan cukai pendapatan oleh kerajaan;
·         pendapatan
o   jumlah pendapatan boleh guna yang bertambah
o   akan meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan
o   hal ini akan merancakkan ekonomi.
·         pertumbuhan ekonomi
o   trend pertumbuhan yang semakin meningkat
o   akan memberi kesan positifterhadap perniagaan,
o   contohnya: peningkatan dalam permintaan - akan meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.

3. Undang-undang
    kesan perubahan dari aspek undang-undang adalah seperti yang berikut:
1.       melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan
o   contohnya: Akta Kontrak 1950 dan Akta Jualan Barangan 1957
o   melindungi peniaga daripada penipuan dalam urus niaga seharian yang boleh merugikannya jika peruntukan dalam sesuatu perjanjian dilanggar oleh satu pihak yang lain.
2.       mewujudkan  sistem  perniagaan  secara  adil
o   contohnya: Akta Persaingan 2010
·         bertujuan mewujudkan keadaan di mana perniagaan bersaing secara adil dalam pasaran
·         syarikat dilarang menyalahgunakan kedudukan dominan di pasaran untuk mendapat kelebihan persaingan yang menindas syarikat yang lemah.
3.       melindungi hak semua pihak di dalam perniagaan
o    contohnya: Akta Hak Cipta 1987
·         digubal oleh kerajaan bertujuan memberi perlindungan terhadap pemilik karya-karya
·         berkaitan sastera, muzik, dan seni terhadap perlanggaran hak oleh pihak lain
·         di mana akan merugikan pemilik hak berkenaan.





info tambahan 
SILA KLIK (MODUL MELETOP PDPC 2 PERNIAGAAN : EDISI 2018) UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT




2 ulasan:

  1. Sngt senang dn mudah tuk mmbuat krja sekolah

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak banyak this help me a lot thank u I appreciate it❤️

    BalasPadam