Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak
Hajar Aswad
adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu
sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’
yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad
terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran
perak.
Batu hitam itu sudah
licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan
malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke
Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah
akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat
melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang
pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Hadis tersebut
mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam
(mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap
putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.
Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s
bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada
mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama
Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan
mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka'bah itu hampir
selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu
lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata
pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku
letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s
pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik
dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit,
tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang
cantik.
Nabi Ismail dengan
segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s.
merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya
beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat
batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium
lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar
Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja
yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.
Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat
Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu
ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan
dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang
memegangnya akan sembuh dari sakitnya”
Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji
Duhulunya batu Hajar
Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang
datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang.
Wallahu a'alam.
2. "'Barangsiapa
menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia
kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari
perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).
3. Mencium hajar
aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia
menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang
yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah
(peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal
dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke
syurga sebelum kiamat”.
Akhir kata, Kita semua
tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau
manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat
dari batu.
Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam
Akan tetapi apa yang
kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan
sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku
tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat
kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan
menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan
berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak
dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar
dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang
dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang
terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"
(QS. An-Najm : 53)
Allaaahu Akbar, tiada
tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad Saw adalah
utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu
sebelumnya beberapa orang Rasul.
Mulai saat ini mari kita
cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala
tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya
ada rahsia disebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan