Memaparkan catatan dengan label PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mac 2013

Surat Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2009 (PINDAAN)


Semua Pekeliling yang di senaraikan di bawah adalah dalam format PDF

Bagi yang tiada perisian Acrobat Reader, sila muatturun Acrobat Reader:
Adobe Reader
Bil Surat Pekeliling Perkhidmatan Muat Turun
1
Pindaan Kadar Bayaran Balik Letak Kereta PINDAAN:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1992
Muat turun
2
Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Pembatalan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 Kembaran D dan D1, di Lampiran A2
Muat turun
3
Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam
Muat turun
4
Kesan Ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji Muat turun
5
Penambahbaikan Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam Muat turun
6 Pembayaran Imbuhan Tetap Perumahan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Disediakan Kemudahan Perumahan Yang Tidak Dianggap Sebagai Rumah Kerajaan Di Kawasan Pedalaman Muat turun
7 Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Muat turun
8 Panduan Pelaksanaan Kaedah Pergerakan Gaji Tahunan Bagi Pegawai Dalam Tempoh Percubaan Muat turun
9 Pertukaran Pelantikan Bagi Pegawai Kumpulan Sokongan Yang Ditempatkan Secara Kader Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Muat turun
10 Pelantikan Syarikat Bagi Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian Muat turun
11 Pindaan Kadar Elaun Luar Penghulu Muat turun
12 Pelaksanaan Aplikasi Psikologi: Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan Muat turun
13 Pengiktirafan Kelayakan Ijazah Sarjana Dan/Atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam Muat turun
14 Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam
Muat turun
15 Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, A36, A38
Muat turun
16 Kemudahan Cuti Bersalin Kepada Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (Contract Of Service) Muat turun
Artikel ini dikirim pada hari Sabtu, Januari 31st, 2009, 10:16 am dan difailkan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi artikel ini melalui suapan RSS 2.0.

Pekeliling Perkhidmatan Tahun 2009

Semua Pekeliling yang di senaraikan di bawah adalah dalam format PDF

Bagi yang tiada perisian Acrobat Reader, sila muatturun Acrobat Reader:
Adobe Reader
Bil Pekeliling Perkhidmatan Muat Turun
1
Tawaran Opsyen Semula Kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkenaan Pada Tahun 1977/1978.
Muat turun
2
Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Skim Cepat Kaya
Muat turun
3
Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat Dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib
Muat turun
4
Panduan Penggunaan Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih Bagi Mempertingkatkan Lagi Kualiti Penyampaian Perkhidmatan Awam
Muat turun
5 Skim Perkhidmatan Pembantu Laut Gred A17, A22, A26 Muat turun
6 Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah Dan Operator Mesin Prosesan Data Serta Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Muat turun
7 Penjumudan Skim Perkhidmatan Jaga Muat turun
8 Penggubalan Skim Perkhidmatan Pegawai Penyediaan Makanan Dan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tukang Masak Muat turun
9 Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Perubatan Dan Pembantu Farmasi Muat turun
10 Panduan Memanggil Balik Untuk Bertugas Semula Bagi Pegawai Yang Ditahan Kerja Akibat Prosiding Jenayah Muat turun
11 Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Teknik Dan Pembantu Teknik Landskap Muat turun
12 Perubahan Skim Perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator Dan Pembantu Muzium Muat turun
13 Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam Muat turun
14

15 Skim Perkhidmatan Penghulu Gred NP27, NP32, NP36, NP40 Muat turun
16 Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT27, NT32, NT36 Muat turun
17 Bantuan Khas Kewangan Tahun 2009 Muat turun
18 Dasar Dan Prosedur Mengikuti Kursus Pra Perkhidmatan Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat Muat turun
19 Bayaran Insentif Pentadbiran Hospital Muat turun
20 Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam Muat turun
21 Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Muat turun
22 Elaun Bahasa Asing Muat turun
23 Dasar Dan Prosedur Peletakan Jawatan Dan Pelepasan Dengan Izin Muat turun
24 Pemanjangan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2009 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Muat turun
25 Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis Dan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel Muat turun
26 Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Kaji Cuaca, Penolong Pegawai Kaji Cuaca Dan pembantu Kaji Cuaca Kepada Pegawai Meteorologi, Penolong Pegawai Meteorologi Dan Pembantu Meteorologi Muat turun
27 Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat Muat turun
28 Tanggungjawab Pegawai Awam Terhadap Penyampaian Perkhidmatan Awam Berdasarkan Tatakelakuan Pegawai Awam Muat turun
29 Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri Muat turun
30 Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Hasil Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Yang Dibiayai Oleh Kerajaan Muat turun
Artikel ini dikirim pada hari Sabtu, Januari 31st, 2009, 10:05 am dan difailkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi artikel ini melalui suapan RSS 2.0.

IMPLIKASI SURAT PEKELILING IKHTISAS KPM KE ATAS PELAKSANAAN SISTEM PENDIDIKAN DAN KUALITI PENDIDIKAN




Tujuan Pekeliling Ikhtisas
  • Garis panduan dan maklumat kepada warga pendidik melaksanakan tugas.
  • Memperjelaskan peraturan sedia ada berkaitan pengurusan kurikulum, aspek profesional lain berhubung pengurusan pendidikan dan keguruan.
  • Membantu pengurusan sekolah membuat keputusan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/69, 6/1985 dan 7/2001 Pakaian Guru di Sekolah.
  • Pakaian yang berpatutan - kemas, bersih dan sopan.
  • Rambut kemas
  • Perhiasan muka tidak melampau
  • Tidak boleh pakai jubah
  • Seluar panjang dan baju kemeja(tali leher digalakkan) atau baju melayu.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959
  • Guru Besar diberi kuasa mengenakan hukuman dera (Corporal Punishment) terhadap murid-murid lelaki dengan menggunakan rotan kecil atas tapak tangan atau punggung yang ada pakaian.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1974 : Keselamatan Dalam Makmal
  • Guru Besar diminta mengambil tindakan- tindakan tertentu supaya keselamatan murid di makmal terjamin.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977 :Tugas-tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah
  • Guru biasa boleh dipanggil bertugas dalam masa cuti penggal dengan syarat jumlah hari bertugas dalam masa cuti penggal itu tidak melebihi separuh (1/2) daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun.
  • Bagaimanapun Guru Besar hendaklah merancang dan menggunakan budi bicara/kebijaksanaan supaya tidak memanggil guru-guru di pertengahan cuti sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1977 : Pengelolaan Walkaton Di Sekolah-Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 7/1983)
  • Pengelolaan Walkaton adalah dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu, iaitu tidak di waktu persekolahan, mendapat persetujuan ibu bapa dan jaminan keselamatan murid.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1978: Pengajaran di Kelas-kelas Peperiksaan
  • Guru Besar hendaklah mengutamakan guru terlatih mengajar di kelas-kelas peperiksaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1978 : Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah
  • Latihan kawad kecemasan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam satu penggal persekolahan.
  • Notis-notis kebakaran hendaklah dipasang di beberapa tempat strategik.
  • Notis larangan merokok atau pintu kecemasan hendaklah dipamerkan dengan terang.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1978 : Hari Kelepasan Peristiwa. 326/62
  • Sekolah dibenarkan mengambil hari kelepasan peristiwa tidak lebih dari 4 hari dalam mana-mana satu tahun.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 : Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru
  • Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1983 : Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 7/1977)
  • Guru Besar diminta mematuhi garis panduan ini.
  • Murid-murid berumur 16 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan terlibat dalam pungutan derma.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 :Perhimpunan Sekolah (Hendaklah dibaca bersama Bil. 4/ 1984 (Tambahan)
  • Guru Besar hendaklah akur dengan masa dan aturcara perhimpunan.
  • Sekolah tidak dibenar menggunakan perhimpunan sebagai tempat untuk menjalankan hukuman kepada murid, mencaci atau memalukan murid.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1985 :Logo/Lencana dan Lagu Sekolah
  • Sekolah boleh mengadakan Lencana/Logo dan lagu sekolahnya.
  • Bagaimanapun kelulusan daripada Pendaftar Sekolah hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Logo/Lencana dan Lagu Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1985 : Siaran Maklumat Untuk media Massa
  • Guru Besar/Pengetua/Guru/Kakitangan Sekolah tidak boleh membuat sebarang kenyataan/penjelasan atau ulasan melalui akhbar atau media massa mengenai dasar, peraturan pentadbiran, pelaksanaan dan rancangan masa depan Kementerian/ Sekolah/Pendidikan Negara

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2001 :Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Di Sekolah
  • Tujuan PIBG ditubuhkan ialah untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru sekolah.
  • PIBG tidak dibenarkan mempengaruhi dan menggugat sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat.
  • PIBG tidak boleh jadi jentera untuk menyelesaikan pertikaian antara persatuan dengan pihak sekolah.


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 :Panitia Mata Pelajaran
  • Pihak sekolah dikehendaki menubuhkan panitia mata pelajaran dan menjalankan aktiviti-aktivitinya.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 :Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran Oleh Guru Besar/Pengetua
  • Guru Besar/Pengetua diperingatkan supaya menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1988: Panduan Tajaan Oleh Syarikat/Badan Perniagaan Di Sekolah
  • Setiap tajaan perlu mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri.
  • Setiap penajaan hendaklah dikenalpasti supaya tidak bercanggah dengan matlamat pendidikan negara dan dasar kerajaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988 :Penyertaan Pelajar Dalam Persatuan Sukan Luar
  • Hendaklah mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri terlebih dahulu.
  • Hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 : Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
  • Sekolah hendaklah sensitif dengan keselamatan pelajar.
  • Garis panduan keselamatan pelajar hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Keselamatan pelajar adalah tanggungjawab sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1988 : Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah
  • Guru Besar TIDAK BOLEH memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat untuk membuat jualan terus/ promosi/ demostrasi/pameran barang-barang.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1988 : Pendaftaran Murid/Pelajar Baru dan Hari Pertama Persekolahan (Hendaklah dibaca bersama dengan Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1989 dan 10/1998)
  • Pendaftaran murid baru hendaklah dibuat sehari sebelum sekolah dibuka.
  • Hari pertama persekolahan hendaklah berjalan seperti hari biasa yang lengkap dengan pengajaran dan pembelajaran.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 15/1988 : (Penyenggaraan dan Keceriaan Sekolah) (Hendaklah dibaca bersama Bil. 5/1988
  • Tindakan boleh dikenakan ke atas Guru Besar / Pengetua jika terus mengabaikan tanggungjawab penyenggaraan dan keceriaan sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989: Kutipan Yuran PIBG
  • Sekolah tidak dibenarkan memungut yuran PIBG atau yuran tahunan PIBG.

Surat Pekeliling Ikhtisas bil 5/1999: Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti Kerajaan
  • Semua staf dilarang melibatkan diri dalam kegiatan politik anti-kerajaan
  • Sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah (Govt. of the day)
  • Kegiatan berunsur politik dilarang di kawasan sekolah spt mempengaruhi pemikiran murid dengan politik anti-kerajaan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1991 : Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah
  • Penggunaan buku kerja di sekolah rendah dibenarkan untuk mata pelajaran
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bagaimanapun penggunaannya hendaklah di luar waktu mengajar.
  • Bil / 2000 (termasuk Sains) dan (hanya tahap 2 sahaja)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/1991 : Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah (KP.BT. 8772/1990/SP/(22)5 Januari 1990
  • Guru tidak dibenar menggunakan buku kerja semasa waktu mengajar dalam kelas.
  • Buku kerja tidak boleh disenaraikan dalam senarai buku-buku yang perlu dibeli oleh murid.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 : Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum
  • Pada setiap masa keselamatan murid hendaklah menjadi pertimbangan utama
  • Tugas guru tentang keselamatan murid hendaklah diperjelaskan.
  • Keselamatan murid adalah tanggungjawab sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1995 : (Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Pelajar)
  • Guru Besar hendaklah membaca dengan teliti tentang proses membuat tuntutan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997 : Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
  • Guru Besar hendaklah mengambil tindakan seperti yang ditetapkan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000: Menangani Masalah Keselamatan, Dadah dan Gengster
  • Guru Besar/Pengetua hendaklah mengambil langkah-langkah yang proaktif supaya sekolah bebas dari insiden yang tidak diingini spt murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dengan dadah, kegiatan gengster atau triad society .

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000: Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid Sekolah
  • Sekolah perlu membanteras salah laku disiplin diperingkat awal dan tidak tunggu sehingga keadaan menjadi serius
  • Semua kes salah laku murid tidak dirahsiakan untuk menjaga kredibiliti Guru Besar/Pengetua atau imej dan reputasi sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 20/1998 : Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam
  • Guru Besar/Pengetua hendaklah dengan segera mengambil tindakan ke atas apa-apa pengaduan awam.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 23/1998 : Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam
  • Guru Besar/Pengetua tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambil peperiksaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 : Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah mata pelajaran yang wajib diajar mengikut peruntukaan Akta Pendidikan 1996.

Surat Pekeliling KPPM/5:22 Jun 1998 :
Guru Besar/Pengetua dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu.
  • PK dan Penyelia Petang diperlukan mengajar sekurang-kurang 12 waktu seminggu dan bantu GB
  • Guru Perpustakaan, S/U Sukan dan Guru Media hendaklah mengajar 18 waktu seminggu dan jalan tugas yang ditetapkan
  • Guru Panduan diperlukan mengajar 12 waktu seminggu dan menjalankan kerja-kerja panduan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1999 : Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah
  • Jika sekolah ingin menggunakan khidmat pakar motivasi dari luar, kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 : Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
       Mengandungi :
          1. Rancangan Pelajaran Tahunan
          2. Rancangan Pelajaran Harian
       Objektif
         - Bagaimanakah cara untuk mencapai objektif
         - Sejauh manakah objektif itu tercapai


Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 Penggunaan Budi Bicara ketika Mengambil Tindakan.
  • Pertimbangan dan perhatian diperlukan semasa membuat keputusan.
  • Bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan.
  • Perundingan dengan hemah, berdiplomasi dalam suasana harmonis.

IMPLIKASINYA TERHADAP SISTEM DAN KUALITI PENDIDIKAN
  • Memudahkan melaksanakan tugas harian
  • Memudahkan membuat keputusan
  • Memudahkan membuat perancangan
  • Membantu pengurusan menjadi cekap dan berkesan
  • Menyumbang ke arah pendidikan berkualiti bertaraf dunia.