Memaparkan catatan dengan label TIP PELAJAR CEMERLANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIP PELAJAR CEMERLANG. Papar semua catatan

Ahad, 19 April 2015

ANTARA AKHLAK PELAJAR TERHADAP GURU

1. CINTA DAN KASIH 
  • Ada perasaan cinta dan kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik mereka, sekalipun sedikit sahaja ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu. 
  • Cinta dan kasih kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru adalah mulia di sisi Allah s.w.t.
 2. JAUHI RASA CURIGA 
  • Tidak wajar seorang murid menaruh perasaan curiga terhadap seorang guru, apalagi merasa benci dan marah terhadap sesuatu tindakan mereka, mungkin tujuan atau objektif dari tindakan guru belum difahami murid. 
  • Oleh itu jauhi perasaan benci kepada guru, kerana ia akan merugikan diri sendiri.
3. BERHUBUNG BAIK
  • Seorang pelajar hendaklah mempunyai hubungan baik dengan guru, bukan sahaja di sekolah , malah di luar sekolah. 
4. MENGHORMATI 
  • Pelajar yang menghormati guru sentiasa mengucapkan salam, serta mempamirkan air muka yang gembira dan ceria ketika bertemu danm bersua dengan guru mereka. 
5. MENGGUNAKAN SUARA PERLAHAN 
  • Semasa bercakap dengan guru, gunakanlah suara yang perlahan dan kurang bercakap.
  • Jangan gunakan suara yang nyaring melebihi suara guru mengakibatkan guru merasa tercabar dan dengan tindakan pewlajar. 
  • Ini mencerminkan sikap pelajar yang kurang sopan di hadapan guru. 
6. DIAM SERTA MEMAHAMI 
  • Semasa guru sedang bercakap, mengajar di dalam kelas, pelajar sewajarnya diam serta memahami apa yang disampaikan oleh guru. 
  • Hendaklah belajar dengan penuh minat dan tekun, Pelajar boleh bertanya sekiranya tidak memhami dan ada kemusykilan. 
7. BERTANYA 
  • Janganlah bertanya kepada guru yang sedang bercakap atau sedang mengajar, kecuali ada arahan daripada guru meminta pelajar bertanya tentang kemusykilan di akhir pembelajaran. 
8. MENGGUNAKAN PENGAJARAN 
  • Sebelum bertanya kepada guru. Pelajar hendaklah menggunakan sesuatu isyarat seperti mengangkat tangan terlabih dahulu.serta meminta izin untuk bertanya. 
9. MENGIKUT PENGAAN 
  • Pelajar mesti mengikuti sesi pembelajaran dari awal hingga akhir, kecuali ada sebab dan halangan pada masa tersebut , hendaklah berada dalam keadaan tenang suasana yang harmoni ketika berada dalam kelas dihadapan guru. 
  • Pelajar yang baik sentiasa mengelakkan diri dari ponteng kelas. 
  • Pelajar yang perihatin sentiasa ambil ingatan dengan menulis atau mencatat apa-apa pendapat atau pengajaran guru di dalam buku. 
11. MEMINTA KEIZINAN 
  • Jika hendak keluar kelas hendaklah meminta keizinan dari guru terlebih dahulu, 
12. BERTERIMA KASIH' 
  • Pelajar yang menghargai guru sentiasa tidak lupa untuk ber terima kasih kepada guru sesudah guru memberi pengajaran atau mengajar dan turut mendoakan mereka. 
  • Ini bertujuan memohon keberkatan ilmu yang disampaikan guru masa pembelajaran. "berterima kasih memohon keberkatan ilmu" 
13. MERENDAH DIRI 
  • Pelajar cemerlang selalu merendahkan diri dan tidak memanggil guru dengan namanya, tetapi menggunakan kata-kata dengan panggilan yang sesuai seperti cikgu, ustaz, ustazah , tuan guru dan sebagainya. 
14. MEMBANTU GURU 
  • Membantu guru dengan ikhlas 
15. MENGUNJUNGI GURU 
  • Elok mengunjungi guru pada hari raya, dan pada hari sambutan tertentu, begitu juga di kala waktu guru itu sakit. 
  • Pohonkanlah kemaafan dan nasihat mereka ketika berkunjung. 
16. MENGENANG JASA GURU 
  • Pelajar yang baik selalu mengenang jasa guru yang telah mencurahkan ilmu dan membimbing pelajar dengan penuh didikasi tanpa mengira penat dan lelah . 
17. MENYAMPAIKAN BERITA KEJAYAAN KEPADA GURU 

18. JANGAN MENYAKITI PERASAAN GURU 

19. BERTEGUR SAPA 

20. MENDOAKAN GURU 

21. MENCONTOHI AKHLAK YANG BAIK 
  • Contohilah akhlak yang baik terutama guru dan para ulama rabbani (ilmuwan yang patuh pada hukum Allah s.w.t dan rasul-Nya. melebihi diri mereka sendiri.
(rujukan:Akhlak pelajar cemerlang- Hasnan Kasan)

ANTARA AKHLAK PELAJAR TERHADAP GURU 1. CINTA DAN KASIH Ada perasaan cinta dan kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik mereka, sekalipun sedikit sahaja ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu. Cinta dan kasih kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru adalah mulia di sisi Allah s.w.t. 2. JAUHI RASA CURIGA Tidak wajar seorang murid menaruh perasaan curiga terhadap seorang guru, apalagi merasa benci dan marah terhadap sesuatu tindakan mereka, mungkin tujuan atau objektif dari tindakan guru belum difahami murid. Oleh itu jauhi perasaan benci kepada guru, kerana ia akan merugikan diri sendiri. 3. BERHUBUNG BAIK Seorang pelajar hendaklah mempunyai hubungan baik dengan guru, bukan sahaja di sekolah , malah di luar sekolah. 4. MENGHORMATI Pelajar yang menghormati guru sentiasa mengucapkan salam, serta mempamirkan air muka yang gembira dan ceria ketika bertemu danm bersua dengan guru mereka. 5. MENGGUNAKAN SUARA PERLAHAN Semasa bercakap dengan guru, gunakanlah suara yang perlahan dan kurang bercakap. Jangan gunakan suara yang nyaring melebihi suara guru mengakibatkan guru merasa tercabar dan dengan tindakan pewlajar. Ini mencerminkan sikap pelajar yang kurangsopan di hadapan guru. 6. DIAM SERTA MEMAHAMI Semasa guru sedang bercakap, mengajar di dalam ke;las, pelajar sewajarnya diam serta memahami apa yang disampaikan oleh guru. Hendaklah belajar dengan penuh minat dan tekun, Pelajar boleh bertanya sekiranya tidak memhami dan ada kemusykilan. 7. BERTANYA Janganlah bertanya kepada guru yang sedang bercakap atau sedang mengajar, kecuali ada arahan daripada guru meminta pelajar bertanya tentang kemusykilan di akhir pembelajaran. 8. MENGGUNAKAN PENGAJARAN Sebelum bertanya kepada guru. Pelajar hendaklah menggunakan sesuatu isyarat seperti mengangkat tangan terlabih dahulu.serta meminta izin untuk bertanya. 9. MENGIKUT PENGAJARAN Pelajar mesti mengikuti sesi pembelajaran dari awal hingga akhir, kecuali ada sebab dan halangan pada masa tersebut , hendaklah berada dalam keadaan tenang suasana yang harmoni ketika berada dalam kelas dihadapan guru. Pelajar yang baik sentiasa mengelakkan diri dari ponteng kelas. 10. MENGAMBIL INGATAN Pelajar yang perihatin sentiasa ambil ingatan dengan menulis atau mencatat apa-apa pendapat atau pengajaran guru di dalam buku. 11. MEMINTA KEIZINAN Jika hendak keluar kelas hendaklah meminta keizinan dari guru terlebih dahulu, 12. BERTERIMA KASIH' Pelajar yang menghargai guru sentiasa tidak lupa untuk ber terima kasih kepada guru sesudah guru memberi pengajaran atau mengajar dan turut mendoakan mereka. Ini bertujuan memohon keberkatan ilmu yang disampaikan guru masa pembelajaran. "berterima kasih memohon keberkatan ilmu" 13. MERENDAH DIRI Pelajar cemerlang selalu merendahkan diri dan tidak memanggil guru dengan namanya, tetapi menggunakan kata-kata dengan panggilan yang sesuai seperti cikgu, ustaz, ustazah , tuan guru dan sebagainya. 14. MEMBANTU GURU Membantu guru dengan ikhlas 15. MENGUNJUNGI GURU Elok mengunjungi guru pada hari raya, dan pada hari sambutan tertentu, begitu juga di kala waktu guru itu sakit. Pohonkanlah kemaafan dan nasihat mereka ketika berkunjung. 16. MENGENANG JASA GURU Pelajar yang baik selalu mengenang jasa guru yang telah mencurahkan ilmu dan membimbing pelajar dengan penuh didikasi tanpa mengira penat dan lelah . 17. MENYAMPAIKAN BERITA KEJAYAAN KEPADA GURU 18. JANGAN MENYAKITI PERASAAN GURU 19. BERTEGUR SAPA 20. MENDOAKAN GURU 21. MENCONTOHI AKHLAK YANG BAIK Contohilah akhlak yang baik terutama guru dan para ulama rabbani(ilmuwan yang patuh pada hukum Allah s.w.t dan rasul-Nya. melebihi diri mereka sendiri. (rujukan:Akhlak pelajar cemerlang- Hasnan Kasan)

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

CIRI CIRI SEORANG PELAJAR CEMERLANG

mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul
  • Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kira ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.
  • Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. 
  • Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. 
  • Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. 
  • Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul
sentiasa mengikut ajaran agama
  • Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. 
  • Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. 
  • Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. 
  • Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya
  • sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. 
  • Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. 
  • Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. 
  • Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. 
  • Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar
  • perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. 
  • Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. 
  • Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. 
  • Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. 
  • Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
mempunyai wawasan hidup
  • wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. 
  • Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. 
  • Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. 
  • Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. 
  • Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. 
  • Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang
sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
  • melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. 
  • Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. 
  • Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. 
  • Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.

E-BOOKS : RESEPI KEJAYAAN UNTUK PELAJAR

  1. RESEPI KEJAYAAN UNTUK PELAJAR (SIMPLE, BEKESAN DAN EFISIEN)
  2. TEKNIK MENJADI PELAJAR CEMERLANG 
  3. AKSARA KASIH : UNTUK PELAJAR
  4. TIP PELAJAR CEMERLANG 
  5. MEMBENTUK JATI DIRI REMAJA 
  6. SELUHUR BUDI GURU 
  7. KITAB ADAB-ADAB BELAJAR 

Sabtu, 2 Mac 2013

12 amalan harian murid cemerlang

 TERDAPAT beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut:

1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah' dengannya

Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan.

2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti

Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri.

Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur.

3. Bertekad dan sabar

Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.

4. Pengurusan masa

Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan.

5. Istiqamah dengan jadual harian

Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.

6. Tidak mudah kecewa

Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu.

7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain

Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

8. Berdoa

Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.

9. Mementingkan kesenangan jangka panjang

Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup.

10. Memikirkan pengorbanan keluarga

Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan.

11. Mencari rakan berdisiplin

Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri.

12. Sedikit tetapi berterusan

Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti.