eG tukar Guru : Selain daripada masalah
SPPBS,
kalangan guru juga menghadapi masalah di mana permohonan untuk tukar
tempat mengajar kerap kali ditolak. Ada yang masih boleh terus menunggu
dan ada juga yang sangat mengharpkan permohonan mereka untuk tukar
diterima atas alasan-alasan yang tertentu.
Masalah permohonan pertukaran akan bertambah rumit apabila ia membabitkan negeri-negeri Pantai Timur yang menjadi
tumpuan kalangan guru-guru untuk berpindah
seperti di Kelantan, Terengganu & Kedah juga pun boleh tahan banyak
permohonan untuk bertukar melalui platform perkhidmatan
eg Tukar
guru Online ini serta tidak lupa juga di Selangor. Jadi, mana-mana
kalangan guru-guru yang berasal negeri-negeri tersebut perlu menunggu
dan terus menunggu gilirannya kadang-kadang sehingga bertahun-tahun
lamanya, apatah lagi jika nisbah guru yang memohon untuk keluar masuk
sangatlah tidak seimbang.
KLIK SINI UNTUK SISTEM EG-TUKAR : http://apps.moe.gov.my/epgo/
Kami percaya bukanlah tugas yang mudah,
lebih-lebih lagi ia melibatkan aspek sumber manusia seperti tukar guru
ini. Jadi guru yang
benar-benar layak sahaja diutamakan dalam permohonan pertukaran
eG Tukar
ini. Tetapi apabila bercakap soal realiti yang berlaku hari ini,
apabila permohonan tukar guru sangatlah tinggi tetapi malangnya
kekosongan yang ada sangat terhad menyebabkan ramai kalangan guru-guru
yang dilihat
“benar-benar layak & berhak untuk mendapat pertukaran tempat mengajar” diketepikan & ditolak permohonan eG Tukar.
Oleh sebab itulah, Tan Sri Muhyiddin Yaasin memerlukan bantuan anda….
eG tukar : Yang Mahu Balik ke Kelantan Sahaja Seramai 2,898 orang
KOTA BHARU – Permohonan yang terlalu
banyak untuk berpindah daripada guru-guru menghalang Kementerian
Pelajaran menyelesaikan perkara itu dalam masa singkat. Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun perhatian
sewajarnya sentiasa memberikan terhadap permohonan dikemukakan guru-guru
yang datang dari seluruh negara itu.
“Tahun ini sahaja, sebanyak 20,000
permohonan untuk berpindah diterima daripada guru- guru di seluruh
negara, namun tidak semuanya dapat dipenuhi. “Masalah paling ketara kita
hadapi adalah pemahaman mengenai pertukaran guru, daripada jumlah
permohonan diterima, yang mahu balik ke Kelantan sahaja seramai 2,898
orang,” katanya ketika berucap pada impunan Guru Muda 1Malaysia di
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Enggang di sini, semalam.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran
berkata, salah satu cadangan dipertimbangkan oleh kementerian itu adalah
menghantar guru-guru yang baru menamatkan latihan kembali ke negeri
asal masing-masing.
“Tolong nasihatkan saya, apa yang harus
dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini, kerana setiap tahun antara
10,000 sehingga 20,000 permohonan berpindah diterima, dan ia bukan
sahaja untuk balik ke Kelantan, malah orang Johor hendak ke Johor, orang
Sabah dan Sarawak bertanya kenapa mereka dihantar ke Semenanjung,”
katanya.