Doa Sebelum Peperiksaan .
Keluar Rumah ke sekolah ~ anda dikehendaki membaca doa keluar rumah
Doa ketika keluar dari rumah
Maksudnya :
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".
Dalam perjalanan ke sekolah , anda bacalah Basmallah sebanyak 100 kali sehingga sampai di muka pintu depan peperiksaan..
Mulakan setiap usaha dengan Basmallah |
بسم الله الر حمن الر حيم |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
Sebelum melangkah masuk kaki kanan ke dewan , anda dikehendaki membaca doa sebelum masuk
Selepas membaca doa , masuklah ke dewan peperiksaan dengan melangkah kaki kanan dan terus menuju ke tempat duduk anda.
Semasa menerima kertas soalan dan sebelum menjawab , anda berdoa kepadaNya semoga dapatkan terangkan hati ketika menjawab
Doa ketika menerima kertas peperiksaan |
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي. |
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.” |
Doa Nabi Musa a.s. |
Dan ketika sedang menjawab tetiba hilang atau lupa apa yang di baca atau dihafal maka minta panduan dari Illahi dengan menbaca
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ |
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa, |
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa. |
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa - |
Apabila sukar menjawab soalan , minta panduan dari dengan berdoa
atau
ROBBI YASSIR WALA TUASSIR ,
Maksud : " Wahai Tuhanku , permudahkan akan diriku dan jangan beri kepayahan pada diriku "
Setelah selesai menjawab , ungkaplah alhamdulillah ,semoga dengan jawapan yang diberikan itu semuanya benar dan sohih.
atau
Selamat menjawab !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan