Sabtu, 23 Mac 2013

Analisis Keputusan SPM 2012


Seramai 15,793 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, jumlah itu melibatkan seramai 13,721 calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 2,072 calon sekolah bukan di bawah kementerian.
“Di samping itu, seramai 481 calon iaitu 438 calon sekolah kementerian dan 43 calon sekolah bukan kementerian telah berjaya memperolehi gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2012 di Putrajaya hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan