Selasa, 12 Februari 2013

9 jenis IBLIS


Jenis-jenis iblis yang dirantai ketika ramadhan

Mereka inilah adalah jenis-jenis syaitan yang dirantai di bulan puasa dan dicampakkan ke dalam lubang yang paling dalam dan gelap di laut. Mereka ibarat kerabat diraja Iblis yang berdarah tulen dan mempunyai kedudukan hirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan Iblis.
1. Lakhuus
Menyesatkan akidah manusia dengan menyembah api, batu berhala, bintang dan lain2.

2. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

3. Daasim
Merosakkan rumah tangga manusia dan menggoda ke arah zina dan maksiat.

4. Masuud
Membinasakan manusia melalui kata2 fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja dosa yg muncul dari lidah dan mulut.

5. Murrah
Melalaikan manusia dari mengingati Allah dengan muzik, hiburan,gossip dan segala benda yang melalaikan.

6. Haffaf
Menggoda manusia meminum arak / khamr dan benda memabukkan.

7. A’awan
Ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.

8. Wathiin
Mendorong manusia berpra-sangka buruk dan putus asa terhadap Allah.

9. Zalituun
Menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.
Mereka diberi umur yang panjang sehingga akhirat dan di bawah mereka ada askar2 jin dan syaitan yang bertugas untuk menyesatkan manusia.Bila mereka dirantai, anak buahnya masih lagi bebas di bulan puasa tetapi hilang arah tuju seketika kerana tiada sesiapa yang menjadi ketua. Ibarat askar yang tiada jeneral, mereka lebih lemah dan kurang upaya mengganggu manusia berbanding sebelum jeneral2 mereka diatas ada di atas bumi..

Tiada ulasan:

Catat Komen