Kesultanan ini ini bermula bila seorang peranakan Arab Johor datang membuka pemerintahan selepas mengahwini seorang puteri tempatan atau ‘dayang’ di Sulu.Namanya Syed Abu Bakar Abirin.
Kesultanan Sulu
Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke timur Sabah.
Sejarah
Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau[1] meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini. Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu.[2]Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo. Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei memberikan Timur Sabah kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Kesultanan Diraja Sulu Dar al-Salam کسلطانن سولو دار الإسلام |
||||
|
||||
Bendera |
||||
Ibu negara | Jolo | |||
Bahasa | Bahasa Arab (rasmi), Bahasa Tausug, Bahasa Malaysia, Banguingui, Bahasa Bajau | |||
Agama | Islam | |||
Kerajaan | Monarki | |||
Sultan | ||||
- 1457–1480 | Sharif ul-Hashim of Sulu | |||
- 1480-1505 | Sultan Kamalud-Din | |||
- 1505-1527 | Sultan Amirul-Umara | |||
- 1884–1899 | Jamal ul-Kiram I | |||
Sejarah | ||||
- Diasaskan | 1457 | |||
- Dibubarkan | 1917 | |||
Kini sebahagian daripada | Indonesia Malaysia Filipina |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan