Ketika
Syaaban, Saidatina Aisyah r.a. menyatakan Rasulullah SAW banyak
berpuasa dan memperbanyakkan amal kebajikan dan ibadat kerana dalam
bulan Syaaban adalah sebagai latihan melawan nafsu untuk menuju kepada
ujian yang lebih besar iaitu bulan Ramadan.
Berikut ana catatkan ringkasan
amalan-amalan dan puasa sunat yang boleh dilakukan dalam bulan Syaaban.
Sesamalah kita sedaya upaya cuba mengamalkannya..
.
Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban
.
Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:- Berpuasa sunat.
- Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
- Perbanyakkan amalan takwa.
- Solat lima waktu secara berjemaah.
- Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
- Melakukan amal kebajikan.
- Memohon keampunan ibu bapa.
- Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
- Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
- Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
- Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
- Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.
.
.
Puasa Syaaban Dan Fadilatnya
.
Nabi Muhammad SAW ditanya oleh Usamah bin Zaid mengapa Rasulullah SAW melebihkan berpuasa pada Syaaban.
Baginda SAW menjawab dengan sabdanya: “Bahawa
Syaaban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada
Syaaban semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat
suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat oleh An-Nasa’i dan Ahmad.)
.
Berpuasa dalam bulan Syaaban selain
menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan di bulan
Ramadan, ia juga mempunyai kelebihan, antaranya:
.
1. Berpuasa sehari.
a. Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b. Dimasuk syurga
c. Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d. Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s, dan Nabi Daud a.s.
.
2. Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a. Mendapat pahala 70 orang nabi,
b. Seperti orang beribadah 70 tahun .
c. Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.
.
3. Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa.
a. Di ampunkan oleh Allah.
b. Diberkatikan rezeki.
c. Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.
.
4. Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a. Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b. Akan dimasukkan ke dalam syurga.
.
5. Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT
.
6. Berpuasa sebulan.
a. Dimudahkan Allah akan saat mati,
b. Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c. Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d. Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e. Diwajibkan masuk ke syurga.
.
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan
Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan
inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan
pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan
amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana
keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredaan Allah SWT.
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Artikel Berkaitan:
.
- Sejarah Bulan Syaaban Dan Amalannya (Klik Di Sini)
- Keagungan Dan Amalan Malam Nisfu Syaaban (Klik Di Sini)
- Qiamullail Dan Amalan Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban (Klik Di Sini)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Tiada ulasan:
Catat Ulasan