Jumaat, 14 November 2014

Cuti Sekolah 2015 Kalendar Takwim Penggal Persekolahan


lawak cuti sekolah
Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2015
MYsumber yakin pastinya guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2015 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian
Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi tertentu di dalam atau luar negara

Manfaatkan Cuti Sekolah
Bagi Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk anak-anak di musim cuti sekolah tahun 2015, MYsumber cadangkan bawa anak anda ke pusat penyelidikan atau konservasi berkaitan alam sekitar atau pertanian
Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan hutan mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan untuk simpanan peribadi
Dengan pendedahan tersebut secara tidak langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu memulihara alam sekitar dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna

CUTI SEKOLAH 2015 KALENDAR TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN MALAYSIA
Berikut MYsumber sertakan lampiran perincian takwim persekolahan sesi 2014 di seluruh negeri. Menurut lampiran yang dikeluarkan, perincian ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu


cuti sekolah 2015
Kumpulan A : Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Cuti Pertengahan Penggal 113 Mac hingga 21 Mac
Cuti Pertengahan Tahun29 Mei hingga 13 Jun
Cuti Pertengahan Penggal 218 September hingga 26 September
Cuti Akhir tahun20 November hingga 2 Januari 2016
Jumlah Hari Cuti Penggal : 85
cuti sekolah malaysia 2015
Kumpulan B : Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Cuti Pertengahan Penggal 114 Mac hingga 22 Mac
Cuti Pertengahan Tahun30 Mei hingga 14 Jun
Cuti Pertengahan Penggal 219 September hingga 27 September
Cuti Akhir tahun21 November hingga 3 Januari 2016
Jumlah Hari Cuti Penggal : 85
INFO – Panduan Percutian
Bincang destinasi pilihan bersama ahli keluarga
Pilih pakaian sesuai dan mencukupi
Rujuk cuaca tempatan sekiranya bercuti di negara empat musim
Bawa bekalan perubatan mencukupi
Kamera penting untuk merakam perjalanan anda
Sekiranya perlu, bawa buku catatan
Simpan semua resit pembelian dan tiket percutian
Jangan bawa barang yang menyalahi undang-undang seperti benda tajam dan peralatan lain yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang sekeliling
Minum banyak air bagi menjamin kesihatan yang baik
Sebaik-baiknya gunakan kasut yang boleh menutup kaki anda daripada habuk dan debu ketika melancong atau bercuti

Tiada ulasan:

Catat Komen