Sabtu, 21 Oktober 2017


BAHAGIAN A

contoh soalan
Jelaskan peranan utama bahagian fungsian ICT dalam sesebuah organisasi perniagaan.                                                                                      [ 6 markah]

jawapan
Peranan bahagian fungsian  ICT adalah seperti yang berikut:
1.    memastikan keselamatan sistem pada setiap masa
2.    sentiasa memantau untuk  memastikan bahawa hanya     pengguna yang dibenarkan sahaja mengakses  sistem
3.    mewujudkan dan mengendalikan sistem simpanan bagi data kritikal dalam keadaan kecemasan
4.    membantu dan melatih staf menyelesaikan masalah penggunaan perisian baharu
5.    memantau dan mensyorkan kepada pihak pengurusan  sistem  dan perisian terkini mengikut perkembangan dan pemakaian semasa yang dapat  membantu operasi  perniagaan;
6. membantu pengguna dalam organisasi berhadapan dengan asalah dan aplikasi komputer.

BAHAGIAN B

CONTOH SOALAN 

Maklumat di bawah ini berkaitan  dengan Encik Osman.

Encik Osman adalah seorang bekas guru. Selepas bersara, beliau memulakan restoran kerana minat dalam bidang memasak.  Sejak membuka restoran dua tahun  yang lepas, beliau  telah  mengalami kerugian hampir RM100 000. Beliau gagal menarik pelanggan untuk berkunjung ke restorannya kerana persaingan daripada beberapa restoran berdekatan. Beliau tidak bijak melatih pekerja dari segi kekemasan dan cara melayan pelanggan. Malah, beliau kurang arif dari segi kewangan dan penyimpanan 

a. Nyatakan bentuk perniagaan yang dicadangkan oleh isteri Encik Osman. [1 markah]
b. Pendapat pendapat  anda, patutkah Encik Osman menerima cadangan isterinya?  [ 6 markah]

JAWAPAN

Jawapan
(a)
Bentuk perniagaan ialah - Francais
1
Jawapan
(b)
·         Ya  -  Encik Osman menerima cadangan isterinya
·         memulakan perniagaan   francais - menikmati kelebihan  seperti  memiliki  dan menjalankan  perniagaan yang sistematik
·         francaisor melatih francaisi - cara-cara menguruskan perniagaan dengan sistematik
·         contohnya  cara  menyediakan  rekod kewangan
·         jenama D'Best Satay sudah terkenal
·         Encik  Osman  tidak  perlu  bersaing dengan restoran  lain untuk mendapatkan pelanggan 
·         Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan
·         francaisor   akan   membantu    Encik Osman melatih pekerjanya 
1
1

1

1
1
1

1
1
Maks: 8m




Tiada ulasan:

Catat Ulasan