Sabtu, 21 Oktober 2017

CONTOH : SOALAN KAJIAN KES (BAHAGIAN C) MP PERNIAGAAN 3766/2

CONTOH 1: BAHAGIAN C (20 MARKAH)

Arahan: Soalan wajib, Sila baca kes dengan teliti dan jawab semua soalan


Rubberex PLC, United Kingdom merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan sarung tangan getah khas yang digunakan dalam bidang perubatan sejak 2005. Keluaran syarikat dianggap paling bermutu di dunia dan dijual pada harga yang mahal berbanding dengan keluaran para pesaing lain. Kejayaan syarikat menghasilkan sarung tangan bermutu tinggi disumbangkan oleh bahagian penyelidikan dan pembangunan (R & D) yang sentiasa melaksanakan penyelidikan untuk mencari kaedah baharu untuk meningkatkan mutu hasil keluaran. Justeru , hasil jualan dan keuntungan syarikat terus meningkat dari tahun ke tahun.Selain peranan bahagian R & D, kejayaan syarikat juga disumbangkan oleh tenaga pekerjanya yang mahir dan pakar.
Syarikat sentiasa menyediakan pelbagai latihan dalaman dan luaran untuk meningkatkan kemahiran pekerja. Pihak pengurusan juga menjalin hubungan yang baik dengan pekerja. Pekerja diberikan kebebasan untuk meluahkan idea dan pandangan masing-masing. Hal ini merupakan salah satu sebab pekerja sentiasa bermotivasi tinggi dan cuba untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Selain menggunakan pekerja dalam syarikat, syarikat mengambil pekerja baharu yang berpengalaman dari luar negara yang membawa idea baharu. Hal ini telah membantu syarikat meningkatkan daya pengeluaran.
Beberapa tahun belakangan ini, kemelesetan ekonomi dunia telah menyebabkan para pelanggan syarikat mengambillangkah mengurangkan kos perbelanjaan perniagaan. Mereka mula mengurangkan pembelian produk syarikat dan mengalihkan tempahan kepada pengeluar lain yang menjual pada harga yang lebih murah. Jualan dan keuntungan syarikat mula merosot mulai tahun 2010. Hal ini menyebabkan syarikat mengambil keputusan bagi mencari jalan untuk mengeluarkan produk pada kos yang lebih rendah tanpa menjejaskan mutu agar dapat menjual hasil keluaran pada harga yang lebih kompetitif.
Syarikat Rubberex PLC, UK telah menghubungi sebuah syarikat tempatan Malaysia, iaitu Syarikat Supermaks Berhad, sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai jenis sarung tangan getah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa Pada tahun 2011, kedua-dua syarikat bersetuju untuk memperbadankan satu syarikat baharu yang dikenal sebagai Superglove Sendirian Berhad dengan pejabat dan kilang di Kawasan Perindustrian Temerloh, Pahang.
Syarikat Supermaks Berhad mengeluarkan modal untuk membina kilang, menyediakan tenaga kerja, dan mendapatkan bahan mentah. Sementara itu, Syarikat Rubberex PLC, UK akan menyumbangkan teknologi dan tenaga pakar dalam proses pengeluaran serta penyelidikan dan pembangunan. Untung atau rugi dikongsi pada kadar nisbah 54 : 49 antara Syarikat Supermaks Berhad dan Rubberex PLC, UK masing-masing. Superglove Sendirian Berhad telah berkembang maju dalam masa beberapa tahun penubuhannya . Pada masa ini, syarikat mempunyai bilangan pekerja tetap seramai 250 orang. Pada tahun 2016, nilai jualan syarikat adalah sebanyak RM150 juta.



Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
(a)  Jelaskan tiga faktor dalaman perniagaan yang membawa kepada kejayaan Rubberex PLC, UK.[7 markah]
(b)  Terangkan satu faktor luaran perniagaan yang menyebabkan jualan  dan keuntungan Rubberex PLC, UK merosot mulai tahun 2010. [3 markah]
(c)  i.    Nyatakan  bentuk  usaha  niaga  antara  Syarikat  Rubberex  PLC,  UK  dan  Syarikat
      Supermaks Berhad melalui penubuhan Syarikat Superglove Sendirian Berhad .  [1 markah]
ii.  Terangkan tiga kelebihan usaha niaga ini kepada Syarikat Rubberex PLC, UK.      
[6 markah]

(d)  Jelaskan saiz perniagaan Syarikat Superglove Sendirian Berhad.  [3 markah]

JAWAPAN:

Jawapan 
BAHAGIAN C – KAJIAN KES (20 MARKAH)
MARKAH
(a)
Faktor dalaman perniagaan yang membawa   kepada   kejayaan   Rubberex PLC, UK
1.    Gaya pengurusan
·         mengamalkan gaya pengurusan demokratik
·         di mana pekerja bebas meluabkan idea dan pandangan
·         pekerja bermotivasi untuk mencapai matlamat 
2.    Sumber manusia
·         syarikat mempunyai tenaga pekerjanya yang mahir dan pakar
·         sentiasa menyediakan pelbagai latihan  dalaman  dan  luaran  untuk meningkatkan kemahiran pekerja
·         mengambil pekerja baru yang berpengalaman dari luar yang membawa idea baharu.
3.    Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
·         sentiasa melaksimakan penyelidikan untuk mencari kaedah baru untuk meningkatkan mutu basil keluaran
·         dapat mengbasilkan sarung tangan getah khas bermutu paling tinggi di dunia
·         Justeru, hasil jualan dan keuntungan syarikat terus meningkat dari tahun ke tahun


1
1
1
1
1
1
1

1


1
1

1

1
Maks: 7m
(b)
Faktor luaran yang menyebabkan jualan dan keuntungan  Rubberex PLC, UK merosot mulai 2010 ialah:
1.    ekonomi 
·         kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan kuasa beli pelanggan syarikat
·         pelanggan mengurangkan pembelian produk syarikat dan sebaliknya membeli produk pesaing yang lebib murah



1
1

1
Maks: 3m
(c)(i)
(c)(ii)
·         usaha sama
Kelebihan  usaha  sama kepada Rubberex PLC, UK
·         Boleh menjalankan perniagaan di tempat yang belum pernah diterokai
o   syarikat dapat menjalankan operasi pengeluaran produk di Malaysia
·         Dapat  meningkatkan modal dan tenaga kerja
o   syarikat dapat berkongsi modal dan tenaga kerja yang disumbangkan oleh Syarikat Supermaks Berhad 
·         Risiko dalam perniagaan dapat dikongsi
o   kedua-dua Syarikat Supermaks Berhad dan Rubberex PLC, UK akan berkongsi untung rugi pada  kadar 51 : 49 masing-masing
1m


1

1

1

1

1
1
Maks:6m
(d)
Perniagaan Syarikat Superglove Sendirian Berhad ialah :
·         bersaiz besar
o   jualan tahunan melebihi RM50 juta
o   mempunyai bilangan pekerja melebihi 200 orang

1
1
1
Maks: 3m

1 ulasan:

  1. Daftarkan Diri Anda Sekarang Juga Di www.bolacasino88.com Agen Judi Online Terpercaya Di Asia.

    Pelayanan Yang Professional Dan Ramah
    Di Jamin 100% Tidak Adanya BOT Dan ADMIN.

    - Minimal Deposit 20.000
    - Minimal Withdraw 50.000

    Dapatkan Hot Promo Kami Seperti :

    - Bonus Refferal Seumur Hidup
    - Bonus Sportsbook 100%
    - Cashback Sportbook 5% - 15%
    - Bonus Deposit Games 10%
    - Cashback Games 5%
    - Bonus Komisi Casino 0,8%

    NB : Syarat Dan Ketentuan Berlaku

    Nikmati 7 Permainan Dalam 1 Web Seperti:

    - Sports
    - Live Casino
    - Togel
    - Poker
    - Slot Games
    - Nomor
    - Financial

    Untuk Informasi Lebih Lengkap Silahkan Hubungi Customer Service Kami :

    - Live Chat 24 Jam Online
    - No Tlp ( +855962671826 )
    - BBM ( 2BF2F87E )
    - Yahoo ( cs_bolacasino88 )
    - Skype ( bola casino88 )
    - Facebook ( bolacasino88 Official )

    Hot News :

    http://prediksitogelgoyangasoi.blogspot.com/2017/11/jose-mourinho-diincar-psg-manchester.html
    http://prediksitogelgoyangasoi.blogspot.com/2017/11/vladimir-vujovic-tidak-akan.html

    BalasPadam