Isnin, 22 Julai 2013

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha / Niat Sembahyang Raya Dalam Rumi


Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri , Hari Raya Aidiladha & Niat Sembahyang Raya Dalam Rumi. Jika Salah,harap diperbetulkan ya? Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya AidilFitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.

 Sebelum menunaikan solat hari raya kita disunatkan mandi Hari Raya:
NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA

Lafaz Niatnya:
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

*jika raya aidiladha,tukar Fitri kepada adha.

Antara sunat2 hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut :
- Mandi Sunat Hari Raya
- Pakai pakaian yang terbaik
- Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
- Menunaikan solat sunat Aidilfitri
- Mendengar khutbah raya
- Pergi balik masjid melalui jalan berbeza
- Mengucapkan ucapan hari raya
 -
Sunat hari raya adiladha seperti berikut kecuali : 

Tidak disunatkan makan sebelum pergi solat hari raya Aidil Adha (berbeza dengan solat sunat Aidil Fitri - sunat makan terlebih dahulu)

HUKUM MENGERJAKAN / MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT HARI RAYA

Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ  رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan liAidil Fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

--

NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILADHA
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي

Usalli sunnatan Aidil Adha rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

* Dilakukan sebanyak dua rakaat pada Hari Raya Aidil Fitri, atau Hari Raya AidilAdha dengan cara berjemaah.


Cara solat sunat hari raya/ panduan sembahyang raya :




Rakaat pertama : Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua : Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.

Selepas dari solat diadakan khutbah.


Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

-takbir raya dalam rumi 
Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila . La illaha il Allah sadaqa wa’dah ,wa nasara abda, wa a’azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah ,La illaha il Allah ,wa laa na’budu illa iyyah,mukhlessena lahud-deena ,walaw karehal-Kafeeroon.Allahumma salli ala sayyedna Muhammad ,wa ala aalie sayyedna Muhammad, wa ala as-haabie sayyedna Muhammad ,wa ala ansari sayyedna Muhammad , wa ala azwajie sayyedna Muhammad, wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad, wa sallim tasleeman katheera.

TERJEMAHAN PENUH :
 اللّهُ أكبر اللّهُ أكبر Allahu Akbar, Allahu Akbar  Allah is Great, Allah is Great
اللّهُ أكبر Allahu Akbar
Allah is Great
لا إلَهَ الا اللّه La illaha il Allah  there is no God, but Allah
اللّهُ أكبر اللّهُ اكبر Allahu Akbar, Allahu Akbar  Allah is Great, Allah is Great
و لِلّه الحمدَ walilahil Hamd  to Him belongs all Praise
اللّهُ أكبرُ كَبيِرَا Allahu Akbaru Kabeera  Allah is the Greatest
وَالحَمدُ لِلّهِ كَثِيرا wal-Hamdulilahi katheera  And all Praise is due to Him
وَ سُبحَان اللّهِ wa Subhan allahi  And Glory to Allah
بُكرَةً وَأصْيِلا bukratan wa aseila  eventide and in the morning
لا إلَهَ الا اللّه La illaha il Allah  there is no God, but Allah the Unique
صَدَقَ وَعدَه sadaqa wa’dah  He has fulfilled His Promise
وَنَصَرَ عبده wa nasara abdah
and made Victorious His servant
وأعزَ جُنَده wa a’azza jundahu  and made Mighty His soldiers
وَهزم الأحْزَابَ وحْدَه wa hazamal-ahzaaba wahdah  and defeated the confederates
لا إلَهَ الا اللّه La illaha il Allah  there is no God, But Allah
وَلا نَعبُد الا أياه wa laa na’budu illa iyyah  He alone we worship
مُخلِصِّينَ لَهُ الدّيِنَ mukhlessena lahud-deena  with sincere and exclusive devotion
وَلوْ كَرِهَ الكَافِروُن walaw karehal-Kafeeroon
even though the idolaters hate it
اللّهمَ صَلِّ على سيْدنَا مُحَمد Allahumma salli ala sayyedna Muhammad  O Allah, have Mercy on our Prophet Muhammad
وَعَلى آلِ سيْدنَا مُحَمد wa ala aalie sayyedna Muhammad
and on the family of our Prophet Muhammad
وَعَلى اصْحَابِ سيْدنَا مُحَمد wa ala as-haabie sayyedna Muhammad  and on the companions of our Prophet Muhammad
وَعَلى أنصَارِ سيْدنَا مُحَمد wa ala ansari sayyedna Muhammad  and on the helpers of our Prophet Muhammad
وَعَلى أزوَاجِ سيْدنَا مُحَمد wa ala azwajie sayyedna Muhammad
and on the wives of our Prophet Muhammad
وَعَلى ذُرِّيَةِ سيْدنَا مُحَمد wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad
and on the progeny of our Prophet Muhammad
وَ سَلّم تَسْلِيماَ كَثّيرا wa sallim tasleeman katheera
and Bestow upon them much peace.
--
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .

Kerasulan antara 14 peristiwa lampau Ramadan

KEDATANGAN Ramadan turut menyimpan pelbagai peristiwa bersejarah yang dilalui oleh Rasulullah saw, sahabat dan tabein.
Peristiwa ini cukup mustahak kerana ia menyingkap pelbagai pahit manis serta cabaran ditempuhi mereka dalam usaha mengukuhkan akidah manusia.
Begitu juga, ia membabitkan tarikh beberapa siri peperangan disertai umat Islam, di samping saat kematian tokoh Islam terkemuka.
Antara peristiwa bersejarah dilalui Rasulullah pada Ramadan adalah pelantikan Baginda sebagai rasul. Kejadian ini berlaku pada tahun ke-13 sebelum hijrah di Gua Hira’.
Ketika itu, Baginda menerima wahyu pertama iaitu lima ayat pertama dalam surah al-Alaq.
Sebaik menerima wahyu, Baginda terus menyampaikan dakwah Islam kepada keluarga terdekat, terutama isterinya, Siti Khadijah binti Khuwailid.
Ahli sejarah turut meriwayatkan bahawa Siti Khadijah memeluk Islam pada Ramadan.
Dalam pada itu, Ramadan turut menyaksikan peristiwa kematian Siti Khadijah selepas Rasulullah dilantik menjadi rasul.
Beliau adalah orang yang membantu mengukuhkan dakwah Baginda ketika mula-mula disebarkan kepada penduduk Arab jahiliah.
Beberapa peristiwa lain yang cukup penting dalam kalendar Islam berlaku sepanjang Ramadan, antaranya:
1. Perutusan rombongan tentera pertama oleh Rasulullah pimpinan Hamzah Abdul Mutallib pada tahun pertama Hijrah, disertai 30 tentera Islam;
2. Difardukan ibadat zakat dan solat dua hari raya pada tahun kedua Hijrah.
3. Peperangan Badar pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah;
4. Perutusan Zaid Harithah pada tahun keenam Hijrah ke kediaman Bani Fazarah bagi menggertak mereka kerana menghalang satu rombongan dagangan daripada menuju ke Madinah;
5. Pembukaan kota Makkah pada tahun kelapan Hijrah daripada tangan jahiliah;
6. Pengislaman rombongan kaum Saqif pada tahun kesembilan Hijrah selepas menemui Rasulullah di Madinah;
7. Kematian anak Rasulullah, Fatimah pada tahun ke-11 Hijrah;
8. Kematian Ali bin Abi Talib pada tahun ke-40 Hijrah;
9. Kematian Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar As Siddiq pada tahun ke-85 Hijrah;
10. Kematian Nafisah binti Al Husan bin Zaid bin Al Hasan bin Ali bin Abi Talib di Mesir pada tahun ke-208 Hijrah;
11. Peperangan Balat As Shuhada' pimpinan Abdul Rahman Al Ghafiqiy; dan
12. Peperangan 'Ain Jalut pada tahun ke-658 Hijrah dalam kepemimpinan Al Muzaffar Qutuz.
 



Petikan dan Sumber:
Berita Harian 15 Oktober 2004

25 Peristiwa Penting di Bulan Ramadhan

Ada beberapa peristiwa penting yang terjadi pada bulan Ramadhan dimana pada sebagian peristiwa itu Rasulullah menjadi saksinya. Salah satunya pada tanggal 17 Ramadhan ada satu peristiwa yang paling agung dalam sejarah Ramadhan sepanjang masa ialah turunnya Al-Qur'an dari ayat pertama hingga kelima Surah Al-Alaq, peristiwa ini sekaligus penetapan kerasulan Muhammad SAW ketika beliau berumur 40 Tahun.

Masih banyak peristiwa penting yang terjadi bertepatan dengan bulan Ramadhan. Setidaknya ada 25 peristiwa yang berhasil saya himpun dari berbagai sumber referensi. Berikut peristiwa penting yang pernah terjadi pada Bulan Ramadhan:

  1. Awal mula turunnya Al-Qur'an, karena peristiwa ini pula Bulan Ramadhan disebut Syahrul Qur'an atau Bulan Al-Qur'an.
  2. Pada Bulan Al-Qur'an ini pula dilangsungkannya pernikahan Rasulullah dengan Hafshah binti Umar bin Khatab serta Zainab binti Khuzaimah.
  3. Begitu juga pernikahan Syaidina Ali dan Fatimah terjadi pada Bulan Ramadhan.
  4. Kematian putri Rasulullah SAW, Ruqoyah juga bertepatan dengan Bulan Ramadhan.
  5. Runtuhnya Masjid Adh-Dhirar milik orang-orang munafik.
  6. Datangnya rombongan delegasi kaum Tsaqif yang ingin masuk Islam.
  7. Pada Ramadhan tahun Ke-2 Hijriyah, terjadi peperangan besar yaitu perang Badar Al-Kubra. Peperangan ini dimenangkan oleh kaum muslimin, inilah kemenangan agung pertama pejuang-pejuang Islam dalam menentang kemusyrikan dan kebatilan.
  8. Pada Ramadhan tahun Ke-2 Hijriyah ini pula zakat fitrah mulai disyariatkan.
  9. Pada Ramadhan tahun Ke-5 Hijriyah, para pejuang Islam membuat persiapan untuk menghadapi musuh saat perang Khandaq. Sedangkan perangnya terjadi pada bulan Syawal dan dimenangkan kembali oleh umat Islam.
  10. Pada Ramadhan tahun Ke-8 Hijriyah, penaklukan kota Makkah atau Fathu Makkah. Tanggal 10 Ramadhan Rasulullah dan para sahabat meninggalkan Madinah menuju Makkah dalam keadaan berpuasa. Ketika sampai di Al-Kadid, Rasulullah berbuka karena bermusafir, kemudian pada 21 Ramadhan barulah Rasulullah memasuki kota Makkah.
  11. Pada Ramadhan di tahun yang sama Ke-8 Hijriyah Rasulullah mengutus sahabat agar merobohkan berhala kaum kafir Quraisy. Khalid bin al-Walid merobohkan berhala Al-‘Uza, Amr bin Al-‘Ash merobohkan berhala Suwa’ dan Sa’d bin Zaid Al-Asyhali merobohkan berhala Al-Manat.
  12. Tercatat sebanyak 6 kali Rasulullah melakukan peperangan melawan kaum kafir Quraishy, salah satunya adalah perang Tabuk yang juga terjadi pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijriyah.
  13. Di tahun yang sama ke-9 Hijriyah, rombongan dari kota Taif tiba di Madinah kemudian memeluk agama Islam di hadapan Rasulullah dan mereka turut berpuasa bersama umat Islam di Madinah.
  14. Masih bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijriyah, rombongan Raja Himyar tiba di Madinah untuk masuk Islam. Rasulullah menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam.
  15. Pada Ramadhan tahun Ke-10 Hijriyah, Rasulullah mengutus rombongan yang diketuai Ali bin Abi Thalib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat Rasulullah untuk penduduk Yaman, yaitu suku Hamdan yang kesemuanya kemudian memeluk Islam dalam satu hari!
  16. Pada Ramadhan tahun Ke-53 Hijriyah pejuang Islam dapat menaklukkan pulau Rudes.
  17. Pada Ramadhan tahun Ke-91 Hijriyah pejuang Islam pertama mendarat di Selatan Andalus.
  18. Pada 28 Ramadhan tahun Ke-92 Hijriyah panglima pejuang Islam Tariq bin Ziyad berhasil mengusai selat Giblatar (Jabal Thoriq) Andalus dan mengalahkan Raja Rodrik dalam peperangan sengit.
  19. Pada Ramadhan tahun Ke-129 Hijriyah mula muncul di Khurasan pendukung pengasas Kerajaan Bani Abbas dilantik sebagai Khalifah Al-Abbasiyyah yang pertama.
  20. Pada bulan Ramadhan tahun Ke-132 Hijriyah berakhirnya pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu Al-Abbas dilantik sebagai Khalifah Al-Abbasiyyah yang pertama.
  21. Pada bulan Ramadhan tahun Ke-361 Hijriyah Al-Jami’ah Al-Azhar selesai dibina untuk kegunaan tempat mengajarkan ilmu-ilmu Arab dan syara’.
  22. Pada hari Jumat 25 Ramadhan tahun Ke-479 Hijriyah, masuknya Islam di benua biru dalam perang “Zulaaqoh” di Andalus (sekarang Portugal dan Spanyol) dipimpin oleh panglima Perang Yusuf bin Yasyfin melawan tentara Perancis dibawah kepimpinan Alfonso 6.
  23. Pada Ramadhan tahun Ke-584 Hijriyah Salahuddin Al-Ayyubi dapat mengalahkan kaum Salib dan membebaskan semula sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak kaum Salib (Kristian).
  24. Pada 15 Ramadhan tahun Ke-658 Hijriyah atau 3 September 1260 M, kerajaan Mamalik dapat mengalahkan dan membendung kemarahan pasukan Mongol atau tentara Tartar di ‘Ain Jalud yang akan memasuki Mesir dengan maksud menguasai seluruh negeri Islam melalui Mesir.
  25. Pada Ramadhan Tahun Ke-1393 Hijriyah atau 1973 M, kemenangan muslim atas pasukan Salib dengan merebut kembali tanah Palestina yang sebelumnya direbut oleh Zionis Yahudi.

Semoga peristiwa-peristiwa diatas dapat semakin mengukuhkan kita untuk mengakui akan kemuliaan bulan suci Ramadhan. Karena Bulan Ramadhan adalah bulan yang begitu istimewa, selain karena berkah, rahmat dan ampunan Allah begitu deras mengalir untuk para hambanya.

PERISTIWA DALAM BULAN RAMADAN

AGENDA PADA BULAN RAMADAN

SUNNAH & ADAB HARI JUMAAT

GANJARAN PAHALA RAMADAN