Selasa, 8 Mac 2016
Ahad, 28 Februari 2016
PENGGUNAAN ICT DAN INOVASI DALAM PDP ABAD KE 21
Dalam
meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki
kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills),
kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and
technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career
skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian
dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah
seperti yang berikut;
• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi
ADA
yang bertanya kepada saya jika kreativiti dan inovasi penting dalam
pendidikan, mengapa ia tidak dijadikan sebagai mata pelajaran dan
kurikulumnya diajar dalam bilik darjah.
Jawapannya, kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.
Dengan kata lain apa sahaja mata pelajaran kedua-dua elemen itu boleh diajar oleh guru melalui pendekatan pengajaran yang berpusat kepada murid atau student centre.
Pengajaran berpusat kepada murid maksudnya pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara dua hala iaitu guru mengajar dan murid belajar. Guru dikehendaki sentiasa mencabar keupayaan berfikir muridnya dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid.
Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz, forum, syarahan, bahas, membuat projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan. Aktiviti tersebut akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dan menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan menggalakkan percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan murid.
Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020. Bagi menanganinya tidak menghairankan mengapa kerajaan berbelanja besar dalam Bajet 2013 untuk pendidikan.
Di samping itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan aktiviti latihan guru yang berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills.
Apakah sebenarnya definisi kreativiti dan inovasi itu. Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasi idea baru. Ia melibatkan kombinasi antara idea baru dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi suatu yang baru.
Sementara itu, inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang dianggap baru dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend baru dan menggunakan peluang maksimum walaupun dalam ekosistem yang banyak persaingan.
Sebagai contoh jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi ia digunakan sebagai alat hiburan, internet, kamera, penyampai maklumat, memberi pandu arah perjalanan dan membuat pelbagai pengiraan.
Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan kedua-dua elemen dalam pengajaran mereka. Sebagai penyampai ilmu guru perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik.
Mempunyai kemahiran sedemikian akan menjadikan guru berada di tahap teratas dan akan disanjung oleh muridnya. Kualiti guru sedemikian akan membolehkan muridnya menguasai berbagai kemahiran lain seperti berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi dengan baik.
Peranan pengurusan sekolah tidak kurang pentingnya dalam merealisasikan elemen kreativiti dan inovasi dalam kalangan warganya. Dengan perkataan lain pengurusan sekolah juga mesti kreatif dan inovatif agar menjadi organisasi pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baru, berbudaya saintifik, penggunaan teknologi serta ICT secara meluas dan penggunaan tenaga sumber secara maksimum.
Pengetua dan Guru Besar bersama pengurusan tertinggi di sekolah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti dan inovasi sama ada di kalangan guru atau murid. Sekolah mestilah menjadi institusi yang menggalakkan tercetusnya pendapat dan idea baru. Bagi mewujudkan suasana tersebut sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan dan memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya.
Pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah yang sentiasa ceria, bersih, kemas dan bermaklumat. Sikap terbuka, mesra dan berperanan sebagai penyelesai masalah akan menjadikan guru dan murid merasa gembira dan selamat semasa mengikuti aktiviti pembelajaran.
Bagi mewujudkan suasana sedemikian pengurusan sekolah perlulah memastikan berlaku sistem komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih demokratik, stail kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni.
Kepimpinan sekolah hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam menguruskan organisasi pembelajaran. Selain mendapat latihan, berpengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan mereka perlu mempunyai dorongan dan komitmen yang kuat bagi membawa perubahan kepada sekolah.
Perlu ada visi dan misi, strategi dan perancangan yang baik. Bagi memastikan kejayaan perancangan tersebut mereka perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang padu daripada seluruh warga sekolah termasuk ibu bapa.
Mempunyai ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong semangat belajar yang tinggi di kalangan murid, mempunyai daya usaha sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi ke arah yang lebih baik.
Dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional usaha yang dilakukan oleh murid akan membuahkan kejayaan nanti.
Keberkesanan sekolah akan terserlah jika mereka dapat menggunakan teknologi dan ICT dalam pengurusan dan dalam bilik darjah. Sebenarnya teknologi tidak dilihat sebagai alat semata-mata tetapi boleh menjadikan sistem pengurusan lebih efisien dan berkesan.
Penggunaan ICT secara meluas dapat membina imej baru dalam pengurusan organisasi yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif.
Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam majlis Perhimpunan Khas Guru Malaysia pada 3 November lepas bahawa; "Guru perlu meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang.
''Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini tugas guru semakin mencabar."
Jawapannya, kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.
Dengan kata lain apa sahaja mata pelajaran kedua-dua elemen itu boleh diajar oleh guru melalui pendekatan pengajaran yang berpusat kepada murid atau student centre.
Pengajaran berpusat kepada murid maksudnya pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara dua hala iaitu guru mengajar dan murid belajar. Guru dikehendaki sentiasa mencabar keupayaan berfikir muridnya dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid.
Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz, forum, syarahan, bahas, membuat projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan. Aktiviti tersebut akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dan menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan menggalakkan percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan murid.
Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020. Bagi menanganinya tidak menghairankan mengapa kerajaan berbelanja besar dalam Bajet 2013 untuk pendidikan.
Di samping itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan aktiviti latihan guru yang berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills.
Apakah sebenarnya definisi kreativiti dan inovasi itu. Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasi idea baru. Ia melibatkan kombinasi antara idea baru dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi suatu yang baru.
Sementara itu, inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang dianggap baru dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend baru dan menggunakan peluang maksimum walaupun dalam ekosistem yang banyak persaingan.
Sebagai contoh jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi ia digunakan sebagai alat hiburan, internet, kamera, penyampai maklumat, memberi pandu arah perjalanan dan membuat pelbagai pengiraan.
Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan kedua-dua elemen dalam pengajaran mereka. Sebagai penyampai ilmu guru perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik.
Mempunyai kemahiran sedemikian akan menjadikan guru berada di tahap teratas dan akan disanjung oleh muridnya. Kualiti guru sedemikian akan membolehkan muridnya menguasai berbagai kemahiran lain seperti berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi dengan baik.
Peranan pengurusan sekolah tidak kurang pentingnya dalam merealisasikan elemen kreativiti dan inovasi dalam kalangan warganya. Dengan perkataan lain pengurusan sekolah juga mesti kreatif dan inovatif agar menjadi organisasi pembelajaran yang bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baru, berbudaya saintifik, penggunaan teknologi serta ICT secara meluas dan penggunaan tenaga sumber secara maksimum.
Pengetua dan Guru Besar bersama pengurusan tertinggi di sekolah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti dan inovasi sama ada di kalangan guru atau murid. Sekolah mestilah menjadi institusi yang menggalakkan tercetusnya pendapat dan idea baru. Bagi mewujudkan suasana tersebut sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan dan memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya.
Pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah yang sentiasa ceria, bersih, kemas dan bermaklumat. Sikap terbuka, mesra dan berperanan sebagai penyelesai masalah akan menjadikan guru dan murid merasa gembira dan selamat semasa mengikuti aktiviti pembelajaran.
Bagi mewujudkan suasana sedemikian pengurusan sekolah perlulah memastikan berlaku sistem komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih demokratik, stail kepimpinan yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni.
Kepimpinan sekolah hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam menguruskan organisasi pembelajaran. Selain mendapat latihan, berpengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan mereka perlu mempunyai dorongan dan komitmen yang kuat bagi membawa perubahan kepada sekolah.
Perlu ada visi dan misi, strategi dan perancangan yang baik. Bagi memastikan kejayaan perancangan tersebut mereka perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang padu daripada seluruh warga sekolah termasuk ibu bapa.
Mempunyai ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan mendorong semangat belajar yang tinggi di kalangan murid, mempunyai daya usaha sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi ke arah yang lebih baik.
Dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional usaha yang dilakukan oleh murid akan membuahkan kejayaan nanti.
Keberkesanan sekolah akan terserlah jika mereka dapat menggunakan teknologi dan ICT dalam pengurusan dan dalam bilik darjah. Sebenarnya teknologi tidak dilihat sebagai alat semata-mata tetapi boleh menjadikan sistem pengurusan lebih efisien dan berkesan.
Penggunaan ICT secara meluas dapat membina imej baru dalam pengurusan organisasi yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif.
Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam majlis Perhimpunan Khas Guru Malaysia pada 3 November lepas bahawa; "Guru perlu meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang.
''Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini tugas guru semakin mencabar."
KEMAHIRAN PDP DALAM ABAD KE-21
Salah
satu perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang
ialah kemahiran abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran
yang diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran
abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman
ini.
Salah
satu kemahiran abad ke 21 ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) yang sejajar dengan perkembangan pendidikan pada masa sekarang.
Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap
ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun
literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama
dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang,
memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan
bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai
dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Topik-topik tertentu
dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan
projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
seperti google.
Tugasan
menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi
interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama
rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media
sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Contohnya, kebanyakan pelajar pada
zaman sekarang mempunyai akaun laman sosial seperti facebook, melalui laman ini guru boleh memuat turun nota atau
latihan kepada pelajar. Pendekatan ini lebih menarik minat pelajar untuk
belajar. Sumber terbaik bagi membina
kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat
berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital
iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google
dan Yahoo, dan portal perkongsian
maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.
Kemahiran
teknologi maklumat dan inovasi turut melahirkan pelajar kreatif dan inovatif yang
dapat mengembangkan pemikiran mereka dan amat berguna apabila berada di dunia
pekerjaan. Dengan adanya aspek ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih menarik dan berkesan kerana berjaya menarik tumpuan pelajar.
Misalnya, dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pelajar
dapat mengakses maklumat tanpa had dengan hanya menggunakan enjin carian
seperti google atau yahoo mereka dapat memperoleh banyak
maklumat dengan hanya menggunakan hujung jari.
Antara
elemen-elemen yang turut terkandung dalam kemahiran teknologi maklumat dan
inovasi adalah kreativiti dan inovasi (creativity
and innovation), pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (critical thinking and problem solving),
komunikasi dan kolaborasi (communication
and collaboration), literasi maklumat (information literacy), literasi media (media literacy), literasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), ICT
(Information, Communications and
Technology) Literacy), fleksibiliti
dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (flexibility
and adaptability), berinisiatif dan mempunyai haluan diri (initiative and self-direction)
serta kemahiran sosial dan antara-budaya
(Social and Cross-Cultural Skills).
Sebelum kemahiran yang melibatkan ICT dikuasai, pelajar abad ke-21 perlu
menguasai kemahiran 3M yang meliputi Membaca, Mengira dan Menulis. Penguasaan
kepada 3M ini adalah asas kepada perkembangan pendidikan abad ke-21 dan
bilangan masyarakat Malaysia yang buta huruf dapat dikurangkan sekiranya
penguasaan terhadap 3M dapat ditingkatkan dan seterusnya kemahiran yang
melibatkan ICT turut dapat ditingkatkan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu
dilakukan agar tidak wujud lagi masalah penguasaan 3M. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza perlu untuk meningkatkan penguasaan 3M di kalangan
murid. Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak
istimewa, latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan
penempatan kaunselor di setiap sekolah.
Namun, keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu
memberi perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di
kalangan murid terbabit. Dalam sesetengah keadaan, kurangnya komitmen
pengurusan sekolah antara penyebab pendidikan murid tergolong dalam kategori
yang gagal mencapai matlamatnya. Menyisihkan murid terbabit daripada mengikuti
pendidikan seperti rakan lain hanya akan menyulitkan langkah mengatasi masalah
mereka kemudian hari. Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P
haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir mengenainya.
Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan
kerjasama dan penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa.
Apa yang penting, pelaksanaan tindakan progresif menangani masalah penguasaan
3M di kalangan murid ini sepatutnya sejak awal lagi, bukan pada peringkat
mereka sudah terlalu jauh tercicir.
Sebagai
sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu
mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang
mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta
menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan dan merupakan
salah satu kemahiran abad ke-21. Untuk mencapai hasrat ini, kita perlu
membentuk warganegara kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains
dan teknologi.
Warganegara
yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti bersemangat
ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan
berdasarkan fakta yang nyata dan tepat serta menghargai sumbangan sains dan
teknologi. Warganegara sedemikian dapat dibentuk sekiranya pendedahan awal
kepada sains dan teknologi diberikan. Sains secara amnya dilihat sebagai satu
bidang ilmu pengetahuan dan juga sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian
masalah. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka
konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling mereka.
Ilmu
pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka
dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan
pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami
situasi dan maklumat baru. Sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian
masalah, sains dapat memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar
mereka di samping mendapatkan ilmu pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga
memerlukan dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang positif.
Pembelajaran sains dapat menggalakkan semangat ingin tahu, kreativiti,
berfikiran terbuka, ketabahan, ikram terhadap hidupan dan menghargai alam
sekitar. Sains di peringkat sekolah rendah membolehkan murid mempelajari
tentang diri sendiri dan alam sekitar mereka melalui pengalaman dan juga
penyiasatan.
Di samping itu, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal juga termasuk dalam kemahiran abad ke 21.
Kemahiran interpersonal merujuk kepada kebolehan seseorang itu untuk
berkomunikasi dengan orang lain yang melibatkan penyelesaian masalah. Manakala
kemahiran intrapersonal pula ialah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang.
Komunikasi ini dibentuk dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan
maklumat. Menurut Capstone (2001) maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang
melalui komunikasi intrapersonal terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang
disampaikan secara lisan dan maklumat yang disampaikan secara tidak lisan.
Contoh komunikasi secara tidak lisan ialah keadaan muka, nada suara dan
sentuhan tangan. Kedua-dua kemahiran ini penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam menuju pendidikan abad ke 21. Walaupun
terdapat perbezaan karakter bagi kedua-dua kemahiran ini. Namun, kemahiran yang
mereka gunakan berkesan untuk diri mereka dalam proses pembelajaran.
Kemahiran komunikasi juga merupakan
perkara penting dalam kemahiran abad ke 21. Kemahiran
berkomunikasi terdiri daripada
beberapa elemen iaitu:
· kemahiran berkomunikasi
melibatkan komunikasi yang berkesan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan,
kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan,
secara lisan dan bertulis.
·
Kebolehan mengamalkan kemahiran
mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
· Kebolehan membuat pembentangan
secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
· Kebolehan menggunakan teknologi
dalam pembentangan.
· Kebolehan berunding dan
mencapai persetujuan.
· Kebolehan berkomunikasi dengan
peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan.
· Kebolehan mengembangkan
kemahiran komunikasi perseorangan.
· Kebolehan menggunakan kemahiran
bukan lisan.
Kemahiran-kemahiran
ini penting bagi membentuk perhubungan di kalangan pelajar. Melalui kemahiran
komunikasi ini, pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan akan
berlaku sebelum perkongsian idea berlaku untuk kepentingan bersama.
Bagi
mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran
abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :
·
Menguasai pelbagai
bidang
Penting
bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan
diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru
yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan
guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran
Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru
seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam
(Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu
menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran
berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan
diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
·
Mengikuti Perkembangan
tentang Dasar dan Isu Pendidikan.
Seseorang
guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku
khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan
yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi
(sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang
berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan
berkemahiran.
·
Mahir Dalam Pedagogi
(Pengajaran & Pembelajaran).
Kekuatan profesion perguruan dalam
memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga bergantung
kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan
pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’
tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada guru
(teachers-centered). Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran
abad-21 ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mengadaptasikan pedagogi
inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer.
Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang
inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian
pelajar.
·
Menggunakan Teknologi
Terkini.
Seseorang guru itu seharusnya
mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu
berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan
teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja
dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi
juga bagi menyelesaikan urusan harian.
·
Menerapkan Nilai-nilai
Murni (Akhlak).
Beretika
merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat
yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di samping
pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan
perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungannya sesama rakan
sekerja.
RUPA BENTUK KURIKULUM ABAD KE 21
PENGENALAN
Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’
pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung
segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk
diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi
lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan
individu dan engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
" Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk
membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal
dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang
diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara
Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang
mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang berpandukan
Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk
keperluan negara. "
[ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]
Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan
pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan
individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus
dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini
sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang.
Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat
menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan danpembekalan tenaga
pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan
perdagangan sahaja. Y.A.B. Perdana Menteri telah menghuraikan bentuk,
corak dan tumpuan yang perlu dilakukan.
"Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai
taraf yang setinggi-tingginya dari segi ketrampilan pada rakyat kita,
dari segi penghargaan mereka akan kemahiran dan pengetahuan serta
kemajuan diri, dari segi kemampuan diri, dari segi kemampuan berbahasa,
dari segi sikap mereka terhadap kerja dan disiplin, dari segi motivasi
mereka terhadap kecemerlangan dan terhadap mendorongkan semangat
keusahawanan".
[ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]
"Kita mestilah memastikan bahawa terdapat satu
adunan yang seimbang antara golongan profesional, separa-profesional dan
ahli ketukangan, selain terdapatnya imbangan yang wajar antara
orang-orang mempunyai kemahiran dalam bidang sains dan teknologi,
sastera dan ilmu-ilmu sosial".
[ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]
Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya
relecan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi
matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan
pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan (dictated) oleh senario
yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat
futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak
masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.
Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat
menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu
dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu
membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan
nilai-nilai semasa.
FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat
Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan
mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari
segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum
semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas
tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-
- kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
- kemahiran berkomunikasi secara berkesan
- kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
- kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
- kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
- kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
- kemahiran kepimpinan dan pengurusan
Di dalam usaha ini kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut :
(a) Pembelajaran Koperatif
Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan,
permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang
mengandungi berbagai tahap kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran
‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan
konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan.
(b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif
Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat
pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta
justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian,
idea, pandangan membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang
lebih baik atau penghasilan produk baru.
(c) Pengembangan Kreativiti
Kurikulum perlu banyak menonjolkan
aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik,
membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan.
Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi
galakan.
(d) Kemahiran Generik
Kemahiran-kemahiran generik bolehguna dapat
menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di
tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketrampilan menjadi
aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada
pembangunan ekonomi negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu
mobile dan kerap bertukar kerja. Penguasaan kemahiran generik memberi
peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan.
(e) ‘Multilinggualism’
Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan
kebolehan pelbagai bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua
bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa Melayu) supaya boleh
berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya menggunakan segala maklumat
dalam pelbagai bahasa.
(f) Patriotisme dan Ketatanegaraan
Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan
identiti kebangsaan dilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan
aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan
membentuk bangsa Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi.
(g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni
Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat
Malaysia dilanjutkan di samping nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya
insan baik, beradab dan bermoral tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru
tanpa mengorbankan agama, akhlak dan kebudayaan bangsa. Insan baik,
sedar insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas
terhadap dirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat manusia serta alam
sekelilingnya.
(h) Pelbagai Kecerdasan
Setiap individu mempunyai kecerdasan dan
kebolahan yang berbagai. Kesemua potensi seperti yang disarankan dalam
teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) iaitu
verbal-linguistik, logiko-matematik, muzik, spatial, bodily-kinesthetic,
inter-personal, dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan
individu yang holistik dan seimbang.
(i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar
Kemahiran belajar diajar seiringan dan
disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kemahiran
membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota,
menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi
penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ORGANISASI KURIKULUM
Pendidikan Prasekolah
Penekanan kurikulum kepada kemahiran dan
pengetahuan, di samping menurut 'graded objectives' (konsep Mastery
Learning) dan 'activity-based'. Program yang anjal, (flexible) dan tidak
formal. Proses pembelajaran secara tidak formal melalui konsep bermain
sambil belajar. Bermain-menjalankan aktiviti secara terancang dan tidak
tirancang (bebas) mengikut objektif yang disarankan dalam garis
kurikulum. Pembelajaran berlaku semasa aktiviti dijalnkan sama ada dalam
bentuk pengalaman, hasil kerja dan lain-lain. Penekanan kesediaan yan
kukuh bagi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) melalui bermain. Ini
merupakan kesediaan bagi kanak-kanak yang akan menghadapi ujian
diagnostik pada tahun 3 (program Lompat Kelas). Kawalan harus
dititikberatkan supaya gugu tidak mengajar 3M 'right away'.
Perlunya ada kesinambungan prasekolah- tahun 1
dijalankan agar pengalaman prasekolah tidak disia-siakan di tahun 1.
Kemahiran yang telah dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah patut
disambung di tahun 1, serta diulang dan dipulihkan pada tahun 1 jika
kanak-kanak tidak menguasainya. Bagi mereka yang telah bersedia,
pengukuhan dijalankan untuk mngayakan pengalaman mereka di samping
mengurangkan kebosanan mempelajari perkara yang sama.
Pendidikan Rendah
Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7
tahun. Keanjalan tempoh belajarnya ini memungkinkan kanak-kanak cerdas
pintar menamatkan pendidikan rendah dalam tempoh 5 tahun dan kanak-kanak
yang kurang berkeupayaan dalam tempoh 7 tahun. Walau bagaimanapun,
umumnya, tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun.
Matlamat
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah
untuk memastikan perkembangan potensi kanak-kanak secara bersepadu,
menyeluruh dan seimbang. Aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
diperkembang ke arah melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.
Struktur Organisasi
Struktur organisasi kurikulum mengandungi
komponen-komponen yang membantu perkembangan kanak-kanak secara
bersepadu. Komponen-komponen yang dicadangkan ialah :
- Komunikasi
- Matematik, sains dan teknologi
- Kerohanian, nilai dan sikap
- Kemanusiaan dan kesenian
- Perkembangan diri
- Kokurikulum
- Komunikasi
Fokus utama kurikulum merangkumi Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Ketrampilan berbahasa
seperti bertutur, membaca dan menulis dengan berkesan ditekankan
terutama dalam bahasa pengantar sekolah (Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil). Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil juga diberi penekanan.
(ii) Matematik, Sains dan Teknologi
Berfokus kepada kemahiran asas-asas operasi
matematik, kemahiran proses sains dan teknologi penguasaan pengetahuan
asas diberi perhatian.
(iii) Kerohanian, Nilan dan Sikap
Tumpuan kepada pemupukan sikap dan nilai murni masyarakat. Pengetahuan dan amalan agama Islam dilanjutkan seperti sedia kala.
(iv) Kemanusiaan dan Kesenian
Ilmu pegetahuan tentang kemasyarakatan dan
kemanusiaan setempat dan global didedahkan. Melalui kesenian kreativiti
bakat dan daya appresiasi dipupuk.
(v) Perkembangan Diri
Merangkumi perkembangan jasmani dan kesihatan dan
mental. Perkembangan mental seperti pemikiran kritis, menyelesai masalah
dan membuat keputusan gaya kehidupan yang sihat merentas kurikulum.
(vi) Kokurikulum
Lanjutan kepada kurikulum bilik darjah, dalam bentuk
pelbagai aktiviti. Keigatan-kegiatan persatuan, sukan dan pasukan
pakaian seragam dilanjutkan.
Oleh kerana tempoh persekolahan lebih anjal,
dicadangkan supaya kandungan kurikulum dipertingkatkan mengikut
kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut :
Peringkat Asas : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan lemah]
Peringkat Umum : [untuk semua dan dikhususkan kepada kumpulan sederhana]
Peringkat Tinggi : [untuk kumpulan cerdas pintar sahaja] (advances)
Pendidikan Menengah
Pendidikan di peringkat ini diberi dalam
jangkamasa lima tahun. Pelajar diberi peluang bersekolah sehingga mereka
berumur 17 tahun supaya lebih bersedia untuk memasuki pasaran
pekerjaan. Ia memberi peluang murid-murid mengikuti beberapa jenis
kursus agar dalam tahun-tahun kesepuluh mereka boleh belajar berdasarkan
bakat dan kemampuan serta menentukan bidang pekerjaannya untuk masa
depan.
Matlamat
Matlamat pendidikan menengah adalah untuk
memperkembangkan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah melahirkan insan yang
seimbang, berakhlak mulia dan berketrampilan untuk pembangunan negara.
Struktur Organisasi
Kurikulum peringkat menengah digubal tiga peringkat iaitu :
Kursus Peringkat Asas :
- Mengembangkan kemahiran untuk kehidupan positif dan produktif
- Mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan
- Mengembangkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran peribadi dan aplikasi praktikal
- Mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan taupun untuk melanjutkan program pendidikan di peringkat maktab/politeknik
Kursus Peringkat Tinggi
- Mengembangkan kefahaman tentang prinsip, teori, aplikasi praktikal dan isi kandungan kursus pengajian
- Mengajar kefahaman akademik untuk kemasukan institusi pengajian tinggi
Kursus-kursus pengajian dibahagikan kepada dua kumpulan
1. Kumpulan Teras
- Komunikasi
- Matematik, sains dan teknologi
- Kerohanian, nilai dan sikap
- Perkembangan diri
2. Kumpulan Elektif
Pelbagai mata pelajaran elektif ke arah pengkhususan ataupun alam pekerjaan.
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek
penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu
mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam
proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan
sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan
seperti komputer, multi media, cekera padat dan lebuh raya maklumat
seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar.
Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantuk
sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantukan guru dengan
penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna
kepada pelajar.
(a) Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat
merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian
elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses,
menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti
INTERNET atau MULTIMEDIA atau HYPERMEDIA untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat
memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar
maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau
suara.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang
teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini
kerana komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai
ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat
rendah, menengah dan lepasan menengah.
Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu
meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah
CD-ROM mampu menyimpan lebih kurang 20 buah ensklopedia yang tebal.
Malah penggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk
memperolehi ilmu.
Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara
satu sama lain melalui JARING dan seterusnya INTERNET. Pelajar kita akan
tergolong dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang bersidang dan
bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain
malah dengan pelajar lain di seluruh dunia.
Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu,
pengunaan teknologi komputer menyemarakkan pelajar menyusun maklumat dan
pada masa yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan
pantas.
(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21
masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda
apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting
kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam
semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih
lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan
berperanan sebagai pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu
dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap
pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan
berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu
perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan
rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya
terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing
pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua
orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat
dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
pelajar.
(c) Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan
inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20 ke abad ke 21. Peluasan
PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak
sahaja terhad di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh
dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mengambil kira
faktor-faktor berikut :
- Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)
- Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
- Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar
- Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu
- Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular
- Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.
(d) Pendekatan Modular
Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi
setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk
satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata
pelajaran di semua peringkat persekolahan.
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila
selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru.
Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi
tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan
pelajar.
(e) Mastery Learning
Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan
pelajar terhadap sesauatu perkara yang diajarkan kepada mereka.
Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan
diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka
tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.
(f) 'Tracking' dan 'Banding'
Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran,
pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan sama ada kumpulan asas
(basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance).
Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical'
dan 'horizontal'. Melalui sistem ini pelajar berubah kelas mengikut
kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah rendah
boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai
kemahiran matematik Tahun 2.
(g) Sistem Kredit
Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang
diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja kursus yang telah
ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini
termasuklah menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja
makmal dan amali. Pelajar dibenarkan mengulang mata-mata pelajaran yang
tidak mencapai asas yang ditetapkan.
PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting
untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat
tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat
perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan
perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat
kebolehan dan keupayaan pelajar.
(a) Penilaian Berasaskan Sekolah
Sekolah terus diberi mandat untuk mengendalikan
penilaiannya sendiri. Ini memandangkan hanya pihak sekolah sahaja yang
tahu tahap pencapaian muridnya. Pelajar dinilai mengikut tahap
masing-masing. Pelajar cemerlang akan naik ke tahap yang lebih tinggi
manakala pelajar yang sederhana dan lemah diberi tindakan susulan
melalui program pemulihan dan pengayaan.
(b) Penilaian Berterusan
Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan
pelajar benar-benar sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang
dikehendaki (mastery learning). Penilaian bertgerusan dapat mengenal
pasti tahap penguasaan pelajar supaya kelemahan pelajar diatasi dan
tidak terhimpun sehingga akhir pembelajaran.
(c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek
Setiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai
elemen, selain daripada pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemen sesuatu
subjek perlu diberi penekanan untuk menilai sama ada pelajar
benar-benar mengetahui dan menguasai subjeknya. Misalnya dalam subjek
Pengajian Kejuruteraan Awam, elemen-elemen seperti kebolehan
berkomunikasi, kebolehan mereka (design), kebolehan praktik, kebolehan
menyiasat, kebolehan mengurus dan kebolehan membuat anggara dinilai
bersama dengan pengetahuan.
(d) Penilaian Proses Di Samping Penilaian Hasil
Proses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek
perlulah dinilai. Sekarang ini penilaian hanya dibuat apabila projek
itu siap tanpa mengambilkira prosesnya. Sebagai contoh jika seseorang
murid dikehendaki membuat praktikal di sesebuah kilang sebagai penyelia,
guru perlu membuat penilaian dari hari pertama hinggalah tamat tempoh
praktikalnya. Alat penilaian perlulah dibuat mengikut situasi, tugasan
dan bidang yang dinilai.
(e) 'Authentic Assessment'
'Authentic Assessment' bermaksud murid-murid dinilai
mengikut perilaku yang dikehendaki oleh guru. Murid-murid telah tahu apa
yang dikehendaki daripada mereka dan bagaimana mereka akan dinilai.
Penilaian ini menonjolkan kekuatan murid-murid dan intergrasi antara
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari pelbagai sumber. Satu
penilaian individu dan rakan sebaya menggunakan folio, ujian amali dan
penilaian berasaskan prestasi menggunakan faktor, konsep, pengetahuan
dan kemahiran berfikir yang tinggi.
(f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
Hasil pembelajaran adalah pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang boleh diukur ataupun diperhatikan seperti yang telah
ditetapkan pada sesuatu peringkat persekolah/pembelajaran. Hasil
pembelajaran menerangkan tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
sepatutnya telah dikuasai. Kriteria-kriteria tahap penguasaan
dikenalpasti dan penilaian menggunakan Ujian Rujukan Kriteria (CRT).
(g) 'Bench Marking'
'Bench Marking' merupakan satu proses pengukuran ke
atas hasil, proses dan prestasi ke arah satu tahap peningkatan yang
memuaskan tinggi. Penilaian dibuat secara berterusan sehinggalah pelajar
sudah dapat mencapai satu tahap penguasaan pembelajaran yang sesuai
dengan kebolehan dan keupayaannya. Tahap pencapaian boleh ditetapkan di
peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun negara.
(h) Ujian / Peperiksaan Secara On-Line
Ujian dan peperiksaan perlu untuk menentukan piawaian
yang dibuat berdasarkan kepada hasilan pembelajaran yang terbaik.
Peratusan pelajar yang dapat mencapai atau mengatasi piawaian yang
ditetapkan memberi petunjuk kepada kualiti pembelajaran. Bagi memastikan
kualiti pembelajaran sentiasa tinggi, pelajar digalakkan menduduki
ujian penilaian apabila mereka sudah bersedia dan sudah menguasai hasil
pembelajaran yang ditetapkan.
PENUTUP
Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi
kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika
tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain,
kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan
mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan
hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan
kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru,
penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan
pihak swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21
SILA KLIK : SLIDE - PDP ABAD KE 21
.jpg)
10 CIRI-CIRI PDP KELAS ABAD KE 21
1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran
.jpg)
10 CIRI-CIRI PDP KELAS ABAD KE 21
1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran
Selasa, 22 Disember 2015
TAKWIM CUTI UMUM 2016

ENARAI PERINCIAN CUTI
UMUM DAN NEGERI BAGI MALAYSIA TAHUN 2016
Tarikh
(2016) Hari Cuti Perayaan
Sambutan Negeri
Terlibat
01 Januari Jumaat Tahun Baru 2016 Semua negeri kecuali Johor, Kedah,
Kelantan, Perlis, Terengganu
14 Januari Khamis Keputeraan YDB N. Sembilan Negeri Sembilan
17 Januari Ahad Keputeraan Sultan Kedah Kedah
24 Januari Ahad Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah,
Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
01 Februari Isnin Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan,
Putrajaya
08 Februari Isnin Tahun Baru Cina Semua Negeri
09 Februari Selasa Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Semua Negeri
04 Mac Jumaat Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
23 Mac Rabu Keputeraan Sultan Johor Johor
25 Mac Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak
15 April Jumaat Hari Melaka Bandaraya Bersejarah Melaka
26 April Selasa Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
01 Mei Ahad Hari Pekerja Semua Negeri
05 Mei Khamis Israk dan Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis
07 Mei Sabtu Hari Hol Pahang Pahang
17 Mei Selasa Keputeraan Raja Perlis Perlis
21 Mei Sabtu Hari Wesak Semua Negeri
30 Mei Isnin Hari Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah & Labuan
31 Mei Selasa Hari Kaamatan (Pesta Menuai) Sabah & Labuan
01 Jun Rabu Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak
02 Jun Khamis Perayaan Hari Gawai Dayak Sarawak
04 Jun Sabtu Keputeraan YDP Agong Semua Negeri
06 Jun Isnin Awal Ramadan Johor, Kedah, Melaka
22 Jun Rabu Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau
Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
06 Julai Rabu Hari Raya Puasa/ Aidilfitri Semua Negeri
07 Julai Khamis Hari Raya Puasa/ Aidilfitri Semua Negeri
07 Julai Khamis Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau
Pinang (Penang)
09 Julai Sabtu Harijadi YDP Pulau Pinang Pulau Pinang (Penang)
31 Ogos Rabu Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan Semua Negeri
10 September Sabtu Harijadi YDP Sarawak Sarawak
12 September Isnin Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha Semua Negeri
13 September Selasa Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha (Hari kedua)
Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu
16 September Jumaat Hari Malaysia Semua Negeri
1 Oktober Sabtu Harijadi YDP Sabah Sabah
02 Oktober Ahad Awal Muharram (Maal Hijrah) Semua Negeri
14 Oktober Jumaat Harijadi YDP Melaka Melaka
24 Oktober Isnin Keputeraan Sultan Pahang Pahang
29 Oktober Sabtu Hari Deepavali Semua Negeri kecuali Sarawak
06 November Ahad Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
11 November Jumaat Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
12 November Sabtu Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
27 November Ahad Keputeraan Sultan Perak Perak
11 Disember Ahad Keputeraan Sultan Selangor Selangor
12 Disember Isnin Maulidur Rasul Semua Negeri
25 Disember Ahad Hari Krismas Semua Negeri
Pautan Sumber: mysumber.com
Pautan Sumber: mysumber.com
Langgan:
Catatan (Atom)












